BRIGED MP SEGAMBUT |
- UNDANG UNDANG RIMBA LA KATAKAN?
- SKUAD KHAS PEMBUNUH?
- MENTERI DIDESAK LETAK JAWATAN...
- BAPA DITEMBAK KARENA KES SELUDUP KERETA DI LANGKAWI?
UNDANG UNDANG RIMBA LA KATAKAN? Posted: 24 Aug 2013 07:30 AM PDT Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui bahawa beberapa undang-undang yang telah dimansuhkan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) adalah drakonian, tetapi berkata Malaysia belum bersedia tanpanya. Dengan membuat perbandingan dengan Jabatan Polis New York, beliau mendakwa ia mempunyai nisbah seorang anggota polis bagi setiap 35 penduduk dan kamera CCTV definisi tinggi di setiap sudut. Di Malaysia, katanya, nisbahnya ialah seorang anggota bagi setiap 750 penduduk, dan mempunyai kurang CCTV yang juga "paling murah tetapi akhirnya ia tidak boleh digunakan." "Terdapat jurang. Kita mahu perubahan, tetapi kita belum benar-benar bersedia. Inilah apa yang berlaku di negara ini... Pihak polis tidak bertaring tanpa undang-undang yang dipanggil drakonian ini," katanya. Zahid berkata demikian kepada kira-kira 200 peserta Forum Pencegahan Jenayah di Bandar Sunway, yang dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asian dan Pusat bagi Kajian Dasar Awam. |
Posted: 24 Aug 2013 03:30 AM PDT Dua skuad khas ditubuhkan polis Bukit Aman masing-masing untuk memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Beliau berkata skuad yang masing-masing berkekuatan 200 pegawai dan anggota polis terlatih diketuai Komisioner Polis, mula beroperasi sejak dua bulan lalu. Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu. "Skuad khas ini hanya akan beroperasi dari Bukit Aman untuk terus membanteras kumpulan sasaran, dan tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pencegahan Jenayah di sebuah hotel di Bandar Sunway hari ini. Ahmad Zahid berkata skuad itu yang ditubuhkan secara tetap, terlibat dalam kes terbaru membabitkan lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang, baru-baru ini. "Pemilihan pegawai dan anggota skuad tertakluk kepada kuasa penuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar," katanya. Forum sehari bertajuk 'Undang-undang Semasa dan Langkah-langkah Untuk Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan' dianjurkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli). Ia diadakan bertujuan mendapatkan input pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia, badan bukan kerajaan dan peserta forum mengenai penggubalan undang-undang pencegahan jenayah. Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata resolusi forum itu perlu dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan diperinci, termasuk mengenai sama ada perlu mewujudkan semula undang-undang pencegahan. Beliau berkata apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat dimansuhkan, ia menyukarkan pihak penguatkuasa terutama polis melaksanakan tindakan pencegahan. Susulan pemansuhan itu, antara faktor yang menyumbang kepada kesukaran pihak keselamatan membanteras penjenayah ialah saksi takut untuk tampil ke hadapan selain identiti penjenayah sukar dicam saksi, dan keterangan tidak mencukupi untuk menangkap penjenayah. "Dalam perbincangan untuk (mewujudkan) undang-undang baharu yang dibuat sekarang, kita akan pastikan resolusi forum ini dimasukkan sebelum dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang," katanya. Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa beliau telah dilantik oleh Najib sebagai pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Rabu lepas. Turut hadir Naib Presiden MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Asli Tan Sri Dr Jeffrey Cheah. - Bernama |
MENTERI DIDESAK LETAK JAWATAN... Posted: 24 Aug 2013 01:42 AM PDT Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy (gambar) untuk meletak jawatan ekoran kenyataannya mempertikai tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini. NGO berkenaan menyifatkan kenyataan Waytha Moorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) itu sebagai biadab selain gagal memahami kedudukannya ketika ini sebagai anggota Kabinet. Permintaan NGO berkenaan selaras dengan desakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meminta Waytha Moorthy berhenti memegang jawatan dalam kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung di luar bidang kuasanya. Katanya, pihak keselamatan bertungkus-lumus mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap kegiatan jenayah bersenjata yang semakin berleluasa tetapi Waytha Moorthy pula mempertikai tindakan polis. "Kita tidak menafikan hak beliau untuk memperjuangkan masyarakat India, namun dia perlu tahu kedudukannya. Jika masih mahu mengamalkan mentaliti NGO, elok dia letak jawatan dan beri tumpuan bangunkan masyarakat India," kata Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin. Dalam pada itu, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) berkata Waytha Moorthy sepatutnya menghormati tugas dan tahap profesionalisme pasukan polis. Mursyidul amnya Muhammad Zahid Md. Arip berkata Waytha Moorthy melihat kegiatan jenayah dalam negara ini menerusi skop yang sempit dan sewajarnya beliau digugurkan daripada barisan Kabinet. Katanya, ini bukan isu perkauman tetapi soal keselamatan negara dan keselamatan awam. Justeru beliau mendesak Perdana Menteri melucut jawatan Waytha Moorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sementara itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menegaskan Waytha Moorthy tidak boleh terlalu ghairah membela kaum India walaupun beliau memegang status seorang pemimpin disegani kaum tersebut. "Penjenayah tetap penjenayah dan pihak polis tahu apa yang mereka lakukan. Sepatutnya beliau bincang dahulu, bukan keluar kenyataan melulu," kata Presiden JMM Azwanddin Hamzah. Waytha Moorthy sebelum ini mempersoal kejadian lima penjenayah ditembak polis itu dan mendakwa melihat gambar mayat-mayat tersebut dan berdasarkannya melahirkan kesangsian berlaku tembak menembak antara polis dengan penjenayah terbabit. - 24 Ogos, 2013. |
BAPA DITEMBAK KARENA KES SELUDUP KERETA DI LANGKAWI? Posted: 23 Aug 2013 06:26 PM PDT Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara. "Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. "Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu. "Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. "Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya. Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya. "Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya. Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh. Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati. Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat. "Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar. Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi. Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka. Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya. "Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya. Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan. "Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali. "Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya. Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara. "Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini," katanya kecewa. Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya. "Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi. Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April. Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean". Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. "Ia merupakan spekulasi semata-mata," Ku dilaporkan berkata. Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut. Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan. Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat". Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan. Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. - 24 Ogos, 2013. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan