Khamis, 1 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Benjy Bercerai dengan Isteri Buat Kali Kedua

Posted: 01 Aug 2013 05:00 AM PDT


[SH] KUALA LUMPUR - Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sah bercerai talak satu dengan isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Penceraian itu adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu.

Lafaz cerai disebut Benjy pada pukul 9.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor.

Permohonan cerai dikemukakan Safiya mengikut Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mahkamah kemudian mengesahkan jatuh takla satu ke atas Safiya dan memerintahkan Safiya menjalani edah sebanyak tiga kali suci.


Dalam pada itu, sebelum melafazkan cerai, hakim meminta mereka bersalaman dan bermaafan, antara mereka sebagai pasangan suami isteri sebelum bercerai.

Seketika, suasana diselubungi pilu apabila Benjy dilihat mencium dahi isterinya buat kali terakhir, sambil memohon maaf, manakala Safiya bersalaman dan mencium tangan Benjy.

Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Benjy, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk berpisah dengan baik.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Safiya, 30, kedua-dua pasangan itu bernikah pada 9 Februari 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Juan Benjamin, 7.

Foto: MD

"Mereka pernah bercerai talak satu pada Julai 2008 dan rujuk semula pada hari yang sama,"katanya.

Peguam itu turut memaklumkan, Benjy dan Safiya sudah tinggal berasingan sejak 2010.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, pelakon yang mencetus kontrovesi kerana pernah didakwa sekali lagi berhubung kes dadah pada 2 Julai lalu itu bersyukur kerana semuanya berjalan aman.

"Hubungan kami baik dan kami masih lagi berkawan," katanya.

Menurutnya, mereka berdua telah bersetuju untuk menjaga anaknya, Firdaus secara bergilir-gilir.

"Soal raya tiada masalah kerana kami berdua akan beraya bersama Firdaus di Kuala Lumpur," katanya.


Sindiran Pedas Akhbar Singapura tentang Kes Pembunuh Upahan di Malaysia

Posted: 31 Jul 2013 11:30 PM PDT



Blogger mesra UMNO meroyan dan mengamuk sakan apabila sebuah akhbar Singapura memilih tajuk "Welcome to Malaysia where death is cheap and staying alive is coastly". Ada yang meminta kerajaan Malaysia membuat protes terhadap kerajaan Singapura kerana isu tersebut.

Secara sinisnya, berita ini bermaksud upah untuk pembunuh upahan jauh lebih murah daripada kos untuk menjamin keselamatan seseorang. Menurut dakwaan seorang penyiasat persendirian, kos pembunuh upahan untuk satu tugasan hanya sekitar 2000 dolar Singapura (RM5000) di Malaysia. 

Secara perbandingan, seorang lelaki yang terselamat daripada jenayah tembakan terpaksa membelanjakan sekitar 3200 dolar Singapura sebulan untuk mengupah pengawal keselamatan bagi menjamin keselamatan dirinya.

Walaupun kejadian pembunuhan kian menjadi-jadi di Malaysia, penyiasat persendirian yang dikenal sebagai Mr Jay memberitahu warga Singapura supaya tidak bimbang kerana pembunuh upahan ini hanya menyasarkan individu tertentu, bukannya secara rambang.-DCM


P/s: Jangan cepat menyalahkan akhbar luar negara. 

Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan pantas bagi menangani kes jenayah ini agar bukan sahaja pelancong asing berasa selamat, malah penduduk di negara ini tidak berasa panik.

Kenal pasti punca masalah, ambil tindakan drastik, bukannya menyalahkan pembubaran ISA atau Ordinan Darurat. Berapa kerat pesalah ISA dan Ordinan Darurat yang ditahan kerana senjata api? Apa relevan ISA digunakan untuk mengekang jenayah pembunuh upahan? Adakah polis dapat mengenal pasti pembunuh upahan lebih awal dan menahannya di bawah ISA? Jika polis dapat mengenal pasti pembunuh upahan lebih awal, maka tanpa ISA pun jenayah ini dapat ditangani! Bukankah kita ada akta yang berkaitan dengan pemilikan dan penyalahgunaan senjata api?

Dari segi punca, bukankah senjata api yang digunakan dan sebahagian pembunuh upahan seperti yang didakwa sesetengah pihak diseludup dari luar negara? Jadi, salah satu puncanya ialah kebocoran di pintu sempadan. Adakah ada elemen rasuah di sana atau sempadan negara tidak dikawal dengan rapi sehingga berlaku pencerobohan seperti di Lahad Datu? 

Bagi TM, pihak berkuasa perlu memainkan peranan utama mereka, iaitu menjaga keselamatan rakyat dan negara bukannya menumpukan perhatian pada isu remeh yang melibatkan ahli politik dan sebagainya. Tangani segera penularan jenayah berat yang kian berleluasa kerana hal itu mencemarkan imej Malaysia sebagai Negara Paling Selamat di Asia Tenggara. Bukankah mereka juga menguar-uarkan bahawa Malaysia paling selamat di Asia Tenggara, ke-19 terselamat di dunia?



[PANAS] Kerajaan Pulau Pinang dan Kelantan Umum BONUS Aidilfitri 2013

Posted: 31 Jul 2013 09:30 PM PDT



Kerajaan Pulau Pinang Umum Bonus Setengah Bulan Gaji

[BlogFaqar] SEMUA kakitangan awam Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Puasa.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM3,734,908.81 untuk 3,841 penjawat awam di negeri berkenaan.

"Biasanya Kerajaan Negeri akan ikut (pemberian bonus RM500 sebagaimana diumumkan) Pusat.

"Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) mampu, maka, kita memberikan bonus yang lebih bagi menunjukkan penghargaan atas prestasi penjawat awam yang begitu baik," ujar beliau pada pagi tadi di Komtar, George Town.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus turut berucap pada Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang tersebut yang disertai lebih 2,000 hadirin.

Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus RM300 kepada guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), manakala, RM200 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Katanya, guru sekolah menengah pensendirian Cina turut diberi bonus RM200.


Kerajaan Sediakan RM2.2 Juta untuk Bonus Aidilfitri

[HD] KOTA BHARU: Dengan kemampuan yang begitu terhad, kerajaan Kelantan dapat menunaikan tanggungjawab untuk memberikan bonus Aidilfitri tahun ini kepada kakitangannya dengan kos keseluruhan RM2.2 juta.

Sumbangan Aidilfitri di bawah Skim Bantuan Khas itu bakal diagihkan sebelum Aidilfitri ini bagi memberi keselesaan pada kitangannya untuk menyambut hari raya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan itu juga selaras dengan kerajaan Pusat yang telah mengumumkan untuk memberikan bonus Aidilfitri pada kakitangannya beberapa hari lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau menambah, sumbangan itu juga bakal dinikmati oleh kakitangannya yang telah pencen, sebanyak RM250 seorang.

Pada masa yang sama beliau berkata, kerajaan negeri turut meluluskan penubuhan majlis penempatan pelantikan dan pertukaran kakitangan awam kerajaan negeri Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju meletakkan kakitangan awamnya bertugas berdekatan di kediaman masing-masing demi untuk mewujudkan suasana kekeluargaan.

"Kita tidak mahu isteri bekerja di Kuala Krai, suami di Kota Bharu, suami terpaksa keluar awal pagi sekiranya tinggal di Kuala Krai.

"Kerajaan negeri sedar ianya bukan suatu perkara yang mudah, tetapi akan cuba diusahakan untuk kebaikan keluarga contohnya pertukaran suka sama suka atau wujudkan tugas baru," ujarnya.


P/s: Tahniah!!!


Makan di Bilik Mandi & Persalinan dan Akta Hasutan, Apa Komen Prof Agus?

Posted: 31 Jul 2013 07:51 PM PDT


[FB Prof Agus] Saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan. Mengapa sampai begitu? Kenapa perlu kita menyiasata beliau di bawah Akta ini? Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain?

Pada saya, tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja. Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman.

Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan. Pada saya, tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi saya setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak.

Inilah yang meriaukan saya dengan keadaan sekarang? Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat?

Sepatutnya jawapannya mudah sahaja. Pihak berkuasa perlu menegaskan akan menyiasat aduan tersebut supaya memberi keadilan kepada semua pihak. Sepatutnya kita cari yang benar, atasi kelemahan dan kekurangan supaya murid dapat belajar dengan selesa. Jangan kita ancam aduan yang dibuat dengan Akta Hasutan?

Saya merayu supaya kita jangan hanya melihat isu kantin sekolah, isu pengetua suruh murid balik ke China dan India sebagai soal parti dan kaum semata-mata. Kita juga perlu lihat dari aspek lain. Soal kantin misalnya, kita boleh lihat berlakunya aduan seperti ini kerana kita menghadapi masalah prasarana sekolah yang tidak mencukupi, maka ini bermakna kita perlu cari peruntukan untuk meengkapkan kekurangan ini. Kita perlu selesaikan masalah dengan melihat kepada akar rumputnya, bukannya dengan memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan masalah pokok.

Dalam soal pendidikan janganlah kita berpolitik 24 jam. Dalam soal perkauman dan agama, kita perlu berhati-hati dengan kenyataan. Teringat saya kata-kata Khir Johari dulu apabila merujuk kepada hubungan antara kaum di negara kita: Cina itu ibarat pasir, India ibarat air dan Melayu ibarat simen. Apabila ketiga-tiganya digaul bersama, ia akan membentuk satu blok konkrit yang kukuh.

Apakah kenyataan Tan Sri Khir Johari 50 tahun dulu itu masih relevan lagi dengan kenyataan hubungan kaum kita hari ini? Kitalah yang menjawabnya.



PAS Lapor Polis Petisyen Pilihan Raya Ditolak dengan Alasan Rapuh

Posted: 31 Jul 2013 07:09 PM PDT


[BO] KUALA LUMPUR : PAS akan membuat laporan polis ekoran 13 dari 18 petisyen pilihanraya umum lalu yang difailkan, telah pun ditolak oleh mahkamah berdasarkan "sebab kecil".

Peguam PAS yang juga Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata mahkamah menolak dengan alasan rapuh dan teknikal.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti itu, Mohamed Hanipa menegaskan bahawa daripada 18 petisyen yang difailkan oleh parti itu, 13 telah pun dibuang kerja berdasarkan "kecil" sebab.

"Mahkamah telah menolak banyak petisyen kami berdasarkan alasan rapuh dan teknikal. Jadi, kita tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggunakan (membuat) laporan polis dan biarkan mereka (polis) menyiasat ia (perkara tersebut) dari sini," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS disini semalam rabu 31 Julai.

Peguam itu juga menambah bahawa di negeri Kelantan, bantahan yang dibuat oleh pihak PAS tidak diterima oleh mahkamah sebaliknya bantahan yang dibuat oleh Umno telah diterima.
"Ini tidak seiringan dengan proses demokrasi," katanya.

PAS akan membuat laporan polis di seluruh negara secara kolektif, kesemua petisyen pilihan raya yang telah melalui proses undang-undang.


Berita Lain:

Pas Persoal Pengendalian Petisyen PRU13

[HD] KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.

"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Malah katanya lagi, keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu.

"Kita juga melihat keputusan tersebut seperti mendapat arahan dari pihak tertentu kerana alasan sama termasuk juga kos yang diarahkan juga amat luar biasa," sambung beliau.

Tutup penyelewengan?

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu keputusan tersebut seperti sebagai usaha menggunakan mahkamah untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya yang lepas.

Katanya, kerajaan tidak boleh salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negetif terhadap kredibiliti mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada pihak yang mahukan keadilan mengikut saluran demokrasi yang betul.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan kebimbangan tindakan tersebut akan memberi ruang kepada rakyat untuk menuntut keadilan mengikut cara mereka sendiri.

"Kita tuntut keadilan melalui proses demokrasi yang betul tetapi kerajaan menutup ruang tersebut.

"Saya bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluruan mereka sendiri, kita tidak mahu negara ini menjadi seperti negara-negara yang lain," kata Salahuddin.

Sementara itu PAS akan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat berhubungan kedudukan Pengerusi SPR agar perlantikannya dikaji balik serta pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lepas.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, Peguam Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang), Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja).


Kesalahan Isi Borang 14 oleh KTM, PAS Buat Laporan Polis



[TMI[] KUALA LUMPUR: PAS akan membuat laporan polis di seluruh negara berhubung dengan kesalahan pengisian Borang 14 oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata, laporan polis tersebut akan dibuat di kawasan petisyen yang dikemukakan oleh PAS yang ditolak pada pendengaran awam lalu.

Hanipa berkata, tindakan laporan polis itu dibuat kerana mahkamah pilihan raya tidak menerima kesalahan KTM yang tidak mengisi maklumat yang tepat di dalam Borang 14 sebagai salah satu kesalahan di dalam PRU13 lalu, kerana menganggapnya sebagai kesalahan jenayah.

"Kita akan membuat laporan polis di semua tempat petisyen yang telah ditolak oleh mahkamah.

"Perkara ini kita ambil serius apabila kita menggunakan kesalahan KTM mengisi maklumat yang tidak tepat dan palsu berhubung dengan jumlah undi dalam Borang 14 telah ditolak oleh mahkamah dengan alasan ia kesalahan jenayah.

"Jadi bila kesalahan jenayah maka laporan polis akan dibuat dan kita harap pihak polis membuat siasatan serta mendakwa jika terbukti kesalahan tersebut," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang.

Hanipa memberitahu, kesalahan pengisian Borang 14 terkandung di bawah Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang meminta agar Pegawai Pilihanraya mengisi dokumen dengan betul.

"Kita akan berbincang dengan pimpinan PAS berhubungan dengan laporan polis ini dan ia akan dilakukan secepat mungkin selepas cuti Hari Raya nanti.

"Selain itu juga laporan polis yang dibuat akan dipantau sepenuhnya oleh barisan peguam dari Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham)," sambung beliau.


[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Harga Gas Masak Petronas Naik Mulai 1 Ogos 2013?

Posted: 31 Jul 2013 05:43 PM PDT

Sumber gambar di sini.

Kalau surat ini bukan rekayasa, maka marilah kita berterima kasih kepada pengundi BN.


Pemain Hoki Negara Maut dalam Kemalangan Jalan Raya

Posted: 31 Jul 2013 05:14 PM PDT


 Pemain Hoki Kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dengan sebuah lori awal pagi tadi sekitar pukul 2.25 pagi. Insiden tersebut berlaku di lebuh raya LDP Damasara-Puchong berhampiran dengan stesen LRT Kelana Jaya. 

Dilahirkan di Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan pemain hoki negara yang paling senior dalam Malaysia. Beliau membuat penampilan pertama sebagai pemain bawah 17 tahun Malaysia pada kejohanan Sukan Komanwel 1998 dan memiliki 300 caps untuk Malaysia.



Tiada ulasan: