Selasa, 6 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mukhriz!! Raya dah dekat ni.. Gaji kakitangan KUIN ni tak nak bayar ka?

Posted: 06 Aug 2013 02:25 AM PDT


Sepertimana terbitnya keterangan saya yang lepas tentang masalah tuntutan tunggakan gaji yang diajukan kepada YAB Menteri Besar Kedah, saya ingin memberikan pencerahan kenapa isu tuntutan itu ditujukan kepada beliau.

Dengan rasa rendah diri, kami ingin melahirkan rasa kesal apabila YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN yang kami hormati, membuat kenyataan bagaikan entiti IHSB dan setiap kakitangan yang bekerja di dalamnya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kerajaan Negeri.

Seperti yang saya jelaskan di dalam keterangan sebelumnya, punca kegagalan IHSB membayar gaji kami adalah kerana berlaku masalah aliran kewangan. IHSB dan anak syarikat lain menyediakan kemudahan pembelajaran dan sumber tenaga manusia untuk membolehkan pelajar-pelajar KUIN mendapat servis dan kemudahan yang mereka bayar.

Segala apa yang disediakan oleh IHSB untuk pelajar KUIN telah diperincikan di dalam invois bayaran kepada Bendahari. Invois itu telah dipersetujui dibayar oleh KUIN sebagaimana pembayaran yang dibuat sehingga sekurang-kurangnya April lalu.

Namun tiada bayaran dibuat untuk invois bulan Mei hingga kini. Dengan ini, saya tidak menafikan apa-apa jenis masalah pengurusan dan halatuju syarikat.

Tetapi saya menerangkan bagaimana kami dibayar, untuk apa kami dibayar dan siapa yang perlu menjelaskan bayaran.

Penerangan ringkas:

1. IHSB sediakan servis dan kemudahan kepada pelajar KUIN
2. Pelajar bayar yuran kepada KUIN
3. KUIN akan membayar invois yang tertakluk kepada servis dan kemudian yang disediakan IHSB

Oleh sebab itulah kami sebulat suara, cuba membawa isu ini kepada perhatian YAB Menteri Besar sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN.

Kerana kami percaya YAB Menteri Besar akan menjaga kebajikan pelajar dan kakitangan yang berkhidmat untuk INSANIAH. Seiring dengan status KUIN sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri.

Maka tidak menjadi sesuatu yang janggal untuk mengajukan isu tuntutan ini kepada Kerajaan Negeri sendiri.

Ketahuilah, bahawasanya kami hanyalah kakitangan yang diamanahkan tugas untuk mengoperasikan IHSB dan memastikan segala bentuk servis dan kemudahan disampaikan kepada pelajar KUIN.

Untuk menafikan hak kami untuk dibayar gaji, adalah sesuatu yang amat dikesali.

Berkenaan penjelasan status perjawatan kami, sememangnya kami bukanlah di ambil bekerja di bawah Kerajaan Negeri.

Kami semua tertakluk kepada perjawatan di bawah IHSB. Namun begitu, penyelesaian masalah bayaran invois dan halatuju anak syarikat oleh YAB Menteri Besar akan dapat memberi gambaran kepada status perjawatan kami.

Sepertimana hari ini, status kami tergantung kerana tiada maklumbalas yang spesifik terhadap kelangsungan halatuju syarikat daripada Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar menerusi KUIN.

Dan tunggakkan bayaran menyebabkan kami tidak mendapat hak kami untuk dibayar gaji.

Maka dengan itu kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera untuk membolehkan masalah pembayaran ini diselesaikan sebelum 30 Ramadhan sempena sambutan Hari Raya.

Penerangan ini tertakluk kepada pemahaman saya melalui rujukan invois dan perjanjian di antara IHSB dan KUIN.

Penerangan ini juga tidak berniat untuk menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya cuba mencari menyelesaian untuk membolehkan Kolej Universiti INSANIAH terus maju dan berkembang. 

Saya terbuka untuk dihubungi oleh sesiapa jua yang prihatin dan ingin turut sama menyelesaikan masalah ini.

Saya percaya isu ini mempunyai penyelesaian, dan keterbukaan di antara kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan adalah amat dialu-alukan. 

Sekali lagi saya alu-alukan sesiapa juga dari mana-mana organisasi prihatin, badan-badan kerajaan, individu atau pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar sendiri untuk menghubungi saya sekiranya memerlukan penjelasan ataupun perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya boleh dihubungi melalui talian telefon 012 424 6269. Terima kasih di atas keprihatinan anda semua, kami amat menghargai segala usaha anda untuk menyelesaikan masalah ini.

Salam Ramadhan, Salam Syawal yang bakal tiba.

Muhamed Taufik.
10:07 pagi, 29 Ramadhan 1434.

Ni video khas buat Cik Puan-Cik Puan yang sedang kekeringan idea nak masak apa berbuka nanti..

   

Dilupakan oleh Najib sebab Calon BN Permatang Pauh lontarkan tuduhan bodoh ini?

Posted: 05 Aug 2013 10:52 PM PDT


Kononya menurut Calon BN bagi Parlimen Permatang Pauhyang dah kalah ni hampir 6,000 surat bertajuk "Bankleaks Anwar/Karpal" telah diedarkan dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Tapi semuanya telah dihantar ke rumahnya melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya.

Cuma yang aku hairannya dalam hal ini katanya surat-surat itu telah dihantar ke rumahnya oleh orang ramai yang menerima surat itu.. tapi kebanyakkan gambar dalam blog pro UMNO tidak menunjukkan langsung yang surat-surat itu telah dilipat sebelum di pos..

Aku tanya juga beberapa orang sahabat yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh ni yang berada dalam DUN yang berlainan dan kampung yang berlainan, ramai yang kata mereka tak dapat pun..

Mungkin surat ini hendak diedarkan semasa PRU13 yang lalu tetapi tak sempat.. jadi si Mazlan ni keluarkanlah semula..

Tapi yang aku nampak ialah ianya sekadar mengingatkan Najib bahawa calon BN bagi Permatang Pauh ni masih hidup.. oleh itu segala janji yang dibuat oleh Najib semasa berkunjung kerumah Mazlan ini semasa sesi memujuk hendaklah ditepati...

Cerita Mazlan tentang 6,000 surat bertajuk "Bankleaks Anwar/Karpal" turut dipertikaikan oleh Bekas timbalan peguam cara II

Bekas timbalan peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menggesa pihak yang menuduh pendakwaan dalam kes Liwat II mengambil rasuah supaya menyemak pengendalian semasa prosiding, termasuk rekod prestasi mereka.

Mohd Yusof yang mengetuai pihak pendakwaan dalam perbicaraan itu memberitahu Malaysiakini, beliau tidak akan melayan dakwaan seumpama itu kerana bentuknya yang boleh dipersoal dan tidak menamakan sesiapa dengan khusus.

"Saya hanya boleh katakan, jika orang ramai melihat pengendalian pendakwaan dalam kes ini, sudah cukup untuk mereka tahu siapa saya. Tengok rekod prestasi semasa saya dengan Pejabat Peguam Negara (AGC)," katanya.

"Saya percaya pihak yang membuat dakwaan itu tidak berada dalam mahkamah untuk memerhati saya. Kamu sudah lihat saya di mahkamah, jadi kenapa kamu masih percaya (dakwaan itu)? Saya tertanya-tanya siapa yang membuat dakwaan ini. Saya tidak menyerang kerajaan."

Mohd Yusof merujuk kepada dakwaan calon BN Permatang Pauh dalam pilihan raya umum lalu Mazlan Ismail yang mendakwa menerima "surat misteri" menyatakan tertuduh dalam kes liwat itu Datuk Seri Anwar Ibrahim merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Manakala Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan Mazlan Ismail. Anwar dan Karpal menafikannya dan membuat laporan polis berhubung perkara itu semalam ~ Malaysiakini

Cari cerita lainlah Mazlan ooiii... Kalau Najib dah lupa apa yang dia janji tu tulis surat kat dia la.. yang buat cerita bodoh macam ni buat apa?

"Bankleaks Anwar/Karpal" itu sila lihat disini dokumannya.. ( SINI

 Juadah berbuka puasa ni.. cubalah..

 

Upah bunuh kini cuma RM1,000?

Posted: 05 Aug 2013 05:30 PM PDT


Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.

Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.

Dalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah.

"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata

Lagi kes Tembak: Penoreh getah maut ditembak pembonceng motosikal

Posted: 05 Aug 2013 03:00 PM PDT


Seorang penoreh getah maut manakala seorang wanita cedera selepas ditembak seorang individu, dipercayai bermotifkan dendam dalam satu kejadian jam 5.15 pagi tadi di sebuah restoran di Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian itu, Amirul Tajo Nasir, 40, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada pukul 1.20 tengah hari selepas terkena beberapa das tembakan dari jarak dekat.

Manakala Norhadiana Zakaria, 25, seorang pelayan di restoran berkenaan pula terkena tembakan yang tertembus ke bahagian bawah lutut kanannya dan kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

Terdahulu kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, sebelum di rujuk ke HUSM.

Mazlan berkata dalam kejadian itu, Amirul Tajo sedang minum bersama dua rakannya yang lain di kedai berkenaan dan hampir selesai membayar makanan sebelum didatangi dua individu bermotosikal jenis Yamaha LC yang memakai helmet dan berjaket hitam.

Katanya pembonceng motosikal itu kemudiannya telah melepaskan beberapa das tembakan kepada mangsa dari atas motosikal yang jaraknya kira-kira dua meter sebelum Amirul Tajo rebah dan Norhadiana kemudiannya melarikan diri masuk ke dalam kedai.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang juga memakai penutup muka kemudiannya melarikan diri.

Polis yang berada di tempat kejadian menemui 10 butir kelongsong peluru jenis empat slug 9mm dan tiga slug 0.38mm dan motif tembakan masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, Zainab Derani, pemilik warong kopi itu menjelaskan, beliau menyedari kehadiran suspek berkenaan dengan motosikal berwarna merah hitam dan kedua-duanya memakai pakaian serba hitam dengan mukanya di tekup kain dan bertopi keledar hitam.

"Saya sedang membasuh pinggan lepas tu bunyi bedil, saya marah kerana main bedil masa ini tetapi anak saudara pula menjerit dia kena bedil . Saya tengok ada tembakan, selepas itu pelanggan itu jatuh dan saya tengok di atas ada dua orang atas motor."

Katanya mangsa yang rebah itu kemudiannya dikejarkan ke hospital manakala penjenayah berkenaan melarikan diri.

Katanya mangsa yang cedera, iaitu pembantu warong ini , Norhadiana merupakan anak saudaranya, manakala mangsa yang terbunuh itu beliau kenali dan tinggal di kampung berdekatan.

Sebelum ini, beberapa kes tembakan turut dilaporkan secara meluas di media.

Kes terbaru melibatkan Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, yang mati ditembak di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur, sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Sebelum itu terdapat tiga lagi kes tembakan yang melibatkan Jasrafveenderjeet Singh, 25 di Ipoh, G. Santhanasamy, 30 di Bukit Mertajam dan Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan yang parah akibat ditembak semasa sedang memandu.

Kesemua mereka maut selepas ditembak sementara R. Sri Sanjeevan masih menerima rawatan rapi di Hospital Serdang.

~ Astroawani

10 individu dari Kumpulan Panji Hitam dakwa pewaris Agong ditahan Polis

Posted: 05 Aug 2013 09:18 AM PDT


Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.


"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di ibu negara.

Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah).

Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.

Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. – Bernama

Tiada ulasan: