Muhyiddin ke negara Syiah hadiri pelantikan Presiden baharu negara itu.. Posted: 04 Aug 2013 07:15 PM PDT Akhirnya terdedah juga bahawa isu Syiah yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan juga media tunggangan mereka hanyalah bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat terutamanya yang berbangsa Melayu dan berugama Islam dari masaalah sebenar yang dihadapi.. Umum mengetahui bahawa Iran adalah bumi kepada penganut Syiah, dan di Malaysia fahaman Syiah ini akan dan ada negeri yang telah memfatwakannya sebagai haram. Dan Kerajaan Barisan Nasional juga dikatakan tidak menyokong sama sekali fahaman Syiah ini.. Muhyiddin telah berkata "Pengaruh Syiah dari negara Iran ada di sini dan cuba disebarkan di kalangan masyarakat. Ini satu masalah besar bukan sahaja sistem pendidikan tetapi masyarakat Islam, jadi saya mahu tindakan segera diambil bagi mengelak perkara ini terus merebak,". Tak sokong konon.. tapi..Muhyiddin Yassin telah ke Teheran, Iran pada Ahad sebagai mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran. Muhyiddin di Tehran hadiri pelantikan Presiden baharu Iran
TEHRAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.
Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini.
Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.
Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.
Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.
Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.
Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak.
Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan.
Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.
Pemantau berharap pentadbiran presiden baharu ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran. - Bernama |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan