Isnin, 5 Ogos 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


GAMBAR TERBAIK:BEGINILAH SEPATUTNYA CARA MENGHORMATI PEMIMPIN SAKSIKAN

Posted: 05 Aug 2013 07:30 AM PDT


SAYA RASA ADA BAIKNYA PRESIDEN PAS MENGUNDUR DIRI...

Posted: 04 Aug 2013 07:30 PM PDT

Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menegaskan beliau sedia tampil dan menyerahkan bukti kepada Jawatankuasa Displin parti berhubung dakwaaan wujudnya usaha sabotaj dalaman parti secara terbuka pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi respon berhubung aduan displin yang dibuat oleh anggota PAS seumur hidup Zulhazmi Shariff baru-baru ini kerana didakwanya tidak menepati prosedur.

NONE"Dua hari ini gajet saya meriah dengan para wartawan. Mereka ingin mendapatkan maklum balas berhubung status seorang lawyer (peguam) bernama Zulhazmi yang kononnya membuat laporan disiplin. Laporan itu tidak menepati prosedur dan tidak perlu saya respon.

"Namun jika ada laporan disiplin yang sah dan saya dirujuk kepadanya, Insya-Allah saya sedia tampil bersama bukti yang telah saya nyatakan sebelum ini dan saya menegaskan bahawa syaratnya mestilah tindakan diambil," kata Zaharudin (kanan).

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya tengah malam tadi.

Pada Jumaat lalu, Zulhazmi (bawah) membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan Zaharuddin kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

NONEPengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Katanya,jawatankuasa displin perlu menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin itu dan jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat.

Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi bapa mertuanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.

Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk mendapatkan reaksi mengenai status aduan tersebut tetapi setakat ini belum mendapat maklum balas.

HEBATNYA IRAN DI MATA KITA..BACALA..

Posted: 04 Aug 2013 05:16 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.

Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.

Pemantau berharap pentadbiran presiden baharu ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran.

-Bernama

Tiada ulasan: