Anak Sungai Derhaka |
- Bas Jatuh Gaung: 37 Disahkan Maut, Bas Overload..
- Bas Jatuh Gaung: 21 dilaporkan terbunuh hingga kini.. (Gambar-gambar dari tempat kejadian)
- Geng 04 Cabar Polis, Lukis Simbol Geng Di Dinding IPD, Kibar Bendera Semasa Perarakan Pengkebumian..
- PANAS!! Satu lagi video seru menderhaka kepada Sultan tersebar!!.. Saksikan!!
- Setelah beratus Juta RM habis untuk '1Malaysia'.. Najib nak perkenal 'Endless Possibilities' pulak..
- Kami tak mahu pergerakan Wanita UMNO digelar Pergerakan Wanita Lembu kata Syed Ali Alhabshee
Bas Jatuh Gaung: 37 Disahkan Maut, Bas Overload.. Posted: 21 Aug 2013 07:59 AM PDT Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang. Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.
Bahagian paling menarik yang dilaporkan oleh The Star.. The search and rescue operation was called off at 10pm. According to Fire and Rescue Department deputy director-general Datuk Soiman Jahid, the dead included the driver of the bus. Bas itu membawa lebih penumpang... kenapa dibawa lebih penumpang?.. penguatkuasaan undang-undang hanya pada musim perayaan sahaja ke? | ||||||
Bas Jatuh Gaung: 21 dilaporkan terbunuh hingga kini.. (Gambar-gambar dari tempat kejadian) Posted: 21 Aug 2013 04:24 AM PDT Sebuah bas henti-henti Kuala Lumpur-Genting Highlands terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menurun bukit, menurut sumber polis hari ini. Laporan awal mendapati nasib 36 penumpang termasuk pemandunya masih belum diketahui. Anggota bomba dan penyelamat telah ditugaskan ke tempat kejadian, menurut sumber itu. Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur lapor The Malaysian Insider. Sementara itu The Star melaporkan.. Twenty-one people were confirmed dead and more feared killed after a bus carrying local tourists plunged into a 30m ravine near Genting Highlands around 3pm Wednesday. Twelve of the dead were male and nine female. It is believed that the bus driver had lost control of the bus, which then rammed a divider before plunging down the gorge. So far, 28 have been pulled out from the bus.. It is believed that the bus driver had lost control of the bus, which then rammed a divider before plunging down the gorge. So far, 28 have been pulled out from the bus. The accident occurred at KM36 of the Genting-Kuala Lumpur road, some two kilometres from the Chin Swee Caves Temple, as the bus carrying 49 passengers was coming down from Genting Highlands and heading towards Kuala Lumpur. Meanwhile, Pahang Sultan Ahmad Shah and Bentong MP Datuk Seri Liow Tiong Lai are at the scene and were briefed by authorities. Earlier, rescuers worked frantically to reach people trapped in the bus. Some 30 policemen and nine ambulances were at the scene. Traffic in the area was at a standstill as police ensured rescue vehicles could reach the scene of the accident. Bentong OCPD Supt Mansor Mohd Noor confirmed the incident to The Star but could not give further details. "I can confirm that there were passengers on the bus but how many there were I don't know yet. "Authorities as en route to the site now," he said. Jumlah kematian sebenar sila baca di SINI | ||||||
Geng 04 Cabar Polis, Lukis Simbol Geng Di Dinding IPD, Kibar Bendera Semasa Perarakan Pengkebumian.. Posted: 21 Aug 2013 12:17 AM PDT Polis menjanjikan tindakan tegas terhadap ahli-ahli kumpulan, ekoran kejadian dinding di ibu pejabat polis di sini yang dirosakkan dengan grafiti simbol Geng 04. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan itu, yang dilabelkan sebagai "kurang ajar". "Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang. "Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya. "Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam sidang akhbar, Rabu. Selain ibu pejabat polis Kuala Langat, nombor 04, simbol Swastika dan RIP (rehat dengan aman) didapati disembur pada 11 lokasi lain di Banting termasuk pondok polis dan bank di sini.
Kejadian berlaku selepas lima yang dipercayai anggota Geng 04 ditembak mati di Pulau Pinang pada Isnin. Insiden itu telah membawa kepada bantahan daripada ibu bapa dan rakan-rakan ahli-ahli kumpulan dan juga beberapa ahli politik yang mendakwa polis bertindak "berlebih-lebihan" dalam melakukan tembakan. Thaiveegan menasihatkan ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak mereka dan membuat laporan jika mereka mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak baik. "Jika saya mempunyai seorang rakan yang saya tahu melakukan perkara tidak betul, saya akan cuba untuk membantunya atau membuat laporan. Sesetengah ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan. "Mereka tidak tampil ke hadapan dan memberi kerjasama. Tetapi apabila konfrontasi dengan pihak polis berlaku, semua orang menjerit dan menimbulkan masalah. "Bulan lalu ramai mengadu tentang kejadian tembak dan bertanya apa yang polis lakukan. Jadi, apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki, rakyat perlu memberikan polis sokongan. "Kami melakukan ini untuk melindungi masyarakat," katanya ~ mStar Sementara itu sebuah laman Blog Pro UMNO mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Geng 04 mengibarkan bendera pertubuhan mereka secara terbuka ketika mengiringi mayat 5 penjenayah itu ketanah perkuburan. Semalam tiga daripada mayat penjenayah berkenaan dibawa berarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan mercun melalui Jalan Yeap Chor Ee, Jalan Bukit Gambir dan Jalan Tun Dr Awang sebelum dibakar di Krematorium Batu Gantung di sini manakala dua lagi upacara dilakukan di Jalan Siram, Butterworth.
| ||||||
PANAS!! Satu lagi video seru menderhaka kepada Sultan tersebar!!.. Saksikan!! Posted: 20 Aug 2013 09:42 PM PDT Petang semalam satu laporan Polis telah dibuat terhadap Pendakwah Bebas Ustaz Wan Ji Wan Husein oleh seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Laporan itu dibuat oleh Muhammad Zharif Johor di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 3.55 petang mendakwa Wan Ji menghina sultan dan beliau menggesa tindakan diambil terhadapnya. Bagaimanapun Wan Ji menafikan tuduhan oleh aktivis PPIM itu dan mendakwa kenyataan itu dibuat secara kiasan sewaktu perbincangan berkaitan 'fiqh tawaqqu' - satu cabang pengajian fikah Islam yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan. Wan Ji juga dilaporkan berkata beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan. Hari ini tersebar pula satu lagi video yang lebih jelas menghina Sultan malah individu yang dirakamkan dalam video ini telah menyeru rakyat Malaysia supaya menderhaka kepada Sultan. Berikut adalah video tersebut.. Sumber dari SINI Diharap Muhammad Zharif dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia sudilah kiranya membuat satu lagi laporan Polis terhadap individu yang bercakap dalam video diatas tu.. jangan double standard ya... | ||||||
Setelah beratus Juta RM habis untuk '1Malaysia'.. Najib nak perkenal 'Endless Possibilities' pulak.. Posted: 20 Aug 2013 08:28 PM PDT Gambar di atas ialah logo baru yang bakal diperkenalkan oleh Najib sikit hari lagi bagi menggantikan logo '1Malaysia' yang dah habis beratus juta untuk tujuan promosi tapi kurang berkesan. Ianya telah diperkenalkan di Davos, Switzerland dalam satu perhimpunan di Forum Ekonomi Dunia yang telah dihadiri oleh lebih dari 3,000 delegasi dari seluruh dunia. Kroni-kroni pemimpin UMNO pasti akan gembira dengan pelancaran logo 'Endless Possibilities' ini kerana satu peluang perniagaan yang baru telah diwujudkan buat mereka oleh Najib. Macai-macai UMNO.. aku tak tahulah dapat apa... mungkin dapat ambil upah mengecat tugu baru ini dikampung-kampung mereka kot.. Laporan mengenainya.. Jika slogan pertama kurang memberi kesan, cuba lagi. Datuk Seri Najib Razak kini bersedia untuk melancarkan penjenamaan baru bagi pendekatan Malaysia, disasarkan kepada rakyat Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2013 yang membangkitkan kemarahan ramai. Kempen terbaru itu yang dipanggil `Endless possibilities', dijangka dilancarkan pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke-50, kata sumber memberitahu The Malaysian Insider. Mereka berkata, slogan `Endless Possibilities' akan menggantkani slogan 1Malaysian yang diperkenalkan perdana menteri ketika beliau mula menjawat jawatan itu pada April 2009. Satu laman web baru – www.malaysia.my juga kini dibina. "Kempen `Endless Possibilities' sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan. Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, Najib turut dilihat menggunakan butang lencana berlogo `Endless Possibilities', yang berupa lingkaran tiada penghujung berjalin dengan M dan Y dalam warna merah, kuning dan putih berlatarbelakangkan warna biru, bersama dengan butang lencana logo 1Malaysia. Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka," kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu. Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna' ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat. Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam. Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008. Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN. Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities' sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan. Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu. Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia. Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN. "Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan. "Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara," menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube. Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini. "Tunggu dan lihat. Ia akan menjadi kempen yang besar dan mengkagumkan. Kempen ini ada `kemungkinan yang tidak berpenghujung'," katanya. Endless Possibilities atau kemungkinan yang tidak berpenghujung sesuai sangat dengan Najib yang tak ada pendirian tu.. Segalanya mungkin dan tiada apa yang pasti.. jadi dia boleh menjanjikan apa saja sebab segalanya kemungkinan yang akan mungkin sampai bila-bila... | ||||||
Kami tak mahu pergerakan Wanita UMNO digelar Pergerakan Wanita Lembu kata Syed Ali Alhabshee Posted: 20 Aug 2013 09:17 AM PDT Datuk Seri Shahrizat Jalil mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menguruskan hal ehwal wanita. Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akhirnya memberikan respon berhubung desas-desus pelantikannya yang mula dilaporkan oleh media semalam. "Ya, saya adalah penasihat kepada Jabatan Perdana Menteri," katanya dalam satu mesej kiriman ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider. Rafizi menyifatkan Najib sebagai amat terdesak kerana melantik Shahrizat oleh itu beliau terpaksa mengutip sesiapa sahaja menyertai kumpulannya bagi menentang kumpulan yang dikatakan akan menentangnya walaupun individu itu jelas ditolak oleh ramai.. "People should read between the lines with regard to her appointment," Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pula menyatakan bahawa ini adalah kali kedua Najib telah memilih untuk melantik Sharizat menjadi penasihat khas sejak beliau sejak berhenti dari jawatan menteri setelah terpalit dengan skandal NFC.. dan menyifatkannya sebagai hanya membuang duit. "It looks like the Prime Minister just cannot get away from Shahrizat," she said. Ketua Wanita DAP Chong Eng pula mencadangkan bahawa langkah itu bertujuan membantu Shahrizat mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno dan dalam masa yang sama meningkatkan usaha Najib untuk mempertahankan jawatan presiden Umno itu. Chong Eng juga menyifatkan perlantikan ini sebagai penghinaan kepada Datuk Rohani Abdul Karim "This is to give her position, the resources so she can sustain in Umno election, can help him to win in election, to have her as his team," the Bukit Mertajam MP said. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengaitkan perlantikan itu dengan pemilihan agung UMNO dan hanya membuang duit katanya.. "To me, this is more for positioning Wanita Umno for Shahrizat and more towards helping Shahrizat to continue to hold the post of Wanita chief that will be challenged by Azalina," he said, referring to former minister Datuk Seri Azalina Othman Said, who had openly declared her intention to gun for the women wing's top post. Ulasan paling menarik tentang perlantikan Sharizat ini datangnya dari Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee.. "I can only say congratulations. It is the Prime Minister's right to appoint her as special adviser. Macai UMNO kalau tak faham apa yang Syed Ali Alhabshee kata tu, aku tolong translate ayat yang akhir sekali tu.. Maknanya ialah "Kami tak mahu orang ramai menggelar pergerakan Wanita UMNO sebagai Pergerakan Wanita Lembu...kah.. kah.. kah.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan