Jumaat, 16 Ogos 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


APA MAKNA NO 10 DAN NO 18..MARI KITA AMBIK TAHU

Posted: 16 Aug 2013 07:30 AM PDT

RCI SABAH Datuk Abdul Aziz Shamsudin, bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menafikan bahawa beliau adalah pemilik rumah yang digunakan untuk memproses kad pengenalan biru untuk pendatang tanpa izin.

NONEKetika memberi keterangan di hadapan suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengenai pendatang di Sabah petang ini, Abdul Aziz (kanan) berkata dakwaan itu adalah satu rekaan.

"Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah memiliki sebuah rumah dengan alamat No 18, Jalan Kampung Pandan dan saya kesal dengan tuduhan tidak berasas ini," katanya ketika memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Abdul Aziz, yang merupakan saksi ke-202, diminta menjawab dakwaan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani dan bekas ketua JPN Tamparuli, Yakup Damsa - masing-masing merupakan saksi ke-14 dan ke-15 RCI.

Mereka mendakwa Abdul Aziz telah membenarkan rumahnya digunakan oleh mereka bagi menandatangani kad pengenalan biru untuk pendatang tanpa izin di bawah 'Projek IC'.

Mereka juga mendakwa ini telah dilakukan di hadapan seorang yang bernama Kolonel Mohd Noor.

Apabila ditanya oleh pegawai pengendali, Azmi Arifin sama ada beliau mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai rumah tersebut, Abdul Aziz berkata ia milik Kelab Diraja Selangor.

Katanya, beliau pernah pergi pergi ke rumah tersebut yang menjadi tempat di mana bekas pelajar ITM (Institut Teknologi Mara) yang berjaya dalam bidang perniagaan berkumpul untuk membincangkan masa depan bangsa mereka.

"Ia tidak ada kena mengena dengan membuat kad pengenalan biru, semua itu tidak berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau juga mempunyai sebuah rumah di nombor 10 di jalan tersebut dan tinggal di situ.

Ditanya sama ada beliau kenal kolonel yang didakwa bersama pegawai JPN di rumah tersebut, Abdul Aziz berkata, dia pegawai tentera di bahagian perisikan di Kementerian Pertahanan tetapi telah meninggal dunia.

Katanya, beliau mengenali pegawai tersebut kerana beliau (Abdul Aziz) seorang setiausaha politik dan rapat dengan sumber perisikan, termasuk Cawangan Khas dan perisikan tentera.

Bagaimanapun, Abdul Aziz menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai Projek IC.

Beliau juga menafikan mengenali Yakup tetapi mengakui kenal Abdul Rauf dan beliau (Abdul Aziz) pernah mengatur satu pertemuan Abdul Rauf dengan Mahathir.

Abdul Aziz berkata, apabila kedua-dua mereka bertemu, beliau meninggalkan bilik dan tidak tahu apa yang dibincangkan.

PENAFIAN PENAFIAN SILA BACA

Posted: 16 Aug 2013 06:23 AM PDT

Laporan yang memetik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal", demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).
NONEMenurut kenyataan itu, usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (kanan) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi mendapat persetujuan Najib dan Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.
"Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan pilihan raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut," kata kenyataan itu lagi.
Katanya, laporan itu disiarkan oleh sebuah portal berita dalam talian, tetapi tidak dinamakan dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan yang sama juga menyifatkan berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" perdana menteri merupakan "daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Kenyataan itu jelas merujuk kepada laporan yang diterbitkan oleh laman Asia Sentinel pada hari Isnin, yang memetik Anwar mengesahkan Najib mahu mengadakan perbincangan perpaduan dengannya, dengan Jusuf sebagai perantara.
Bagaimanapun, PMO berkata tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Sebaliknya, kata kenyataan itu, Jusuf telah membantu mengusahakan perjanjian antara Najib dan Anwar sebelum pilihan raya umum agar kedua-duanya menerima keputusan rakyat di peti undi.

"Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.

"Oleh itu,  kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan"  bagi kepentingan politik  pembangkang khususnya ketuanya," tambah kenyataan itu

UNTUK UMNO BERKUASA DISABAH BETULKAH?

Posted: 15 Aug 2013 07:30 PM PDT

RCI SABAH Bekas Ketua Menteri Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah seorang orang yang memulakan idea mengubah demografi pengundi Sabah dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang diterajui PBS, demikian suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang diberitahu hari ini.

NONEMat Swadi Awi memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Kota 
Kinabalu petang ini bahawa Mustapha (kiri) telah menugaskannya untuk mengagihkan pengundi baru di kawasan di mana Usno lemah bagi mengukuhkan parti itu.

"Tugas saya ialah untuk meningkatkan bilangan undi orang Islam di kawasan-kawasan di mana Usno lemah.

"Tidak semua mereka adalah pendatang, ada pengundi tentera, polis atau guru-guru dari Semenanjung Malaysia," kata Swadi yang ketika itu bekerja di Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Sabah.

Usno memerintah Sabah dari tahun 1967 sehingga 1975 sebelum disingkirkan oleh parti serpihannya, Berjaya, yang berkuasa sehingga tahun 1985.

Bagaimanapun, PBS, yang dilihat sebagai sebuah parti bukan majoriti Islam, memerintah pada tahun 1985, yang mengecewakan kedua-dua Berjaya dan Usno.

"Mustapha mengadu bahawa Berjaya dan Usno telah berpecah (di kalangan pengundi Islam), jadi bagi meningkatkan undi untuk Usno adalah dengan 'menasionalisasikan' pendatang," kata Swadi.

NONESwadi berkata pada tahun 1987, Mustapha memberitahunya rancangannya itu dan telah memaklumkannya kepada menteri dalam 
negeri ketika itu, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (kiri), yang kemudiannya mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Swadi mengakui bahawa ini hanyalah berdasarkan kepada apa yang dikatakan oleh Mustapha dan dia tidak mempunyai bukti bahawa Megat Junid sebenarnya telah mendapat kelulusan daripada Mahathir.

Sepanjang operasi sehingga 1990, Swadi berkata, beliau sentiasa berhubungan dengan Mustapha dan Megat Junid.

Swadi menjelaskan bahawa beliau berpangkalan di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana beliau menerima kira-kira 20,000 salinan kad pengenalan biru.

"Saya memasukkan maklumat ini ke dalam pangkalan data dan dianalisis di mana kawasan mereka hendak diagihkan.

"Selepas itu, saya akan menyerahkan maklumat ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)(untuk mereka didaftar sebagai pengundi di kawasan pilihan raya berkenaan)," katanya.

Ditanya oleh pegawai pengendali, Jamil Aripin sama ada dia mempunyai bukti bahawa kad pengenalan biru sememangnya pendatang haram, Swadi menegaskan dia boleh mengenali mereka melalui nombor kad pengenalan berkenaan.

Bagaimanapun, Swadi berkata, beliau menarik diri daripada projek tersebut apabila dia mendapati ia telah meningkat kepada mengeluarkan nombor kad pengenalan yang sama kepada orang yang berbeza.

"Satu hari, saya dipanggil oleh Setiuasaha SPR ketika itu, Datuk Abdul Rashid (Abdul Rahman), beliau menunjukkan kepada saya satu nombor kad pengenalan (pada komputer) dan apabila dia mengkliknya, terdapat 20 nama yang keluar.

"Dia klik yang lain dan terdapat 10 nama ... dia meminta saya menjelaskan yang mana satu yang tulen," katanya.

Menurut Swadi, beliau terkejut dan tidak dapat menjawab dan berkata, "jika ini yang berlaku, saya akan menghentikannya".

Swadi kemudian memaklumkan kepada Mustapha bahawa beliau tidak mahu terbabit dengan projek itu pada tahun 1990.

Swadi sebelumnya mendakwa dirinya sebagai orang yang di belakang 'Projek IC'.

Bagaimanapun, Jamil memperbetulkan Swadi, dengan berkata Projek IC khusus merujuk kepada pemberian kad pengenalan biru secara haram kepada warga asing.

Swadi kemudian bersetuju bahawa beliau tidak terlibat dalam pemberian kad pengenalan biru tetapi hanya mengagihkan pengundi baru ke kawasan terpilih untuk Usno.

Usno kemudian bergabung dengan Berjaya pada tahun 1990 untuk membentuk Umno Sabah, sebelum merampas kuasa daripada PBS yang telah lemah pada tahun 1994 akibat lompat parti.

BAHAYA SYIAH SANGAT BESAR BUAT UMMAT INI

Posted: 15 Aug 2013 05:40 PM PDT

Ajaran Syiah yang semakin menular di dalam negara dibawa bertujuan menimbulkan pergaduhan, kata bekas Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media hari ini sempena perhimpunan NGO membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia sudah berpecah kerana pelbagai fahaman politik dan isu penularan ajaran Syiah memberikan lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat Muslim dalam negara.
"Di Malaysia, kita sudah berpecah kerana politik Sekarang kita ada pula Syiah dan Sunni."Syiah dan Sunni mesti bergaduh pastinya, mengapa mereka memiliki cara berbeza dalam menterjemahkan fahaman Islam kalau bukan untuk gaduh," kata Dr Mahathir apabila disoal mengenai fahaman Syiah yang semakin menjadi kontroversi di Malaysia.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah kerana majoritinya adalah penganut Sunni berbanding negara Arab yang ketika ini bergelut dengan kancah perang saudara akibat berlainan fahaman.
"Malaysia sangat bernasib baik kerana kita memiliki majoritinya adalah penganut Sunni Muslim, jadi kita tidak perlu bergaduh.
"Tapi sekarang orang mahu bawa Syiah, mahu bawa pelbagai bentuk ajaran supaya mereka dapat pecah-belahkan kita," katanya.
Apabila ditanya sama ada kerajaan bersikap terlalu menekan dan drastik ke atas penganut Syiah di Malaysia, Dr Mahathir berkata: "Terdapat pelbagai cara lain untuk menangani masalah ini."
Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengatakan terdapat seramai 250,000 penganut Syiah bergiat aktif dalam negara dan menegaskan penularan fahaman ajaran tersebut kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.
Setakat ini 10 negeri sudah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.
Susulan tekanan ke atas penganut Syiah di Malaysia, Shia Right Watch (SRW) satu organisasi yang melindungi kepentingan pengikut Syiah sedunia menggesa layanan adil dari kerajaan terhadap pengikut syiah di negara ini.
Permintaan itu terkandung dalam surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Pada hujung bulan lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.
Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah. Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.
Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.
"Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum  berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu," katanya.
Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.
Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan. - 15 Ogos, 2013.

Tiada ulasan: