Sabtu, 3 Ogos 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Tentera Mesir 'kembalikan demokrasi', dakwa Kerry: ya allah sebagaimana dikau hancurkan firaun dan tenteranya dikau hancurknlah amerika israel amin

Posted: 03 Aug 2013 02:00 AM PDT

Polis Mesir akan menghalang akses ke kem bantahan Ikhwanul Muslimin di Kaherah, lapor stesen televisyen milik negara itu semalam.

Bagaimanapun kementerian dalam negeri menentang idea menyuraikan bantahan dengan kekerasan, lapor Reuters.

"Idea menyerbu kem dengan kekerasan ditentang oleh kementerian dalam negeri, tetapi halangan akan dilakukan di semua jalan menuju ke Rabaa," lapor koresponden hal ehwal keselamatan televisyen milik negara di luar Kementerian Dalam Negeri.

Beliau merujuk kepada Rabaa al-Adawiya, lokasi bantahan terbesar oleh Ikhwan di Kaherah. Penyokong Ikhwan berkumpul di dua lokasi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ikhwan juga mengkritik Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry kerana berkata, tentera Mesir "mengembalikan demokrasi" dengan menggulingkan presiden kumpulan Islamis Mohamed Mursi.

"Kami sama sekali menolak kenyataan ini dan kami sangat kecewa dengan mereka," kata Mohamed Ali Bishr, seorang pemimpin kanan Ikhwan dan menteri dalam pentadbiran Mursi sebelum ini.

"Amerika Syarikat bercakap tentang demokrasi dan hak asasi dan perkara seperti itu. Saya harap mereka fikir semula pendirian mereka dan betulkannya," katanya kepada Reuters.

Mursi, pemimpin Ikhwan yang menjadi presiden Mesir pertama dipilih secara bebas pada Jun 2012, digulingkan pada 3 Julai dan digantikan dengan pentadbiran yang disokong tentera.

AS hingga kini enggan menyifatkan kejadian itu sebagai rampasan kuasa.

Pada Khamis, dalam ucapan paling kuat menyokong kepimpinan baru, Kerry berkata, tentera Mesir "mengembalikan demokrasi" dengan menggulingkan Mursi.

"Pihak tentera diminta untuk campur tangan oleh jutaan orang, yang mereka semua bimbang memasuki kancah kekacauan, kepada keganasan," katanya kepada televisyen Pakistan GEO TV.

"Dan tentera tidak mengambil alih, berdasarkan penilaian terbaik kita setakat ini."

Bishr menyifatkan pendirian AS itu mengabaikan hasrat rakyat Mesir.

Burns bertemu Jeneral al-Sisi?

Timbalan Kerry, William Burns juga dijadual melawat Mesir pada Jumaat, menurut jurucakap Kementerian Luar Negara Mesir.

Ia ekoran kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan keras pada penyokong Mursi.

Jurucakap kementerian Badr Abdelatty, berkata, Burns akan tiba pada petang Jumaat dan bertemu dengan menteri luar negara kerajaan sementara Nabil Fahmy pada Sabtu.

Beliau tidak pasti sama ada Burns akan turut mengadakan perbincangan dengan Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, individu yang bertanggungjawab menyingkirkan Mursi daripada tampuk kekuasaan.

RAJA BODOH ITU BERNAMA RAJAGOBAL..SILA LETAK JAWATAN

Posted: 02 Aug 2013 09:04 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Datuk K Rajagobal yang dilapor menyalahkan aksi dalam bulan Ramadan sebagai punca kekalahan pasukan bimbingannya.

NONETimbalan Pengarah Lajnah Seni, Kebudayaan dan Sukan DPPM,
Fadhil Osman berkata kenyataan Rajagobal (kanan) sebelum ini hanya bertujuan menutup kelemahan beliau dalam membimbing skuad kebangsaan.

Menurutnya, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan pusingan kelayakan sukan Olimpik 2012 di London yang melibatkan pasukan dari Timur Barat dan Afrika yang majoritinya beragama Islam juga berlangsung dalam bulan Ramadan.

"Begitu juga dengan pemain liga-liga terkemuka dunia seperti EPL, Spanish Premiera Liga dan Bundesliga yang mempunyai ramai pemain beragama Islam namun tetap meneruskan latihan seperti biasa," katan Fadhil dalam satu kenyataan.

Fadhil sebaliknya menggesa Rajagobal agar menarik kembali kenyataannya sebelum ini dan meneliti kembali sistem latihan dan corak permainan yang diterapkan ke dalam skuad Harimau Malaya.

"Susun semula jadual perlawanan persahabatan dengan mengadakan pertemuan yang sepadan dengan skuad kebangsaan dan bukannya menentang kelab bawahan yang tidak langsung membantu memperbaiki mutu permainan serta kedudukan pasukan kebangsaan," katanya.

Skuad bola sepak kebangsaan yang tiba di tanahair semalam kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu Shimizu S-Pulse, Shonan Bellmare (5-0) dan kelab divisyen dua Tokyo Verdy dengan keputusan 5-0.

Mempertahankan skuad bimbingannya, Rajagobal dilaporkan berkata pemainnya tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar apabila beraksi dalam keadaan berpuasa pada waktu siang kerana kurang tenaga namun mungkin akan menampilkan aksi berlainan pada waktu malam.

INILAH MENANTU PRESIDEN YG GALAU:MALAU ..

Posted: 02 Aug 2013 05:00 PM PDT

Seorang anggota seumur hidup PAS membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu presiden, kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

NONEDalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi (atas).

Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.

NONE"Berdasarkan tulisan tersebut sangat jelas, terang dan nyata bahawa Saudara Zaharudin Muhammad menyebut dan membuat tuduhan terbuka bahawa ada unsur-unsur sabotaj dalaman semasa pilihan raya umum ke-13, malah usaha sabotaj tersebut bertujuan menjatuhkan presiden dan timbalan mursyidul am (Datuk Haron Din).

"Ini adalah suatu tuduhan yang berat secara terbuka yang boleh menyebabkan pelbagai spekulasi buruk terhadap mana-mana pimpinan PAS mahupun ahli-ahli biasa PAS dan secara tidak langsung memberikan imej negatif terhadap PAS sendiri," surat itu dipetik.

Malaysiakini sudah menghubungi Zaharuddin (atas) bagaimanapun belum terdapat reaksi diberikan setakat ini.

Tiada ulasan: