Sabtu, 3 Ogos 2013

Addin

Addin


Berita Paling Menakutkan Buat Rakyat Malaysia.. Saksikanlah!!

Posted: 03 Aug 2013 09:44 AM PDT

Tujuh kes tembak melibatkan senjata api kebanyakan darinya merupakan kes bunuh jarak dekat  dan dua darinya merupakan kes berprofil tinggi.Kejadian terbaru berlaku di Cheras Perdana hari ini pada jam 1.30 petang.

Bekas pesalah B Balamurali, 36 ditembak tiga kali didada oleh dua lelaki yang menceroboh rumahnya lalu menembaknya di ruang tamu rumah."Dua suspek dilihat ditempat kejadian menunggang motosikal Yamaha LC,"  kata Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Abdul Wahab.

Balamurali baru saja dibebaskan dari penjara pada Jun lalu dan menurut rekod mangsa disabitkan dengan enam kesalahan termasuk mencuri dan yang berkait dengan dadah.

Peningkatan kes tembakan menggemparkan negara apabila tujuh hari berturut-turut menyebabkan polis digesa menumpukan  semula sepenuhnya menyelesaikan kes pembunuhan berbanding menangani kes saman bloger dan menangkap pelatih anjing juga aktvis hak asasi manusia.

Polis dan Menteri Dalam Negeri menyalahkan kejadian tembak bunuh kerana pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) dimana mereka mendakwa menyebabkan penjenayah bebas kembali membalas dendam membunuh pemberi maklumat.

Dakwaan itu bagaimana pun ditolak pemimpin pembangkang yang mengkritik polis hanya  mahu perkenalkan undang- undang baru tapi tidak mahu meningkatkan usaha siasatan untuk menangkap suspek.

Dilaporkan terdapat lebih dari 20 kes yang melibatkan pembunuhan senjata api pada berapa bulan kebelakangan ini termasuk seminggu lalu membabitkan kes berprofil tinggi seperti aktivis dan pengasas bank.

Sabtu lepas pemantau jenayah Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan ditembak didada oleh dua penunggang motosikal ketika mangsa yang sedang memandu kereta BMW dan berhenti di persimpangan lampu isyarat di Taman Cempaka Negeri Sembilan kira kira 4.30 petang sehingga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun mangsa kini dilaporkan semakin pulih dan stabil.Sehari selepas itu, seorang pemilik syarikat keselamatan Jasrafveendeerjeet Singh, 25, ditembak mati sekurang- kurangnya empat tembakan.

Tembakan turut mengenai rakannya hingga menyebabkan kecederaan kepada dua rakannya ketika mereka sedang minum di sebuah restoran di Ipoh.

Ia disusuli dengan pembunuhan Pengasas Bank Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi dan isterinya di lorong Ceylon di Kuala Lumpur.Hussain yang berumur 75 tahun itu ditembak dua kali didada dan mati ditempat kejadian.Isterinya pula cedera.

G Santhana Samy ditembak di bahagian peha kanan oleh suspek ketika beliau sedang dalam perjalanan di Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam pada masa yang sama.Dia dibawa ke Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan.

Rabu lalu, seorang pemandu Kilang N Jeevandran 26 ditemui mati dengan kesan dua kesan tembakan dibadannya di Permai Utama Parit Buntar.

Semalam saudagar emas Wong Fi Yui nyaris maut apabila ditembak tiga kali oleh pembunuh upahan.Bagaimana pun mangsa hanya cedera di bahagian bahu ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Pandan Indah.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala mengistihatkan kerajaan akan menggunakan undang-undang sedia ada dan undang-undang baru akan diperkenalkan bagi menangani masalah jenayah yang serius. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Anwar Buka Rahsia Najib

Posted: 03 Aug 2013 08:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ibarat cuba menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah permaidani berhubung nisbah hutang terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia ekoran langkah terbaru agensi penarafan, Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada 'stabil' kepada "negatif" baru-baru ini.Menurut Anwar, fakta menunjukkan hutang yang dijamin kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Najib melonjak hampir RM150 bilion pada 2012 daripada RM96.9 bilion pada 2010.

Menurut Anwar, keadaan itu disebabkan pentadbiran Najib tidak mengamalkan kewangan berhemah, telus dan bertanggungjawab, sedangkan pengkritik dianggap pengkhianat."Kami menegaskan pengurusan ekonomi kerajaan terutama berkaitan soal pembaziran dalam perbelanjaan yang dibuat tanpa ketelusan serta kebertanggungjawaban akan membawa kita ke lembah kehancuran," kata Anwar.

Katanya, Najib umpama pepatah 'burung unta menyembunyikan kepala dalam pasir' dengan berpura-pura bahawa salah urus pentadbirannya tidak mempunyai kesan ke atas prospek ekonomi. 

Malah, kata Anwar, perakaunan kreatif juga tidak boleh mengubah kedudukan kewangan negara ketika ini.Menurut Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada 53.3 peratus daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 peratus pada tahun sebelum dan 39.8 peratus pada akhir tahun 2008.

Kenaikan 19 peratus dalam perbelanjaan gaji penjawat awam kerana pilihan raya umum telah juga menyumbang melebarkan defisit bajet, kata Fitch Ratings.Ia juga mengetengahkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak termasuk liabiliti luar jangka. 

Katanya, tanpa membetulkan keadaan itu, Najib menyebabkan negara mengalami defisit fiskal lebih besar dan menjejaskan lebihan akuan semasa."Dalam hal ini, kami menyeru Najib untuk berhenti menipu rakyat dengan mengatakan kononnya 'nisbah hutang-KDNK stabil' sedangkan realitinya, ia seperti menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah karpet," kata Anwar menuntut tindakan pemulihan segera diambil. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

Kenapa Mahathir Warning Kerajaan?

Posted: 03 Aug 2013 12:09 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengkritik langkah kerajaan untuk menjadi sebahagian daripada negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana perjanjian itu bakal menyekat perdagangan bebas.

Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu, berkata perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dilaksanakan sebelum ini terbukti gagal kerana menerusi perjanjian itu, negara yang menyertai perlu mengawal selia perdagangan melalui perjanjian dan bukan perdagangan bebas.

Memberi amaran bahawa TPPA adalah terhad, beliau juga menyatakan bahawa perjanjian itu mempunyai unsur ancaman."Jika TPPA tidak diterima maka negara-negara yang keras kepala akan menghadapi sekatan terhadap kebebasan mereka untuk mengadakan perdagangan dengan ahli-ahli TPPA," kata Dr Mahathir menulis dalam kolum ulasan yang disiarkan dalam akhbar The New Straits Time.

Beliau berkata, Malaysia sedia ada sudah menikmati faedah daripada perdagangan dengan negara-negara dalam TPPA itu.Bagaimanapun, jika Malaysia tidak menyertai TPPA, perdagangan akan terbatal secara automatik dengan negara berkenaan kerana ia adalah salah satu syarat TPPA.Beliau juga memberi amaran bahawa, negara ini membuka sendiri kebanjiran ligitasi undang-undang kerana syarat perjanjian yang dicadangkan dalam TPPA kebiasaannya akan mengatasi undang-undang negara.

Mengambil contoh Peru, negara Amerika Selatan yang menjalinkan FTA dengan Amerika Syarikat, Mahathir berkata,kerajaan negara TPPA mendedahkan diri mereka disaman oleh syarikat swasta yang tidak mempunyai kepentingan di negara berkenaan.

Katanya, Peru diarahkan membayar Renco sebanyak RM13.68 bilion kerana menghentikan pemprosesan produk yang mengakibatkan pencemaran sungai  La Oroya yang meracuni 95 peratus kanak-kanak di situ.Beliau menegaskan bahawa pertikaian itu, yang diputuskan Pusat Antarabangsa Penyelesaian Krisis Pelaburan, ditugaskan untuk menegakkan TPPA.

Di Malaysia, katanya, dasar ekonomi yang digunakan bertujuan menangani masalah sosial."Ini mungkin bertentangan dengan kepentingan syarikat asing dan kita mungkin terpaksa meninggalkan dasar kita tanpa mengira kerosakan yang akan berlaku kepada masyarakat," katanya.

Dr Mahathir berkata, sesetengah pihak di Malaysia mungkin mengalu-alukan perjanjian ini, tetapi ia jelas menunjukkan diskriminasi kepada syarikat tempatan dalam kontrak dan pemerolehan kerajaan juga akan terdedah kepada tindakan undang-undang di bawah TPPA itu.

Bekas perdana menteri turut menyelar bahawa draf (TPPA) direka oleh syarikat besar Amerika Syarikat yang tentunya hanya memenuhi kepentingan mereka sendiri."Kita tahu kepentingan mereka adalah untuk menembusi pasaran negara kurang maju atau sedang membangun yang kaya dengan sumber,"katanya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Awang Selamat Sound SKMM Dan JAKIM

Posted: 02 Aug 2013 11:59 PM PDT

Kolumnis Awang Selamat dalam artikelnya di akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menghina Islam dan bukan sekadar memberi amaran seperti yang selalu berlaku.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan juga Jabatan Peguam Negara tegas Awang perlu mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap salah laku sedemikian."Agama Islam sudah lama termaktub dalam Perlembagaan. 

Jadi Awang harap pihak yang diamanahkan supaya mempertahankan dan terus memelihara Islam."Kuasa yang ada wajar digunakan dengan bijak, kuasa tidak bererti hanya dengan memberi amaran sahaja. Sebab terbukti amaran demi amaran menyebabkan musuh Islam semakin menajamkan kukunya," kata Awang dalam ruangan itu.

Malah, beliau turut menyuarakan harapan selepas tindakan hukuman dikenakan terhadap pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee, termasuk individu menyambut Aidilfitri bersama Anjing, Maznah Mohd Yusof, iada lagi kes penghinaan terhadap Islam akan berlaku.

Alvin dan Vivian dikenakan tindakan undang-undang, manakala Maznah atau Chets dibebaskan dengan jaminan polis.Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dimuat naik ke dalam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Maznah membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar berhampiran pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Maznah memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya seolah-olah mengambil wuduk sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing).

"Awang turut menggesa agar segala bentuk produk yang menghina Islam melalui penulisan, kartun, dan video klip perlu dihentikan serta-merta demi keharmonian beragama di negara ini.

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

"Sesiapa yang mengulangi perkara serupa harus diingatkan mereka perlu membayar harga yang tinggi atas perbuatannya dan bersedia menghadapinya," Awang memberi amaran. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: