dollah yankee |
YES angguk,NO golek..esok raya! Posted: 03 Aug 2013 05:31 PM PDT Biarpun tarikh hari raya telah semua orang tahu, tapi ia tetap akan melalui proses untuk melihat anak bulan syawal. Pada tahun 2013M/1434H ini tempat untuk melihat anak bulan di Penang ialah di Pantai Acheh dan tarikhnya ialah pada petang hari rabu 7 Ogos dan waktunya ialah sebaik saja mentari telah terbenam diufuk timur (mentari terbenam diufuk timur?amboi! macam lagu Kumpulan Search lah pulak!Kah..Kah..Kah..) 5 orang utama yang akan diberi tanggungjawab untuk melihatnya ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang(JAIPP),Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang(MAIP),EXCO Negeri yang jaga bab-bab ugama islam,Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang. Selepas seorang demi seorang dari lima-lima orang ini tengok melalui teropong/teleskop dan masing-masing akan mengesahkan keputusannya sama ada anak bulan ada nampak atau tidak dengan menandatangani satu borang atau surat. Kemudian tugas Pengerusi MAIPP ialah menalipon Gabenor, Tun Rahman Abbas dan memberitahu beliau sama ada nampak atau tidak anak bulan syawal itu.Kalau tak nampak dia akan bla..bla..bla.. rukyah laa..kiraan hisab laa.. bla.. bla.. sikit lagi apa yang patut. Dan disebelah sana semasa dok talipon itu gabenor pula akan angguk-angguk geleng-geleng,golek-golek kepala. Last sekali nak 'jek' gabenor, dia akan ucap selamat hari raya dekat Gabenor. Selepas itu giliran EXCO negeri pula akan buat benda yang sama macam Pengerusi MAIPP buat dekat gabenor tadi dengan menalipon dan memberitahu Guan Eng selaku Ketua Menteri. Guan Eng pun akan angguk-angguk, geleng-geleng,golek-golek kepala. Selepas itu baru lah lima orang tadi akan umumkan secara resmi kepada jemputan dan orang awam yang ada dekat sana di balai cerap tempat lihat anak bulan itu sama ada esok itu raya atau pun tidak. Selepas itu lima orang tadi dan tetamu jemputan yang ada, akan 'soru' sambil gelak-gelak besar...HaHaHaHa... Semasa lima orang tadi dengan jemputan sedang rancak 'soru' ber khu..khi,khu..khi gelak, orang-orang awam yang sama-sama kalut nak tengok anak bulan dibalai cerap itu pula akan berebut-rebut ambil peluang untuk meneropong sama. Begitu lah kisahnya ... kalau anda ada disana dalam proses itu banyak lah benda-benda lawak dan menarik yang boleh dilihat. dollah yankee - Selamat Hari Raya, mabuk ketupat dan lemang tak pa. Jangan mabuk 'tanik' sudah ! Kah..Kah..Kah.. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan