Sabtu, 24 Ogos 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Silap Mata Kita Lebih Hebat Dari David Copperfield

Posted: 23 Aug 2013 09:28 PM PDT

Masihkah kalian ingat David Copperfield, ahli silap mata dunia yang hebat dan terkenal pada 1980-an

David Copperfield telah hadir ke Kuala Lumpur pada 20 Jun 1988 untuk membuat beberapa persembahan illusi yang cukup memukau para penonton. 

Pelbagai illusi mampu dilakukannya dan yang paling menjadi topik perbualan ialah apabila beliau berjaya membuat ilusi yang meyakinkan dengan berjalan merentasi Tembok Besar China pada 1986. 

Ramai yang mempercayai perkara mistik dan khurafat dikaitkan dengan persembahan David Copperfield . Mereka percaya adanya penggunaan ilmu sihir dan bantuan makhluk halus, kerana persembahan ilusinya yang pelik dan tidak mampu untuk dijelaskan secara logik akal. 

Kelmarin, kita turut digemparkan bila Malaysia, yang akan menyambut hari Kemerdekaannya yang ke 56 akhir bulan ini, telah berjaya meletakkan namanya di mata dunia kerana mampu melahirkan pakar ilusi yang tidak kurang hebatnya , malah boleh mengalahkan David Copperfield.

Ramai yang percaya bahawa pakar ilusi tersebut telah menggunakan 'kuasa ghaib' kerana mampu membuat persembahan yang sangat luar biasa dan menakjubkan!

Kenapa tidak, bukankah pakar ilusi Malaysia kita ini mampu melepaskan dua ekor kambing hitam dari tali gantung walaupun salah seorang telah membuat pengakuan berikut :


Ajaibkan? terlepas walaupun sudah mengaku 
mereka yang melakukannya ( KLIK SUMBER)


Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat walaupun  menyedari telah berlaku beberapa kepincangan serius sebagaimana yang beliau sebutkan  di sini  tetapi agak pelik kerana beliau tidak pula memerintahkan supaya perbicaraan tersebut diadakan semula.Inilah ilusi yang sangat menggemparkan orang ramai, termasuklah bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya kecewa dengan hakim Mahkamah Rayuan. Bukan kerana pembebasan (Sirul dan Azilah), tetapi kerana gagal untuk memerintahkan diadakan perbicaraan semula," katanya di sini

Sebelum ini, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu .Hakim mengakui dia hanya lebih berminat untuk tahu siapa yang membunuh dan tidak mahu siasat siapa yang memberikan arahan dan upah untuk membunuh. Sebab itu motif pembunuhan tidak pernah menjadi persoalan yang penting ketika dalam penghakimannya di sini

Tiada ulasan: