Sabtu, 17 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Pak Mie dan Isteri Bela 700 Ekor Anjing

Posted: 17 Aug 2013 05:30 AM PDT



[AA] ALOR SETAR: Tanggungjawab dan belas kasihan.

Itulah yang digambar oleh sepasang suami isteri apabila mereka sanggup mengutip dan memelihara binatang yang berkeliaran di jalanan seperti anjing dan kucing.

Atas dasar belas kasihan, sepasang suami isteri di sini sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka. Bekas kontraktor, Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, membawa balik haiwan yang sakit, cacat, tua dan mengalami pelbagai masalah lain untuk diberi penjagaan sebaik mungkin.

Menurut Md Azmi atau lebih mesra dengan panggilan "pak mie", beliau menganggap apa yang dialakukan beliau dan isteri untuk memelihara serta menguruskan haiwan ini merupakan satu tanggungjawab malah sudah hampir dua puluh tiga tahun mereka menguruskan haiwan-haiwan ini bersama.

Katanya,sifat kasihan terhadap haiwan itu lahir apabila beliau melihat haiwan-haiwan tersebut berada di jalanan malah ada antaranya mengalami kecederaan serta dalam keadaan tidak terurus.

Jika ternampak beliau akan menangkap dan membawa pulang haiwan-haiwan tersebut ke kediaman mereka di jalan tanjung bendahara, alor setar dan akan dimandikan serta merawat luka-luka yang terdapat pada haiwan tersebut.

"Pak Mie" dan sekumpulan anjing peliharaannya

"Bagi kami dengan mak intan kami rasa benda ni rasa tanggungjawab la kita ambil balik bila kita ambil bawak balik kita tengok sakit macam ni kita berubat dia kita jaga bagi makan dia pelihara sampai dia sihat jadi itu kita
rasa tanggungjawab lah walaupun saya sebagai orang melayu," katanya.

Walaupun pada satu ketika tindakan mereka pernah mendapat cemuhan dan dipandang serong masyarakat kerana mereka beragama Islam namun tidak ramai yang tahu mereka akan menyamak kembali dan mereka tahu akan hukum agama dan ini adalah atas perikemanusiaan selebihnya mereka menyerahkan kepada Allah.

Sementara itu isterinya, Halija yang mesra dipanggil Mak Intan pernah bekerja di klinik haiwan serta mempelajari ilmu merawat haiwan dengan doktor veterinar.

Katanya dia tidak mempunyai sebarang masalah dalam menguruskan haiwan itu mahu dari segi pemakanan dan kesihatan malah anjing-anjing tersebut dijaga dengan rapi termasuk soal perubatan dan kebersihan.

"Memang Mak Intan rasa tanggungjawab la kat depa sebab sapa yang nak tolong sapa yang nak ambil depa kan sedangkan kucing yang sakit tepi jalan orang kaih (tolak) ja orang tak ambil macam tu jugak anjing yang eksiden ka kena tindih ka apa ka orang kaih dengan kaki ja tak dak sapa yang sudi nak ambil depa," kata Mak Intan.

Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu.

Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

"Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup," katanya.

Sehingga kini terdapat kira-kira 200 ekor kucing dan 900 ekor anjing di bawah jagaan mereka malah kos menguruskan haiwan-haiwan ini ditanggung sepenuhnya tanpa meminta bantuan daripada mana-mana pihak.

Malah anjing yang dipelihara dan dipelihara dijaga sehingga mati manakala bagi penyakit yang tak dapat dirawat haiwan ini akan dihantar ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut.


P/s: Blog Pak Mie boleh dilawati di sini.


Rumah Tuan Mufti Dipecah Masuk Lelaki Bersenjatakan Parang

Posted: 17 Aug 2013 03:30 AM PDT

Foto: HM

[Bernama] Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke negeri ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di Kuching semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.

Mereka kemudian melarikan barangan berharga benilai kira-kira RM30,000, katanya kepada semalam.

Beliau berkata kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.

"Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil
memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.

Dr Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009. - 17/8/13


Suri Rumah Didakwa Pukul dan Dera Amah dengan Air Panas

Posted: 17 Aug 2013 03:13 AM PDT

CHAI Eng Fong didakwa atas pertuduhan mendera pembantu rumah warga Indonesia, Maria Roberta Sian (gambar kecil) di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, semalam.

[UM] PETALING JAYA 16 Ogos - Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia dengan memukul serta menyimbah air panas terhadap mangsa ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Khamis lalu.

Chai Eng Fong, 40, turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memperdagangkan seorang wanita berusia berusia 30 tahun bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan.

Ibu kepada empat anak yang berusia antara 10 dan 17 tahun itu mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Eng Fong didakwa dengan niat mendatangkan cedera parah terhadap Maria Roberta Sian dengan memukul dan menyimbah air panas sehingga menyebabkan kecederaan di muka, kepala, telinga, kedua-dua payu dara, belakang badan serta paha.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di rumah tertuduh di No. 5, Jalan U5/84, Subang Bestari, Shah Alam, dekat sini kira-kira pukul 7 petang, 8 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap mangsa, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang memakai baju-T berwarna merah jambu dan berseluar jeans pendek dilihat tenang sepanjang prosiding. Hanya suami tertuduh dilihat hadir di galeri awam mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah yang mengendalikan pendakwaan pada mulanya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh tetapi sekiranya mahkamah cenderung membenarkannya, beliau mencadangkan jaminan RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Beliau memberitahu, jumlah tersebut tidak membebankan tertuduh kerana keluarga wanita itu mempunyai perniagaan besi.

Zhafran Rahim juga memohon agar tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.

Peguam T. H. Goh yang mewakili Eng Fong pula memohon agar jumlah tersebut dikurangkan dengan mengambil kira syarat tambahan yang dikemukakan oleh pendakwaan.

Hakim Rozina Ayob kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Beliau juga memerintah tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sebagai syarat jaminan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 2 September ini.

Peguam Rosal Azimin Hamad hadir selaku peguam pemerhati bagi pihak Kedutaan Indonesia.

Memetik laporan akhbar, mangsa bertindak melarikan diri dari rumah majikannya di Subang Bestari, dekat sini pada 8 Ogos lalu selepas menjadi mangsa dera sejak lapan bulan yang lalu.

Mangsa kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 7 malam pada hari yang sama dengan bantuan orang awam.

Pembantu rumah itu yang mengalami luka, lebam dan kesan parut di seluruh badan mendakwa majikan wanitanya itu memukulnya dengan menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai.

Menurut mangsa, majikannya itu memukulnya kerana tidak berpuas hati dengan cara dia menjalankan kerja rumah. -16/8/13


P/s: Gila kejam!!!




Bapa SEMBELIH dan MINUM Darah Anak

Posted: 17 Aug 2013 03:08 AM PDT

RUMAH berlakunya kejadian anak disembelih bapa kandung, semalam. Foto: HM.

[Mstar] KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mengaku dimiliki semangat roh-roh membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan mengelar bahagian tekak sebelum bertindak minum darah anaknya sambil adegan seram itu dilihat ahli keluarga, di bahagian Pantai Timur, daerah Lahad Datu.

Ketua Polis Lahad Datu Supt Shamsuddin Mat berkata, kanak-kanak tersebut, Haikal Salimar, sedang tidur di ruang tamu rumah keluarganya di Kampung Epil kira-kira pukul 9.45 malam hari Khamis apabila bapanya tiba-tiba meraih pisau dari dapur dan mengelar lehernya.

"Menurut ahli keluarga, kejadian itu berlaku dengan pantas dan budak itu dibunuh sebelum mereka sempat untuk bertindak balas," katanya ketika dihubungi, Sabtu.

Antara mereka yang berada di rumah pada masa kejadian ialah datuk dan nenek Haikal dan bapa saudaranya, Shamsuddin berkata.

Shamsuddin berkata, sebelum kejadian, bapa Haikal berusia 35 tahun menjerit bahawa roh-roh telah mengganggunya dan mahu dia minum darah manusia.

Lelaki itu kemudian berlari ke dapur dan mengambil pisau sebelum menyembelih anaknya manakala datuk dan nenek hanya mampu melihatnya tanpa berdaya melakukan apa-apa.

Ahli-ahli keluarga menjerit meminta pertolongan dan dengan bantuan penduduk kampung pisau dirampas daripada lelaki itu dan kemudiannya dia diikat.

Polis bergegas ke rumah yang terletak kira-kira 2 km dari kawasan bandar itu selepas dimaklumkan mengenai kejadian.

Shamsuddin berkata lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu telah ditemui di tempat kejadian dan mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat," katanya.

Shamsuddin berkata siasatan menunjukkan lelaki itu mungkin telah terlibat dalam ilmu hitam dan kepercayaan karut.

Beliau berkata apabila ditahan lelaki itu tidak kelihatan seperti berada di bawah sebarang pengaruh, walaupun begitu dia telah dihantar untuk pemeriksaan perubatan.

Beliau berkata lelaki itu juga akan dihantar untuk menjalani penilaian psikiatri.



Kanak-kanak Perempuan Didera Ibu Kandung

Posted: 17 Aug 2013 02:48 AM PDT


Kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak yang dipercayai didera.


[SH] IPOH - Polis menahan dua individu dipercayai terbabit dalam kes penderaan melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, lelaki berusia 39 tahun dan wanita berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.20 petang.

Menurutnya, pihaknya bertindak atas laporan yang dibuat di pondok polis Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh seorang doktor pada petang kelmarin.

"Mengikut laporan yang dibuat, kanak-kanak itu dipercayai didera oleh ibunya di rumahnya di Menglembu.

"Pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu turut menemui kesan luka disyaki akibat pukulan rotan di seluruh bahagian badan dan kepala," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dua individu terbabit dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Chang Keong berkata, mangsa yang dilaporkan parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB.

"Siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.


P/s: Lahanat!!!



Selepas 6 Kali Melakukan Seks, Teman Lelaki Enggan Bertanggungjawab, Remaja ....

Posted: 17 Aug 2013 02:45 AM PDT

Sekadar hiasan.

[SH] REMBAU – Gara-gara percaya dengan lelaki yang baru dikenalinya, seorang pelajar tingkatan lima sanggup melakukan hubungan seks sebanyak enam kali dengan lelaki berkenaan.

Pelajar berkenaan walau bagaimanapun nekad membuat laporan polis dan mahu lelaki berkenaan bertanggungjawab ke atas dirinya.

Sumber berkata, difahamkan pelajar berkenaan melakukan hubungan kelamin dengan suspek buat pertama kali pada penghujung April lalu kira-kira jam 2.30 petang di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan berhampiran sebuah pasar raya di daerah ini.

Menurutnya, pada kejadian kali pertama berkenaan, mangsa baru sahaja mengenali suspek telah dibawa ke rumah berkenaan dan dipaksa melakukan hubungan seks.

"Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks sekiranya mangsa sayang kepadanya.

"Kali terakhir suspek melakukan perbuatan berkenaan adalah sekitar Jun lalu. Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu (kelmarin)," katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Kita kini giat mengesan suspek yang dipercayai berusia belasan tahun dan masih lagi tidak mempunyai pekerjaan," katanya. -16/8/13


Tiada ulasan: