Sabtu, 24 Ogos 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sirul Dan Azilah Bebas Tapi Najib Semakin Tidak Bebas Dari Persepsi Altantuya

Posted: 24 Aug 2013 08:24 AM PDT

http://shahbudindotcom.blogspot.com

Mahkamah Rayuan semalam membebaskan dua anggota UTK, Sirul Azhar dan Azilah Hadri daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Sharibu yang sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi dan polemik dalam negara. Ia bukan saja berkaitan pembelian kapal selam yang juga terpalit dengan pelbagai dakwaan rasuah serta komisen tetapi juga turut dikaitkan dengan Najib Razak kerana tertuduh utama yang dikaitkan dengan kes itu, Abdul Razak Baginda adalah merupakan rakan karibnya manakala Azilah dan Sirul pula adalah anggota polis pengiringnya.

Razak telah dibebas daripada tuduhan yang sama beberapa tahun lalu dan kini giliran dua anggota UTK yang didakwa meletupkan Altantuya dengan bahan letupan C4 pula dibebaskan. Sementara pembebasan Razak tidak dirayu oleh pihak pendakwaan, kes kedua-dua anggota polis ini difahamkan akan dirayu ke Mahkamah Persekutuan pula.

Dengan pembebasan Sirul dan Azilah serta Razak sebelum ini, persoalan yang bermain-main di layar fikiran rakyat ialah siapakah sebenarnya yang membunuh dan mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu?

Di laman-laman sosial Facebook dan Twitter, isu ini menjadi paling hangat semalam dengan pelbagai pihak tampil sama ada meluahkan kemarahan, sindiran dan pelbagai tafsiran mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu. Walaupun Altantuya bukan warga Malaysia, rakyat kita tampaknya begitu prihatin dalam soal keadilan sejagat, lebih-lebih lagi kes pembunuhan melibatkan beliau merupakan kes yang dianggap berprofil tinggi.

Sementara ada pihak yang gembira dan menitiskan airmata kerana pembebasan Azilah dan Sirul itu, ramai juga pihak yang meluahkan rasa kecewa dan dukacita dengan keputusan itu. Bapa Altantuya yang tentu paling kecewa menuntut kerajaan Mongolia supaya campurtangan dalam hal ini.

Beberapa pihak lain seperti pembangkang, termasuk juga bekas Menteri Kehakiman Zaid Ibrahim turut melahirkan rasa kecewanya. Beberapa pemimpinnya turut mengulas mengenai keputusan itu tetapi kebanyakannya terlihat cenderung melihat aspek kegagalan pihak pendakwa memanggil DSP Musa Safri, pegawai khas Najib yang merupakan orang atasan kepada Sirul dan Azilah sebagai saksi di mahkamah.

Pelbagai kecaman dan kata-kata pedih turut dilemparkan kepada Peguam Negara, Gani Patail, malah ada yang menuduh beliau sengaja tidak memanggil DSP Musa sebagai saksi untuk menjadikan perbicaraan kelihatan cacat dan lemah.

Atas semua aspek yang ditimbulkan itu, nama Najib tentunya terkait sama. Daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika Altantuya dibunuh dan kini menjadi Perdana Menteri, pelbagai persepsi cuba ditimbulkan untuk melibatkan adanya peranan serta pengaruh Najib dalam pembebasan kedua-dua anggota polis itu serta juga Razak Baginda sebelumnya.

Di pelbagai lapisan rakyat juga, mereka turut bercakap isu dengan nada yang sama. Pelbagai cerita dan andaian kedengaran di mana-mana, baik di rumah-rumah, pejabat, kedai kopi mahupun lobi hotel yang mengulas isu pembebasan Azilah dan Sirul serta kaitannya dengan kedudukan Najib.

Secara umumnya, persepsi yang cuba ditimbulkan berkaitan pembebasan Azilah dan Sirul tambah menenggelamkan lagi keyakinan rakyat terhadapnya.

Dalam masa yang sama, dengan pembebasan Azilah dan Sirul juga, saman sivil yang dikemukakan oleh bapa Altantuya yang tertangguh sebelum ini akan diteruskan selepas ini. Peguam Karpal Singh dilaporkan akan berusaha untuk memastikan saman sivil bernilai RM100 juta yang turut melibatkan Najib dan kerajaan Malaysia, akan menghasilkan keputusan yang menggembirakan.

Malah Karpal juga bertegas akan berusaha melakukan sapina terhadap Najib dan DSP Musa Safri bagi memberi keterangan dalam kes saman sivil ini.

Sekali ini, nama Najib akan terus dikaitkan dengan Altantuya untuk tempoh yang tidak tahu bila titik akhirnya.

Ini bermakna untuk tempoh beberapa tahun ini, di samping kes rayuan Azilah dan Sirul yang akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan, kes saman sivil bapa Altantuya bernilai RM100 juta serta kemungkinan Najib sendiri akan disapina untuk memberi keterangan dan pelbagai lapisan rakyat pula akan terus bercakap mengenai kes pembunuhan itu serta kaitannya dengan beliau, Najib sebenarnya semakin terperangkap dalam pesepsi dan dan andaian yang berbagai-bagai berkaitan pembunuhan Altantuya ini.

Selagi orang ramai bercakap mengenai pembunuhan Altantuya, selagi itulah nama Najib akan dikaitkan dan sukar dipisahkan, bahkan dengan bebasnya Azilah dan Sirul, Najib didapati semakin tidak bebas daripada persepsi yang mungkin akan lebih menyakitkan hari-hari mendatang bagi dirinya dan juga UMNO yang sedang dipimpinnya.

Razak Baginda sudah bebas, Azilah dan Sirul juga sudah bebas tetapi pembebasan mereka itu sama-sekali tidak membebaskan Najib. Beliau mungkin terpaksa memikul beban ini untuk selama-lamanya.

Demokrasi: Masa depan Ikhwan di hujung tanduk?

Posted: 24 Aug 2013 08:20 AM PDT

Abu Marwan,

Sebaik sahaja Presiden Mohamed Morsi diguling melalui kudeta tentera dengan bantuan kuasa asing, ramai pimpinan tertinggi Ikhwan Muslimin telah ditangkap oleh pihak keselamatan Mesir. Tentera dan polis telah melancarkan gerakan besar-besaran untuk menangkap pimpinan Ikhwan dan gerakan Islam yang lain seluruh Mesir.

Dr. Muhammad Morsi pula terus ditahan atas dakwaan menggalakkan keganasan dalam peristiwa di Istana Presiden, Istana Ittahidiah beberapa bulan lalu serta berkomplot dengan gerakan Palestin Hamas melakukan keganasan. Beliau yang dipilih melalui pilihanraya selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak pada awal tahun lepas kini ditahan di tempat yang tidak diketahui.

Dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul  Am (Ketua) Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Badie' juga telah ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir. Begitu juga dengan timbalan beliau, Dr. Khairat Shater serta Muhammad Rasyad Bayoumi, Mustafa Abdul Azim Basylawi, Muhammad Abdul Azim Basylawi dan Atif Abdul Jalil As-Samr yang kesemuanya merupakan pimpinan Majlis Tertinggi Ikhwan Muslimin. Dr. Safwat Hegazi yang merupakan pimpinan gerakan Salafi juga telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir.

Dalam masa yang sama, pihak junta tentera juga teru memburu pimpinan Ikhwan yang lain termasuk Dr. Essam Erian dan Dr Mohamed Beltagy. Rumah-rumah mereka telah diserbu dan digeledah bagi menangkap pimpinan Ikhwan. Junta tentera juga sedang bersiap bagi mengisytiharkan terus pengharaman gerakan Ikhwan Muslimin di seluruh Mesir. Begitu juga dengan parti politik baru Ikhwan 'Al-Hurriyat Wal Adalah' (Parti Kebebasan dan Keadilan) dijangka akan diharamkan terlibat dalam mana-mana proses pilihanraya dan demokrasi di Mesir.

Jika Ikhwan Muslimin diharamkan oleh pemerintah Mesir, ia bukan perkara baru kerana mengulangi peristiwa lebih 60 tahun yang lalu apabila kerajaan Mesir mengisytiharkan "Perang Terbuka" terhadap Ikhwan Muslimin. Pemerintah telah bertindak  membubarkan gerakan Ikhwan Muslimin dan kesemua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3,000 cawangan telah ditutup. Lebih 4,000 ahli Ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan. Ibu pejabat Ikhwan Muslimin diserbu dan dimusnahkan. Semua harta Ikhwan Muslimin dibekukan.

Media massa Mesir yang kini dikuasai sepenuhnya oleh junta tentera juga sedang menjalankan propaganda agresif bagi melabelkan Ikhwan Muslimin sebagai pertubuhan ganas dan 'terroris'. Hampir setiap jam Ikhwan Muslimin dan pimpinan mereka dipaparkan di semua sebagai pertubuhan 'terroris' yang amat bahaya kepada masyarakat Mesir. Mereka dikaitkan dengan keganasan dan pembunuhan serta melakukan perang bersenjata terhadap junta tentera dengan mendapat bantuan kuasa luar. Ahli-ahli Ikhwan juga dikaitkan dengan pembakaran berpuluh-puluh gereja Kristian di seluruh Mesir.

Namun inilah realiti yang terpaksa dilalui oleh Ikhwan Muslimin selepas berlakunya perubahan politik baru yang melanda seluruh dunia Islam akibat dari kesan 'Arab Spring'. Walaupun mereka telah berjaya menang dengan cemerlang pilihanraya Presiden dan parlimen Mesir dengan menguasai majoriti kerusi parlimen, mereka tetap diragui.

Walaupun Ikhwan bertekad untuk melakukan perubahan sosial dan politik di Mesir secara aman melalui proses demokrasi, mereka amat dicemburui dan digeruni.

Walaupun agenda reformasi politik Ikhwan di Mesir bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus melalui demokrasi, mereka dilihat tidak mempunyai tempat di dalam politik demokrasi bukan sahaja di Mesir tetapi juga di seluruh dunia Islam.

Apakah perubahan politik baru yang melanda seluruh dunia Islam akibat dari 'Arab Spring' sudah tidak relevan lagi bagi gerakan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam lain yang terlibat dalam kancah pilihanraya dan demokrasi?

Dan apakah dengan pengharaman Ikhwan Muslimin serta menangkap pimpinan mereka merupakan tanda berkuburnya 'politik Islam' di Mesir dan dunia Islam?

Marah pada pemandu teksi punca kemalangan bas?

Posted: 24 Aug 2013 08:12 AM PDT

KL TODAY

 
Sikap naik angin pemandu bas terhadap pemandu teksi antara yang didakwa menjadi punca kemalangan yang meragut 37 nyawa semalam.Mussammat Sirajum, 35, sepupu kepada mangsa yang maut, Rafiq Ali, 55, berkata bahawa Rafiq telah pergi ke Genting Highlands untuk bercuti.

"Walaupun sepupu saya adalah dari Bangladesh, beliau merupakan rakyat Kanada dan telah datang ke Malaysia bersama isteri dan dua anak lelaki beliau untuk bercuti pada awal bulan ini.

"Beliau maut ketika kejadian manakala isteri beliau, Rashidah Buia, 50, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Ronok Arefin,14, dan Reduan Buia, 22, mengalami kecederaan," kata Mussammat.

Rashidah menceritakan kepada beliau bahawa pemandu bas mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang merbahaya.

"Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban.

"Kakak ipar saya dan anak-anaknya berada dalam keadaan sedar ketika kemalangan tersebut belaku dan apabila beliau sedar bahawa suami beliau sudah meninggal, beliau meminta Reduan supaya menjaga mayat suami beliau sementara beliau mencari pertolongan," tambah Mussammat.

Pengerusi Majlis Fatwa: Syiah ajaran sesat

Posted: 24 Aug 2013 08:05 AM PDT

 

Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram diamalkan oleh orang Islam dari negara ini.Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan keputusan sebelum ini  yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah.

"Bagaimanapun untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran sunnah.

"Sesiapa rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sememangnya telah berpegang kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah sejak beratus tahun lalu haram mengikut ajaran ini, dan tindakan boleh dikenakan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik sebagai berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.

"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu membenarkan pengikut Syiah asal daripada negara Islam yang lain meneruskan mazhab tersebut  di negara ini.

Namun, beliau berkata ajaran mazhab tersebut tidak boleh disebarkan dan dikembang secara terang atau sulit kepada penduduk Islam di Malaysia.

"Pengikut Syiah dari Iran yang datang ke Malaysia boleh teruskan mazhab mereka, tetapi tidak boleh disebarkan kepada penduduk Islam di sini.

"Itu yang kita bimbangkan, lama kelamaan jika mazhab ini terus disebar dan menular akan berlaku perpecahan ummah yang selama ini kita bersatu dan hidup dengan harmoni," tambahnya.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan kenyataan Jamil Khir yang bercanggah dengan kenyataan Jakim sebelum ini, Abdul Shukor berkata beliau telah diberitahu kenyataan menteri itu merujuk kepada pengamal asal ajaran tersebut sahaja.

"Saya ada berjumpa dengan Jamil Khir dalam satu program, dia telah membetulkan balik kekeliruan yang timbul mengenai kenyataan yang membenarkan ajaran Syiah terus diamalkan di negara ini," jelasnya.

Bukit Aman tubuh skuad khas perangi jenayah berat

Posted: 24 Aug 2013 08:02 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Dua skuad khas ditubuhkan polis Bukit Aman masing-masing untuk memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
  
Beliau berkata skuad yang masing-masing berkekuatan 200 pegawai dan anggota polis terlatih diketuai Komisioner Polis, mula beroperasi sejak dua bulan lalu.
  
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu.
  
"Skuad khas ini hanya akan beroperasi dari Bukit Aman untuk terus membanteras kumpulan sasaran, dan tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri," katanya.
   
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pencegahan Jenayah di sebuah hotel di Bandar Sunway  hari ini.
  
Ahmad Zahid berkata skuad itu yang ditubuhkan secara tetap, terlibat dalam kes terbaru membabitkan lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang, baru-baru ini.
  
"Pemilihan pegawai dan anggota skuad tertakluk kepada kuasa penuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar," katanya.
  
Forum sehari bertajuk 'Undang-undang Semasa dan Langkah-langkah Untuk Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan' dianjurkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).
  
Ia diadakan bertujuan mendapatkan input pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia, badan bukan kerajaan dan peserta forum mengenai penggubalan undang-undang pencegahan jenayah.

Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata resolusi forum itu perlu dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan diperinci, termasuk mengenai sama ada perlu mewujudkan semula undang-undang pencegahan.
   
Beliau berkata apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat dimansuhkan, ia menyukarkan pihak penguatkuasa terutama polis melaksanakan tindakan pencegahan.
   
Susulan pemansuhan itu, antara faktor yang menyumbang kepada kesukaran pihak keselamatan membanteras penjenayah ialah saksi takut untuk tampil ke hadapan selain identiti penjenayah sukar dicam saksi, dan keterangan tidak mencukupi untuk menangkap penjenayah.
   
"Dalam perbincangan untuk (mewujudkan) undang-undang baharu yang dibuat sekarang, kita akan pastikan resolusi forum ini dimasukkan sebelum dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang," katanya.
   
Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa beliau telah dilantik oleh Najib sebagai pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Rabu lepas.

Turut hadir Naib Presiden MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Asli Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
- Bernama

19 September dengar kes blogger seks,Alvin & Vivian cabar satu pertuduhan

Posted: 24 Aug 2013 07:58 AM PDT

 

Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa dengan pertuduhan mempersendakan umat Islam dan Ramadan, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu lepas.

Dalam permohonan itu, mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak sah di sisi undang-undang.

Pasangan itu juga memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A adalah tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka.

Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)" yang mengandungi logo Halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Terdahulu, ketika prosiding di Mahkamah Sesyen, peguam Chong Joo Tian, yang mewakili Tan dan Lee memaklumkan bahawa anak guamnya telah memfailkan permohonan itu ketika kes mereka disebut di hadapan Hakim Murtazadi Amran. Murtazadi kemudian menetapkan 19 Sept ini untuk pengurusan kes.

Mengikut pertuduhan, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian – Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama, mengikut Akta Hasutan 1948.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam dan 2 pagi, mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

Sementara itu, Chong ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata permohonan itu difailkan atas alasan pertuduhan yang dihadapi anak guamnya mengikut Seksyen 298A adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Mengikut perlembagaan, seksyen itu hanya terpakai bagi mereka yang beragama Islam dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap kedua-dua anak guamnya kerana mereka non-muslim," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali.

Keluar kabinet dan balik pada NGO, kata Zahid

Posted: 24 Aug 2013 07:51 AM PDT



 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata seorang pemimpin yang pernah menerajui sebuah NGO dan menjadi anggota pentadbiran yang pernah dikritiknya sebelum ini, sepatutnya meletak jawatan daripada kabinet dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja NGOnya.

"Jika anda mahu mengkritik polis, jika anda mahu memberi komen negatif terhadap polis, sila letak jawatan dan terajui NGO sendiri. Jadilah pemimpin NGO...

"Dalam hal ini, jangan ada di antara kita yang bersimpati dengan penjenayah," katanya tanpa menamakan sesiapa, dalam satu forum di Petaling Jaya hari ini mengenai pencegahan jenayah.

Apabila ditanya dalam sidang akhbar kemudiannya sama ada beliau merujuk kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, Zahid menjawab, "Faham-fahamlah."

Kes kencing tikus semakin membimbangkan

Posted: 24 Aug 2013 07:43 AM PDT

Kes kencing tikus semakin membimbangkan Rahman Dahlan melihat beberapa ekor tikus yang berjaya ditangkap sempena program Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di Pekan Menggatal. - Foto Bernama
KOTA KINABALU - Sebanyak 18 kematian direkodkan daripada 1,768 kes jangkitan virus kencing tikus atau leptospirosis di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 1 Jun lepas yang memperlihatkan trend membimbangkan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rekod itu menunjukkan masalah infestasi tikus semakin meruncing dan harus diberi perhatian sewajarnya.

"Kes-kes yang dilaporkan Kementerian Kesihatan menunjukkan pada 2011 daripada 2,268  kes dengan 55 kematian meningkat kepada 3,665  kes (48 kematian) pada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di pekan Menggatal, dekat sini hari ini.

Abdul Rahman berkata trend membimbangkan itu berikutan kesedaran menyeluruh mengenai penyakit Leptospirosis agak rendah di kalangan masyarakat yang mendorong kementerian melancarkan kempen bersepadu itu bagi membanteras infestasi tikus yang menyebabkan leptospirosis.

Katanya melalui kempen itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenal pasti kawasan infestasi tikus seperti pasar awam, kantin, dapur sekolah, kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan premis makanan untuk program gotong royong membersihkan kawasan.

"Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan kempen ini kerana jika satu kedai dalam deretan tidak memainkan peranan, tikus yang berada di kedai itu akan pergi ke kedai-kedai lain," katanya.

Abdul Rahman berkata tahap kebersihan premis-premis  makanan juga akan digredkan untuk kemudahan pengguna.

Katanya pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga sedang merangka garis panduan untuk diguna pakai PBT dalam menjalankan aktiviti kawalan tikus.

"Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MKN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diadakan minggu depan atau minggu selepas itu bagi membincangkan garis panduan berkenaan," katanya.

Terdahulu, ketika berucap beliau berkata kementerian memperuntukkan lebih RM3.2 juta untuk Program Kawalan Vektor termasuk kawalan tikus kepada PBT di seluruh negara.

Abdul Rahman berkata inisiatif kempen kawalan tikus itu turut membabitkan Kementerian Pelancongan di bawah 1Malaysia Clean, 1Malaysia Green sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan untuk manfaat bersama. - Bernama

Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja, gesa PKR

Posted: 24 Aug 2013 07:41 AM PDT

Altantuya Shaariibuu Altantuya Shaariibuu
SHAH ALAM - PKR hari ini menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kes pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata pengumuman Mahkamah Rayuan mengenai pembebasan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis mengejutkan rakyat.

Tambahnya, pembebasan Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri menyebabkan pelbagai spekulasi timbul.

"Kita gesa tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai perkara itu, kita lihat banyak perkara yang menjadi tanda tanya selepas dua orang pegawai polis itu dibebaskan.

"Rakyat yang mengikuti perkara ini juga turut membuat spekulasi masing-masing dan turut dibincangkan di media sosial," katanya.

Wartawan Sinar Harian kena samun

Posted: 24 Aug 2013 07:38 AM PDT

Siti Nur Mas Erah
Siti Nur Mas Erah dengan laporan polis yang dibuat selepas disamun di stesen minyak Jalan Tenggiri.
PERAI - Seorang wartawan Sinar Harian disamun seorang lelaki bermotosikal di stesen minyak di Jalan Tenggiri di sini hari ini.

Siti Nur Mas Erah Amran, 29 berkata, ketika kejadian kira-kira jam 4.50 petang dia baru selesai membeli barang dalam kedai stesen itu dan duduk di meja yang disediakan untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar.

"Seorang lelaki bertopi keledar datang dari bahagian rak roti di belakang saya, mengambil dompet yang diletakkan di atas meja dan melarikan diri dengan motosikal.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan beberapa pelanggan di situ nampak tergamam dan tidak sempat menghalang tindakan lelaki tersebut.

"Mujurlah saya memegang kuat iPad di atas meja dan pencuri hanya mengambil dompet yang mengandungi wang tunai RM50 dan beberapa dokumen penting antaranya My Kad dan kad bank serta kad perubatan," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya.

Siti Nur Mas Erah, yang sering mengguna perkhidmatan internet di stesen minyak itu berkata, pengalaman pahit itu menjadi pengajaran kepadanya.

"Walaupun di tempat tertutup yang ada kamera litar tertutup (CCTV), kejadian seumpama itu boleh berlaku. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

Anjing dan isu masyarakat Malaysia

Posted: 23 Aug 2013 05:17 PM PDT



 
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah realiti masyarakat 'era baru' kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hari raya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam.

Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata, apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Samakan dengan anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya semua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan.

Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap 'a dog is a man's best friend' namun jika kita berkata 'you are like a dog' ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-'Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam benci anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran, Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka." (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat Yahudi menamakan anjing itu 'qidmir'.

Sementara dalam hadis pula, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu" (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing? Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut yang bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisab-Nya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah muslim memegang anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya.

Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini.

Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah" (Riwayat al-Bukhari).

Memelihara anjing dalam rumah

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja.

Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak penyelidikan yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing.

Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi Nabi SAW bersabda: "Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah" (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.
 
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis.

Bekas IGP mahu polis segera tambah anggota

Posted: 23 Aug 2013 05:15 PM PDT

 


 
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berpandangan penambahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah keperluan segera yang tidak boleh lagi ditangguhkan.

Katanya dengan mengambil kira situasi semasa, faktor tidak ada peruntukan sudah tidak boleh diterima kerana keselamatan rakyat harus diutamakan.

Sememangnya PDRM yang dibahagikan kepada beberapa jabatan, masih kekurangan anggota dan ini membataskan lagi pergerakan dan operasi cegah jenayah, katanya kepada pemberita selepas program Tayangan Pratonton dan Dialog Filem Tanda Putera, di Kemaman semalam.

Mengulas lanjut, Musa berkata ketika beliau mengetuai PDRM, beliau pernah memohon tambahan 60,000 anggota.

Mengenai peningkatan jenayah senjata api sejak kebelakangan ini, Musa berkata beliau percaya keadaan itu ada kaitan dengan penyeludupan senjata api ke negara ini.

Senjata api mudah diperoleh penjenayah menerusi pasaran gelap yang mendapat bekalan daripada penyeludup, justeru saya berpandangan kawalan di sempadan harus dipertingkatkan, katanya.

Menurut Musa, beliau difahamkan sejak April lepas terdapat 32 kes membabitkan penggunaan senjata api di negara ini.

Beliau juga menggesa PDRM agar tidak mudah tunduk dengan desakan pihak tertentu untuk melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam, atas nama liberalisasi.- Bernama

Indeks komposit jatuh, jejas rakyat pendapatan rendah

Posted: 23 Aug 2013 05:12 PM PDT

Anis Nazri,
 
KUALA LUMPUR: Indeks komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) yang mengalami kejatuhan 32.94 mata atau 1.85 peratus, baru-baru ini dijangka akan memberi kesan penurunan kepada nilai mata wang negara.

Biarpun, terdapat beberapa pihak yang beranggapan perkara itu turut dialami pasaran serantau lain, kekhuatiran mengenainya perlu dilihat kerana ia akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, menegaskan golongan berpendapatan rendah ini akan menghadapi kesan langsung sekiranya nilai mata wang negara mengalami penurunan.

"Berlatarbelakangkan Malaysia yang terbeban dengan hutang yang tinggi, seperti hutang korporat, hutang KDNK dan juga hutang isi rumah, maka Malaysia terdedah dengan ciri-ciri yang membolehkan berlakunya penurunan nilai mata wang," kata beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Jelas beliau lagi, apabila negara berdepan dengan penurunan nilai mata wang, ia tidak mampu berdepan dengan keyakinan pelabur, dan tidak mampu meningkatkan kadar faedah.

"Sekiranya kerajaan ingin meningkatkan semula kadar faedah, orang yang berhutang tadi seperti hutang isi rumah akan menghadapi bebanan yang lebih tinggi kerana terpaksa membayar faedah yang lebih tinggi," jelas beliau.

Sehubungan itu, tegas Dzulkefly, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan melakukan tindakan segera bagi memperkukuhkan nilai mata wang dari terus menjunam.

Antara langkah segera yang boleh dilakukan, saran Dzulkefly, kerajaan boleh menjual semula mata wang asing agar dapat memberi dokongan kepada mata wang negara.

Kerajaan juga, tegas Dzulkefly, digesa segera mengadakan komunikasi dengan kelompok pelabur, agensi penarafan dan penganalisis ekonomi supaya mereka dapat memahami apa langkah kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terjamin.

Malaysia, tambah Dzulkefly mempunyai ciri-ciri negara yang mengalami nilai mata wang bermasalah apabila berhadapan dengan defisit fiskal yng dikatakan perbelanjaan melebihi pendapatan, mengalami pertumbuhan yng menguncup, selain mempunyai pegangan bon asing yang tinggi.

Mengapa Najib lewat atau enggan bertindak?

Posted: 23 Aug 2013 05:11 PM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad,

Benar bahawa Presiden Barack Obama dijadualkan akan membuat lawatan ke Malaysia untuk bersama di 'Fourth Global Entrepreneurship Conference' setelah selesai sidang Kemuncak Asean di Brunei, pada bulan 11 Oktober ini.

Benar, inilah kali pertama selepas 47 tahun, seorang Presiden Amerika Syarikat bakal membuat kunjungan ke Negara ini. Kali terakhir seorang Presiden Amerika membuat kunjungan ke Malaysia adalah pada tahun 1966 yakni Presiden Lyndon Johnson.

Tentunya lawatan ini menjanjikan pelbagai ruang keemasan bagi Perdana Menteri Najib Tun Razak menjalinkan hubungan lebih baik dengan Negara kuasa dunia unipolar itu. Paling mutakhir yang menjadi agenda utama pastinya berkisar di sekitar Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPPA.

Pentadbiran Najib sangat berhajat untuk mengambil kesempatan lawatan ini bagi memperbaikki pelbagai hubungan dengan ekonomi terbesar dunia ini meskipun Amerika tidak bebas dari kemelut ekonomi serta krisis kewangannya sendiri.

Sementara adalah cukup menasabah segala yang dihajatkan oleh Najib dan Umno serta kerajaan Barisan Nasional akan kunjungan Presiden Obama, seluruh Ummat Islam di Negara khasnya dan rakyat Malaysia amnya, masih bingung dan pelik memikirkan mengapa Malaysia sehingga kini tidak lagi langsung menyuarakan kecaman terhadap pergolakan besar yang sedang berlaku di Mesir.

Sangat mengaibkan negara kita, Malaysia, yang mendapat pelbagai jolokan Negara Ummat Islam terbaik di dunia Islam ini, diam seribu bahasa terhadap mereka yang melakukan kekejaman melampau yang sedang disaksikan dunia seluruhnya.

Najib dan kerajaan Umno-BN mesti mengambil kira akan hancur luluh dan pilunya hati Ummat Islam di Negara ini, ketika kerajaan ini lewat mewakili suara hati nurani mereka menyaksikan ribuan saudara seIslam mereka dibunuh dan diperlakukan ke paras kekejaman yang tidak berperikemanusiaan bukan sahaja di Dataran Raba'ah, Nahdah, di Masjid Al-Fatah, Ramsis dan terkini di bunuh dalam tahanan.

Sementara Ummat dan rakyat seluruhnya boleh memahami kepentingan kunjungan Presiden Obama, namum ummat Islam dan rakyat di Malaysia mahukan paling tidaknya kerajaan Malaysia rakamkan segera kecaman dan bantahan tegas Negara ini terhadap pembunuhan rakyat Mesir secara kejam itu.

Tidak dapat tidak wujud semacam tanggapan rakyat bahawa kerajaan Malaysia takut menyatakan kecaman kerana takut bertentangan dengan pendirian Amerika Syarikat yang selesa dengan sikap 'berkecuali'.
Ataukah kita takut kehilangan 'goodwill' dalam perhubungan dengan Amerika atau atas perhitungan risiko politik dan ekonomi yang mungkin terjejas dalam hal perjanjian TPPA, meletakkan kerajaan Najib Umno-BN juga bertindak 'berkecuali' serta enggan mengutuk penggulingan sebuah kerajaan demokratik melalui satu rampasan kuasa tentera atau 'military coup detat'. Mengutuk pembunuhan dengan tidak langsung mempedulikan yang melakukan pembunuhan adalah sangat pelik dan membingungkan. Sangat malang kalau pendirian ini berterusan diambil kerajaan Malaysia!

Sememangnya diakui bahawa situasi di Mesir adalah rumit dan sangat kompleks serta memerlukan langkah-langkah rundingan yang berdiplomasi tinggi dan cermat. Tidak ada siapa yang menafikan kedudukan tersebut.

Namun sikap 'berkecuali' tidak bermaksud Malaysia sebagai Negara Ummat Islam yang dihormati bertindak sebagai Negara yang 'penakut dan bacul' serta tidak punya wibawa. Mungkin sahaja kita berakhir dengan tidak ada langsung tindakan!

Bukan untuk disuruh 'berpihak' atau 'partisan' – menyokong atau menentang Morsi atau tentera'- yang dituntut rakyat, tetapi untuk bertindak dan disaksikan bertindak dengan wibawa, diplomasi dan ketegasan menghalang pembunuhan dan tragedi lebih dahsyat lagi. Itu isu dan cabarannya.

Sumber-sumber diplomatik asing yang menjalankan beberapa usaha rundingan jelas membuktikan bahawa ketegasan adalah diperlukan dalam menangani konflik dan pergolakan di Mesir ini. Cebisan dari rentetan rundingan oleh beberapa wakil pihak duta-duta  asing jelas mengisyaratkan bahawa pihak kepimpinan tentera adalah sangat angkuh.

Wakil Kesatuan Eropah (EU), Bernardino Leon, yang bersama dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, William Burns, melaporkan kepada Reuters bahawa setelah satu kata sepakat dicapai bersama pimpinan Morsi dan Ikhwan Muslimin, pihak pimpinan tentera sengaja melanggari dan tidak mahu mengiktirafinya.

Tindakan Timbalan Presiden Muhamad Al-Baradei meletakkan jawatannya atas keganasan pihak tentera membunuh orang awam adalah sangat jelas bahawa pihak Jeneral bdul Fattah As-Sisi tidak lagi bersedia untuk memberi laluan kepada diplomasi dan hak demokrasi kepada rakyat Mesir.

Kelewatan Najib untuk bertindak mengutuk keganasan pihak tentera membunuh serta mencedera pihak awam juga adalah amat dikesali sekaligus memberi persepsi bahawa Negara ini hampir sebaris dengan sekutu-kutu Amerika seperti Saudia Arabia, Jordan serta konco-konconya yang ditanggapi umum sebagai menyebelahi kepentingan Barat.

Bagi mendapatkan satu pendirian yang lebih mantap dan bersifat bi-partisan adalah paling wajar bagi Perdana Menteri Najib untuk mendakan Sidang Khas Parlimen seperti yang kini diminta oleh kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Kes Palestin tetap menjadi contoh rakaman sejarah bahawa Parlimen Malaysia mampu mencapai kata sepakat dalam isu merentasi semua.

Sidang Khas Parlimen sepatutnya bertujuan menyeragamkan tindakan kerajaan Malaysia yang disepakati semua supaya menyusun langkah-langkah yang dianggap wajar dan bersesuaian, antara lain, termasuk menghantar wakil atau 'envoy' kita ke Mesir untuk berunding bagi mencapai penyelesaian menang-menang serta berhenti membunuh orang awam.

Ummat Islam di Negara juga mahu menuntut supaya Perdana Menteri Najib dan kerajaan Umno-BN dan Parlimen Malaysia segera menggerakkan serta mendesak negara-negara Ummat Islam atas platform Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan mengambil inisiatif politik dan diplomasi menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya bertindak segera terhadap jenayah pembunuhan beramai atau 'massacre and genocide' yang telah pun berlaku di Dataran Raba'ah Al- Adawiyyah dan Nahdah dan terkini di Masjid Al-Fateh juga di Kaherah.

Kini kesemuanya sudah tentunya dilihat terlambat dan Malaysia masih lagi belum memulakan sesuatu yang lebih tegas sesuai dengan kedudukan Negara yang berada pada tanggapan yang baik di kalangan Negara ummat Islam dan masyarakat antarabangsa.

Najib wajar diberikan peringatan bahawa beliau mesti lebih prihatin, tegas dan tuntas dalam bertindak mempertahankan maruah negara dan martabat ummat Islam. Bertindak di peringkat antarabangsa dalam kes Mesir ini adalah sangat dihajati ummat dan rakyat di Negara ini. Kini kewibawaan PM Najib dan Malaysia adalah sangat diperlukan bagi menggerakkan Lembaga Keselamatan (SC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas tuduhan jenayah pihak tentera Mesir ke atas kemanusiaan yakni rakyat Mesir ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Ia sekaligus menaikkan imej, kredibiliti dan wibawa negara. Retorik pimpinan negara tentang apa jua pergolakan samada di peringkat nasional dan antarbangsa, lebih bermakna serta berbisa ketika tindakan pimpinan dan kata-kata selari dan sejajar.

Dalam kebrentakan demokrasi dan tragedi pembunuhan kejam di Mesir ini, Najib dan Umno sekali lagi gagal dan mendukacitakan membela maruah Ummat Islam.

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Rakyat Bangladesh didahulukan, pekerja Bangla diutamakan

Posted: 23 Aug 2013 05:09 PM PDT

Truper Malaya,

Langkah kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh adalah amat dikesali. Sudah banyak kali kerajaan tunduk kepada majikan dan pihak lain berkepentingan. Sering kali juga kerajaan memberi berita gembira kepada menteri dari Bangladesh yang datang melawat.

Adakah kita sebegitu lemah hingga mudah tunduk kepada desakan negara Bangladesh yang sememangnya ingin seberapa ramai rakyat mereka meraih faedah ekonomi di sini?

Sebelum ini kerajaan meringankan pelaksanaan skim gaji minimum walaupun tujuan asalnya ialah menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan. 1.4 juta pekerja asing baru adalah satu jumlah yang sangat besar menyamai jumlah seluruh kakitangan awam di Malaysia.

Bilangan 1.4 juta ini pekerja baru ini jika ditambah dengan jumlah hampir 2 juta pekerja asing sah dan 1 juta pekerja asing yang bekerja secara haram sudah melebihi angka 4 juta orang.

Berapa juta agaknya peluang pekerjaan baru yang dapat diwujudkan dalam setahun? Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh dibawa masuk dan dibenarkan bekerja di sektor perindustrian dan perkhidmatan maka apa akan jadi kepada anak-anak tempatan yang tidak mempunyai kelulusan tinggi.

Mengapa pekerja Bangladesh sentiasa menjadi 'anak emas' kerajaan Malaysia?

Zaman Tun Dr Mahathir pekerja Bangladesh tidak pula dibenarkan bekerja di mana mereka suka. Zaman Tun Abdullah Badawi pengambilan pekerja asing Bangladesh telah dibekukan. Tapi di zaman kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat ini bukan sahaja membenarkan pengambilan semula tetapi meningkatkan jumlahnya secara ketara.

Tidak cukupkan masalah yang timbul apabila jumlah warga Bangladesh ini menjadi majoriti di sesuatu kawasan?

Lihat sendiri Chinatown di Petaling Street pun boleh bertukar menjadi BanglaTown. Sekarang ini warga Bangladesh sudah ramai yang berniaga dan bekerja sendiri.

Malah ramai yang ada taraf penduduk tetap dan dapat berkahwin dengan wanita tempatan dengan mengenepikan peraturan yang melarang pekerja asing berkahwin dengan rakyat tempatan jika tidak mahu permit kerja dibatalkan. Itu belum dikira lagi kes-kes maksiat seperti zina dan khalwat yang melibatkan lelaki Bangladesh dan perempuan Melayu.

Apakah kerajaan nak merosakkan lagi akhlak perempuan Melayu yang mudah tergoda dengan pujuk rayu lelaki asing?

Rakyat Bangladesh ramai yang terlibat dengan kes culik rakan senegara demi mendapat wang. Fikrkanlah jika mereka sanggup mengkhianati rakyat senegara demi duit apa yang mereka boleh lakukan kepada rakyat kita.

Jumlah warga Bangladesh di Malaysia sangat ramai dan bekerja di hampir semua sektor kecuali sektor awam. Paling menyedihkan kerja peringkat penyeliaan dan memerlukan sijil juga diberi kepada mereka. Itu belum lagi yang curi-curi menjadi pemandu teksi dan pengawal keselamatan sekaligus melanggar peraturan. Pihak berkuasa cepat menangkap rakyat sendiri yang melakukan kesalahan tetapi sering terlepas pandang kesalahan warga asing ini.

Pengambilan terlalu ramai pekerja asing akan menyebabkan generasi muda yang tiada kelulusan tinggi hanyut dengan pelbagai masalah sosial akibat tiada pekerjaan tetap. Masih ramai anak-anak Melayu, Cina, India , Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang mengganggur dan perlu pembelaan kerajaan.

Hatijah Aam ditahan reman

Posted: 23 Aug 2013 05:04 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Polis berjaya mendapatkan perintah untuk menahan reman balu kepada bekas pengasas al-Arqam, Hatijah Aam selama empat hari bagi siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana rumah amal anak yatim.

Laporan Berita Harian menyebut, Hatijah pada awalnya ditahan selepas melaporkan diri di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan mengikut Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Syed Ismail Syed Azizan dalam laporan itu mengesahkan bahawa pasukannya menahan Hatijah pada jam 12.20 tengah hari semalam.

"Kita mengambil keterangan Hatijah berhubung dakwaan terhadapnya. Kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan dijalankan. Polis memandang serius kes penyelewengan dana anak yatim kerana ia membabitkan kepentingan awam," katanya seperti dipetik akhbar harian itu.

Akhbar berkenaan turut menyebut mengenai dakwaan penyelewengan akidah Hatijah dalam laporan sebelum ini.

Menurut Berita Harian lagi, laporannya turut mendakwa Hatijah terlbat dalam kes penyelewengan dana anak yatim.

Al-Arqam diharamkan pada 1994. Susulan itu, anggota keluarga dan saki baki pengikut kumpulan tersebut menubuhkan kumpulan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd.

Menurut laporan Berita Harian, bekas ahli syarikat tersebut turut tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan sama.

Bantah TPPA: Aktivis berarak ke kedutaan AS

Posted: 23 Aug 2013 05:02 PM PDT



 
Seramai kira-kira 100 orang aktivis berarak ke bangunan kedutaan Amerika Syarikat hari ini bagi membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang didakwa sebagai "penjajahan korporat" baru ke atas negara ini.

Kumpulan berkenaan dalam memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan berkata, perjanjian berkenaan akan menjejaskan kedaulatan Malaysia kerana kerajaan didakwa dipaksa untuk menerima kandungan perjanjian tersebut.

"Kami menggunakan istilah 'penjajahan korporat' untuk merujuk rejim TPPA, kandungannya dan proses pelaksanaannya kerana kepentingan gergasi korporat sangat jelas telah mempengaruhi peruntukan kontroversi dalam perjanjian ini dan kerajaan pula telah ditekan dan dipaksa menerimanya," memorandum itu dipetik.

Bantahan itu dijalankan ketika wakil kerajaan Malaysia dijangka akan mengemukakan laporan perkembangan rundingan dalam pertemuan di Bali pada Oktober depan.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada seorang penolong pengurus keselamatan kedutaan AS, yang dikatakan akan mengadakan perbincangan dengan NGO terbabit berhubung bantahan mereka.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh wakil NGO berkenaan, setiausaha agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J Solomon dan setiausaha kehormat Majlis Aids Malaysia Hisham Hussein.

Hisham ketika bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut berkata wakil kedutaan terbabit juga akan mengemukakan dokumen terbabit untuk perhatian bahagian ekonominya.

"Saya baca kandungan memorandum ini di hadapan wakil kedutaan tadi. Dan dia mengucapkan terima kasih dan bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama gabungan NGO Bantah TPPA ini. Bila (perbincangan) itu dia tak beritahu pula.

Turut menyertai perhimpunan berkenaan ialah wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Majlis Aids Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Solidariti Angkatan Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Seramai 100 orang itu pada awalnya berarak dari masjid Tabung Haji dan berhimpun di hadapan kedutaan tersebut kira-kira jam 2.30 petang, dan bersurai lebih satu jam kemudian.

ROS lulus 20 permohonan parti baru

Posted: 23 Aug 2013 05:01 PM PDT



 
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) meluluskan permohonan 20 pertubuhan politik baharu daripada 33 yang diterimanya sejak 2008.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Rahman Othman berkata pihaknya akan menyenaraikan semua yang diluluskan pada Khamis depan.

"Pada masa ini ada 20 pertubuhan politik atau parti politik baharu yang telah lengkap diteliti dan dinilai oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ianya lengkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Aidilfitri ROS di Nilai hari ini.

Menurut Abdul Rahman pihaknya menolak permohonan 13 lagi kerana pelbagai faktor termasuk tidak memenuhi syarat dan tidak mempunyai kriteria sebagai pertubuhan politik.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP, beliau berkata ROS masih menunggu perincian daripada DAP.

"Saya tidak boleh cakap lagi kerana saya tidak dapat details lagi daripada mereka dan saya akan jawab semua perkara itu selepas mendapat maklumat lengkap mengenai pemilihan semula itu dari mereka," katanya.- Bernama

Mendepani radikal perkauman dan cabaran negara bangsa

Posted: 23 Aug 2013 04:54 PM PDT


BERPEGANG pada kata-kata ayahnya, "Setiap orang harus menganggap dirinya sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu, mendahului suku keturunan…", Justeru itu, sosok Kasthuri Rani Patto meneruskan legasi perjuangan mendiang ayahnya yang lantang dan berjiwa Malaysia.

Beliau tidak kekok berbahasa kebangsaan, Kasthuri adalah seorang yang mudah didekati, santun bicaranya dan sangat prihatin memperjuangkan suara lingkungan masyarakat sekitar. Ikuti wawancara eksklusif wartawan Roketkini.com, Hafiz Zainuddin menyelak pandangan beliau terhadap latar belakang, isu semasa dan pelbagai caca-marba politik yang membelenggu rakyat dan negara. Foto oleh Wira Andika

Nama: Kasthuri Rani a/p Patto
Umur: 34 tahun
Pendidikan: Jurusan Mikrobiologi Universiti Malaya (UM) pada 1999
Jawatan: Ahli Parlimen DAP Batu Kawan

Pengalaman kerjaya: Penyelidik di Pejabat EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan pada 2008, Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pada 2010.

Kenapa saudari berpolitik dan siapa idola saudari?

Saya perlu mengucapkan syukur dan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang mengasuh saya hingga ke peringkat sekarang. Walaupun ayah saya tidak lagi berada di sisi, semangat perjuangan beliau terus mengalir dalam diri saya. Saya mahu teruskan perjuangan mendiang ayah saya P. Patto.

Minat saya kepada politik tercetus sekitar tahun 1999 era reformasi tetapi masa itu saya tidak terfikir untuk menceburi bidang politik seperti sekarang. Pada masa yang sama ketika itu saya masih belajar di Universiti Malaya. Saya mula terdetik untuk menceburi politik setelah tercetusnya tsunami politik 2008.

kasthuri 1 

Semakin kerap puak radikal memainkan sentimen perkauman dan agama seolah-olah mendapat restu kerajaan. Apa pandangan saudari mengenai hal itu?

Pertamanya masyarakat dapat lihat ianya satu proses yang digembar-gembur dan diperbesarkan dan tidak normal walhal kita sendiri tahu isu sebenar yang dihadapi negara. Keduanya ia membuktikan Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) gagal menangani isu sebegini walaupun sudah berpuluh tahun negara mencapai kemerdekaan. Samada mereka sengaja membiarkan, kita pun tidak mahu membuat andaian. Rakyat boleh menilai sendiri.

Apa pun, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan. Isu kaum, agama sudah macam isu evergreen. Seolah-olah masyarakat kita masih kebudak-budakan, tidak matang. Atau persoalannya, adakah mereka sengaja memperdayakan masyarakat untuk menjadi tidak matang?

Isu perkauman yang diperbesarkan itu menunjukkan seperti kerajaan mahu menutup isu terbesar yang melanda negara seperti jenayah yang semakin berleluasa, gejala rasuah dan salah guna kuasa yang berterusan, beban kerja kakitangan awam seperti guru yang tidak wajar, isu kemiskinan bandar atau luar bandar yang gagal diselesaikan, isu alam sekitar yang mengancam nyawa dan masa depan negara dan pelbagai lagi.

Kalau kerajaan benar-benar ikhlas, mereka wajar ambil tindakan terhadap kumpulan atau puak radikal yang membakar sentimen perkauman itu dan beri fokus kepada masalah utama negara kerana kalau kita ambil contoh masalah kemiskinan misalnya, ia akan membawa kepada masalah pengabaian pendidikan yang kemudiannya mengakibatkan masalah jenayah seterusnya membentuk sekumpulan masyarakat yang mungkin dipinggirkan.

kasthuri 5 

Jadi, apa tugas kita?

Sudah sampai masanya kita bergerak ke hadapan. Jangan jadikan isu perkauman sebagai penghadang untuk kita maju sebagai sebuah negara bangsa yang unggul. Kita dan masyarakat harus sedar bahawa politik berasaskan kaum perlu dihentikan sebab ia makin menjarakkan kita untuk menghargai satu sama lain.

Kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan pihak yang memainkan isu perkauman atau agama demi kepentingan mereka. Kita dapat lihat, mereka mainkan isu perkauman ini seperti mahu kerajaan BN sekarang terus kekal berkuasa. Ya. Kita dapat lihat bagaimana BN seolah-olah memberi perlindungan kepada puak radikal itu.

Adakah perpecahan kaum merupakan matlamat terbesar kita menjelang 2020 nanti? Bayangkan, pada 2020 hanya sekitar tujuh tahun sahaja lagi dan mereka terus-menerus memomokkan masyarakat dengan perkauman. Ini tidak betul.

2020 tanpa perkauman. Apa pandangan saudari untuk membina sebuah Malaysia yang diidam-idamkan yang bukan sekadar mempunyai teknologi hebat atau bangunan tinggi

Kita perlu pupuk rasa kebersamaan. Perbezaan kita di Malaysia perlu menjadi kayu pengukur untuk lebih bersatu iaitu mengalu-alukan, merayakan perbezaan yang ada. Malaysia sebuah negara yang sangat unik. Mengapa pula perbezaan harus menjadi sebab kita berpecah?

Sebagai rakyat, sebagai anak Malaysia, kita mesti mempunyai satu rasa bahawa negara ini milik kita bersama, inilah tanah tumpah darah kita, inilah bumi tempat kita dilahirkan. Malaysia memiliki kita dan kita memiliki Malaysia.

Dengan perasaan itu, ia akan menjadikan kita sebagai warga yang bertanggungjawab, kita akan buat apa yang wajar untuk betulkan apa yang rosak. Fix what is broken, correct what is wrong. Jika kesedaran kita jelas, kita mampu melakukannya tanpa rasa takut. Rasa takut hanya akan membenarkan golongan yang tamak dan gila kuasa terus menerajui negara kita. Adakah itu yang kita semua mahukan?

Saudari kata Malaysia milik kita, kita milik Malaysia, sebagai seorang wakil rakyat muda, apa yang boleh saudari sumbangkan?

Sebagai orang muda bersama dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain, kali ini saya harap dapat beri inspirasi kepada yang lain. Saya percaya bahawa perubahan tetap akan datang walaupun dengan pengorbanan yang kecil.

Pembabitan saya dalam politik merupakan satu tanggungjawab dan pengorbanan yang dilakukan. Bukan saja untuk generasi masa ini tetapi juga generasi masa depan. Kita mahu generasi muda menuntut kembali hak mereka yang diabaikan. Saya akan perjuangkan kepentingan bersama.

kasthuri 6 

Untuk perjuangkan masalah rakyat saudari perlu lantang dan masalah kita di Malaysia, masih ada di kalangan wakil rakyat lelaki tipikal yang memandang remeh kebolehan wanita

Ya. Saya akui memang masih ada yang bersikap sedemikian. Tetapi perkara yang harus diingat ialah suara wanita dalam Parlimen semakin bertambah. Kalau dulu mungkin wakil rakyat wanita terpaksa bersaing sengit dengan wakil rakyat lelaki tetapi sekarang berbeza.

Golongan wanita semakin dilihat sebagai penggerak masyarakat malah menjadi penggerak massa rakyat seperti Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga, Maria Chin Abdullah dan ramai lagi.

Dalam politik, kita ada suara lantang seperti Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Skudai, Teo Nie Ching, Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah, kita ada Nurul Izzah Anwar, Hannah Yeoh, Chong Eng, Dr Siti Mariah dan ramai lagi samada di Dewan Rakyat atau DUN. Jadi di sini kita dapat lihat dengan jelas wanita semakin mendapat tempat dan diberi tanggungjawab yang lebih besar terutama dalam Pakatan Rakyat.

Jadi bila kita lihat peluang untuk wanita diketengahkan seperti sekarang, rugi jika mereka tidak mengambil peluang itu. Apa yang generasi terdahulu lakukan, benih sudah ditabur, anda boleh lihat sekarang.

Penting sangatkah wanita terbabit dalam politik kerana rasanya golongan lelaki juga mampu suarakan masalah wanita

Ya sangat penting. Kita tidak nafi itu. Tetapi wanita lebih memahami wanita. Saya tidak merendahkan mana-mana gender tetapi inilah yang perlu diberi kefahaman. Peranan wanita bukan sahaja peringkat nasional tetapi peringkat antarabangsa di mana wanita diletakkan sebagai golongan yang membuat keputusan.

kasthuri- 2 

Bagaimana pula keadaan Malaysia?

Kita tidak boleh nafikan, setelah lebih 50 tahun Malaysia berada di bawah hanya sebuah kerajaan yang memerintah seperti BN, kita lihat mereka tidak peka dan tidak menjuarai isu wanita malah sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula yang dilantik sebagai Menteri Wanita dan ia memberi gambaran kepada masyarakat bahawa wanita itu seolah-olah tidak tahu menguruskan hal ehwalnya sendiri.

Rasanya mengapa ia berlaku begitu?

Saya rasa mereka kurang kesedaran, tidak ada niat untuk ketengahkan wanita. Cuma apa yang berlaku di Malaysia, kerajaan banyak  menghantar delegasi wanita untuk hadiri seminar, forum wanita dan sebagainya, tetapi bila pulang dan tiada apa-apa tindakan yang konkrit diambil. Ini amat memalukan.

Tetapi saya rasa bersyukur kerana selepas Pilihan Raya Umum ke-12, wanita telah memberikan impak kepada politik Malaysia dan sejarah Malaysia sendiri. Sekarang kita mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen wanita terutamanya daripada Pakatan Rakyat dan kita dapat lihat juga pemimpin wanita yang berani dan lantang bersuara dalam pertubuhan NGO seperti Datuk Ambiga dan Maria Chin. Ini memang memberikan motivasi kepada saya terutamanya yang masih baru dalam dunia politik.-Roketkini.com

DAP tetapkan 29 September tarikh pemilihan semula CEC

Posted: 23 Aug 2013 04:43 PM PDT

IMG_0013 
 KUALA LUMPUR: DAP menetapkan 29 September depan sebagai tarikh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Pemilihan semula itu akan diadakan di Lembah Klang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti juga memutuskan bahawa calon-calon untuk pemilihan semula CEC kali ini adalah daripada senarai yang sama seperti dalam Kongres Kebangsaan 2012 lalu.

"Keputusan mesyuarat kali ini adalah sebulat suara mengadakan pemilihan semula pada tarikh 29 September 2013, bertempat di Lembah Klang  dan ianya berkemungkinan berlangsung di Petaling Jaya. Kami akan putuskan lokasi tetapnya kemudian.

"Calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.

"Ini kerana tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon-calon dan ROS (Pendaftar Pertubuhan) juga menyatakan hanya pemilihan semula saja harus dibuat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan menegaskan, perwakilan yang telah digantung atau dipecat selepas Kongres Kebangsaan 2012 turut layak mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini.

"Kami juga memutuskan untuk membenarkan perwakilan yang digantung atau dipecat mengambil bahagian, namun terpulang kepada mereka untuk ikut serta atau tidak," ujarnya.
IMG_0007

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menyatakan bahawa DAP akan menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan konvensyen negeri yang dijadual di antara Ogos dan Disember ini untuk memberi laluan kepada pemilihan semula CEC.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan Ketua Whip DAP, Anthony Loke dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Kongres Khas tersebut manakala Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming sebagai Pegawai Pengurus Pemilihan dan sebuah firma perakaunan antarabangsa sebagi pemantau proses pengiraan.

Guan Eng turut mengulangi bahawa tindakan mengadakan pemilihan semula ini dilakukan di bawah bantahan untuk mengelakkan parti dari diharamkan ROS.

"ROS langsung tidak mahu bertemu dengan kami, mereka kini jelas terbukti merupakan alat UMNO.

 "Walaupun kami memenuhi segala permintaan mereka dan menjawab kecurigaan pendaftar dengan sewajarnya. Baru-baru ini, Anthony Loke telah mengemukakan bukti pemilihan CEC berjalan mengikut prosedur dengan menunjukkan bukti rekod kehadiran, tanda tangan serta notis, namun, sehingga sekarang tidak ada sebarang sebab dinyatakan ROS mengapa DAP perlu buat pemilihan semula," katanya. -Roketkini.com

DAP gesa Zahid Hamidi pinda undang-undang perkahwinan untuk pastikan kebajikan kanak-kanak agama lain

Posted: 23 Aug 2013 04:41 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya meminda undang-undang perkahwinan untuk memastikan kedua-dua pasangan selepas bercerai kekal bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak mereka walaupun berusia lebih 18 tahun.

Beliau menegaskan, reformasi perundangan amat perlu dilakukan untuk memastikan kebajikan semua kanak-kanak di Malaysia terjaga.

"Saya menggesa Zahid Hamidi agar mengkaji semula dan meminda dengan segera Seksyen 95 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

"Ini bagi memastikan kebajikan kanak-kanak bukan Islam terjamin jika ibu bapa mereka bercerai dan saya percaya semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat mahupun BN akan menyokong pindaan itu dengan sepenuh hati.

"Peruntukan semasa Seksyen 95 telah menyebabkan berjuta-juta pasangan dan kanak-kanak bukan Islam menderita, terutamanya yang berumur 18 tahun, dimana permulaan perbelanjaan pendidikan lebih berat dihadapi dalam fasa memasuki pra-universiti dan universiti," katanya dalam kenyataan semalam.

Seksyen 95 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 menyatakan bahawa tanggungjawab kewangan ibu bapa dalam kes perceraian tamat apabila kanak-kanak mencecah usia 18 tahun

Teo yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata demikian merujuk kepada keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Azzeman Omar baru-baru ini yang memutuskan bahawa ibu bapa perlu terus memberikan bantuan kewangan untuk pendidikan kepada anak-anak dan kegagalan berbuat demikian boleh dianggap satu dosa.

"Saya mengalu-alukan dan memuji keputusan Hakim, Azzeman Omar memutuskan bahawa adalah wajib kepada seorang bapa walaupun bercerai untuk tetap membiayai pendidikan anak-anak mereka walaupun berusia 18 tahun ke atas.

"Sokongan terhadap keputusan ini tidak lahir dari sebarang keutamaan politik atau kecewa kepada sesiapa dalam kes saman itu, tetapi semata-mata kerana ia adalah keputusan yang adil dan tepat untuk melindungi kepentingan kebajikan kanak-kanak," tegasnya.

Seksyen 79 undang-undang Keluarga Islam 1984 memperuntukkan bahawa 'perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak itu atau orang lain melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi'.

"Namun, amat menyedihkan apabila peruntukan yang sama tidak didapati dalam undang-undang sivil negara kita.

"Kewajipan untuk mengekalkan dan bertanggungjawab kepada setiap kanak-kanak termasuk yang meningkat dewasa harus dipraktikan secara saksama untuk pasangan Islam dan bukan Islam, jadi ianya perlu dipinda," ujarnya. -Roketkini.com

Gerakan tangkap pekerja asing tanpa permit 1 Sept

Posted: 23 Aug 2013 04:34 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Gerakan besar-besaran akan dilakukan mulai 1 September ini bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau berkata gerakan itu membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
  
"Kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja asing yang tidak ada permit di tempat kerja masing-masing. Pada waktu yang sama kita mahu lihat pihak majikan memberikan  kemudahan perumahan, perubatan dan juga menjaga kebajikan mereka.
  
"Ini bagi memastikan  Malaysia dianggap sebagai sebuah negara  yang memerlukan pekerja asing tetapi menjaga kebajikan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh semalam.
  
Katanya gerakan itu juga bagi memastikan kesemua pekerja asing yang berkerja di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini.- Bernama

Anwar fail permohonan lucut kelayakan Muhammad Shafee

Posted: 23 Aug 2013 04:33 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam untuk melucutkan kelayakan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.
  
Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh, semasa dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dengan menyatakan usul itu difailkan pada 4 petang di Mahkamah Rayuan.
  
Beliau berkata permohonan itu akan didengar pada hari pertama pendengaran rayuan itu pada 17 September.
  
Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
  
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.- Bernama

Adakah kerajaan bersetuju dengan ‘pembakar’ hospital dan pesakit?

Posted: 23 Aug 2013 04:24 PM PDT

BULETIN ONLINE

KUALA NERUS – PAS merasa kesal kerana kerajaan masih lagi tidak mneyatakan pendirian yang tegas terhadap pemerintah kudeta yang disokong pihak tentera Mesir, yang masih meneruskan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Selepas mencabul demokrasi dengan merampas kuasa pada 3 Julai lalu, pemerintah kudeta Mesir telah membunuh beribu-ribu orang dengan cara yang cukup menyayat hati termasuk membakar hospital dan pesakit.

Snapshot 2 (20-8-2013 1-44 AM)

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata tidak ada undang-undang hatta, undang-undang peperangan sekali pun yang membenarkan mana-mana pihak membakar hospital dan para pesakit yang sedang dirawat.

"mana ada undang-undang peperangan sekali pun, hosital dibakar……doktor dihalau keluar (dan) orang sakit dibakar hidup-hidup, sepatutnya pesakit dirawat, saya memang tak boleh (terima),

"sebagai doktor, selagi ada nyawa orang selagi itu kita nak selamatkan………tetapi boleh (ada) manusia membunuh…..membakar hidup-hidup orang yang sedang dalam kesakitan,"ujarnya.

Oleh itu beliau mempersoalkan adakah kerajaan Malaysia bersetuju dengan tindakan pemerintah sementara Mesir dan juga tentera Mesir yang membakar hospital dan membakar orang sakit itu?

"adakah kerajaan setuju dengan tindakan pemerintah sementara Mesir, sehingga kini tidak ada apa-apa bantahan rasmi yang dibuat oleh kerajaan Malaysia? Bukankah Malaysia antara negara umat Islam yang berpengaruh, yang menjadi contoh?

"kerajaan perlu menyatakan pendirian yang jelas dalam soal Mesir bagaimana kerajaan Malaysia terlibat mendamaikan kerajaan Filipina dengan pihak MILF dan kerajaan Thailand dengan BRN,"jelasnnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menggesa kerajaan negeri Terengganu memanggil satu sidang khusus bagi membincangkan nasib saudara seagama di Mesir yang masih tidak menentu.

Tiada ulasan: