Sabtu, 24 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Endless Possibilities' tu.. Isreal tiru Malaysia laa.. kata Pejabat Perdana Menteri

Posted: 23 Aug 2013 05:30 PM PDT


Pejabat Perdana Menteri kata slogan 'Endless Possibilities' tu bukannya diciplak oleh Najib dari Israel.. tapi negara Israel yang ciplaknya dari Malaysia..

Konsepnya dari rakyat Malaysia dan slogannya telah dilancarkan oleh Najib pada 25 Januari 2013 semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Penjenamaan slogan baru bagi menggantikan kegagalan slogan 1Malaysia "Endless Possibilities dilaporkan turut digunakan oleh Kementerian Pelancongan Israel dalam mempromosi persidangan bagi merancang industri tersebut.

Slogan "Endless Possibilities" pertama kali dilancarkan Malaysia semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland Januari 2013.

Empat bulan selepas, negara Israel yang terkenal dengan penindasan kepada rakyat Palestin turut mengikuti slogan sama bagi industri pelancongan negara itu, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan slogan baru "Endless Possibilities " bakal dilancarkan pada 17 September tahun ini, sehari selepas negara menyambut Hari Malaysia ke 50.

Slogan baru itu dilihat sebagai usaha penjenamaan baru kepada 1Malaysia yang diperkenalkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru mengambil alih kepimpinan negara pada April, 2009.

Satu laman web baru – www.malaysia.my juga sedang dibina.

Kempen `Endless Possibilities' sebenarmya sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan.

Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya," kata sumber.

Beliau berkata, Najib turut dilihat menggunakan butang lencana berlogo `Endless Possibilities', yang berupa lingkaran tiada penghujung berjalin dengan M dan Y dalam warna merah, kuning dan putih berlatarbelakangkan warna biru, bersama dengan butang lencana logo 1Malaysia.

Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hmmm...  Endless Possibilities..

Tiada ulasan: