Selasa, 20 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Remaja Perempuan Kantoi Khalwat di Rumah Kekasih

Posted: 20 Aug 2013 08:12 AM PDT


[SH] KANGAR - Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditangkap penduduk kampung dipercayai sedang berdua-duaan di rumah teman lelakinya berusia 18 tahun di Kampung Sungai Batu Pahat, di sini, semalam.

Menurut seorang saksi, yang juga penduduk kampung berkenaan, remaja perempuan itu selalu datang ke rumah lelaki terbabit namun, kali ini mereka ditahan penduduk kampung apabila ibu lelaki terbabit tiada di rumah.

"Saya bersama tiga penduduk kampung, termasuk seorang anggota Rela pergi ke rumah itu kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) setelah melihat remaja perempuan berkenaan datang ke rumah teman lelakinya sejak jam 9 pagi.

"Bila kami ketuk, pintu hanya dibuka selepas beberapa minit dan apabila kami masuk ke rumah, mereka berada dalam keadaan mencurigakan di bilik lelaki tu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Remaja perempuan itu yang masih bersekolah berkata, dia ke rumah teman lelakinya untuk meminjam komputer riba.

"Saya tak ke sekolah hari ini sebab nak ambil komputer riba daripada teman lelaki saya. Kami tak buat apa-apa pun cuma tengok kartun Naruto," katanya.

Pasangan terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaip) untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaip, Mohd Al-Hafiz Abdul Aziz berkata, pihaknya datang ke rumah terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, setelah dimaklumkan imam masjid kampung berkenaan.

Katanya, remaja perempuan itu dikatakan selalu datang ke rumah itu untuk menolong ibu teman lelakinya membuat kuih namun semalam ibunya tiada di rumah.

"Kita dah soal siasat pasangan ini dan mereka mengaku berada di rumah menonton televisyen, bagaimanapun kami terpaksa menahan mereka untuk disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana berkhalwat," katanya.

Anak-anak Sudah Bertudung, Emaknya...

Posted: 20 Aug 2013 02:46 AM PDT




...masih belum bertudung. Moga-moga si emak cepat diberi hidayah dan menutup aurat dan aib diri!

Didie Alias Kurangkan Imej Pelik Kerana Anak Bertudung

[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sebagai ibu, dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat.

"Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya.

"Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis," katanya kepada mStar Online.

Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.

Tambah Didie, perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat.

Bagaimanapun, dalam usaha Didie memperbaiki gaya penampilannya, dia bersedia menerima kritikan.




[Gambar] Rakyat Australia Didahulukan, Rakyat Malaysia Dikemudiankan

Posted: 19 Aug 2013 09:45 PM PDT




P/s: Gambar sudah berbicara! Jangan bandingkan tukaran wang.



YB Kantoi Lihat Gambar Lucah

Posted: 19 Aug 2013 06:30 PM PDT



[HM] Bangkok: Seorang anggota Parlimen Thai Pongpan Sunthornchai semalam mengaku menonton gambar lucah menerusi iPadnya ketika perbahasan.

Bagaimanapun, anggota parti Pheu Thai itu mendakwa dia tidak sengaja tertekan pautan yang memuat turunkan imej porno itu.

Pongpan yang dirakam seorang jurugambar ketika menonton gambar berkenaan berkata, dia tidak berniat untuk melihat gambar itu.

Menurutnya, dia berusaha mencari maklumat menerusi iPadnya ketika Parlimen sedang membahaskan kos pengangkutan padi Kementerian Perdagangan pada Jumaat lalu.

"Kerana tidak biasa dengan iPad itu, saya secara tidak sengaja tertekan pautan yang mempamerkan gambar fesyen. Gambar memberahikan secara automatik keluar pada skrin," katanya.

Menurutnya, gambar itu bukanlah imej porno, tetapi gambar wanita berpakaian mandi.

Wakil penyokong kerajaan Thai itu berkata, dia kini bimbang untuk menggunakan iPad itu lagi dan bercadang menyerahkannya semula kepada Parlimen yang memberikannya kepada semua wakil rakyat baru-baru ini.

Pongpan juga menyatakan hasratnya untuk memohon maaf terhadap kejadian itu.

Mengenai rancangan anggota pembangkang, Boonvod Sooktinthai dari Parti Demokrat untuk mengusulkan supaya isu itu dibahaskan, Pongpan berkata, dia sudah menjelaskannya kepada Boonvod yang kemudian bersetuju untuk tidak membawa isu berkenaan kepada jawatankuasa Dewan.

Dia juga menafikan dakwaan mengarah polis menggertak jurugambar yang merakam peristiwa itu.

Menurutnya, dia menemui jurugambar itu Jumaat lalu tetapi hanya meminta jurugambar berkenaan supaya tidak menunjukkan gambar dia tidur ketika rehat bagi menjaga imej Parlimen.

Menurutnya dia tidak sedar jurugambar itu merakam gambar dia melihat imej tidak senonoh itu pada iPadnya. - Agensi - 19/8/13


Wanita Potong Kemaluan Suami Curang

Posted: 19 Aug 2013 06:00 PM PDT



[HM] Sao Paulo: Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang terhadapnya dengan menjalin hubungan dengan seorang lelaki.

Sebaik mengetahui suaminya bermain kayu tiga, wanita itu tidak bertindak terburu-buru, sebaliknya menanti beberapa hari kemudian, mencadangkan mereka bermain permainan seks yang membolehkan dia mengikat suaminya pada katil mereka.

Ketika lelaki berkenaan baring di atas katil dengan tangan dan kaki diikat, isterinya memotong kemaluannya, lapor stesen televisyen Globo.

Kejadian berlaku di Santos, 77 kilometer ke tenggara Sao Paulo.

Organ itu tidak dapat disambung semula tetapi lelaki itu tidak dalam bahaya. Menurut laporan stesen itu, polis menahan wanita berkenaan untuk didakwa. - AFP - 19/8/13



[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Bil Elektrik Bakal NAIK!

Posted: 19 Aug 2013 05:48 PM PDT


TNB: Pelarasan Tarif Tak Beban Pengguna

[Bernama] Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.

"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka tidak terbeban.

"Bagaimanapun sekiranya ada pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan... rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan dua tiga kali ganda...ada peratusan tertentu tetapi tidak setinggi itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga berkata kadar pelarasan akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan input yang diberi oleh TNB.

"...banyak pertemuan telah dilakukan termasuk yang rasmi untuk membincangkan perkara itu.

"Namun kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan industri penggunaan eletrik," katanya.

Katanya sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan kenaikan harga bahan api, bukan untuk menambah keuntungan TNB.

"TNB neutral, kita tidak rugi apa-apa, seperti sekarang yang rugi adalah Petronas yang membekalkan Gas Asli Cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda," katanya.

Katanya ketika ini, Petronas menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 MMBtu, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran RM40 MMBtu.

Terdahulu, pada majlis itu 130 anak yatim daripada kakitangan TNB menerima sumbangan RM50 seorang. Turut hadir Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie.


P/s: Terima kasih pengundi BN. 




Pembunuh Tidak Cerdik

Posted: 19 Aug 2013 05:29 PM PDT



[HM] Riyadh: Seorang lelaki Habsyah yang tinggal secara haram di Arab Saudi menelefon nombor 999 untuk meminta bantuan melarikan diri selepas dia membunuh bapa saudaranya.

Lelaki berusia 19 tahun itu dilapor mengguna kayu untuk memukul bapa saudaranya hingga mati selepas bergaduh di ladang majikan mereka di Madinah.

Dia kemudian menelefon seorang lelaki tempatan yang dipercayai penyeludup rakyat asing untuk keluar dari Arab Saudi.

"Penyeludup itu memberitahunya supaya menelefon nombor 999 dan 'mereka' akan membantunya.

"Dia menelefon nombor berkenaan dan menceritakan apa sebenarnya terjadi, tanpa mengetahui nombor itu nombor polis," lapor akhbar Al Saudeh.

Polis tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu dan menemui mayat bapa saudara lelaki itu. -19/8/13




Tiada ulasan: