Rabu, 21 Ogos 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ZAHID DAN RAFIZI BERDAMAI?

Posted: 21 Aug 2013 07:30 AM PDT

Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman RM10 juta terhadap anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Awan Megah Sdn Bhd.

Perkara itu diselesaikan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Chong.

Ia ekoran Rafizi berpuas hati bahawa Zahid, kini menteri dalam negeri, tidak terlibat dengan pengambil alihan Awan Megah oleh Boustead.
Rafizi membaca satu kenyataan di mahkamah terbuka bagi maksud tersebut.
Dalam kenyataan itu, Rafizi berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Ahmad Zahid bahawa plaintif (Ahmad Zahid) tidak menyalahgunakan kuasa dalam apa-apa perkara atau apa saja dan tidak mempunyai peranan dalam keputusan Boustead Holdings Bhd, untuk menjalankan urus niaga bagi memperoleh saham Astacanggih Sdn Bhd dan tanah pembangunan daripada Awan Megah seperti yang dinyatakan dalam artikel saya bertarikh 29 Disember tahun lepas.
Oleh itu, tegas Rafizi, beliau tanpa ragu-ragu dan tanpa syarat menarik balik kenyataan yang salah dalam artikel beliau itu.
Rafizi, dalam mengulas mengenai perkara itu, berkata keputusan itu dicapai setelah beliau berpuas hati berdasarkan penjelasan Ahmad Zahid bahawa beliau tidak terbabit.

"Ini bukan meminta maaf kepada Ahmad Zahid," katanya.

Ahmad Zahid, yang hadir di mahkamah berjabat tangan dengan Rafizi selepas penyelesaian itu dicatatkan di mahkamah.

Rafizi diwakili Razlan Hadri Zulkifli dan juga Latheefa Koya, manakala peguam Sashidaran Menon mewakili Ahmad Zahid.

Sashidaran juga peguam yang mewakili Awan Megah dalam saman mereka terhadap ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishian, yang akhirnya diselesaikan di luar mahkamah berikutan pengambilalihan oleh Boustead.

Ia telah dilaporkan pada awal tahun ini bahawa bekas menteri pertahanan telah memfailkan saman terhadap Rafizi berhubungposting beliau dalam blog bertajuk 'Dakwaan Deepak ada asas, wang rakyat disalah guna untuk menutup mulut Deepak'.

MENTERIPUN ADA KITAR SEMULA KA?..

Posted: 21 Aug 2013 12:22 AM PDT

Pelantikan bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai penasihat kepada perdana menteri dalam isu wanita seolah-olah melancarkan "produk kitar semula" menggunakan wang pembayar cukai, kata wakil rakyat PKR.

NONEAnggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (kanan) berkata, Shahrizat tidak membawa sebarang "tambah nilai", terutamanya dalam isu-isu wanita.

"Ini mungkin sedikit kasar, tetapi saya tidak nampak kenapa perlu mengeluarkan produk kitar semula, terutamanya apabila menggunakan wang pembayar cukai.

"Walaupun sebagai menteri beliau gagal mengetengahkan agenda wanita, jadi apa nilanya untuk letakkan beliau sebagai penasihat dalam hal ehwal wanita?"

DEMO HARGA BARANGAN NAIK PTPTN LEBIH BAGUS DARI DEMO METALLICA..

Posted: 20 Aug 2013 07:00 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan Malaysia agar tidak menaikkan sebarang kadar tarif elektrik buat masa ini.

Kenaikan kos bahan api menjadi alasan utama kepada semakan dan kenaikan tarif elektrik.

Walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan keyakinan bahawa ia tidak akan membebankan pengguna, namun alasan tersebut sudah lapuk dan seolah-olah ingin melepas diri.

Alasan presiden TNB bahawa pengguna dengan penggunaan bulanan di bawah 200kWj tidak terjejas merupakan alasan yang tidak bertanggungjawab.

Rakyat di Malaysia bukan hanya pengguna elektrik secara domestik sahaja. Negara Malaysia yang merupakan sebuah negara yang membangun yang mempunyai kilang-kilang perindustrian yang banyak sudah tentu merupakan pengguna elektrik yang besar.

Apabila kadar tarif elektrik naik, secara sifirnya, sudah tentulah kos perindustrian menjadi meningkat. Dan kesannya tentulah kepada rakyat Malaysia kerana harga barang menjadi naik.

Inilah yang merunsingkan rakyat Malaysia. Bagilah alasan apa pun, yang pasti kesannya adalah kepada rakyat. Rakyat yang terpaksa menanggung bebannya.

Di balik 'menampung kos operasi'

Siapakah yang mendapat keuntungan dari kenaikan tarif elektrik ini? Sudah pastilah cukong-cukong pengeluar tenaga bebas (IPP) yang dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Rakyat Malaysia masih lagi di dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri. Amat malang sekali apabila kegembiraan ini tercalar dengan kenaikan kadar tarif elektrik yang pastinya akan menambahkan lagi batu bebanan yang digalas penduduk Malaysia kini.

Kerajaan Malaysia perlulah menyemak semula perjanjian dengan IPP ini. Perjanjian berat sebelah ini sesungguhnya tidak menguntungkan rakyat mahupun di pihak kerajaan.

Malah, ia memberikan hasil yang semakin lumayan kepada pemilik-pemilik IPP ini. Sampai bilakah kerajaan harus membela cukong-cukong ini yang diibaratkan sebagai lintah darat ini?

Mengapakah kerajaan seolah-olah takut untuk menamatkan perjanjian berat sebelah ini?

DPPWP melihat ini sebagai satu lagi hadiah buat kerajaan Umno/BN kepada semua rakyat Malaysia selepas kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

Tidak hairanlah jika selepas ini, terdapat banyak lagi kenaikan demi kenaikan di sebalik nama 'menampung kos operasi'.

Slogan rakyat didahulukan semakin tidak mendapat tempat lagi di hati rakyat apabila rakyat terpaksa mendahulukan semua kepentingan pemimpin Umno/BN. Maka, apa lagi yang boleh diharapkan daripada Umno/BN!


KAMARUZAMAN MOHAMAD ketua Pemuda PAS WP.

658 ORANG DITAHAN DALAM OPERASI HAS POLIS...

Posted: 20 Aug 2013 04:59 PM PDT

Seramai 658 orang ditahan sementara 211 lagi direman sehingga jam 6 pagi ini di Selangor bawah Ops Cantas Khas yang dilancarkan di negeri itu pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor A Thaiveegan A Thaiveegan berkata, pihak yang direman ditahan atas pelbagai kesalahan sementara yang lain dibebaskan selepas maklumat diri direkodkan.

Menurut kenyataan di Facebook polis Selangor, Thaiveegan memberitahu pemberita pagi ini bahawa premis dan kenderaan juga turut digeledah.

Dinyatakan juga, senjata seperti parang, pisau dan cota, termasuk senapang mainan dirampas dalam operasi khas itu.

Tiada ulasan: