BRIGED MP SEGAMBUT |
- DOKTRIN KOMUNIS UNTUK MEMENANGI HATI ORANG CHINA?
- Bunuh pengasas Am Bank: Polis tahan seorang lelaki, dua wanita
- SANGAT MENARIK:SATU LAGI PRK AKAN DIADAKAN
- MENULIS SEMULA SEJARAH KERAJAAN MELAYU:SATU KEPERLUAN ATAU KETAKUTAN?
DOKTRIN KOMUNIS UNTUK MEMENANGI HATI ORANG CHINA? Posted: 06 Aug 2013 08:30 AM PDT MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu. Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China. "Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini. Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme. "Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya. Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun. |
Bunuh pengasas Am Bank: Polis tahan seorang lelaki, dua wanita Posted: 06 Aug 2013 07:00 AM PDT Polis hari ini mengesahkan menahan tiga suspek terbaru pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi iaitu seorang lelaki dan dua wanita. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata penahanan suspek itu dilakukan kira-kira jam 1.30 petang semalam. "Dua perempuan terbabit berumur 47 tahun dan 61 tahun dan mereka adalah pemegang amanah harta tokong berkenaan," kata Ku kepada The Malaysia Insider. Selain dua wanita, seorang lelaki berusia 42 tahun juga ditahan polis pada jam 10 malam semalam. Polis semalam mendedahkan identiti penembak Hussain yang juga seorang penarik kereta berusia 44 tahun selepas gambar suspek disiarkan kepada orang ramai. Berikutan itu polis menggeledah rumah penembak berkenaan dan menjumpai pengenalan diri dalam beg penembak. Turut dijumpai ialah sepucuk pistol separa automatik Smith dan Wesson dipercayai kepunyaan penembak itu, tetapi senjata itu dipercayai bukan senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa. "Kami percaya dia suspek masih berada dalam negara," kata Ku semalam. Hussain, 75, ditembak ketika sedang menuju ke keretanya di kawasan letak kereta di Jalan Ceylon. Hussain terbunuh di tempat kejadian sementara isterinya yang berusia 44 tahun terselamat selepas ditembak di peha dan lengan. - 6 Ogos, 2013 |
SANGAT MENARIK:SATU LAGI PRK AKAN DIADAKAN Posted: 06 Aug 2013 01:16 AM PDT Mahkamah pilihan raya di Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama setakat ini dan sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Sabah bagi kerus DUN Klias. Keputusan itu pastinya akan menyebabkan bantahan daripada Pakatan Rakyat (PR) yang setakat ini, semua petisyen difailkan pakatan itu dibuat dengan dikenakan kos tinggi. Ini adalah petisyen pertama yang berjaya di antara 69 petisyen difailkan pembangkang PR dan Barisan Nasional (BN) selepas tamat PRU13 pada 5 Mei lalu. Kerusi Klias dimenangi ketua pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin dengan majoriti 342. Hakim Yew Jen Kie bagaimanapun membuang petisyen difailkan Lajim yang mencabar keputusan kerusi Parlimen Beaufort. Lajim tewas di kerusi itu apabila calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun memenanginya. Yew turut membuang petisyen Isnin yang difailkan terhadap pegawai pilihan raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 setiap seorang. Hakim berkata, Isnin dalam permohonannya tidak menjelaskan bagaimana tindakan RO dan SPR memberi kesan terhadap keputusan kerusi Klias. Lajim boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap kedua-dua keputusan itu. Dalam pilihan raya lalu, bagi negeri Sabah, BN memenangi 48 kerusi sementara pembangkang menang 12. – 6 gos, 2013. |
MENULIS SEMULA SEJARAH KERAJAAN MELAYU:SATU KEPERLUAN ATAU KETAKUTAN? Posted: 05 Aug 2013 05:05 PM PDT Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta. "Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah. "Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di ibu negara. Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah). Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah. Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. – Bernama Ogos 5, 2013 |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan