Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Aktivis mahasiswa rancang demonstrasi bantah CCRIS PTPTN

Posted: 20 Aug 2013 04:26 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
























Kumpulan aktivis mahasiswa merancang untuk mengadakan demonstrasi berhubung pengumuman Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengenai peminjam ingkar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dikenakan tindakan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Aktivis, Adam Adli Abdul Halim (gambar), berkata mahasiswa tidak memandang remeh isu berkenaan, dan mereka tidak akan membiarkannya tanpa sebarang tindakan.

"Perbincangan sedang dijalankan. Kita pasti akan melakukan aksi bantahan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

 Idris ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi pendekatan melalui CCRIS tersebut, peminjam PTPTN ingkar akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.

Adam berkata: "Selepas kenyataan yang dikeluarkan menteri, banyak kumpulan pelajar dan badan lain termasuk dari sayap parti politik mulai duduk berbincang, dan sedang berkira-kira untuk menunjukkan respon kembali."

Menurut mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) itu, tindakan kementerian jelas membuktikan bagaimana PTPTN tidak pernah diwujudkan untuk tujuan membela kebajikan mahupun membantu sesiapa, melainkan hanya perangkap untuk terus membuat keuntungan hasil dari kesusahan pelajar sendiri.

"Tidak wajar untuk menyenaraikan individu yang berhutang dengan pinjaman pendidikan ke dalam CCRIS memandangkan golongan ini tidak berhutang untuk memiliki sebarang aset atau untuk membuat sebarang keuntungan seperti pinjaman perniagaan.

"Dengan keadaan ekonomi dan kadar pengangguran yang meningkat, ditambah dengan dasar kerajaan yang tidak bijak seperti umur persaraan, tidak hairan ramai graduan bakal terus jadi hamba kepada hutang," katanya.

Adam berkata, menggunakan ugutan seperti penyenaraian CCRIS itu tidak menyelesaikan sebarang masalah, melainkan hanya mendedahkan bagaimana singkatnya pemikiran menteri bertanggungjawab.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, pihaknya akan berusaha untuk bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan perkara itu.

"Kami rancang untuk bertemu dengan Khairy dan bawa isu ini. Kalau tidak selesai juga kami merancang akan berdemonstrasi sekali lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kami bantah tindakan CCRIS ini dan ia makin membebankan. Sedangkan hasrat Khairy nak selesaikan isu kebankrapan anak muda tetapi menteri pendidikan semakin nak senarai hitamkan anak muda," katanya.

Adam juga berkongsi pendapat sama, dan berkata:"Perkembangan terbaru ini menunjukkan betapa Idris Jusoh bukan orang yang layak untuk mentadbir hal ehwal pendidikan terutama pendidikan tinggi. Beliau tidak memahami ehwal dan kebajikan pelajar."

Pada April 2012, sekumpulan 300 mahasiswa termasuk Adam dan Safwan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN di Dataran Merdeka.

Mereka berarak membawa gambar Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak dan Datuk Seri Khaled Nordin yang ketika itu menteri pengajian tinggi dengan dikalungkan bunga malai sebagai simbolik meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.

Kumpulan mahasiswa itu kemudiannya mendirikan khemah di kawasan dataran bersejarah dan merancang akan terus berkhemah di kawasan tumpuan pelancong itu sehingga Perhimpunan Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April

PAS desak tutup kedutaan Mesir

Posted: 20 Aug 2013 04:22 AM PDT

 
Perdana Menteri perlu segera memanggil ahli dewan supaya ada satu ketetapan terhadap isu ini. 



PUTRAJAYA: PAS mendesak kerajaan menyatakan pendirian tegas terhadap kekejaman di Mesir termasuk menutup pejabat kedutaan dan menghantar duta Mesir pulang ke negara asal.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu antara usul yang perlu dibangkitkan dalam sidang khas tergempar Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Mahfuz berkata, Malaysia juga perlu memanggil Persidangan Negara Islam (OIC) mengecam negara Arab Saudi yang menyokong kerajaan tentera Mesir.

Katanya, keperluan untuk mengadakan sidang khas Dewan Rakyat sangat mendesak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu segera memanggil ahli dewan supaya ada satu ketetapan terhadap isu ini.

"Saya berharap usul yang dicadangkan Perdana Menteri nanti menggambarkan usul bersama yang menggambarkan tindakan bersama.

"Saya tak nak lihat usul retorik tapi perlu ada usul langkah yang hendak dicapai, khususnya persatuan ahli parlimen yang ada," katanya ketika ditemui di perkarangan luar Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mahfuz sebelum itu bersama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad hadir mengahntar surat bantahan kepada Najib.

Selain mengutuk kekejaman tentera Mesir, surat yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut mendesak Najib dalam mesyuarat kabinet esok membuat ketetapan rasmi memanggil sidang khas Dewan Rakyat supaya satu resolusi dapat dibentuk.

Surat itu diserahkan pemimpin PAS melalui Setiausaha Politik Najib, Datuk Khairun Aseh.

"Kita agak pelik kenapa Malaysia tak panggil PSC. Ini kita kesalkan, sebab itu kita datang hari ini untuk serahkan surat rasmi supaya beliau boleh gunakan kuasa sebagai Perdana Menteri untuk panggil sidang khas Parlimen

"Saya harap ia dapat diadakan," katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata PAS akan mengadakan satu meja bulat pada 1 September depan yang akan dipengerusikan Abdul Hadi.

Persidangan itu nanti akan dihadiri beberapa wakil termasuk diplomat, NGO luar negara termasuk menjemput wakil kerajaan dan Umno bagi membentuk satu deklarasi khas mengenai isu Mesir.

"Kami berharap sidang khas bukan sahaja Parlimen tetapi di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berharap negeri Pakatan Rakyat akan memulakannya," katanya.

Nazri masih ingkar arahan Najib?

Posted: 20 Aug 2013 04:14 AM PDT

Shahbudin Husin
 
 

Selepas Najib mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dibenarkan seseorang menteri melantik anak atau ahli keluarganya sebagai pegawai khas di mana-mana kementerian, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz akhirnya menukar kedudukan jawatan anak bongsunya itu. Jika sebelum ini, jawatannya ialah pegawai khas menteri, kini ia ditukar kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas (urusan Gen Y).

Tindakan Nazri itu dilihat sebagai tanda beliau akur dengan arahan Perdana Menteri walaupun sebelumnya terlihat begitu angkuh mahu mempertahankan kedudukannya anaknya itu, termasuk dengan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "Ini kementerian saya, saya bebas melantik sesiapa saja".

Perubahan kedudukan jawatan itu dilakukan dalam portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, bermula semalam.

Bagaimanapun, yang menjadi persoalan ramai, kalau sudah jawatannya ditukar menjadi pegawai khas di kawasan Parlimen Padang Rengas dan bukan lagi sebagai kakitangan kementerian, mengapa pula perlu namanya dikekalkan lagi dalam senarai portal kementerian itu?

Kenapakah Nazri begitu bersungguh-sungguh mahu menonjolkan nama anaknya di kementerian itu sedangkan tugasnya tidak lagi berkaitan dengan kementerian, sebaliknya hanya berkaitan Generasi Y di Padang Rengas?

Apakah mungkin, Nedim Nazri itu sebenarnya hanya ditukarkan nama jawatan sahaja tetapi masih berada di kementerian dan menggunakan segala kemudahan kerajaan seperti pejabat, telefon, kakitangan dan sebagainya dalam urusan sehariannya? Bukankah ini bertentangan dengan etika yang seharusnya?

Rasanya semua menteri, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga mempunyai pegawai khas yang menjaga kawasan Parlimen boss masing-masing tetapi tidak pula kita pernah mendengar nama pegawai khas Ahli Parlimen Pekan atau pegawai khas Ahli Parlimen Pagoh misalnya, dimasukkan namanya dalam portal rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Begitu juga menteri lain yang turut mempunyai pegawai khas di kawasan Parlimen masing-masing, nama mereka turut tidak dimasukkan dalam senarai staff kementerian kerana mereka bukan kakitangan kementerian.

Barangkali Nazri satu-satunya menteri yang meletakkan nama pegawai khas di kawasan Parlimennya dalam portal rasmi kementerian walaupun gajinya dibayar oleh beliau sendiri.


Tugas seorang pegawai khas di kawasan Parlimen ialah menjaga kepentingan pengundi di kawasan itu dan memastikan mereka mendapat bantuan atau pertolongan yang sewajarnya dalam apa juga masalah yang dihadapi di sebalik kesibukan seseorang Ahli Parlimen yang memegang jawatan sebagai menteri di Pusat.
Tugas mereka biasanya hanya melibatkan urusan dengan Ahli Parlimen dan tidak berkaitan dengan kementerian.

Dalam hal ini, anak Nazri itu sepatutnya lebih wajar berada di Pedang Rengas, berbanding mempunyai pejabat yang selantai dengan bapanya di kementerian.

Dengan meletakkan nama anaknya kekal dalam portal rasmi kementerian dan kemungkinan juga masih mempunyai pejabat di kementerian, Nazri sebenarnya tidak 100 peratus mematuhi arahan Perdana Menteri yang berbunyi, "Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh diletakkan di pejabat menteri".

Najib juga berkata, seseorang menteri hanya boleh melantik ahli keluarganya sebagai pembantu di kawasan Parlimennya sahaja.

Walaupun terlihat akur dan mengalah, Nazri sebenarnya masih menyanggahi arahan Najib.

Rekod PTPTN di CCRIS hanya memburukkan keadaan

Posted: 20 Aug 2013 04:11 AM PDT

 

KL TODAY


Tindakan kerajaan menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dilihat sebagai satu lagi kegagalan mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat.Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dasar PTPTN yang liberal sudah cukup membebankan generasi muda dan jika langkah menyenaraihitam peminjamnya itu dilakukan, hanya akan memburukkan keadaan.

Katanya, ketika ini peminjam sedang bergelut dengan kadar upah dan gaji yang rendah di samping dibebankan harga rumah dan kereta yang tinggi.

"Kesannya, mereka berhadapan dengan pelbagai hutang yang berpanjangan.

"Kadar muflis juga terus meningkat dari tahun ke tahun, dan antara golongan utama yang menjadi mangsa ialah golongan muda," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Beliau berkata demikian mengulas lanjut pengumuman Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh semalam yang mengatakan PTPTN akan melaksanakan  penyenaraihitaman peminjam PTPTN yang ingkar kepada CCRIS, bermula bulan ini.

Menerusi langkah itu, peminjam PTPTN yang ingkar akan menerima kesan dalam kemudahan institusi kewangan seperti permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan dan rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Nazmi menegaskan, PR tidak mempertikaikan tanggungjawab peminjam yang mampu dan berpendapatan baik untuk membayar semula hutang PTPTN.

Namun PR mempertikaikan tindakan itu terhadap peminjam yang terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan berasal daripada keluarga tidak berkemampuan.

"Harus diingat, kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah.


"Sekiranya keluarga mereka mampu, sudah tentu mereka tidak meminjam dana PTPTN," katanya lagi.

Wan Ahmad: 'Ini penggal terakhir saya'

Posted: 20 Aug 2013 04:01 AM PDT


Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
KUALA TERENGGANU – Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan beliau akan mengundurkan diri dalam politik selepas pemilihan Umno ini.

Ketika ditemui, Wan Ahmad Farid bukan hanya mengesahkan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya itu dalam pemilihan Umno bahagian, Oktober depan, tetapi turut mengesahkan bersara terus dalam politik.

Menafikan tindakan tersebut diambil kerana kecewa berikutan kekalahan beliau sebanyak dua kali ketika bertanding di kerusi Dun Ladang pada PRU13 lalu dan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil 2009, beliau berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan hasratnya, sebaliknya menegaskan ia adalah keputusan beliau sejak sekian lama sama ada menang atau kalah.

"Saya sudah maklumkan biro politik empat tahun dulu, inilah penggal terakhir saya," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Umno Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Cawangan dalam bahagian Kuala Terengganu bagi tahun 2013, di Dewan Tunku Abdul Rahman, di sini.

Ditanya alasan beliau perlu bersara dari politik, Wan Ahmad Farid menegaskan, ia bertujuan untuk meremajakan Umno dan beliau menggambarkan keadaan itu tidak akan berlaku selagi beliau masih dalam politik.

Jelasnya, jika beliau bersara tetapi dalam masa sama aktif dalam politik, proses peremajaan dalam Umno tidak akan berlaku kerana percaya beliau akan terus mempengaruhi mana-mana pihak, terutama yang akan menerajui kepimpinan Umno bahagian itu.

"Persaraan saya dalam politik adalah untuk memberi ruang, kalau saya masih berada dalam politik dan aktif, maka saya akan mempengaruhi kepimpinan yang ada. Walaupun saya bersara tetapi masih aktif dalam politik, bererti saya mempengaruhi orang yang bakal menjadi ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan sebagainya," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menganggap tempoh maksimum dua penggal adalah paling ideal kepada mana-mana individu memegang jawatan ketua Umno bahagian dan mencadangkan mana-mana ketua Umno bahagian mengambil tindakan sama jika sudah melebihi tempoh tersebut.

Katanya, sama ada mereka menang sebagai calon dalam PRU13 lalu atau sebaliknya, tindakan mengundurkan diri perlu diambil untuk terus memastikan kelangsungan parti dan Umno mendapat sokongan daripada pelbagai peringkat.

"Pegang dua penggal sahaja kecuali kalau jadi perdana menteri, menteri atau menteri besar. Kalau pegang lebih dua penggal, kita tidak akan berjaya untuk meremajakan Umno.

"Umno mesti diremajakan dan orang yang melihat Umno ini sebagai parti orang lama melihat ia tiada ruang untuk anak muda. Jadi, selain saya mengambil tanggung jawab atas (kekalahan teruk Parlimen Kuala Terengganu pada) PRU13, kalau saya menang (bertanding) pun, saya beri ruang kepada orang baru.

"Saya hendak cakap kepada kawan-kawan saya di bahagian lain berundurlah, berhentilah, Kuala Nerus, Dungun, Marang dan yang menang pun yang lebih pada penggal itu, berhentilah pada pandangan saya. Sukar hendak meremajakan Umno. Umno tidak akan remaja," katanya.

Berhubung perancangan selepas persaraannya, Wan Ahmad Farid yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri menjelaskan untuk memberi tumpuan terhadap profesion guaman, di samping menggerakkan badan bukan kerajaan yang menumpukan kesedaran terhadap penyakit kronik di Parlimen Kuala Terengganu.

"Harapan saya, siapa yang pegang jawatan jaga elok-elok. Maksimum dua penggal, jangan lama-lama. Saya tidak tahu siapa yang akan menjadi ketua Umno bahagian yang baru tetapi saya yakin bahawa proses peremajaan itu berlaku," katanya.

Mukhriz Rektor Baru Kolej Insaniah

Posted: 20 Aug 2013 03:58 AM PDT

SINAR HARIAN
Mukhriz Tun Dr Mahathir  Mukhriz Tun Dr Mahathir
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bakal menerima rektor baru yang lebih berpengalaman, berwibawa serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada bagi seorang rektor.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata satu temuduga telah berlangsung baru-baru ini melibatkan tujuh orang calon yang dikendalikan tokoh-tokoh akademik ternama yang dilantik dalam satu jawatankuasa khas.

"Jawatankuasa khas ini terdiri daripada tokoh-tokoh akademik termasuk exco kerajaan negeri (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain) dan Datuk Azimi Daim (Setiausaha Politik) yang mewakili Pejabat Menteri Besar.

"Yang lain ialah tokoh-tokoh akademik yang dicadangkan Kementerian Pendidikan. Dalam masa terdekat akan dapat rektor baru yang sangat berkaliber sebab semua calon-calonnya adalah hebat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Perjumpaan diadakan sempena 100 Hari pentadbiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Mukhriz berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan petang ini untuk mendapatkan pandangan serta cadangan mengenai pelantikan rektor Kuin.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak  membangkitkan pelbagai isu berkaitan Kuin memandangkan mereka (kerajaan Pas) sendiri yang telah mewariskan banyak masalah berkaitan kolej universiti itu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tindakan itu akhirnya akan mengaibkan mereka sendiri apabila pelbagai masalah yang sebenarnya berpunca daripada mereka akan terbongkar, katanya. - Bernama

Najib Perlu Adil, Tangguh Dulu Perlantikan Shahrizat

Posted: 20 Aug 2013 03:49 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin

Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil yang sedang bergelut mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 19 Oktober depan, dilaporkan akan dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri berkaitan pembangunan wanita dan keluarga dalam waktu yang terdekat ini.

Meskipun Najib belum mahu mengesahkan mengenai berita itu dengan hanya berkata, "tiada apa-apa pengumuman lagi, biarkan saja begitu" ketika ditanya wartawan tetapi di dalam UMNO ianya sudah menjadi percakapan yang semakin meluas diperbualkan.

Pelbagai pro dan kontra kedengaran mengenai spekulasi itu tetapi kebanyakannya berpendapat sekarang jni bukanlah masa yang sesuai untuk Najib memberikan jawatan yang boleh memperlihatkan sokongannya kepada mana-mana calon kerana ia dikhuatiri akan turut memberi kesan penolakan yang sama terhadap Perdana Menteri.

Sementara golongan yang kecewa dengan skandal lembu NFC kerana telah membebankan UMNO dan mahukan Shahrizat ditukar dengan pemimpin lain yang tidak tercemar kepimpinannya, Shahrizat dan penyokong pula merasakan perlantikan sebagai penasihat ini merupakan suatu berita gembira dan umpama tonik yang mampu menambah-segarkan lagi semangat untuk mempertahankan kedudukannya sekarang.

Beliau yang bakal dicabar oleh Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said dan mungkin juga oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Halimah Siddique tentunya juga seperti mendapat nyawa tambahan jika perlantikan itu benar-benar menjadi kenyataan.

Dengan kedudukannya sekarang yang tidak memegang apa-apa jawatan, sementara pencabarnya berjawatan ahli parlimen dan timbalan menteri, di samping kontroversi berkaitan skandal lembu NFC yang pernah menyelubungi suami dan keluarganya serta majoriti ahli UMNO berpendapat beliau wajar ditukar, penganugerahan jawatan penasihat itu juga menunjukkan bahawa Najib menyokong dan masih mahukan kepada kepimpinannya merajui Pergerakan Wanita UMNO.

Sejak isu lembu NFC, nama Shahrizat dan Wanita UMNO tercemar dengan teruk sekali. Walaupun isu itu hanya melibatkan suami dan anak-anaknya, kedudukan Shahrizat sebagai menteri ketika projek itu diberikan menimbulkan persoalan tentang konflik kepentingannya sebagai pemimpin serta anggota pentadbiran kerajaan.

Apatah lagi, pinjaman mudah RM250 juta yang diperolehi untuk projek lembu itu turut dilaburkan untuk pembelian pelbagai jenis hartanah dan kondominium mewah yang membayangkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengendalian projek itu.

Berikutan desakan dan kecaman pelbagai pihak, Shahrizat akhirnya berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga serta tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum lalu. Beliau dilantik sebagai menteri pada 2009 manakala selepas kalah kepada Nurul Izzah di Lembah Pantai pada 2008 lalu, jawatan penasihat berkaitan wanita dan keluarga kepada Perdana Menteri telah dianugerahkan kepadanya.

Jika berita mengenai perlantikan sebagai penasihat bertaraf menteri in benar-benar menjadi kenyataan, bermakna Shahrizat kembali semula ke jawatan yang pernah disandangnya suatu ketika dahulu.

Menjelang pemilihan parti Oktober ini, kedudukan Shahrizat adalah antara yang paling dipertikaikan. Ramai yang melihat isu yang pernah menyelubungi diri dan keluarganya akan terus menjadi beban kepada UMNO jika beliau terus memegang jawatan Ketua Wanita UMNO.

Beberapa pemimpin UMNO secara terbuka mendesak agar Shahrizat secara sukarela mengundurkan diri dan lebih memikirkan kepentingan parti secara keseluruhannya berbanding mengekalkan keinginan untuk terus bergayut pada jawatan yang pernah membahagiakan diri dan keluarganya itu.

Perkhabaran bahawa Najib bakal melantiknya sebagai penasihat dalam waktu yang terdekat ini tentunya juga mengundang persoalan yang tidak menggembirakan kepada kebanyakan pemimpin UMNO. Dengan Najib melantiknya ke jawatan bertaraf menteri itu hanya beberapa bulan menjelang hari pemilihan pastinya ia dianggap suatu pengiktirafan dan sokongan pucuk pimpinan terhadapnya.

Lebih-lebih lagi bakal pencabar yang mahu menentangnya hanyalah berkedudukan sebagai ahli parlimen dan timbalan menteri sahaja.

Untuk berlaku adil dan supaya tidak dianggap memihak, adalah sebaiknya Najib menangguhkan pelantikan Shahrizat itu. Lagi pula tiada keperluan pun sebenarnya Najib mempunyai penasihat berkaitan wanita dan keluarga kerana jawatan Manteri Wanita dan Keluarga sudah pun ada penyandangnya iaitu Rohani Karim dari Sarawak.

Kalau pun ingin juga melantik Shahrizat sebagai penasihat, lantiklah setelah beliau menang Ketua Wanita UMNO nanti.

Memberi jawatan kepada Shahrizat hanyalah menunjukkan Najib memberi sokongan kepadanya dan seolah-olah tidak mahu kepada calon lain memimpin Wanita UMNO sedangkan calon lain mungkin lebih baik daripada Shahrizat.

Selain itu, perlantikan penasihat ketika ini juga merupakan suatu pembaziran kerana jika Azalina dan Halimah yang menang nanti, kedua-dua mereka juga boleh terus dilantik sebagai menteri bagi mengisi kouta Ketua Wanita UMNO tanpa perlu menambahkan beban kewangan kerajaan dengan mengisi jawatan penasihat dalam waktu yang sama.

Dengan menunjukkan sokongan dan pengiktirafan kepada Shahrizat juga, sedangkan majoriti ahli dan pemimpin UMNO merasakan beliau sebagai beban dan tidak lagi relevan kepada parti, kedudukan dan masa depan Najib juga boleh terancam kerananya- http://shahbudindotcom.blogspot.com

Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 tajaan daulah telah gagal?

Posted: 20 Aug 2013 03:47 AM PDT



Oleh : Mahdzir Ibrahim

Kesan daripada krisis sosial pada tahun 1969, daulah pada ketika itu telah mengambil inisiatif menganjurkan satu kongres yang kita kenali pada hari ini sebagai Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Hasil daripada kongres tersebut maka lahirlah cetak biru (blue print) yang dikenali sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Niat dan objektif dasar ini sangat molek iaitu untuk mengukuhkan integrasi kaum dan budaya dan diharap dapat memberi impak terhadap keharmonian nasional disamping kestabilan ekonomi untuk semua kaum di Malaysia.

Seperti juga Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang juga sezaman dengan dasar kebudayaan kebangsaan, juga mempunyai matlamat yang hampir serupa iaitu untuk memastikan kesimbangan ekonomi antara luar bandar (Melayu/Bumiputera/India) dan bandar (Cina).

Namun kini terbukti DEB telah gagal mencapai matlamatnya. Ekuiti kaum bumiputera gagal dicapai seperti yang disasarkan. Sebaliknya ia menjadi medium berleluasanya kegiatan rasuah dan salahguna kuasa (korupsi) dikalangan elit daulah.

Dan kini, selepas PRU 13 kelihatan jurang perkauman semakin melebar. Adakah ini manifestasi kegagalan agenda integrasi nasional dalam dasar kebudayaan kebangsaan?

Jika kita masih ingat, isu Namewee (Negara ku ku), isu bendera kebangsaan (jalur gemilang), isu lagu Negara Ku yang dikatakan diciplak dari versi Terang Bulan dan Memula Moon, seolah-olah memberi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan projek daulah ini.

Termasuk juga isu perarakan kepala lembu selepas PRU 12 di Shah Alam, isu kepala babi dimasjid, isu-isu mainan NGO Perkasa atau Jati dan kini selepas PRU 13, kita diheret dengan 'Tsunami Cina' dan pelbagai momokan seperti ' Apa lagi Cina Mahu'.

Terbaru, kes-kes seperti Bak Kut Teh Aidilfitri, kes ucapan hari raya pelatih anjing yang kesemua ini menarik kembali tumpuan kita terhadap identiti bangsa ini.

Kes-kes diatas, bukanlah muncul secara tiba-tiba, setiap isu itu merupakan paparan terhadap kefahaman rakyat tentang identiti mereka, kontradiksi, kecelaruan serta keresahan jiwa anak-anak bangsa Malaysia. Mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena, ada sesuatu yang terpisah dan gagal dirumus dengan betul, maka luahan tersebut adalah manifestasi dan protes terhadap kegagalan ini.

Terbaru, cadangan daulah untuk mengenakan syarat terhadap semua pawagam untuk memutar lagu Negara Ku sebelum sesuatu filem ditayangkan dan mengharapkan agar penonton (rakyat) bangun berdiri menghormati lagu kebangsaan.

Apakah cadangan kerajaan ini suatu jenaka politik kita tidak pasti. Apa yang jelas sekali adalah, pemaksaan sesuatu budaya atau symbol ke atas masyarakat bukanlah satu 'budaya' yang betul.

Hormat dan rasa cinta kasih tidak boleh dibuat secara paksaan atau artificial. Cadangan ini pastinya berpunca dari rasa tidak yakin daulah terhadap rakyatnya untuk menghormati symbol atau lembaga kenegaraan. Atau daulah sengaja menggunakan kuasa untuk menunjukan bahawa dengan akta atau undang-undang, maka citra bangsa akan dapat dicipta dan dizahirkan. Inilah model kerajaan gila kuasa.

Begitu juga dengan cadangan Perdana Menteri selepas PRU 13 iaitu (National Reconciliation – Perdamaian Nasional), mengukuhkan lagi manifestasi terhadap kegagalan dasar integrasi kerajaan Barisan Nasional. Mereka gagal menyediakan ruang budaya dan kehidupan yang dinamik serta kondusif hingga terpaksa melakukan 'perdamaian nasional'. Hairan, entah bila Melayu, Cina atau India bermusuh?

Identiti bangsa Malaysia masih terus mengalami krisis akibat dari amalan politik perkauman yang tak berkesudahan. Dalam dasar Kebudayaan Kebangsaan itu sendiri, budaya kaum Cina, India dan bumiputera Sabah/Sarawak, bukan menjadi teras sebaliknya budaya Melayu, maka tidak hairanlah apabila kaum-kaum bukan Melayu sendiri tidak begitu memahaminya, apatah lagi ingin menghayatinya. Inilah kesannya apabila sesuatu dasar dibuat berdasarkan dominasi sesuatu kaum atau agama.

Dalam dasar kebudayaan itu juga meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam pembentukan jatidiri budaya Malaysia. Sayang sekali, Islam sebagai sebuah agama yang luas dan dinamik telah digunakan untuk menyempitkan lagi kefahaman kita dalam menghormati kepelbagaian budaya dari pelbagai kaum dan agama.

Kontradiksi ini tidak lain tidak bukan telah dicipta oleh daulah.

Maka berjangkitlah penyakit bangsa ini terhadap agama dan simbol-simbol adat dan budaya bangsa lain.
Ibrahim Ali itu seorang yang berpendidikan, tetapi mengapa bertindak begitu perkauman sekali kepada bangsa dan budaya lain? Alvin dan pasangannya juga berpendidikan, tetapi mengapa bertindak seperti orang tidak bersekolah? Hassan Ali juga berpendidikan tinggi, tetapi mengapa begitu takut dengan agama lain, seolah-olah agama Kristian itu harus diperangi?

Kesemua ini bukan masalah orang pandai atau bodoh, sekolah tinggi atau rendah tetapi kerana kepedulian dan rasa keterbukaan. Nilai-nilai kepedulian atau keterbuakaan ini adalah budaya, mereka-mereka ini bukan tidak berpendidikan tetapi tidak berbudaya.

Malah, akhir-akhir ini kita dapat lihat bagaimana celarunya segelintir golongan dari kita terhadap penganut syiah hingga memaksan undang-undang digunakan, kononnya untuk memastikan Islam Malaysia kekal seperti yang mereka (daulah) mahu. Kini bukan saja momok Kristian, Hindu atau Budha tetapi syiah juga seakan menjadi ancaman, kelihatan kita semakin hidup terpencil dan terasing. Mereka yang hidup terasing ini amat sukar untuk maju.

Apakah kita sedar bahawa falsafah tertinggi dalam negara kita telah dipahat dengan jelas tanpa ada dominisi satu-satu kaum atau agama. Malah, citra bangsa ini sangat 'liberal' yang hari ini perkataan liberal sangat-sangat dibenci dan ditakuti. Tetapi falsafah ini jarang sekali dibaca atau diselak maknanya sebaliknya ucapan ikrar kita hanya bermula dengan 

Maka kami..rakyat Malaysia..... 

Sedangkan tinta utama dalam rukunegara ini seakan kita abaikan. Akhirnya, kita bertanya kembali adakah dasar kebudayaan kebangsaan itu telah gagal?

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Berkhidmat untuk negara.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

MAHDZIR IBRAHIM, AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF PEMUDA SOSIALIS DAP KEBANGSAAN (DAPSY)

Kalau dengar nasihat Dr M, UMNO itu pelindung Melayu, dunia akhirat

Posted: 20 Aug 2013 03:43 AM PDT


Desakan dari setengah pihak dalam UMNO untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO supaya tidak ditandingi bertambah nyaring. Walaupun perlembagaan memperuntukan sesiapa boleh bertanding apa-apa jawatan dalam parti tetapi ada pihak yang tidak mahu diadakan pertandingan itu kerana ditakuti akan memecah belahkan parti.

Tidak ada siapa yang boleh melakukan apa-apa kerana pimpinan diatas tidak yakin dengan peruntukan perlembagaan parti mereka sendiri. Tetapi pucuk pimpinan boleh diubah tanpa pertandingan kali ini seperti yang berlaku semasa Najib mengambil alih kepimpinan dari Abdullah Badawi dahulu.

Najib boleh dialih jika cara yang sama dilakukan seperti yang dilakukan kepada Abdullah dahulu. Asas menolak Abdullah dulu adalah diatas kegagalan Abdullah mendapatkan kemenangan 2/3 majoriti di Dewan Parlimen. Najib mendapat jumlah kerusi yang lebih kecil maka elok jika dilakukan cara pengambil alihan dari Najib mengikut cara Abdullah berhenti dahulu.

Dulunya Muhyiddin begitu kuat dan mundar mandir ke hulu ke hilir. Muhyiddin merupakan orang ke hulu ke hilir untuk Abdullah memberikan laluan kepada Najib. Muhyiddin merupakan orang yang paling hebat kedepan meminta Abdullah turun dan memberikan laluan kepada Najib. Tentulah niat beliau ialah untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden itu untuk menggantikan Najib yang telah menerima banyak jasa dari tindakan beliau (Muhyiddin) itu. Maka Abdullah pun berhenti dan Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Najib..

Tetapi sekarang Najib sememangnya lebih lemah dari prestasi Abdullah maka adalah baik bagi salah seorang dari Naib Presiden menolak Najib pula untuk Muhyiddin mengambil alih Najib sebagai Presiden UMNO itu. Jika tidak ada salah seorang melakukan tindakan untuk Muhyiddin, maka jelaslah yang Muhyiddin ini ibarat lilin yang membakar dirinya untuk kepentingan Najib dan kroninya. Itulah politik UMNO. Jika berjaya rundingan diantara Najib dengan Anwar maka giliran Muhyiddin akan tercicir dan tidak siapa akan menghiraukan beliau apabila graf politiknya menurun.

Tetapi sekarang walaupun keadaan lebih buruk dari masa Abdullah meletakkan jawatan dahulu, tetapi tiada siapa yang berani mahu menandingi Najib dan tidak ada pun pemimpin tinggi diperingkat Naib Presiden berani menggerakkan usaha untuk mengambil alih kepimpinan UMNO dari Najib.

Dahulu orang yang sebenarnya menggerakkan Abdullah untuk bersara ialah Dr Mahathir dan menggunakan Muhyiddin untuk bergerak melaksanakan program peralihan kuasa itu. Muhyidin mundar mandir membuat desakan agar Abdullah meletakkan jawatan untuk memberikan laluan terhadap Najib diatas alasan kekalahan teruk UMNO sehingga hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan Kedah, Selangor dan P Pinang kepada pembangkang.

Mahathir mengambil tindakan lebih jauh dengan bertindak keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan sendiri itu. Beliau hanya kembali ke dalam UMNO setelah berjaya menolak Abdullah dari jawatan Perdana Menteri. Mahathir lebih rela menghancurkan UMNO asalkan sahaja Abdullah tidak lagi memimpin kerajaan kita.

Ramai diantara rakan-rakan saya memberitahu saya yang mereka telah berjumpa Mahathir untuk melakukan tindakan menolak Najib tetapi kali ini Mahathir tidak pula keluar membidas Najib seperti yang beliau lakukan terhadap Abdullah. Mungkin oleh kerana Najib lebih berusaha untuk menyejukkan Dr Mahathir dengan tidak memutuskan hubungan seperti yang dilakukan oleh Abdullah.

Abdullah dahulu tidak mempedulikan Dr Mahathir samasekali kerana Dr Mahathir selalu melakukan gangguan terhadap pentadbiran beliau. Apabila Dr Mahathir berjumpa dengan beliau (Abdullah) beliau tidak bercakap dan membiarkan Dr Mahathir bercakap seorang diri dan Abdullah memenuhi masa dengan Dr Mahathir semasa perjumpaan itu menulis dan mencatatkan sahaja apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir.

Seperkara yang ramai tidak tahu, Abdullah adalah seorang yang nampak lembut tetapi beliau adalah seorang yang keras dan degil. Lembutnya Abdullah bukannya untuk di sudu. Beliau tidak membenarkan Dr Mahathir bermaharaja lela dan beliau terus sahaja dengan selamba melakukan apa yang patut beliau fikir perlu di lakukan.

UMNO sesungguhnya perlukan perubahan tetapi tidak nampak perubahan itu akan berlaku. Kalau pun bertukar orang yang memimpinnya UMNO tetap seperti yang ada sekarang ini malahan ia akan lebih lemah lagi selepas ini. Saya selalu berulang-ulang bercakap yang jika di tukar Najib dengan diantara mereka yang ada dalam barisan pimpinan tertinggi UMNO, parti itu akan tetap sama kerana mereka mempunyai budaya dan sikap serta kemampuan yang sama sahaja.

Kita tidak boleh mengharapkan apa-apa dari pemilihan kali ini. Apa yang kita mungkin lihat hanyalah perubahan muka-muka yang baru tetapi mereka tetap sama sahaja. Masalah tetap sama dan keresahan rakyat tetap wujud.

Dr Mahathir akhir-akhir ini mengakui kelemahan nyata tetapi menyeru orang melayu menyokong UMNO juga diatas nama perpaduan dan keselamatan orang melayu. Biarpun rakyat sengsara dalam UMNO tetapi mesti menyokong juga UMNO itu.

Orang melayu tidak dibenarkan berubah oleh Dr Mahathir. Bagi beliau orang melayu mesti hidup terus-terusan dibawah parti yang lemah. Orang melayu mesti terus-terusan bersabar melihat kepimpinan UMNO melakukan rasuah dan segala-gala dosa dan noda.

Kalau orang Melayu tidak menyokong noda dan dosa ini nanti Melayu akan berpecah pula. Biarkan kita berada dalam dosa dan noda, UMNO mesti dipertahankan. Apa nak jadi, jadilah. Kalau terpaksa bergelumang dengan UMNO yang melakukan segala noda itu, maka sokonglah UMNO.

Kalau agama kata jangan rasuah, jangan di hiraukan jika seruan itu merosakkan melemahkan UMNO. Bagi Dr Mahathir UMNO itu adalah 'ultimate' untuk semua dunia dan akhirat.

Nasib dua bekas polis sabit kes pembunuhan Altantuya diketahui Jumaat

Posted: 19 Aug 2013 10:25 PM PDT

OLEH RITA JONG

Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan Jumaat ini berhubung nasib dua bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu di hutan simpan berhampiran Shah Alam pada 2006.

Kaunsel Datuk Hazman Ahmad yang mewakili bekas polis Azilah Hadri berkata kepada The Malaysian Insider hari ini beliau dimaklumkan oleh pendaftar mahkamah rayuan berhubug tarikh keputusan tersebut.

Azilah disabitkan bersama dengan Koperal Sirul Azhar Umar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja antara 19 hingga 20 Oktober, 2006.

 Kedua-duanya merupakan anggota Pasukan Khas Bukit Aman, dan juga pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu merupakan timbalan perdanna menteri dan juga Menteri Pertahanan.

Wakil peguam bagi Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin, turut mengesahkan tarikh berkenaan.

Ketika permohonan itu dibuat, Kamarul menggesa kegagalan memanggil pembantu Najib, Timbalan Superitendan Musa Safri sebagai saksi dalam perbicaraan.

Beliau berhujah Musa adalah hanya individu yang boleh mengenal pasti transaksi telefon antara dirinya dan Abdul Razak Baginda. Abdul Razak ketika itu adalah penganalisis politik untuk Najib.

Abdul Razak didakwa bersekongkol dengan dua anggota polis tersebut.

Dalam afidavit jaminan yang diperolehi di Mahkamahh Tinggi, Abdul Razak menyatakan ada lebih 30 panggilan telefon dan mesej teks kepada Musa pada 19 Oktober, 2006, untuk menghentikan gangguan daripada Altantuya kepada keluarganya.

Hazman turut berkata Azilah tidak mempunyai bahan letupan dalam simpanannya. Perbicaraan mendapati Altantuya ditembak sebelum badannya diletupkan menggunakan bahan letupan C4.

Beliau berhujah saksi dalam perbicaraan mengesahkan Pasukan Khas Bukit Aman tidak menyimpan C4 dan mereka tidak terlatih untuk mengendalikan bahan letupan tesebut.

Hazman turut berkata beliau telah memfaiilkan notis alibi tidak berada di lokasi kejadian, namun hakim Datuk Mohd Zaki Yasin tidak mempercayai ceritanya.

Sementara itu, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata tiada kaitan antara Najib dan juga kematian Altantuya.

Beliau berkata kebetulan Abdul Razak mengenali Najib dan Musa, tidak bermakna perdana menteri mempunyai kaitan.

Rayuan didengar selama dua hari bermula 26 Jun di hadapan tiga hakim, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Berdasarkan hasil rayuan tersebut, perayu dan pendakwa mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

CCRIS untuk peminjam PTPTN, KEADILAN lawan sampai batal – Rafizi

Posted: 19 Aug 2013 10:11 PM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : KEADILAN akan memastikan kerajaan membatalkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksana Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), kata Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli.

demo-hapus-ptptn

Ia berikutam kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama  Bank Negara bagi menyenaraihitam peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Rafizi yang sebelum ini mengumumkan pelan Pendidikan Percuma Pakatan Rakyat berkata, tindakan itu mengakibatkan peminjam disenarai hitam daripada membuat pinjaman lain termasuk  membeli kenderaan.
"Saya kecam usaha PTPTN mengambil jalan CCRIS ini. Kita akan lawan sampai PTPTN batalkan hasrat itu,"  tulisnya di Twitter malam tadi.

"CCRIS. Maksudnya blacklisted untuk loans dari bank kalau tidak bayar PTPTN. Nak beli motor tidak boleh," kata Rafizi yang menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu di Twitter.

CCRIS adalah laporan bulanan yang dihantar institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang dilakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa.

Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.

Aktiviti pembayaran yang akan direkod adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit
Sementara itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang menyifatkan langkah terbaru itu menambah beban anak muda terutama graduan yang masih belum mendapat pekerjaan.

"Ini pastinya menambah beban kami. Bayaran PTPTN itu sendiri mengurangkan pendapatan bulanan anak muda, apatah lagi dengan CCRIS ini menyebabkan kesukaran meminjam untuk membeli kereta dan rumah.
Itu tidak termasuk kos sara hidup yang kian melonjak selain kadar pengangguran dalam kalangan graduan," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan pentingnya pelaksanaan Pendidikan Percuma dan pemansuhan PTPTN sebagaimana dituntut anak muda sebelum ini.

"Kami akan membincang perkara ini dalam masa terdekat sambil meninjau respon menteri lain terutama Khairy Jamaluddin yang sebelum ini bercakap mengenai isu kebankrapan di kalangan anak muda. Apa pula responnya selepas ini," katanya lagi.

KEADILAN: Mansuh PTPTN, bukan senaraihitam peminjam

Posted: 19 Aug 2013 10:07 PM PDT

KEADILAN DAILY

KENYATAAN MEDIA: MANSUHKAN PTPTN, BUKAN SENARAIKAN PEMINJAM DI DALAM CCRIS

KEADILAN menganggap pengumuman Menteri Pendidikan II Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sebagai satu lagi kegagalan kerajaan UMNO-BN untuk mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat.

Dasar PTPTN yang disertakan dengan liberalisasi dan pengkorporatan pendidikan tinggi Malaysia menjadi sebahagian daripada beban yang dihadapi generasi muda di negara ini selain kadar upah dan gaji yang rendah serta harga rumah dan kereta yang tinggi. Kesannya, mereka berhadapan dengan pelbagai hutang yang berpanjangan. Menurut Bank Negara, kadar hutang isirumah telah meningkat 12 peratus setiap tahun pada lima tahun kebelakangan ini. Kadar muflis juga terus meningkat dari tahun ke tahun, dan antara golongan utama yang menjadi mangsa ialah golongan muda.

Harus diingat, kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Sekiranya keluarga mereka mampu, sudah tentu mereka tidak meminjam dana PTPTN.

KEADILAN dan Pakatan tidak mempertikaikan keperluan peminjam yang mampu dan berpendapatan baik untuk membayar semula hutang PTPTN. Namun yang dipertikaikan ialah nasib majoriti peminjam yang terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan berasal daripada keluarga biasa.

Atas sebab itu dasar pemberian diskaun bagi mereka yang menyelesaikan keseluruhan hutang PTPTN secara sekaligus yang dibuat di dalam belanjawan 2013 tidak adil memandangkan yang untung adalah mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik!

Kesannya, pendidikan tidak lagi dapat menjadi pemangkin mobiliti sosial bagi membolehkan rakyat dari keluarga berpendapatan rendah mendapat peluang kehidupan yang lebih baik, sebaliknya melebarkan jurang antara golongan kaya dan miskin di negara kita.

Ironisnya ketika mahasiswa biasa khususnya yang berpendapatan rendah dikejar dan dihambat bagi mengutip hutang ini, kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak mengambil apa-apa tindakan tegas mengatasi kedudukan Malaysia sebagai negara yang mencatat aliran wang haram ketiga tertinggi di dunia antara 2001-2010 (lebih dari RM800 bilion). Rasuah, ketirisan dan hutang-hutang kroni makin berkembang. 

Lebih malang lagi, pengenalan PTPTN telah menggalakkan pertumbuhan IPTS tanpa kawalan. Tidak dinafikan wujud IPTS bermutu tetapi lebih banyak lagi IPTS yang kurang berkualiti termasuk kilang-kilang ijazah! Lebih malang lagi, motif keuntungan telah melambungkan yuran pengajian. Pada tahun 1997 ketika PTPTN diperkenalkan, pinjaman sebanyak RM212 juta disalurkan kepada mahasiswa IPTA, dan RM7 juta untuk mahasiswa IPTS. Namun pada tahun 2012, mahasiswa IPTA menerima RM2.6 bilion manakala mahasiswa IPTS RM6.1 bilion!

Kita harus menyedari bahawa pendidikan adalah hak asas seorang insan. Dasar terbaru ini membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional terus ingin menjadikan pendidikan ini satu komoditi dan keistimewaan untuk mereka yang berkemampuan. Penyelesaian sebenar isu ini hanyalah satu – memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma sebagai pelaburan untuk masa depan anak-anak kita.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Perkasa: CCRIS kepada peminjam PTPTN tindas belia Melayu

Posted: 19 Aug 2013 10:04 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS



















Pengumuman Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingkar akan dikenakan tindakan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah penindasan kepada golongan belia Bumiputera, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa).

Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) hak Melayu itu menegaskan, selain terus menghukum peminjam, yang majoritinya anak muda, tindakan diumumkan Idris itu juga akan menutup peluang belia Melayu dan Bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan ekoran kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan.

"Ia satu bentuk penindasan. Saya cabar Idris Jusoh tuntut hutang pinjaman itu terlebih dahulu melalui mahkamah terhadap pelajar Melayu dan bumiputera.

 "Kerajaan kena ingat bahawa rakyat sudah ada pilihan. Rakyat boleh pilih pihak yang perjuangkan pinjaman itu dihapuskan atau pihak yang hendak CCRIS kan mereka," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), kepada The Malaysian Insider.

Idris ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi pendekatan melalui CCRIS,  peminjam PTPTN ingkar berkenaan akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Jelas ahli Parlimen Besut itu lagi, pelaksanaan CCRIS bagaimanapun tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa sama, Idris menjelaskan PTPTN turut merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Silalah kumpulkan dari awal lagi kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN)," tegas Syed Hassan lagi.

Mengenakan CCRIS kepada peminjam, katanya, akan menyukarkan lagi golongan belia mencari punca pendapatan setelah mereka sukar mendapat pekerjaan dalam keadaan peluang pekerjaan semakin sempit sekarang ini.

Idris berkata, peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat ditetapkan PTPTN.

Syed Hassan bagaimanapun melihat daripada terus menghukum, Putrajaya seharusnya mengambil langkah yang lebih mudah dan tidak membebankan peminjam melalui potongan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Kerajaan boleh ambil tindakan yang lebih mudah dan tidak membebankan peminjam terutama kepada yang sudah bekerja lima tahun ke atas baru boleh buat tuntutan pinjaman, yang tidak lagi bekerja bagaimana mereka mahu membayar balik?

"Bagi yang sudah bekerja lima tahun ke atas kerajaan boleh tuntut melalui KWSP peminjam. Bukankah ada tiga pecahan akaun dalam setiap pencarum KWSP?  Salah satunya akaun Kesihatan bersama Pendidikan. Tuntutlah dari akaun itu," cadang Syed Hassan sebagai alternatif kepada tindakan kerajaan.

"Apa pun saya ucapkan tahniah kepada Idris kerana keberanian beliau mengeluarkan kenyataan tidak popular menjelang pemilihan Umno tidak lama lagi.

PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar sejak 1 Julai 1997 sehingga 30 Jun lalu, dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

PAS: Zahid bercanggah dengan Najib dan KPN dalam isu cegah jenayah

Posted: 19 Aug 2013 10:02 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK



Kuasa polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) membolehkan menahan suspek bagi tempoh 72 hari dan kenyataan Perdana Menteri yang tidak bersetuju menghidupkan semula undang-undang penahanan tanpa bicara adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dakwa PAS.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata dua hujah berkenaan dapat mengenepikan kemahuan Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri untuk menggembalikan Akta Ordinan Darurat (EO) untuk melawan jenayah berat yang semakin meruncing.

Katanya, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar membuktikan Ahmad Zahid tersilap selama ini memperjuangkan EO sebagai penyelesaian kepada jenayah dan kerana terdapat akta lain sepertimana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan EO membenarkan penahanan tanpa bicara selama 72 hari dengan perintah mahkamah.

 "Apakah tujuan Ahmad Zahid memperjuangkan kembali EO? Adakah ia kerana kuasa menggunakan EO berpusat di tangan menteri, manakala akta lain memerlukan perintah mahkamah atau sekadar agenda tersirat beliau untuk mempertahan jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti akan datang?

"PAS menyokong pendirian yang diambil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi supaya Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) sedia ada diperbaiki supaya memberi kuasa kepada polis untuk memerangi jenayah berat. Kami berharap akta ini tidak disalahgunakan kepada orang yang tidak bersalah dan untuk sebarang tujuan politik jahat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim turut menyampaikan ucapan tahniah kepada polis atas kejayaan menahan 200 suspek yang disyaki terbabit dengan jenayah berat baru-baru ini.

Katanya, pencegahan jenayah mesti dibuat sepanjang waktu dan kelalaian pihak berkuasa bakal menyebabkan penjenayah terus melakukan jenayah kerana merasakan operasi mereka berdepan laluan mudah.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri sambutan Aidilfitri di Kementerian Kewangan,  berkata beliau tidak bersetuju dengan desakan mengembalikan penahanan tanpa bicara untuk mengekang peningkatan jenayah kerana penambahbaikan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) wajar seiring dengan hak asasi manusia dan tahanan tanpa bicara bercanggah kerana penjenayah tidak boleh dibuktikan melakukan jenayah.

Beliau menegaskan kerajaan memandang serius peningkatan kadar jenayah dan polis sedang menanganinya menggunakan akta sedia ada.

Katanya, kerajaan kini mencari keseimbangan sebaik-baiknya dari segi kesan hak asasi manusia dan kepentingan awam berdasarkan kepada hasrat kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat, kepentingan awam termasuk ketenteraman awam

PKR bantah ugutan CCRIS PTPTN terhadap peminjam

Posted: 19 Aug 2013 09:57 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


















PKR membantah tindakan kerajaan menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana siswazah dibebankan dengan kos sara hidup tinggi serta gaji yang rendah dan kini diugut pula untuk dinafikan hak memiliki rumah dan kereta.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar), berkata tindakan ini mempunyai kesan besar kepada generasi muda apabila maklumat peminjam disenaraikan di dalam CCRIS yang membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjam PTPTN sebagai kriteria baru menilai kedudukan kredit kewangan seseorang.

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, ugutan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman institusi kewangan ini bukan kali pertama perbadanan itu menggunakan cara kasar untuk menekan peminjam malah sebelum ini badan itu menyenaraihitamkan peminjam dalam senarai imigresen hingga menyukarkan mereka ke luar negara.

 "Saya menentang sekeras-kerasnya tindakan PTPTN menyenaraikan peminjam di dalam CCRIS seperti dinyatakan Datuk Seri Idris Jusoh dan memberi amaran kepada beliau supaya tidak meneruskan niat untuk mengugut dan menghukum anak muda peminjam PTPTN.

"Ugutan terdahulu PTPTN tidak berjaya memperbaiki kedudukan kutipan hutang, maka ugutan terbaru menyenaraikan peminjam dalam CCRIS juga saya yakin tidak akan berkesan. PKR akan menggerakkan kempen di seluruh negara untuk menentang hasrat ini sehingga ia dibatalkan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) berkata tindakan menyenaraihitamkan peminjam di bawah CCRIS adalah penindasan kepada golongan belia Bumiputera.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menjelaskan selain terus menghukum peminjam, yang majoritinya anak muda, tindakan diumumkan Idris itu juga akan menutup peluang belia Melayu dan Bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan ekoran kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan.

Katanya, kerajaan harus sedar bahawa rakyat sudah ada pilihan dengan memilih pihak yang memperjuangkan pinjaman itu dihapuskan atau pihak yang hendak menyenaraihitamkan mereka sambil menggesa kerajaan untuk mengumpulkan dari awal lagi kebencian rakyat kepada BN.

PAS gesa Malaysia jadi orang tengah selesai isu Mesir

Posted: 19 Aug 2013 09:50 PM PDT


OLEH MOHD FARHAN DARWIS

 Malaysia disaran menjadi orang tengah dalam kemelut di Mesir melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), gesa pemimpin PAS hari ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Putrajaya perlu mengambil langkah proaktif dengan menawarkan diri menjadi tuan rumah dalam menyelesaikan isu itu.

"Sampai masa Kuala Lumpur jadi tuan rumah dalam persidangan khas OIC, kenapa tidak (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) buat langkah proaktif, tawarkan diri jadi tuan rumah. Orang tengah untuk beri sumbangan besar dalam isu di Mesir," kata Salahuddin kepada pemberita.

 "Perkara ini tidak boleh dibiarkan, Malaysia perlu ambil pendirian tegas, menyatakan sikap terhadap isu ini," katanya lagi selepas penyerahan surat menggesa Najib mengadakan sidang Parlimen tergempar mengecam pembunuhan beramai-ramai di Mesir," katanya.

Salahuddin Ayub (baju biru) dan Datuk Mahfuz Omar bercakap dengan pemberita di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Ogos, 2013.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut menggesa Putrajaya menghantar pulang duta Mesir sebagai respon bantahan dan menghantar nota bantahan atas tindakan tentera Mesir melakukan rampasan kuasa terhadap bekas Presiden, Dr Mohamed Morsi

"Kerajaan perlu menutup kedutaan Mesir sebagai bantahan atas tindakan mereka," katanya di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya di sini.

Dalam surat mereka, PAS menyeru mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung Rabu dapat membuat ketetapan bahawa kerajaan Malaysia mengadakan Sidang Dewan Rakyat tergempar mengutuk insiden di Mesir.

"Kerajaan juga perlu mengecam negara-negara Timur Tengah yang menyokong Jeneral Al Sisi yang membunuh ribuan rakyat Mesir seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Mesir.

"Biarlah Mesir mahu menyekat kuota haji kita, saya yakin rakyat tidak akan terkesan dengan tindakan mereka," kata Mahfuz, yang juga Naib Presiden PAS.

Najib juga jelas mereka mempunyai kuasa mengadakan sidang Parlimen tergempar tanpa persetujuan Kabinet.

"Kami mengharapkan ia dilaksanakan sejak isu ini berbangkit, Najib perlu segera panggil sidang khas Parlimen, tapi beliau seolah-olah tidak ada kesungguhan yang tinggi.

"Kenyataan perdana menteri pun banyak dipolitikkan, apabila mengatakan inilah perkara yang akan berlaku, seperti perubahan kuasa yang berlaku di Mesir," katanya.

Surat daripada PAS itu diterima Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh.

Malaysia Airlines Tidak Akan Diswastakan - PM

Posted: 19 Aug 2013 09:46 PM PDT

MSTAR ONINE
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System Bhd, tidak akan diswastakan.

"Malaysia Airlines tidak akan diswastakan kerana pelan pemulihan syarikat penerbangan terbabit menunjukkan jumlah kerugian yang semakin menguncup," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbendaharaan 2013 hari ini, berkata demikian ketika mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad.

Dr Mahathir berkata penswastaan merupakan salah satu langkah bagi mengatasi kerugian yang dialami syarikat penerbangan itu, terutama setelah beberapa kali melalui pelan pemulihan. -BERNAMA

Shahrizat Tidak Gentar Hadapi Isu NFC Pada Pemilihan Umno

Posted: 19 Aug 2013 09:45 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak gentar untuk berdepan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membabitkan suaminya pada pertandingan merebut jawatan tertinggi Pergerakan Wanita Umno Oktober ini.

Ketua Wanita Umno itu tidak menolak isu itu akan dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak menyokongnya, dan menegaskan beliau tidak gentar dengan perkara itu.

"Yang hendak bertanding adalah saya, Shahrizat Abdul Jalil dan bukannya suami saya (pengerusi eksekutif NFC Datuk Dr) Mohamad Salleh Ismail.

"Suami saya walaupun menghadapi pelbagai tohmahan dan fitnah, beliau tidak dijatuhkan apa-apa hukuman...kita kena ingat dalam dunia ni termasuk Malaysia seseorang itu tidak dianggap bersalah sebelum hukuman dijatuhi," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pemilihan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

"Saya tak tahu ia (isu NFC) menjejaskan atau tidak (peluang untuk menang). Pada saya isu ini dah dua tahun dimainkan pembangkang, dan tak ada apa yang Wanita (Umno )tidak tahu. Mereka dah dengar semua, pada saya pilihlah sesiapa yang mereka mahu," katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi keterbukaannya mengenai sesiapa juga yang ingin mencabar jawatan Ketua Pergerakan Wanita.

Sebelum ini, hanya bekas Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said yang menyuarakan hasrat bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita yang dimenangi Shahrizat pada pemilihan 2009.

Shahrizat juga menyeru anggota Wanita Umno agar bertanding dan memilih kepimpinan sayap itu secara berhemah dan dalam suasana kekeluargaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengharapkan kerjasama penuh daripada anggota parti bagi memastikan pemilihan yang menggunakan kaedah dan peraturan baharu itu berjalan lancar.

"Kejayaan kita menjayakan proses ini dengan sempurna adalah testimoni kepada hasrat kita untuk menjadikan amalan demokrasi dalam Umno terus subur dan menjadikan Umno terus relevan dan perkasa". BERNAMA

Pelajar Di Mesir Mula Isi e-Borang

Posted: 19 Aug 2013 09:43 PM PDT



PETALING JAYA: Pelajar Malaysia telah mula mengisi e-borang bagi pendaftaran pemindahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Mesir (EME) untuk membantu pihak berkuasa menyampaikan maklumat dan arahan sama ada mereka perlu dibawa pulang.

EME, melalui laman Facebook berkata e-borang itu bagi mengumpul data dan profil pelajar di Mesir untuk dimasukkan dalam senarai pemindahan.

"Butiran telefon dan alamat akan membantu kita menghantar maklumat dan arahan dari masa ke semasa dan jika pemindahan diisytiharkan," menurut kenyataan, Isnin.

Rekod dalam e-borang telah dibuat untuk memudahkan EME mengumpul umur, jantina, negeri asal mereka dan bidang pengajian supaya pemindahan boleh diaturkan mengikut kategori dan keutamaan.

Wakil perhubungan Kedutaan Malaysia di Kaherah, Shaiful Anuar Mohammad berkata borang tersebut untuk mengenal pasti bilangan pelajar yang masih di Mesir dan sama ada mereka mahu pulang ke Malaysia.

"Terdapat beberapa pelajar yang berminat untuk terus tinggal kerana sebahagian peperiksaan masih berjalan di universiti-universiti tertentu. Sesetengah daripada mereka juga menganggap tidak terdapat keperluan segera untuk pulang," katanya.

Borang tersebut, katanya, adalah untuk membantu usaha-usaha Kerajaan yang perlu membuat keputusan untuk membawa pelajar pulang.

Shaiful Anuar berkata pihaknya juga sedang berunding dengan universiti-universiti bagi menangguhkan baki peperiksaan pada akhir bulan depan.

Di Alor Setar, Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Yayasan Islam Kedah telah diarahkan untuk mengupah pengawal keselamatan untuk melindungi pelajar yang tinggal di asrama di Mesir dan juga untuk memastikan mereka mempunyai makanan yang mencukupi.

"Kami juga telah dinasihatkan oleh kerajaan Mesir untuk menangguhkan penghantaran pelajar baru kerana temuduga pelajar telah dihentikan pada masa ini," katanya selepas menyampaikan surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang ditaja Yik di Wisma Darulaman, Isnin.

Isa Samad Sah Tanding Naib Presiden Umno

Posted: 19 Aug 2013 09:42 PM PDT



Mohd Isa
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada Selasa mengesahkan akan merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau yang juga pengerusi Felda berkata, keputusan tersebut diharap mendapat sokongan daripada anggota Umno dalam usaha memantapkan parti terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Apa yang saya miliki terutamanya dari segi pengalaman dan kebolehan dapat membantu mengurus parti untuk menghadapi PRU-14.

"Sebagai orang lama, saya sedia bantu pucuk pimpinan parti...semua berhasrat seperti itu demi keutuhan parti," katanya pada sidang media di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda di sini, Selasa.

Berita Cemas Buat Warga Pekerja..

Posted: 19 Aug 2013 09:33 PM PDT

Hutang Negara semakin membengkak... Wang Rakyat Jadi Habuan... BN Kata Kewangan Negara Mantap... Rakyat Tertipu Lagi....
Klik SINI


RM470.6 bilion

1 BILION 1000 JUTA

BAYANGKAN 470.6 BILION!!!

Itulah jumlah hutang kerajaan BN merembat wang KWSP yakni duit simpanan rakyatnya sendiri.

dan sebab tulah hangpa kena keluaq duit makin lambat...

dulu 55 dah nak genjak pie 60..thah thah lepas nie dia bagi monthly pulak

Apa yang BN buat dengan duit yang banyak tu? Tiada siapa yang tahu melainkan barisan menteri menteri penyamun negara sendiri yang tahu rahsia samunan masing masing!!!

Rahsia ini akan terus menjadi rahsia selagi BN memerintah!!!

Sebabtulah BN sanggup gadai negara beri ic kpd pendatang asing untuk mengundi supaya MENANG pru dengan cara MENIPU!!!

Macai akan jawab apa?

BN guna buat pembangunan?

Buat highway?

Semua tu rakyat kena bayar la dey..bukan free..jika free sah sah la guna duit rakyat untuk kemudahn rakyat..tapi korang nampak tak apa gua nak cakap? ~King Jason

Lagi Berita Di SINI

10 Adun Kelantan angkat sumpah Timbalan Exco

Posted: 19 Aug 2013 09:31 PM PDT

Aslani M | Foto Zamani Mohd Zain,


KOTA BHARU: Seramai 10 Adun hari ini mengangkat sumpah sebagai Timbalan Exco kerajaan negeri, berperanan membantu anggota-anggota Exco melaksanakan tugas harian.

Mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan pelantikan di hadapan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabat Menteri Besar hari ini.

Adun Kadok, Azami Mohd Noor dilantik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli.

Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat.

Abdul Rahman Yunus (Demit) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Hassan Mahmood (Tawang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan.

Abdul Azziz Kadir (Jelawat) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau.

Muhammad Awang (Gual Periuk) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

Dr Md Yusnan Yusof (Melor) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau.

Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat.

Wan Ubaidah Omar (Kijang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.

Mohd Nazlan Mohamad Hasbulah (Limbongan) – Timbalan Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan.

Manakala Wan Nik Wan Yussof pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar.

Hadir sama menyaksikan majlis berkenaan Mohd Amar, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

"Pelantikan Timbalan Exco dapat membantu meringankan tugas-tugas anggota Exco terutamanya mewakili Exco pada program-program tertentu.

"Melalui persefahaman kerja membolehkan anggota-anggota Exco menumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang memerlukan penyelesaian segera," kata Menteri Besar ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Menurutnya Timbalan Exco akan disediakan kemudahan pejabat di Kota Darulnaim atau mana-mana agensi yang berkaitan dengan portfolio masing-masing.

Oleh itu beliau berharap tugas-tugas pentadbiran kerajaan berjalan lebih lancar terutamanya bagi menyelesaian masalah rakyat dengan kehadiran timbalan-timbalan Exco.

PM diam laporan Shahrizat dilantik penasihatnya

Posted: 19 Aug 2013 05:18 PM PDT

 


 
Datuk Seri Najib Razak hari ini memilih berdiam diri berhubung laporan jangkaan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri dalam isu berkaitan wanita.

najib hari raya open house 080813"Tiada apa-apa pengumuman lagi setakat ini, biarkan begitu saja," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Media melaporkan, langkah melantiknya ke jawatan bertaraf menteri itu bakal mengembalikan karier politiknya yang sebelum ini diasak hebat kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan anggota keluarganya.

Ia juga mendorong Shahrizat tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Shahrizat sebelum ini pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada perdana menteri berhubung hal ehwal pembangunan wanita dan sosial pada 2008, walaupun beliau tewas dalam pilihan raya pada tahun itu.

Beliau kemudian dilantik sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada 2009 selepas beliau memenangi jawatan ketua wanita dengan menewaskan penyandang Tan Sri Rafidah Aziz.

Mahfuz: Gagal lunas hutang Kuin tanda k'jaan lemah

Posted: 19 Aug 2013 05:09 PM PDT



 
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan alasan Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak mampu untuk membayar hutang pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) membuktikan kerajaan negeri lemah.

NONEMahfuz (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, kerajaan BN negeri boleh memohon bantuan pusat bagi melunaskan hutang pembinaan kampus induk di Kuala Ketil yang menurutnya berjumlah kira-kira RM50juta setahun.

"Dia kerajaan negeri BN, dan kerajaan pusat BN. Takkan dia tidak mampu untuk mendapat back up daripada kerajaan pusat untuk membayar hutang.

"Memang kita (kerajaan Pakatan Rakyat) akui membuat (pinjaman) hutang dengan Bank Islam dan Affin Bank untuk membina kampus baru KUIN untuk menaik taraf jadi universiti penuh.

"Tiba-tiba, kerajaan sekarang berundur ke belakang. Kosongkan kampus sana dengan alasan tak mampu bayar hutang. Saya fikir, menteri besar tak mampu nak bayar hutang, (jadi) kerajaan (negeri ni) lemah betullah," katanya dalam sidang media hari ini.

Malah, katanya, berdasarkan rekod, kerajaan Pakatan melunaskan hutang kerajaan pusat berjumlah RM25juta yang ditinggalkan oleh BN sebelum 2008 bagi pembiayaan pembinaan bangunan baru pentadbiran di Wisma Darul Aman.

Mahfuz juga ahli parlimen Pokok Sena mengulas keputusan kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan semula semua fakulti di kampus Kuala Ketil ke kampus Kuin di Alor Setar.

Dedah minit penubuhan Insaniah Holdings

Beliau turut menyifatkan Mukhriz sebagai menteri besar yang lemah kerana didakwanya gagal meyakinkan kerajaan pusat untuk memohon bantuan bagi menyelesaikan masalah itu.

"Jadi saya kata kerajaan negeri lemah, menteri besar lemah kerana tidak boleh untuk meyakinkan kerajaan untuk memohon pertolongan kerajaan pusat," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Mahfuz turut membangkitkan isu 268 kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd yang didakwanya tidak dibayar gaji sejak Mei lalu dan status jawatan mereka kini ekoran kegagalan tersebut.

Sebelum ini Mukhriz pula dilaporkan berkata kerajaan Kedah akan mencari jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah petugas Insaniah Holding yang tidak mendapat gaji, sejak Mei lalu sekalipun mendakwa tiada kaitan secara langsung dengan Insaniah Holding.

Mahfuz juga menolak kenyataan Mukhriz bahawa kerajaan negeri tidak ada kaitan dengan Insaniah Holdings memandangkan entiti itu merupakan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd yang dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah.

Beliau juga menunjukkan minit mesyuarat penubuhan Insaniah Holdings yang dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang dipengerusikan oleh menteri besar ketika itu Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Lembaga itu juga menurutnya dianggotai antaranya setiausaha dan pegawai kewangan kerajaan negeri, mufti dan rektor.

Orang ramai dijemput hadiri Sambutan Hari Belia Antarabangsa pada 24 Ogos

Posted: 19 Aug 2013 05:03 PM PDT


DSC_0105

SHAH ALAM S : Orang ramai dijemput untuk bersama-sama dalam Sambutan Hari Belia Antarabangsa pada 24 Ogos (Sabtu) ini.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sambutan itu akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 malam

Turut dianjurkan serentak adalah Majlis Hari Raya Aildilfitri serta sambutan Ambang Merdeka.

Menurut Dr Ahmad, tema 'Integriti' dipilih supaya generasi muda menghayati prinsip itu dalam agenda perubahan nasional.

Tambah beliau, antara acara yang disusun nanti adalah penerangan isu berkenaan krisis di Mesir dan Solat Hajat untuk memohon keamanan di Mesir.

Turut diadakan sembang santai golongan belia bersama Mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan juga program khas bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita juga akan menganugerahkan anugerah Penggerak Belia Tempatan (Pebt) terbaik," kata beliau.

Kata beliau, para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan bagi sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang akan disediakan oleh setiap pihak berkuasa tempatan.

"Disasarkan lebih 10,000 akan hadir dalam program ini dan diharapkan lebih daripada itu kerana pada tahun lepas lebih 50,000 hadir pada program kemuncak dalam program bersama Ustaz Azhar Idrus," kata beliau.

Katanya, beberapa acara sukan akan diadakan seperti Paintball, Walk Hunt, Cycling Hunt, Basketball 3 0n 4, Klinik Bola Sepak, Pertandingan Pidato 'Rasuah', Pertandingan Catur Piala Exco Belia dan Sukan, Pertandingan Blast of the Band dan Pertandingan Dekorasi Cup Cake dan Kraft Fabrik Felt.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT