Khamis, 1 Ogos 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi Dirancang – Anak

Posted: 01 Aug 2013 03:35 PM PDT

KL TODAY

KUALA LUMPUR: Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya. Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanahsebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawabapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.
Beliau berkata, bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau katakan 'seseorang' yang meminta wang dari dana amanah tokong itu.


"Bapa saya merupakan perunding antara dua pihak. Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak terlibat dalam urusan itu," katanya kepada Bernama melalui telefon dari Moscow, Rusia.

Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di sini.

Pada Rabu, polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.


Pascal, 45, yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.

Jurubank itu berkata, jawatankuasa tokong telah memberitahunya bahawa suspek yang menembak bapanya sedang menunggu bapanya sebelum perjumpaan berlangsung.

Bapanya berminat untuk melindungi tokong itu sejak 2008 sementara Chong merupakan salah seorang anggota jawatankuasa itu.

Bimbang bahawa polis belum lagi menahan pembunuh bapanya, Pascal berkata: "Saya tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapa saya ditangkap."

Pelatih anjing ditahan hingga esok

Posted: 01 Aug 2013 03:29 PM PDT

Jurulatih anjing: Saya tidak hina IslamSINAR HARIAN

 
PETALING JAYA - Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya direman selama dua hari sehingga esok.

Maznah Mohd Yusof, 38, direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor setelah diambil keterangan di Bukit Aman pada Rabu.

Polis menahan Maznah selepas didakwa membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama tiga ekor anjing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Maznah dipercayai individu yang memuat naik video itu tiga tahun lepas di YouTube.

Rakaman video selama 1 minit 44 saat itu, memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan menggunakan suara latar Takbir Raya.

Video itu turut menunjukkan individu itu yang memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu.

Berpada-Padalah Dan Jangan Jadi Gila Kerana Akta Hasutan...

Posted: 01 Aug 2013 04:01 AM PDT



Oleh Shabudin Husin

Kenyataan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar yang mahu seorang ibu yang memulakan kehangatan isu murid makan di bilik persalinan di SK Sri Pristana dengan memuatkan gambar berkenaan di laman sosial Facebook, disiasat dibawah Akta Hasutan memang dianggap keterlaluan dan seperti memercikkan minyak petrol keatas api yang sedang terbakar. 

Sebagai pemimpin, meskipun baru digugurkan sebagai menteri dan dinaikkan pula sebagai Pengerusi UMNO Selangor, beliau tidak seharusnya berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk sebagai seorang pembela.

Tindakan beliau bukan saja menimbulkan keresahan kepada kepada rakyat, bahkan Presiden MCA Chua Soi Lek pun tidak dapat menahan dirinya daripada memberi komen sehingga mengatakan "Noh Omar sudah gila".

Memang ada gilanya dengan kenyataan Noh Omar itu. Jika pun ibu berkenanaan ingin disiasat, ia hanya perlu disiasat dibawah undang-undang lain, bukannya Akta Hasutan. Ini kerana beliau hanya tidak menggunakan saluran yang betul dalam meluahkan rasa tidak puas hatinya tetapi beliau tidak pernah sesekali mengaitkan isu makan di bilik persalinan itu dengan isu perkauman.

Tidaklah perlu juga, sebagaimana yang dilaporkan di media-media bahawa Noh Omar ingin menulis surat kepada pihak polis supaya tindakan segera diambil terhadap ibu berkenaan. Sekali lagi, beliau dilihat seperti ingin menunjuk-nunjuk semangat Kemelayuannya kepada umum.

Yang menjadikannya isu perkauman ialah beberapa blog dan pengendali laman sosial lain. Harus juga dicari apakah punca masalah kepada terjadinya insiden makan di bilik persalinan itu. Apakah ia sengaja dilakukan, ruang kantin yang sempit, sekolah kekurangan peruntukan atau sebagainya. Itulah yang sepatutnya diambil perhatian dengan bijaksana oleh Noh Omar dan kemudian mengemukakan cara penyelesaiannya, bukannya mencadangkan Akta Hasutan digunakan sambil menunjukkan wajah garangnya kepada umum.

Dalam konteks Selangor pula, Noh Omar sebenarnya mempunyai peranan untuk menambah-kukuhkan lagi UMNO di negeri itu sambil berusaha membawa BN kembali berkuasa setelah kehilangan kuasa sejak 2008 lalu. Untuk menawan kembali Selangor dan menjadikan BN diterima oleh rakyat, tidak cukup dengan sekadar menjaga satu kaum saja.

Keutamaan boleh diberikan kepada Melayu tetapi kaum-kaum lain tidak seharusnya diabaikan kerana dengan mengenepikan faktor itu hanya menjadikan impian menawan kembali negeri Selangor kekal sebagai angan-angan sahaja. Tambahan pula menunjuk-nunjuk wajah garang dan bengis, sama-sekali tidak menambahkan undi.

Noh Omar seharusnya juga sedar, tanggungjawab pemimpin ialah mententeramkan keadaan jika timbul isu-isu perkauman dan agama supaya kehidupan masyarakat kekal harmoni, bukannya mencurah minyak atau menambah-marakkan lagi api yang sedang terbakar.

Kadang-kadang terfikir juga, mentaliti sebegini pun boleh jadi pemimpin!

Dalam masa yang sama, kalau ibu berkenaan dituduh memainkan isu perkauman dan menimbulkan ketidaktenteramab, bukankah Noh Omar juga boleh dituduh memainkan isu dengan maksud yang sama? Tindakan atau kenyataan Noh Omar bahkan meberi kesan yang mendalam lagi. Sebagai pemimpin, berbanding ibu berkenaan yang sama seorang suri rumah, dosa pemimpin membakar semangat perkauman dan menimbulkan ketidakharmonian tentulah jauh lebih besar lagi.

Seharusnya dalam masyarakat berbilang kaum dan sering timbul isu-isu kecil yang kemudian diheret menjadi sentimen perkauman, peranan seorang pemimpin haruslah lebih rasional dan menyejukkan keadaan, bukannya menjadikannya bertambah panas.

Dalam pelbagai isu yang menjurus kepada perkauman sebelum ini, jika ada rakyat yang didapati melakukan kesalahan ke arah itu, tindakan memang seharusnya diambil. Ia seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak melakukan perkara yang sama di lain ketika.

Tindakan pasangan Alvin dan Vivian misalnya, memang tidak boleh diterima dan mereka wajar diambil tindakan. Beberapa tindakan menghina kaum dan agama sepertimana yang sudah diambil tindakan sebelum ini oleh pihak berkuasa juga, seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Tetapi dalam banyak keadaan terlihat bahawa para pemimpin juga turut dilihat membakar sentimen perkauman dan agama ini. Ada pemimpin yang mahu membakar kitab Injil, menghina agama lain dan sebagainya lagi.

Jika isu-isu sebegini tidak diambil tindakan terlebih dahulu, namun dalam masa yang sama pemimpin lebih ghairah mahu Akta Hasutan digunakan dalam kes-kes yang lebih kecil, walaupun Chua Soi Lek pun ada gilanya yang lain, memang ada kebenarannya bila beliau melabelkan Noh Omar "sudah gila".

Sebenarnya, isu-isu perkauman dan agama yang timbul sekarang ini hanyalah isu kecil dan masih boleh ditangani jika semua pemimpin bertindak dengan akal fikiran yang waras, menyeluruh serta tidak dipengaruhi sentimen yang sempit. Namun tidak mustahil ia akan terus menjadi besar dan marak serta memusnahkan keharmonian yang sudah terjalin selama ini sekiranya kita mempunyai lebih ramai pemimpin yang "gila" berbanding yang betul-betul waras. http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Permohonan maaf pengetua ‘balik China, India tidak ikhlas, kata MCA

Posted: 01 Aug 2013 03:58 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS



Permohonan maaf Pengetua Sekolah Menengah Alam Megah di Shah Alam berhubung kenyataan "balik China, India" yang dikeluarkannya baru-baru ini tidak ikhlas, serta menunjukkan sikap toleransi masyarakat Malaysia semakin tipis, kata Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar).

Wee menegaskan tindakan disiplin perlu diambil terhadap guru berkenaan yang turut berkata "balik Indonesia" kepada pelajar Melayu kerana tidak menghormati Lagu Negaraku ketika di sekolah berkenaan.

 "Permohonan maafnya tidak ikhlas dan sekadar berlakon," kata Wee dalam kenyataannya hari ini.

"Pelajarnya didakwa tidak menghormati lagu kebangsaan, dan pengetua itu mengarahkan mereka kembali ke negara yang dipercayai tempat asal mereka, termasuk pelajar sebangsanya," tambahnya lagi.

"Apa perasaan beliau apabila orang mengarahkannya balik ke Indonesia?" soal Wee.

Insiden berkenaan timbul sejurus kes pelajar di SK Seri Pristina didakwa terpaksa makan di bilik persalinan ekoran kantin sekolah berkenaan yang sedang diubahsuai.

Wee dalam kenyataannya berkata, insiden itu memberikan cerminan buruk kepada negara kita, namun permohonan maaf pengetua berkenaan menjadikan keadaan seolah-olah tanpa toleransi dan mencemar imej Malaysia.

"Kita semua rakyat Malaysia, bangga dan patriotik. Selain rakyat Malaysia, sesiapa yang berada di Malaysia secara sah tidak seharusnya dilayan sebegitu rupa," katanya yang juga Ketua Pemuda MCA.

Kenyataan pengetua itu juga katanya, akan mencalar imej Malaysia dan sekali gus merencatkan kemasukan pelabur ke dalam negara ini dan hubungan antarabangsa.

Mana MITI, menteri lain dalam forum TPP, soal aktivis

Posted: 01 Aug 2013 03:42 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER  

Hari pembukaan dialog bagi perbincangan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dilaporkan tegang ekoran terdapat aktivis anti TTPA  mempersoalkan mengenai ketidakhadiran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri MITI serta menteri berkaitan.


Menurut aktivis, hanya pegawai kanan MITI yang memberi maklumat kepada pihak berkepentingan mengenai status rundingan dalam pusingan ke-18 di Kota Kinabalu.

 "Tetapi mana orang-orang MITI dalam forum ini? Apa fungsi forum ini jika banyak soalan orang ramai mengenai rundingan TTPA tidak dijawab oleh panel dan speaker sendiri," kata seorang aktivis Gabungan Anti TTP dalam satu kenyataannya hari ini.

 Hari terbuka di Ibu pejabat Matrade di Jalan Duta itu pagi tadi dilancarkan Menteri  MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Aktivis juga mempersoalkan latar belakang ahli panel yang dikatakan tidak mempunyai akses kepada kandungan dan bahan dicadangkan bagi perjanjian peruntukan perdagangan.

"Adakah ini hanya satu latihan perhubungan awam di pihak MITI, untuk melarikan diri daripada soalan orang ramai yang bakal mengetahui situasi sebenar mengenai rundingan itu.

 "Mengapa MITI tiada di forum ahli panel untuk menjawab soalan?" katanya.

Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan ketiadaan Kabinet lain dan menteri mengendalikan rundingan selama 29 bab, yang diselaraskan MITI.

"MITI memberitahu bahawa 29 bab masih dalam rundingan,14 bab selesai dan sebahagian besar mengenai aspek  teknikal rundingan itu dipersetujui. Isu 'sensitif' serta bab yang masih lagi berbaki seperti bab 15 perjanjian substantif dan kesimpulan masih belum diselesaikan.

"Ini bermakna isu ini sebenarnya hanya keputusan politik - tahap pembuat keputusan kami, ahli Kabinet Malaysia, "kata mereka, sambil menambah menteri Kabinet juga harus melibatkan diri dengan semua pihak berkepentingan.

Kumpulan anti-TPP juga berkata, Malaysia sebelum ini mempunyai 58 garis merah, menjadi sebab mengapa perjanjian perdagangan (FTA) dua hala AS-Malaysia tidak berlaku tetapi sekarang ia seperti tidak berguna.

"Semuanya seolah-olah baik dan bagus dan 'semua sistem pergi' untuk TPPA. Apa yang berubah - termasuk di peringkat pembangunan, ekonomi dan masyarakat di Malaysia - sejak 2007 yang memerlukan ini garis merah 58 tiba-tiba dianggap bukan sebagai masalah masalah untuk Malaysia lagi?

"Adakah mereka tidak lagi relevan?" soal aktivis.

Mereka juga bertanya apa yang perunding Malaysia cadangkan atau bersetuju untuk mengeluarkan dasar, undang-undang dan peraturan dari ruang pendedahan kepada cabaran timbang tara antarabangsa.

"Apa yang Malaysia cadangkan (dan ia diterima semua pihak TPPA untuk memastikan bahawa ia masih menjalankan tindakan tanpa didedah - seperti dalam kes Afrika Selatan – untuk ISDS cabaran kerana melanggar kewajipan layanan yang adil dan saksama dan diskriminasi kononnya kerana tindakan dalam memihak kepada masyarakat terpinggir?" kata mereka merujuk kepada pelabur negeri penyelesaian pertikaian (ISDS).

Doakan kesihatan Sanjeevan – Anwar

Posted: 01 Aug 2013 03:31 AM PDT

KEADILAN DAILY

SERDANG : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ke Hospital Serdang untuk melawat Pengerusi Mywatch, R Sri Sanjeevan yang cedera ditembak selepas memaklumkan mengenai hasratnya untuk mendedahkan sindiket jenayah polis.

Bagaimanapun, sebaik tiba di hospital tersebut kira-kira jam 1.30 petang tadi, Anwar dihalang memasuki bilik rawatan Sanjeevan, walaupun sebelum itu perbincangan bersama Ketua Polis Daerah Kajang berlangsung.

Foto: Nayeel Aqmar
Foto: Nayeel Aqmar

"Saya ke Hospital Serdang tetapi tidak dibenar melawat atas alasan keselamatan, rawatan rapi dan memuaskan. Doakan…," tulis Anwar di twitter.

Anwar dalam sidang medianya semalam menggesa polis mempertingkat kawalan keselamatan terhadap hospital yang menempatkan Sanjeevan.

Beliau juga mahu polis menyiasat cubaan bunuh itu serta pendedahan berhubung penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.

Ini kerana beliau tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu ada kaitan langsung dengan hasrat untuk mendedahkan penglibatan pegawai polis dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram.

Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Jempol kira-kira 4.30 petang, Sabtu lalu.

Menurut bapa mangsa, P Ramakrishnan, keadaan anaknya itu kini lebih stabil walaupun kritikal.
Sanjeevan menerima rawatan di Hospital Serdang setelah dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban petang semalam.

Penyelidik UPM Cipta Kit Kesan Penyakit Kencing Tikus Lebih Awal

Posted: 01 Aug 2013 03:22 AM PDT



 
Dr Abdul Rani (kiri) dan Dr Arivudainambi menunjukkan kit pengesan bakteria penyakit kencing tikus yang mula dicipta pada tahun 2007.
 
SERDANG: Hasil penyelidikan dan inovasi penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), penyakit kencing tikus kini mampu dikesan dan dicegah lebih awal.

Pensyarah dan penyelidik UPM, Profesor Datuk Dr Abdul Rani Bahaman berkata kit pengesan yang dinamakan Leptoscan2 telah dicipta bagi bertindak mengesan protein dalam darah pesakit yang mempunyai bakteria dikenali sebagai Leptospirosis.

"Kit ini ringkas dan mampu membantu mengesan bakteria atau protein dalam darah mereka yang terkena penyakit kencing tikus.

"Dengan kit ini bakteria Leptospirosis dalam badan mereka yang terkena jangkitan dapat dikesan lebih awal iaitu seawal satu hingga tujuh hari," katanya pada sidang media Hasil Penyelidikan UPM, di Fakulti Perubatan dan Veterinar UPM, di sini, Khamis.

Dr Abdul Rani berkata tujuh hari pertama jangkitan merupakan fasa kritikal di mana pesakit boleh meninggal dunia jika tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Katanya, dengan membuat pengesanan melalui Leptoscan2, hasilnya dapat diketahui hanya dalam tempoh 15 minit dan keputusannya boleh dipercayai kecuali atas faktor-faktor tertentu.

"Jika ujian menunjukkan positif bakteria, rawatan intensif dapat diberikan segera kerana selepas tujuh hari alat pengesan akan menunjukkan hasil yang negatif.

"Pada waktu itu juga bakteria sudah merebak ke seluruh badan dan organ-organ dalaman dan boleh membawa maut," katanya.

Dr Abdul Rani yang juga Ketua Pusat Pemuliharaan dan Kajian Hidupan Liar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM berkata alat ini dibangunkan bersama seorang lagi penyelidik iaitu Dr Arivudainambi Seenichamy dari fakulti yang sama.

Beliau berkata, Leptoscan2 merupakan produk pengesan penyakit kencing tikus pertama di dunia kerana produk komersil sedia ada lain menggunakan kaedah dan pendekatan berbeza.

"Terdapat beberapa kaedah dan teknologi semasa digunakan untuk merawat penyakit ini seperti ujian 'serological' yang mengesan antibodi Leptospirosis, bukan mengesan protein yang mana antibodi dihasilkan selepas tujuh hari jangkitan," katanya.

"Kaedah 'PCR' pula memerlukan peralatan sofistikated dan mereka yang benar-benar terlatih," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Abdul Rani berkata Leptoscan2 dicipta ringkas, boleh digunakan sesiapa sahaja dengan mudah tanpa mengira tempat.

Bagaimanapun beliau menyasarkan dua golongan pengguna iaitu golongan profesional seperti peladang, ahli veterinar dan tentera serta kumpulan yang terlibat dengan aktiviti rekreasi seperti memancing, mendaki dan berenang.

"Ujian boleh dilakukan di rumah, di hospital, klinik atau di luar rumah.

"Hanya titiskan darah pada bahagian kit dan jika hasilnya positif satu garis akan terbentuk pada permukaannya," katanya.

Dr Abdul Rani berkata alat ini sudah pun dipatenkan dan bersedia untuk dikomersilkan.

"Terdapat beberapa syarikat yang berminat dengan alat ini tetapi kita masih berunding dan akan memastikan mendapat tawaran terbaik daripada syarikat-syarikat ini.

"Walaupun harga belum ditetapkan, ia dijamin berpatutan dan mampu dibeli," jelasnya.

Leptoscan2 adalah projek penyelidikan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) yang bermula pada tahun 2007 hingga 2010.

Untuk kajian dan penyelidikan, projek ini menelan kos kira-kira RM170,000.

Desak Menteri jawab berapa kadar tol Jambatan Kedua P Pinang

Posted: 01 Aug 2013 03:20 AM PDT

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendesak Kementerian Kerja Raya segera mengumumkan kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang ekoran pelbagai kenyataan bercanggah.

"Pada sidang Parlimen lalu, saya bertanya kepada Kementerian Kerja Raya 'adakah kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah diputuskan. Jika ya, berapakah kadarnya? Tetapi Menteri hanya jawab 'kadar tol akan diumum kerajaan sebaik projek siap sepenuhnya'.
Sim
"Perdana Menteri pernah umum kadar tol kereta biasa RM9.40. Kemudian ada pihak berkuasa pula umum kadar tol RM8.50. Pada 10 Mac 2012, dilapor pula kadar tol RM7 tetapi tempoh konsesi dipanjangkan ke 2038, semua ini mengelirukan," katanya khuatir kadar sebenar lebih tinggi berbanding apa yang dinyatakan.

Beliau turut bimbang kadar tol jambatan tersebut dinaikkan ekoran tiada pengumuman mengenainya hingga kini sekaligus membebankan pengguna.

"Kenyataan Kerajaan Persekutuan sebelum ini bahawa kadar tol kedua-dua jambatan akan disamakan. Persoalannya adakah kadar tol Jambatan Pertama dinaikkan jika kadar tol Jambatan Kedua ditetapkan pada kadar lebih tinggi?

"Rakyat perlu tahu kadar tol Jambatan Kedua untuk membuat pelan perbelanjaan keluarga. Peniaga dan industri yang menjadi nadi ekonomi Bayan Baru pula perlu tahu kadar tol lebih awal bagi memudahkan pelan belanjawan logistik syarikat," katanya menegaskan kedua-dua jambatan terletak di kawasannya.

Setakat 30 Jun lalu, Jambatan Kedua 96 peratus siap dan berdasarkan perjanjian, projek dengan kos RM4.5 bilion itu dijangka siap penuh November depan dan dibuka kepada lalu lintas selewat-lewatnya akhir tahun ini. Namun kerja-kerja dihentikan ekoran sebahagian susur keluar jambatan kedua runtuh 6 Jun lalu.

"Pada sidang Parlimen lalu, saya juga bertanya tempoh pulangan modal projek dan menteri jawab 'Ia tertakluk kepada jumlah kenderaan dan kadar tol dikenakan sepanjang tempoh konsesi," katanya mendesak Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof memberi maklumat terkini perkembangan projek.

Bekas Timbalan Panglima ATM tuntut janji kerajaan kepada tentera

Posted: 01 Aug 2013 03:19 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Mantan Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid menggesa kerajaan menyediakan keperluan asas tentera sebagaimana termaktub dalam kontrak perkhidmatan.

Ghafir

"Isu paling besar bagi tentera sehingga ke hari ini berkaitan janji kerajaan untuk menyediakan keperluan seperti gaji yang sepatutnya, perumahan selesa dan pencen bertepatan," katanya kepada Keadilan Daily. 

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Pahlawan yang jatuh pada hari ini.

Menurut Ghafir, walaupun janji tersebut tidak tertulis dalam perjanjian khas namun ia termeterai antara kerajaan dan anggota tentera sewaktu mengangkat sumpah jawatan.

"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah penuhi tugas-tugas seperti yang tertera dalam kontrak tetapi kerajaan tidak menunaikan janji untuk memberi gaji setaraf dengan pengorbanan mereka," katanya.

"Kebajikan anggota tentera perlu dipenuhi, melalui pencen pun kita boleh lihat bagaimana kerajaan mengkhianati janji untuk membayar bahagian mereka kepada pesara tentera," katanya lagi.

NGO Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) sebelum ini lantang menyuarakan tuntutan mereka berkaitan penyalahgunaan wang pencen anggota tentera.

Mereka turut mendedahkan penipuan Kementerian Pertahanan berhubung janji pemberian tanah kepada pesara tentera.

KEADILAN lancar kempen “Percaya Pada Perubahan”, pendaftaran talian

Posted: 01 Aug 2013 03:13 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : KEADILAN hari ini melancarkan kempen pendaftaran anggota di bawah kempen "Demi Malaysia Yang Lebih Baik".

Kempen ini mempunyai dua fasa utama iaitu, fasa Kempen Dalam Talian yang bermula hari ini, dan fasa Jelajah Perubahan Rakyat yang akan bermula pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Menurut Pengarah Biro Pemantapan dan Penambahan Ahli, Nurul Izzah Anwar, bagi Kempen Dalam Talian, borang permohonan keanggotaan boleh diisi secara atas talian di laman sesawang KEADILAN, DI SINI.
keadilan
Pemohon perlu menyediakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang) untuk di muat-naik semasa mengisi borang atas talian tersebut. Yuran keanggotaan boleh dibayar atas talian dengan menggunakan kad kredit, paypal ataupun pemindahan dana dari akaun bank pemohon.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden menjelaskan, Jelajah Perubahan Rakyat akan merangkumi satu "roadshow" bersama pimpinan KEADILAN dan akan diadakan di setiap negeri bagi menerangkan prinsip-prinsip dan perjuangan parti kepada rakyat.

"Tarikh dan tempat untuk setiap roadshow ini akan diumumkan dari  masa ke semasa," katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, Kempen "Demi Malaysia Yang Lebih Baik" ini selari dengan kepercayaan bahawa rakyat Malaysia dahagakan sebuah Malaysia yang lebih dinamik, aman dan makmur.

"Sokongan daripada rakyat amat diperlukan untuk mencapai visi KEADILAN bagi meletakkan Malaysia sebagai negara yang disegani, baik dari aspek ekonomi, politik dan sosial.

"Kempen ini akan memerkasakan KEADILAN lagi sebagai sebuah kuasa politik yang akan terus mampu mengorak arus perubahan bagi negara ini, InsyaAllah," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Benjy sah bercerai kali kedua

Posted: 01 Aug 2013 03:05 AM PDT


KUALA LUMPUR - Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sah bercerai talak satu dengan isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Penceraian itu adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu.

Lafaz cerai disebut Benjy pada pukul 9.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor.

Permohonan cerai dikemukakan Safiya mengikut Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mahkamah kemudian mengesahkan jatuh takla satu ke atas Safiya dan memerintahkan Safiya menjalani edah sebanyak tiga kali suci.

Dalam pada itu, sebelum melafazkan cerai, hakim meminta mereka bersalaman dan bermaafan, antara mereka sebagai pasangan suami isteri sebelum bercerai.

Seketika, suasana diselubungi pilu apabila Benjy dilihat mencium dahi isterinya buat kali terakhir, sambil memohon maaf, manakala Safiya bersalaman dan mencium tangan Benjy.

Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Benjy, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk berpisah dengan baik.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Safiya, 30, kedua-dua pasangan itu bernikah pada 9 Februari 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Juan Benjamin, 7.

"Mereka pernah bercerai talak satu pada Julai 2008 dan rujuk semula pada hari yang sama,"katanya.

Peguam itu turut memaklumkan, Benjy dan Safiya sudah tinggal berasingan sejak 2010.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, pelakon yang mencetus kontrovesi kerana pernah didakwa sekali lagi berhubung kes dadah pada 2 Julai lalu itu bersyukur kerana semuanya berjalan aman.

"Hubungan kami baik dan kami masih lagi berkawan," katanya.

Menurutnya, mereka berdua telah bersetuju untuk menjaga anaknya, Firdaus secara bergilir-gilir.

"Soal raya tiada masalah kerana kami berdua akan beraya bersama Firdaus di Kuala Lumpur," katanya.

Kerusi Dun Kuala Berang kekal milik BN

Posted: 01 Aug 2013 03:03 AM PDT

SINAR HARIAN
PRU13
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh Pas untuk mencabar keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Berang dan Hulu Besut yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
  
Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh responden.
  
Beliau berkata pihak pempetisyen (Pas) gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
 
Bagi kawasan Dun Kuala Berang, Mariana memerintahkan pihak pempetisyen membayar kos RM50,000 kepada responden pertama iaitu Anggota Dun (Adun) Kuala Berang Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta masing-masing RM50,000 kepada responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  
Mahkamah juga memerintahkan pihak pempetisyen membayar kos RM50,000 kepada Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Pada PRU13, Tengku Putera, yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, mengalahkan calon Pas, Muhyidin Abdul Rashid dengan majoriti 449 undi manakala Nawi menewaskan calon Pas Shalahhudin Jaafar dengan majoriti 1,570 undi.
  
Pada 18 Julai lepas, mahkamah yang sama turut membatalkan petisyen yang difailkan BN terhadap dua Adun Pas Telok Pasu dan Rantau Abang.
  
Dun Telok Pasu dimenangi calon Pas, Ridhuan Hashim yang mengalahkan calon BN Datuk Abdul Rahin Mohd Said dengan majoriti 109 undi manakala Dun Rantau Abang pula dimenangi calon Pas, Alias Harun yang menewaskan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 141 undi.
  
Hakim memerintahkan BN membayar kos RM50,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan SPR serta membayar kos RM30,000 masing-masing kepada dua Adun tersebut.  - Bernama

Mahkamah Pilihan Raya untuk orang kaya?

Posted: 01 Aug 2013 02:57 AM PDT


SHAH ALAM -  Pas menyifatkan Mahkamah Pilihan Raya yang menjadi tempat terakhir saluran sah rakyat mengadu kepincangan proses pilihan raya di negara ini, kini bertukar menjadi jalan buntu.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengenakan penalti melampau pada para pempetisyen, ianya dilihat seolah-olah ingin menyekat rakyat daripada mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Mahkamah sepatutnya menjadi tempat rakyat mengadu serta mendapatkan keadilan.

"Ia adalah jalan terakhir bagi rakyat kerana ia menelan belanja yang tinggi. Kos penalti yang diperintah bayar untuk petisyen pilihan raya yang sangat tidak munasabah ini bukanlah satu usaha positif bagi rakyat  menjadikan mahkamah sebagai tempat mengadu permasalahan mereka," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen yang difailkan BN dan PR di peringkat awal sebutan kes dengan alasan teknikal sahaja.

Menurutnya lagi, apakah dengan mengenakan penalti  yang tinggi ini untuk menyekat pihak tertentu daripada membuat petisyen atau pun satu ikutan baru dalam mahkamah.

"Bagi saya penalti yang tinggi ialah amaran tersirat agar setiap kali pilihan raya jangan ada pihak yang berani membuat petisyen walaupun tidak berpuashati.

"Atau ini satu ikutan baru dalam kehakiman?," soalnya.

PRU13 mencatat sejarah petisyen paling banyak iaitu 60, 39 daripada PR dan 21 daripada BN.

Tambah Tuan Ibrahim,  kos untuk pempetisyen membuat petisyen bukanlah murah namun apa yang mendukacitakan, ruang yang ada itu ditutup apabila kesemua petisyen tersebut ditolak di peringkat awal sebutan kes oleh mahkamah dengan alasan teknikal sahaja.

"Kos pempetisyen membuat petisyen sangat mahal.

"Pempetisyen dikenakan untuk membayar penalti kos kepada SPR ,jumlahnya sangat besar sehingga RM150,000  ini apa yang berlaku di petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang, Terengganu pagi ini," katanya.

Oleh itu, Pas membangkitkan persoalan mengenai apakah garis panduan bagi hakim menetapkan kos yang terpaksa dibayar yang dilihat tidak konsisten oleh mahkamah

"Apakah tiada 'tanda harga' bagi mengawal  agar pempetisyen boleh mempersiapkan jumlah wang bagi bersedia ke arah itu ketika membuat petisyen?  Kalau tidak ini menandakan pilihan raya ini sekarang hanyalah medan untuk orang kaya-kaya sahaja," katanya.

Hari itu saya sendiri yang lawan hakim

Posted: 01 Aug 2013 02:55 AM PDT

Misbahul Munir Masduki,


Petisyen Dun Rungkup ditolak oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hanya kerana masalah teknikal. Setelah hakim membuat keputusan menolak dengan kos, saya sebagai pempetisyen memberanikan diri bangun untuk minta izin bercakap.

Kelihatan pegawai polis yang bertugas cuba bangun untuk menghalang tetapi Yang Arif Hakim membenarkan saya bercakap.

Dalam kesempatan itu saya bercakap dua perkara. Yang pertama mohon kos yang dikenakan ditolak @ dikurangkan kadarnya. Keran kos yang dikenakan membebankan dan mendera pempetisyen.

Saya beritahu kos yang dikenakan kepada semua pempetisyen sebelum ini terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Yang kedua saya bercakap sepatutnya kes ini tidak perlu ditolak hanya kerana masalah yang begitu teknikal.

Penolakan petisyen ini menyekat hak pemetisyen untuk membuktikan dakwaan yang terkandung dalam afidavit.
Namun hakim tetap dengan keputusannya menolak dengan kos sebanyak RM35 ribu. 30 ribu kepada SPR dan 5 ribu kepada Adun BN. Saya menghormati keputusan yang arif.

Teknikalnya, ada satu salinan avidavit dalam bahasa Melayu dalam satu halaman ditanda tangani oleh peguam, tetapi satu salinan lagi dalam bahasa Inggeris saya menanda tangani. Namun kesilapan penanda tangan itu telah diperbetulkan sebelum ini.

Yang hairan peguam kita tidak pula dibenarkan bercakap untuk berhujah di mahkamah. Saya sebagai pempetisyen dibenarkan pulak oleh mahkamah bercakap selepas hakim buat keputusan.

Kalau begitu apa guna ada peguam, lebih baik pempetisyen sahaja yang mewakili dirinya sendiri untuk berhujjah lawan peguam SPR dan umno.

Tak faham betul sistem perbicaraan pilihanraya kali ini.

Persoalan lain, mengapa kos-kos yang dikenakan berbeza antara satu sama lain. Rungkup rasanya yang paling rendah berbanding yang lain, ada yang dikenakan sehingga lebih RM100 ribu.

Isu penolakannya pula berkisar isu teknikal sahaja. Ini menunjukkan hakim boleh guna budi bicara bagi menentukan kos.

Adilkah sistem perundangan di negara ini? Rakyat berhak buat petisyen bila meragui perjalanan pilihanraya, tetapi petisyen ditolak mentah-mentah di peringkat awal lagi tanpa membenarkan pihak peguam menjawab di mahkamah.

Sepatutnya bantahan itu yang ditolak supaya bila perbicaraan dijalankan masing-masing pihak akan buat penghujahaan.

Pempetisyen ada hujahnya, responden juga ada hujahnya. Selepas itu hakim buatlah keputusan. Saya percaya pempetisyen dan rakyat lebih puas hati dengan cara begini sekalipun keputusan tidak menyebelahinya.

Sebelum ini rakyat sering dicabar oleh SPR, kerajaan dan umno untuk failkan petisyen di mahkamah kalau tidak puas hati.

Bila petisyen dibuat, peringkat awal lagi ditolak dengan alasan-alasan yang begitu teknikal dan setengah tu tidak munasabah.

Jadi apa ertinya petisyen dibenarkan tetapi keputusannya seolah-olah sudah ada.

Ini menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap sistem perjalanan bicara pilihanraya di negara ini.

* Penulis adalah calon PAS Dun Rungkup, Perak dan membuat petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 untuk Dun ini.

Gila: MCA, Gerakan dan MIC patut keluar BN S’ngor

Posted: 01 Aug 2013 02:48 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan Umno dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu.

Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Namun, ujarnya parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salah guna kuasa dan kapitalisme kroni.

Justeru, tegas beliau MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan pemimpin gila seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar yang mahu Guneswari, ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, ia jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh sebagai 'gila' kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor.

"Untuk sebab ini, keengganan MCA untuk menerima permohonan maaf daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah di Shah Alam kerana menyuruh pelajarnya balik ke tanah leluhur masing-masing (balik India, balik China) dan seruan mereka supaya beliau didakwa atas kesalahan menghasur tidak akan diambil serius oleh masyarakat Malaysia, terutamanya Umno," katanya lagi.

Menurutnya, memberi cadangan sedemikian di saat semua orang tahu anda tidak bermaksud mencadangkan, samalah seperti tidak memberi cadangan langsung.

Tambah beliau terdapat perselisihan sama ada pengetua tersebut turut menyuruh pelajar Melayu supaya 'balik Indonesia' memandangkan ia tidak didengari oleh pelajar bukan Melayu.

"Begitu pun jika kita memberinya manfaat keraguan, menyuruh pelajar supaya balik ke Indonesia bukanlah justfikasi yang betul untuk turut menyuruh pelajar lain balik ke India atau China. Tidak perlulah untuk menegakkan benang yang basah," katanya beliau.

Ini, katanya bukanlah kali pertama kata-kata berbaur perkauman melampau digunakan oleh mana-mana pengetua terhadap pelajar bukan Melayu.

Katanya lagi, kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu hanya tambah membenarkan sebuah tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa.

"Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman," katanya.

Mahkamah pilihanraya jadi jalan buntu

Posted: 01 Aug 2013 02:45 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan, mahkamah pilihanraya yang menjadi tempat akhir saluran sah rakyat mengadu mengenai kepincangan pilihan raya  kini bertukar menjadi jalan buntu.

Ini berikutan pelbagai keputusan yang dibuat oleh mahkamah berkenaan sangat diragui dan menyusahkan pihak-pihak yang ingin mencari keadilan, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Sehubungan dengan itu, beliau bertanya, apakah penalti yang tinggi yang dikenakan pada pempetisyen pilihanraya ialah amaran tersirat agar setiap kali pilihanraya jangan ada pihak yang berani membuat petisyen walaupun tidak berpuashati atau ini satu trend baru dalam kehakiman?

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas keputusan mahkamah pilihanraya untuk menolak petisyen pilihanraya yang difailkan BN dan Pakatan Rakyat di peringkat awal sebutan kes dengan alasan teknikal sahaja.

Pempetisyen pula dikenakan untuk membayar penalti kos yang sangat besar sehingga RM150,000 sebagaimana yang berlaku di petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang, Terengganu pagi ini.

"Mahkamah sepatutnya menjadi tempat rakyat mengadu mendapatkan keadilan. Ia adalah jalan terakhir bagi rakyat kerana ia menelan belanja yang tinggi. Kos penalti yang diperintah bayar untuk petisyen pilihanraya yang sangat tidak munasabah ini bukanlah satu usaha positif bagi rakyat  menjadikan mahkamah sebagai tempat mengadu permasalahan mereka," tegas Tuan Ibrahim.

Pilihanraya umum ke 13 mencatat sejarah petisyen paling banyak iaitu 60 dengan 39 daripada Pakatan Rakyat dan 21 daripada BN.

Tuan Ibrahim berkata sekurang-kurangnya mahkamah harus memulakan pembicaraan untuk mendengar hujah pempetisyen daripada terus menidakkan hak pempetisyen untuk mengadu atas sebab teknikaliti.

Alasan teknikal seperti petisyen hendaklah dibuat sendiri oleh calon, bukan melalui peguam dan pelbagai isu teknikal lain.

"Jelas, mahkamah tidak membantu rakyat bagi memudahkan prosedur petisyen. Rakyat menfail petisyen kerana kepincangan sistem pilihanraya yang dialaminya bukan suka-suka. Sepatutnya mahkamah memberi keutamaan kepada isi petisyen daripada segalanya," tegasnya lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyoal garis panduan yang digunakan untuk menetapkan kos yang terpaksa dibayar.

"Apakah tiada 'tanda harga' bagi mengawal agar pempetisyen boleh mempersiapkan jumlah wang bagi bersedia ke arah itu ketika membuat petisyen? Apakah ini menandakan pilihanraya ini sekarang hanyalah medan untuk orang kaya-kaya?" soal beliau.

Dengan kes-kes petisyen pilihanraya yang berakhir dengan pempetisyen dikenakan penalti melampau,  Tuan Ibrahim berkata PAS khuatir rakyat terpaksa memilih jalanraya kerana nampaknya inilah medan terbuka yang jelas lebih murah bagi menyatakan bantahan terhadap kepincangan pilihanraya.

"Apapun, PAS akan terus berjuang bersama PR dan rakyat seluruhnya bagi menuntut satu sistem pilihanraya yang lebih adil dalam sistem demokrasi di negara ini. Sudahlah rakyat hilang kepercayaan kepada SPR dan jangan lupa sehingga mahkamah pilihanraya pun kurang diyakini rakyat," hujah beliau.

SKMM Rujuk Jakim Isu Video Raya Bersama Anjing - Shabery

Posted: 01 Aug 2013 02:39 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum membuat keputusan berhubung kes penyebaran video '1 Hari Di Hari Raya' baru-baru ini yang dianggap menghina Islam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata pandangan dan nasihat Jakim diperlukan bagi memutuskan sama ada video itu mencemar kesucian agama Islam.

"Sekiranya Jakim mendapati video itu menyentuh sensitiviti agama, maka SKMM akan buat keputusan supaya kes itu diserahkan kepada peguam negara," katanya kepada pemberita selepas meyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara TM Net Sdn Bhd dan Astro Malaysia Holdings Berhad di sini.

Turut hadir Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Polis semalam menahan Maznah Mohd Yusof, 38, selepas didakwa membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama tiga ekor anjing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Maznah dipercayai individu yang memuat naik video itu tiga tahun lepas di YouTube.

Rakaman video selama 1 minit 44 saat itu, memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan menggunakan suara latar Takbir Raya.

Video itu turut menunjukkan individu itu yang memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Maznah kini direman dua hari hingga esok di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor setelah diambil keterangan di Bukit Aman semalam.

Selain itu, Shabery berkata SKMM telah pun merekod kenyataan Maznah dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui niat sebenar individu itu membuat video berkenaan.

"Banyak pandangan berbeza yang kita terima berhubung kes ini, jadi siasatan perlu dijalankan," katanya.

Mengenai kerjasama itu, dua saluran sukan Astro iaitu Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD akan disiarkan menerusi perkhidmatan Televisyen Protokol Internet TM, HyppTV mulai hari ini.

Astro dan TM turut bersetuju untuk meneruskan kerjasama bagi menyiarkan saluran televisyen NJOI (nama untuk servis siaran tv percuma daripada Astro) dan stesyen radio terpilih menerusi Hypp TV.

Perjanjian itu ditandangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan. BERNAMA

Pemain hoki kebangsaan maut dalam kemalangan

Posted: 31 Jul 2013 11:02 PM PDT


Bernama


 
Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, awal pagi tadi.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.

Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan antara pemain hoki negara paling lama yang mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.- Bernama

LGE terkejut penurunan indeks persepsi P Pinang

Posted: 31 Jul 2013 10:29 PM PDT


 


 
Kajian Institut Integriti Pulau Pinang untuk 2012 mendapati persepsi mengenai rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan penjawat awam dan pentadir kerajaan negeri telah menurun sebanyak 0.14 mata tahun lalu.

Indeks persepsi pada 2011 adalah 7.18 mata berbanding 7.04 mata pada tahun lalu.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini dalam ucapannya kepada ratusan penjawat awam di Komtar.

Sehubungan itu, beliau terkejut dengan situasi tersebut sedangkan tegasnya kerajaan negeri mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

Lim berkata apabila beliau bertanya lanjut mengenai kajian itu, beliau mendapati agensi kerajaan negeri bawah kerajaan persekutuan juga dimasukkan ke dalam kedudukan dan dinilai bersama-sama, dan dengan itu memberi kesan kepada keputusan keseluruhan.

Ali Rustam salahkan Pakatan isu jenayah berat

Posted: 31 Jul 2013 10:26 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam menuding jari kepada Pakatan Rakyat yang dianggapnya sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kes bunuh membabitkan senjata api semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, bekas ketua menteri Melaka itu mendakwa, golongan penjenayah berkenaan bermaharajalela kerana kerajaan memenuhi tuntutan Pakatan agar Ordinan Darurat (EO) dan ISA dimansuhkan.

"Kejadian tembak mati yang makin kerap berlaku sekarang adalah berikutan langkah kerajaan memansuhkan ISA dan EO seperti yang dituntut oleh pembangkang.

"Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Mengulas isu sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata sebahagian besar dari kes kejadian tembakan yang berlaku sejak akhir-akhir ini dilakukan oleh individu yang dilepaskan dari tahanan EO.

Kenyataan Ahmad Zahid yang dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini menyebut, perangkaan kementerian itu malah menunjukkan bahawa 90 peratus daripada jenayah berat yang berlaku sekarang dilakukan oleh bekas banduan ini.

Golongan ini kembali aktif dan turut bertindak ke atas seteru dan membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EO, katanya.

Oleh yang demikian, kerajaan akan mengemukakan cadangan kepada satu jawatankuasa kecil kabinet bagi menangani kelemahan polis bagi menghadapi keadaan tersebut – ekoran penghapusan EO dan Akta Kediaman Terhad.

Ia antara lainnya melibatkan cadangan untuk memberi lebih kuasa kepada polis untuk melakukan siasatan, tambahnya.

Bagi tujuan itu, pasukan polis akan memohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah jawatan pegawai penyiasat untuk memperkukuh jabatan siasatan jenayah, katanya lagi.

Turut bersetuju dengan data berkenaan ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang berkata orang tidak lagi gerun untuk melakukan jenayah berat memandangkan kuasa polis semakin terhad dengan penghapusan EO.

"Kuasa polis terlalu terhad. Mereka (penjenayah) tidak lagi gerun, menyebabkan peningkatan kes jenayah berat semakin berleluasa," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Katanya lagi, EO perlu diakui sebagai undang-undang yang mempunyai elemen pencegahan dan berjasa dalam menjaga ketenteraman awam.

Bekalan diesel di Sabah pulih

Posted: 31 Jul 2013 10:21 PM PDT

SINAR HARIAN
HASSAN-MALEK Hasan Malek
KOTA KINABALU - Bekalan minyak diesel bersubsidi di Sabah kembali pulih seperti biasa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek.
  
Beliau berkata tinjauan di depot minyak Shell dan Petronas mendapati bekalan adalah mencukupi sepanjang musim perayaan ini.
  
"Hasil daripada penguatkuasaan yang dipertingkat telah membantu dalam menangani masalah bekalan minyak diesel bersubsidi ini, dan mereka yang ingkar mematuhi arahan yang telah dikeluarkan akan diambil tindakan," katanya kepada pemberita semasa melawat stesen minyak Petronas di sini hari ini.
  
Hassan berkata setakat ini, sebanyak 12 kes dilaporkan di negeri ini yang membabitkan penyalahgunaan penjualan minyak diesel bersubsidi, dan mereka yang terlibat akan dikenakan penalti di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
  
"Bagi kesalahan berat, iaitu menjual kepada pihak industri dengan niat untuk mengaut keuntungan lebih, dan mempunyai bukti yang jelas, kementerian tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan mereka yang terbabit," katanya.

Hassan berkata lesen perniagaan yang dibatal tidak akan dipertimbang untuk kelulusan meskipun mereka menggunakan pihak ketiga bagi mendapatkan lesen perniagaan.
  
"Kementerian juga telah meluluskan sebanyak 54,755,321 liter minyak diesel bersubsidi untuk seluruh Malaysia, dan Sabah mendapat kira-kira sembilan juta liter bagi menampung permintaan penggunaan sempena musim perayaan ini."
  
"Kuota ini hanyalah bersifat sementara pada musim perayaan ini, dan dalam jangka masa panjang, kementerian akan membuat kajian untuk menangani masalah ini di masa akan datang," katanya.
  
Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad berkata pihaknya mencadangkan sebuah pusat pengumpulan minyak diwujud di setiap tempat strategik sebagai lokasi lori berlesen mendapatkan bekalan minyak.
  
Beliau berkata langkah ini bagi mengelak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan, dan setiap aktiviti lori berlesen dapat dipantau.
  
Selain itu, Jainab berkata pihaknya mencadangkan teknologi nano dalam penggunaan diesel. - Bernama

Pengunjung dilarang tabur bunga

Posted: 31 Jul 2013 10:19 PM PDT

Jangan tabur bunga Orang awam hanya digalakkan menyiram air di makam Sultan Mahmud selepas membacakan ayat suci al-Quran tanpa menabur bunga.
KOTA TINGGI - Orang awam yang melawat Kompleks Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kampung Makam, dekat sini, diminta memberi kerjasama agar mematuhi larangan yang ditetapkan termasuklah tidak menaburkan bunga di situ.

Pembaca al-Quran makam diraja, Noor Azzam Baker berkata, meskipun notis berkenaan telah ditampal di kompleks tersebut namun, masih terdapat segelintir individu bersikap tidak endah.

Menurutnya, larangan yang telah berkuat kuasa sejak tiga tahun lalu itu seolah-olah tidak memberi  kesan kepada pelawat yang menziarahi makam tersebut.

"Hingga kini masih terdapat pengunjung yang menabur bunga di makam ini. Selain larangan tersebut, kita juga berharap agar orang awam yang hadir dapat mengenakan pakaian yang sopan.

"Ini kerana terdapat dalam kalangan orang awam yang melawat makam ini memakai pakaian tidak sopan seperti berseluar pendek, tidak menutup aurat dan sebagainya.

"Tambahan pula kompleks makam ini terletak berhampiran kawasan masjid, oleh itu amat wajar jika mereka yang hadir dapat mengenakan pakaian yang sopan sebagai tanda hormat," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Katanya, terdapat juga dalam kalangan pengunjung yang tidak menjaga kebersihan dan bertindak memakai kasut ataupun selipar melebihi kawasan yang ditetapkan.

Bagaimanapun Noor Azzam yang telah bekerja selama lima tahun di kompleks makam tersebut berkata, beliau amat mengalu-alukan kedatangan orang awam untuk melawat makam tersebut, namun memadai dengan hanya membawa air siraman dan membaca ayat suci al-Quran.

"Kompleks ini terdapat 15 makam sering dipenuhi dengan kunjungan orang awam terutama pada hari Sabtu, Ahad serta hari cuti.

"Kehadiran orang awam untuk menziarahi serta mendalami sejarah lama di kompleks ini sememangnya amat kita alu-alukan. Namun, kita amat berharap agar pengunjung dapat mengikuti peraturan yang ditetapkan. Tanpa kerjasama daripada orang awam akan menyukarkan pihak kami di sini," katanya.

Siapa sebenarnya lebih rasis?

Posted: 31 Jul 2013 10:09 PM PDT


ABDUL JALIL ALI

Kalaulah tidak kerana ditimbulkan dalam blog http://mymassa.blogspot.com. The New Village (TNV) tetap akan ditayangkan menjelang Hari Merdeka Ogos ini. Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah meluluskan, dan filem terbitan Astro Shaw, arahan Wong Kew-Lit akan menemui penonton tanpa kecoh-kecoh.

Pada hal, Tanda Putra (TP) arahan Suhaimi Baba, walaupun sudah siap bertahun-tahun, dan diluluskan oleh lembaga yang sama, hanya akan dapat ditonton umum selepas selesai The New Village ditayangkan.

Ada pihak bising kononnya TP rasis walaupun ceritanya berdasarkan fakta sejarah rusuhan kaum dalam Peristiwa 13 Mei 1969. Antara yang kuat menjerit dan mendesak filem tersebut diharamkan ialah pemimpin-pemimpin dari parti Cina. Akhirnya kita akur dengan desakan dan filem tersebut terpaksa dicincang lumat sebelum kerajaan bersetuju untuk tayangan.

Sebaliknya tidak pula pemimpin Cina menjerit walaupun TNV mengisahkan kaum Cina dan gerakan komunis yang dianggap sebagai pejuang kemerdekaan. Apakah mereka lupa keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas penduduk Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1989?

Sehari dua ini beberapa pemimpin Melayu, terutama dari Umno, begitu bersemangat menentang TNV. Naib presiden parti yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan tayangan yang dijadualkan 22 Ogos ditangguhkan, supaya tapisan lebih teliti dilakukan.

Harap-harap kita betul-betul tegas kali ini. Jangan hangat-hangat tahi ayam, panas hanya sekejap kemudian sejuk. Bukan sahaja sejuk, malah tunduk. Banyak sudah kita mengalah dan memberi.

Apabila ada pihak memperlekeh, menghina, mencabar agama, dan mengajak orang Islam berbuka puasa dengan bak kut teh @ sup tulang babi, semua tersentak dan berkobar-kobar bertekad untuk bertindak tegas ke atas pihak yang menghina.

Tegas betul nampaknya pada peringkat awal, sehingga tidak ada ikat jamin apabila kes itu dibawa ke mahkamah. Dua remaja yang terkenal sebagai 'pemblog seks' terus dimasukkan ke penjara sementara menunggu hari perbicaraan. Tetapi, hanya semalam dua ditahan, mereka dibebaskan pula dengan ikat jamin.

Semalam, seperti dilaporkan Bernama, ada lagi video menghina Islam dalam YouTube, sepanjang 1 minit 44 saat, berjudul 1 Hari di Hari Raya. Tengok sendirilah dalam internet. Sekiranya kita peka dan tegas, pihak berkuasa – Kementerian Komunikasi & Multimedia, juga Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Negara (SKMM) – sepatutnya terus bertindak ke atas penghina tersebut, tidak kira siapa.

Lihat pula apa sudah jadi dengan arahan mengharamkan wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik. Fatwa mengenai perkara itu telah dibuat sejak 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

Tetapi, pihak penganjur Miss Malaysia World 2013 dan empat gadis Islam yang menjadi peserta telah mempertikai pengharaman tersebut. Siapakah mereka untuk menghujah hukum agama kita? Masihkan kita boleh bersabar?

Kadang-kadang nampak sangat kita bacul. Apa sahaja yang kita buat akan dianggap rasis, dan ditentang habis-habisan. Tentu semua masih ingat Interlok, novel Sasterawan Negara yang dijadikan teks sastera sekolah menengah. Hanya kerana satu perkataan yang bermula dengan huruf 'k' buku tersebut menjadi isu hangat.

Ada pihak merasakan perkataan yang satu itu berbaur rasis, dan mendesak pagi petang siang malam supaya istilah 'k' itu dibuang. Akhirnya kita akur – konon untuk menjaga perasaan sesetengah kaum! – dan terpaksa mencetak semula Interlok versi tanpa 'k'.

Sekarang mereka tidak setuju pula dengan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas), di IPTA,  dan seperti kata menteri, kerajaan akan memperkenalkan modul baru kursus tersebut mulai Julai tahun depan. Tunduk lagi!

Sebenarnya kita sudah terlalu berlembut, sudah banyak mengalah, dan selalu sangat menurut. Cukup-cukuplah berbuat baik. Peribahasa Melayu pun ada menyebut, buat baik berpada-pada!
Artikel Berkaitan

Kes liwat II didengar 17,18 September

Posted: 31 Jul 2013 09:54 PM PDT

Wartawan Sinar Harian


SHAH ALAM - Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah liwat II akan didengar pada 17 dan 18 September ini.

Laporan memetik, timbalan pendakwaraya Noorin Badaruddin sebagai berkata, permohonan Anwar untuk menggugurkan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada pasukan pendakwaan juga akan didengar pada tarikh itu.

Perkara itu diputuskan dalam pengurusan kes di Mahkamah Rayuan hari ini.

Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apda 12 Januari lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Saiful di kondominium terbabit antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Artikel Berkaitan

KUIS Bakal Jadi Universiti Islam Tiga Tahun Lagi

Posted: 31 Jul 2013 09:50 PM PDT


20130730_200445_LLS (1)

BANGI I : Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) mensasarkan untuk menjadi sebuah Universiti Islam dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Rektor KUIS, Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, manakala jumlah pelajar pada tahun 2014 ini akan ditingkatkan kepada 6,000 mahasiswa.

"Bagi mencapai sasaran tersebut, antaranya akan menawarkan Program Pasca Siswazah dalam bidang sarjana, dan doktor falsafah melalui pusat pengajian siswazah yang akan diaktifkan semula.

"KUIS membuka tawaran pengambilan setelah mendapat kelulusan daripada pihaj Malaysian Qualifications Agency (MQA) yang merupakan sebahagian 46 program pengajian yang ditawarkan," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di pekarangan Masjid Al-Azhar KUIS di sini.

Pada majlis yang sama, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan berjumlah RM936,454.77 daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan RHB Islamic Bank Berhad.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat berkenaan.

KDEB yang diwakili Presidennya, Suhaimi Kamaralzaman menunaikan zakat perniagaan bagi KDEB dan anak syarikatnya sebanyak RM826,455.77.

Manakala, RHB Islamic Bank Berhad diwakili Pengarahnya, Datuk Faizal Siraj menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM110,000 .

Sementara itu pada majlis yang sama, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 37 orang pelajar fakir, 115 orang pelajar miskin dan 100 orang asnaf mualaf yang menerima sumbangan RM400 setiap seorang.

Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Tiada ulasan: