Jumaat, 16 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Meskipun Masjid Raba'ah rentung dibakar tentera Mesir namun ayat Al-Quran ini tidak dimakan api...

Posted: 16 Aug 2013 09:05 AM PDT


Meskipun tentera negara haram Israel diketahui memusuhi orang-orang Islam, namun mereka tidak pernah dilaporkan menyerang hingga ke dalam Masjid apatah lagi membakar Masjid..

Berikut adalah sebahagian laporan yang yang dipetik dari Harakahdaily mendedahkan kebiadapan tentera Mesir dalam menangani penyokong Morsi.. yang menyerang hingga ke dalam Masjid.

... Beberapa sumber termasuk Ikhwan Muslimin mendedahkan, pihak tentera cuba untuk menghapuskan bukti dengan sebolehnya menipu angka korban semalam pada kadar paling rendah.

Tindakan terdesak dilakukan bagi mencapai tujuan itu termasuk dengan membakar mayat-mayat penyokong Morsi di Medan Raba'ah semalam selepas menembak mereka.

Percubaan kedua, mereka membakar jenazah yang dikumpulkan di tingkat bawah Hospital Awam di Medan Raba'ah semalam.

Keadaan Masjid Raba'ah selepas dibakar oleh pihak tentera

Di tingkat itu, terdapat ribuan jenazah penyokong Morsi yang terkorban ditempatkan disitu.

Bagaimanapun hanya 350 mayat sahaja sempat diusung keluar dari hospital itu manakala selebihnya hangus terbakar.


Kesemua mayat yang berjaya dikeluarkan itu kemudian dikumpulkan di Masjid Al-Iman, kawasan Makram 'Abid.

Pihak tentera melepaskan gas pemedih mata ke dalam Masjid Al-Iman -masjid yang dijadikan tempat pengumpulan jenazah penyokong Morsi - bagi menyuraikan ahli keluarga mangsa yang sedang mengecam jenazah di dalamnya.

Tindakan tentera itu dipercayai bertujuan untuk mencuri jenazah di Masjid itu bagi mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan bukti dengan mendakwa hanya sedikit yang terkorban dalam serangan semalam.

Dalam pada itu, sumber R.N.N menyebut kiraan pertama angka syuhada' sehingga kini melebihi 3,000 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam.

Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Raba'ah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang.


Meskipun Masjid di Raba'ah dibakar oleh tentera Asisi, hingga menyebabkan selain dari struktur masjid terbakar, malah turut membakar sama penyokong Morsi yang berlindung di dalamnya bersama-sama naskah Al-Quran sehingga rentung.

Namun.. helaian yang terkandung ayat ini tidak seidikit terbakar..


Ayat itu bila diterjermahkan berbunyi,

 " Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu "[Fussilat (41): 53-54] "

*Terjemahan oleh Al-Banjari dari sumber asal di SINI"

Khairy Kutuk Kekejaman Tentera Mesir... Najib bila lagi?

Posted: 16 Aug 2013 01:48 AM PDT


Ketika umat Islam di seluruh dunia masih bergembira menyambut Aidilfitri yang baru melepasi minggu pertama Syawal, saudara-saudara kami di beberapa negara lain terutama Syria dan Mesir berada dalam ketidaktentuan akibat perbalahan politik sesama sendiri.

Terbaharu, perkembangan di Mesir terutama di sekitar bandar di Delta Nil seperti Minya dan Assiut, Iskandariah, Fayoum di Kaherah serta Suez menyaksikan pihak berkuasa seperti polis dan tentera menggempur penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi. Operasi tersebut dilaporkan telah mengakibatkan ribuan kematian di kalangan rakyat awam.

Operasi ini merupakan satu kekejaman yang tidak boleh diterima sama sekali.

Pihak berkuasa Mesir perlu sedar dan insaf bahawa kekecohan di negara itu adalah akibat rampasan kuasa yang dilakukan pihak ketenteraan terhadap pemerintahan Morsi yang dipilih sebagai Presiden melalui proses pilihan raya yang sah. Apabila pihak tertentu melanggar prinsip demokrasi dengan menggulingkan Mursi, itu secara jelas telah mengkhianati amanah rakyat.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan itu secara konsisten mengutuk keras kegagalan pihak berkuasa sementara Mesir menangani masalah di negara itu dan kami turut mengecam keganasan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap masyarakat awam di sana.

Kami juga menggesa agar pihak berkuasa Mesir menghentikan serta-merta tindakan membunuh para penunjuk perasaan yang terdiri dari kalangan masyarakat awam sebelum keadaan menjadi semakin parah dan berharap agar perisytiharan darurat di negara itu dapat ditarik balik secepat mungkin, selari dengan semangat kemenangan di bulan Syawal yang berbaki beberapa minggu lagi.

Dalam pada itu, kami mahukan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Liga Arab mengadakan mesyuarat segera dan menetapkan resolusi bagi membolehkan campur tangan kemanusiaan di Mesir bagi menyelamatkan nyawa orang awam, jika keadaan huru-hara itu gagal ditamatkan segera oleh pihak berkuasa Mesir.

Pergerakan Pemuda UMNO juga ingin menasihatkan rakyat Malaysia di sana terutama para pelajar untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa di laman-laman sosial dan berhubung dengan Kedutaan Malaysia di sana bagi mengetahui kenyataan rasmi negara dan Kementerian Luar.

*Kenyataan Media Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berhubung isu di Mesir ini dipetik dari FaceBook Khairy Jamaluddin*

 

HARAM Rakyat Mesir Bangkit Lawan Kerajaannya kata Ulama Muda UMNO..

Posted: 15 Aug 2013 11:30 PM PDT


Berikut adalah ringkasan pernyataan Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang disiarkan secara lansung Al Jazeera, Rabu (14/8/2013) mengenai tragedi serangan dan pembunuhan Umat Islam di Mesir oleh pihak tentera negara itu..

1. Menjadikan hari ini - Jumaat (16/8/2013) sebagai Hari Kemarahan Umat Islam Dunia kepada tentera Mesir pimpinan As-Sisi.

2. Seluruh Umat Islam di negara-negara Muslim supaya turun ke jalan beserta anak dan keluarga mereka melakukan demontrasi aman.

3. Turun ke jalan melakukan demonstrasi aman ini hukumnya Fardhu 'Ain bagi setiap muslim yang tidak mempunyai uzur syar'i.

4. Keselamatan para demonstran Al-Haq ini berada di tangan Allah, tidak akan terjadi apapun kepada mereka kecuali yang sudah Allah kehendaki.

Dan ini pula kenyataan Ulama Muda UMNO mengenai tindakan rakyat Mesir yang bangun menentang rampasan kuasa oleh pihak tentera itu suatu ketika dulu..

"Lawan kerajaan dan tidak taat kepada kerajaan adalah haram dan tidak betul, kita hendaklah berhemah dan beradap dengan Kerajaan..,

Dengan ini Ulama Muda UMNO sependapat menolak mana-manapun rakyat yang tidak taat kepada Kepada Kerajaan baik Ketua Ulama mahupun rakyat biasa..

Setiap demonstrasi adalah HARAM, Bersih 3.0 dan demonstrasi rakyat Mesir juga HARAM..

Berikut adalah video apa yang dinyatakan oleh Ulama Muda UMNO itu..

 

Dengan ribuan rakyat Mesir dilaporkan dibunuh dan dicederakan berikutan keganasan yang dilancarkan pihak Tentera baru-baru ini.. masih kekal atau sudah berubah pendiriannya itu?

Sumber video dari SINI

The Edge Review pula dedahkan tawaran Najib kepada Anwar.. dengan lebih lengkap..

Posted: 15 Aug 2013 08:26 PM PDT


Bila aku tambah sikit info dari pendedahan yang dibuat oleh Asia Sentinel mengenai tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan oleh Najib kepada Anwar Isnin lalu (di SINI).. ada macai UMNO dah meroyan..

Komennya "Satu lagi temberang oleh al Jub mengidam nk jd PM ngalah kan org bunting"..

Sekarang The Edge Review pula mendedahkan dengan lebih lengkap.. Apa pula macai UMNO tu nak kata kali ni agaknya?

Permusuhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dijangka menular dalam Umno bagi tempoh beberapa minggu akan datang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiyakan pembangkang berbincang secara rahsia dengan perdana menteri Malaysia itu untuk membentuk kerajaan perpaduan. 
Majalah digital The Edge Review hari ini melaporkan bahawa dua strategi yang dilakukan Najib iaitu memberi habuan politik kepada `warlords' dan penyokong utama dengan pelbagai jawatan dan rundingan rahsia dengan Anwar menerusi pegawai khas yang dipercayai dan ahli politik Indonesia, tidak berjalan dengan baik bagi perdana menteri ke-6 itu. 
Difahamkan perbincangan rahsia itu dikendalikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail – kedua-duanya adalah sahabat baik dari zaman Pemuda Umno mereka. 
"Tindakannya untuk mengukuhkan kedudukan politik dalam Umno mengasingkan persempadanan utama dalam parti dan menimbulkan kemarahan di kalangan individu berkuasa, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin, yang secara tertutup mendorong kepada perubahan kepimpinan," kata majalah digital itu dalam edisi mingguannya yang terkini.

"Anwar, ditendang keluar dari Umno oleh Dr Mahathir pada 1998, dilihat sebagai lawan yang sering mencerca oleh golongan elit Umno, dan penganalisa berkata tindakan Najib untuk membuka ruang berbincang dengan ketua pembangkang itu pastinya dilihat sebagai pengkhianatan kepada parti," tambahnya dalam laporan bertajuk `Malaysia's political tensions set to escalate'. 
Majalah itu berkata, perkembangan terbaru itu boleh memberi kesan terhadap pertempuran kepimpinan apabila Umno mengadakan pemilihan partinya pertengahan Oktober depan. 
Pembantu rapat perdana menteri mengakui bahawa tempoh tiga bulan akan datang akan menjadi sangat penting, kata majalah itu."Jika beliau berjaya dalam pemilihan Umno, maka beliau akan dapat lihat mandat yang diberikan," kata seorang penasihat Najib, yang turut menyatakan kumpulan menentang perdana menteri itu semakin membesar setiap hari. 
Majalah itu menyatakan Malaysia terperangkap dalam keadaan politik yang menakutkan sejak 2008, apabila Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno hilang pegangan majoriti dua pertiganya di Parlimen. 
Umno meletakkan kesalahan kepada kelemahan pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badwi dan memaksanya melepaskan jawatan kepada Najib pada April 2009.

Masalah Najib ialah beliau mendapat sokongan lebih teruk dari pengundi berbanding Abdullah, kata The Edge Review.Barisan pimpinan Najib bukan saja gagal memperbaiki bilangan barisan mereka di Parlimen, tetapi ia juga kalah dalam undi popular, hanya memperolehi 47 peratus berbanding 51 peratus undi popular milik pembangkang.

Ia menjadi jumlah paling teruk diperolehi BN sejak kemerdekaan pada 1957, kata majalah itu."Masalah utama PM ialah kegagalan keputusan pilihan raya umum lalu belum dapat dipulihkan. Beliau datang sebagai pemimpin yang lemah, bukan saja kepada parti tetapi keseluruhan negara," kata ahli perniagaan Malaysia yang terkenal, dan mempunyai hubungan baik dengan Najib sekeluarga, kepada majalah itu. 
The Edge Review berkata, Najib mengekalkan cara rendah diri sejak pilihan raya umum, jarang muncul di kalangan awam dan mengambil pendekatan berdiam diri dalam beberapa cabaran yang melanda negara seperti kemerosotan ekonomi, peningkatan kadar jenayah dan polarisasi perkauman. 
Beliau belum lagi menambah ketegangan agama yang kini semakin membesar, terutama di kalangan kumpulan Islam berhaluan kanan yang menunjukkan hanya sedikit toleransi dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan etnik, kata majalah itu. 
Kerajaan Najib juga gagal mengemukakan cadangan lebih jelas bagaimana mengendalikan situasi keselamatan negara yang semakin membimbangkan, apabila jumlah kejadian tembak dan pembunuhan meningkat secara mendadak dalam beberapa bulan terakhir ini, tambahnya. 
Majalah itu berkata, satu lagi cabaran besar ialah masalah ekonomi negara, hutang sektor awam yang meningkat, yang menyebabkan awal bulan ini Fitch Ratings merendahkan pengadaran kredit negara dari kepada `negatif' daripada `stabil'. 
"Teguran Fitch itu menyebabkan mata wang tempatan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat, dan jika Najib tidak mengambil tindakan tepat untuk menangani kewangan awam negara dalam bajet akan datang, ahli ekonomi berkata, Malaysia mungkin terpaksa mendapatkan dana asing. 
"Melihat kepada keadaan kepimpinan itu, paralisis polisi dan tekanan sosial mendalam, prospek terhadap pembentukan kerajaan perpaduan untuk Malaysia kelihatan lebih menarik, kata beberapa ahli ekonomi," tulis majalah itu.Majalah itu berkata, mereka sudah menyiarkan berita mengenai kemungkinan perjanjian damai antara Najib dan Anwar pada April, tetapi ia tidak diendahkan oleh media arus perdana negara ini. 
"Ahli politik Umno dan pegawai khas Anwar berkata, perbincangan itu yang diuruskan bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendapat momentum baru beberapa bulan kebelakangan ini, dengan kedua-dua pemimpin politik Malaysia itu masing-masing melantik wakil untuk menyenaraikan butiran terperinci yang mungkin boleh membentuk proses perdamaian," katanya. 
The Edge Review melaporkan ahli politik berkata, wakil Najib iaitu Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sudah beberapa kali mengadakan perbincangan tertutup dengan Saifuddin. 
"Mesyuarat terakhir antara kedua-dua wakil itu ialah pada pertengahan Julai, selepas Jusuf Kalla mengadakan perbincangan berasingan dengan Najib dan Anwar, kata sumber terdekat dengan perbincangan itu."Dalam sesi itu, Zahid menyampaikan permintaan Najib supaya Anwar secara umum memaklumkan bahawa beliau terbuka untuk perbincangan perdamaian dengan parti pemerintah," kata laporan The Edge Review. 
Permintaan Najib yang lain ialah Anwar secara umum mengiktiraf keputusan pilihan raya umum pada Mei lalu, beritahu seorang ahli politik yang rapat dengan perbincangan antara Zahid dan Saifuddin kepada majalah itu.Anwar akhirnya bersuara mengenai perbincangan itu minggu ini, apabila beliau dipetik menerusi portal berita Asia Sentinel bahawa Najib ada memintanya untuk melihat kemungkinan pembentukan kerajaan perpaduan. 
Asia Sentinel memetik Anwar sebagai berkata, beliau memberitahu Najib bahawa kerajaan perlu menghentikan serangan perkauman oleh kumpulan yang dikawal Umno terhadap masyarakat Cina dan India sebelum sebarang perkembangan mengenai kerajaan perpaduan dapat dilakukan."Saya kata isu asas perlu diselesaikan, akhiri perkara perkauman. 
Perlu ada komitmen yang jelas untuk reformasi dan perubahan," Anwar berkata kepada Asia Sentinel, dan menambah beliau belum menerima maklum balas daripada Najib. 
Beberapa rakan lama Najib memberitahu The Edge Review mereka tahu mengenai perbincangan itu, tetapi mereka tidak percaya ia membabitkan terlalu banyak perkara."Ia tidak akan berlaku kerana Umno tidak akan membenarkanya," kata seorang pegawai bank kanan yang sering memberi nasihat mengenai ekonomi utama negara. 
Tetapi, majalah itu berkata, masih kurang jelas bagaimana reaksi golongan eliti Umno terhadap urusan rahsia Najib dengan Anwar dan petanda pertama akan hanya muncul dalam mesyuarat bahagian parti yang akan bermula Oktober depan. 
Majalah itu memetik Pengarah Merdeka Center, firma kajian pendapat di Malaysia, Ibrahim Suffian yang berkata, pembuka kata Najib terhadap perbincangan terbuka dengan Anwar boleh memberi dua kesan berbeza dalam satu masa. 
"Ini mungkin cara beliau menyampaikan pesanan bahawa beliau bersedia untuk membuka sisi baru untuk mengurangkan kehilangan sokongan dalam Umno," katanya kepada The Edge Review. 
"Tetapi, ia juga risiko amat besar, kerana ia dengan mudah merangsang pembangkang terhadapnya." ~The Malaysian Insider

Apa yang aku belajar sepanjang terlibat dengan kerja-kerja dalam politik ni ialah.. "Matlamat akan menjadikan lawan sebagai kawan dan kawan pula boleh ditukar menjadi lawan...."

Jihad Seks kini ditawarkan di Iran..

Posted: 15 Aug 2013 05:00 PM PDT


Apa punya gila puak-puak di negara ini.. Di Iran sebuah Syarikat sedang mencari perkerja-pekerja dari kaum wanita untuk satu perkhidmatan yang dinamakan sebagai "Jihad Seks".

Keterangan pekerjaan:

Kami memerlukan wanita lingkungan umur 12-35 tahun bagi membantu Mujahidden Syiah dalam peperangan di Syria.

Bekerja hanya untuk 25 hari sahaja.

Gaji:
1)5 jam: 50 dollar (50,000 toman)
2)1 hari: 75 dollar (75,000 toman)
3)2 hari: 100 dollar (100,000 toman)
4)3 hari: 150 dollar (150,000 toman)
5)4 hingga 10 hari: 300 dollar (300,000 toman)

dan bagi mereka yang masih ada DARA dan untuk kali pertama 150 dollar.

Jadi anda dapat lihat sendiri yang mereka tidak pernah menghormati Islam dan wanita, bagi mereka wanita sungguh rendah tarafnya.

* Terjemahan oleh Ibnu Hasyim dari sumber asal yang disiarkan oleh Russia Today di ( SINI ) *

Rampasan kuasa Mesir dan pengajaran dari Turki oleh Anwar Ibrahim

Posted: 15 Aug 2013 09:05 AM PDT


Sesetengah pihak menggelarnya pengakhiran kepada politik Islam, sebahagian lain lebih cenderung kepada 'detik-detik sukar' namun ada juga berdalih dari kenyataan 'penglibatan tentera'.

Jadi, mengapa pengibar bendera demokrasi seperti AS dan Kesatuan Eropah (EU) tidak mampu atau tidak bersedia mengakui rampasan kuasa itu rampasan kuasa? Jerman bertindak sedikit baik dengan mengatakan situasi yang berlaku di Mesir sebagai "satu tamparan besar terhadap demokrasi di Mesir", walaupun negara-negara Barat selebihnya cuba menyembunyikan kejahatan mereka dengan semata-mata panggilan akan sekatan dan mengelakkan keganasan. Tetapi kegagalan merujuknya sebuah rampasan kuasa, apalagi mengutuknya, memperlihatkan sikap pilih kasih terhadap demokrasi.

Tunisia mengutuk penggulingan Mursi sebagai "rampasan kuasa terang-terangan", yang menjejaskan demokrasi dan akan menyuburkan radikalism. Dalam sebuah ucapan di Istanbul pada 5 Julai, Perdana Menteri Turki, Erdogan mengutuknya: "Tidak kira di mana atau siapa yang disanggah, rampasan kuasa kesannya merosakkan, tidak berperikemanusiaan dan menentang hak rakyat, hak nasional dan demokrasi".

Dalam kritikannya yang penuh semangat, Erdogan tidak hanya memberi respon seperti yang dijangka tetapi dia juga mengaitkan dengan belajar dari sejarah Turki. Mesir masih berkemampuan menemui harapan baru seperti Turki, negara yang telah menyusuri perkembangan demokrasi dengan sejarah rampasan kuasa yang pahit dan menyakitkan.

Lantas, perlembagaan demokrasi Mesir yang baru ditempa, masih rapuh dan belum kukuh sekaligus ditumbangkan. Tiada topeng- seperti melantik ketua hakim Mahkamah Tertinggi untuk mengetuai 'kerajaan sementara'- dapat mengubah fakta bahawa kuku besi tentera telah memutarkan kembali jam negara Arab paling berpopulasi di dunia.

Sebahagian mewajarkan rampasan kuasa 30 Jun atas asas bahawa Revolusi 25 Januari pada 2011 yang menggulingkan Mubarak juga dibantu oleh tentera Mesir. Tapi analogi tersebut tidak benar. Ketika Revolusi menyaksikan diktator yang telah memerintah secara kejam selama 30 tahun ditumbangkan, ini adalah penggulingan seorang presiden yang telah dilantik secara demokratik melalui pihanraya yang adil dan bersih. Perbezaan kedua-duanya terlalu ketara: seorang mendapat kuasa kerana tentera, manakala seorang lagi mendapat kuasa atas mandat rakyat tetapi diketepikan oleh tentera.

Kebisuan Barat

Ketika jentolak sedang membongkar kubu-kubu dan khemah-khemahdi Dataran  Rabi'ah
Wanita ini dengan berani  berteriak lantang: "Bantu kami ya Allah, kami sama sekali tidak bersenjata"

Dengan kekal membisu ketika tentera menerbitkan ultimatum kepada Presiden Mursi, Barat menjadi subahat. Kegagalan mengecam rampasan kuasa setelah fakta membuktikan kebersalahannya mencetuskan debat akan ketidakseragaman dalam polisi luar Barat apabila kudeta melibatkan negara-negara yang diperintah oleh parti-parti yang dipilih secara demokratik cenderung kepada politik Islam.

Sesetengah pengulas telah berkata mengenai pertembungan antara Islamis dan Liberalis menjadi sebab utama akan kejatuhan Mursi. Mesir, seperti yang ditegaskan, tidak mahu kerajaan ala-Taliban. Selain dari fakta bahawa ia hanya disokong dengan hujah yang lemah, ia juga diletakkan dalam konteks yang salah. Mursi tidaklah jatuh- dia digulingkan oleh tentera dalam rampasan kuasa yang terang dan nyata. Tambahan pula, walaupun ada sifat autokratik berlebihan dalam meluluskan dekri Presiden yang ditentang ramai, namun menyamakan Ikhwan Muslimin dan Taliban adalah satu kejahilan yang tidak dapat diterima dan lebih parah daripada Islamophobia.

Lebih dekat dengan kebenaran ialah mungkin saki-baki rejim Mubarak telah merampas hari tersebut untuk kembali berkuasa yang telah diambil, tidak serta merta selepas revolusi, tetapi selepas Ikhwanul Muslimin mendapat kuasa. Bahkan, mungkin tidak keterlaluan untuk menyatakan revolusi-balas telah dirancang oleh mereka yang ingin menuntut kembali kegemilangan yang telah hilang.

Semua pelantikan jawatan utama setelah rampasan kuasa dilakukan oleh tentera. Nama-nama ini bergema harmoni dengan mereka yang tidak menolak akan kembalinya praetoria Mesir tetapi menggerunkan mereka yang percaya orang-orang bawahan Mubarak telah dikuburkan selayaknya. Pelajaran-pelajaran sejarah telah dipandu jelas di sini.

Sejarah moden Turki mengingatkan kita akan tindakan tanpa henti tentera melaksanakan siri kudeta dalam usaha mendapatkan kuasa dan keistimewaan. Rakyat Turki tidak diberikan demokrasi secara mudah. Sebagaimana yang sedang kita saksikan di Mesir, rakyat Turki terpaksa berjuang gigih untuknya dan lebih payah untuk mengekalkannya. Harganya darah, peluh dan airmata bagi mereka yang bersatu oleh kecintaan akan kebebasan dan demokrasi dan mensabitkan peranan tentera ialah melindungi negara, bukannya menentukan kerajaan yang memerintah. Pemilihan kerajaan hanya boleh dilaksanakan melalui kotak undi.

Demokrasi perlu dibayar dengan harga yang mahal tetapi kesukaran dan kesengsaraan dibawah pemerintahan tentera lebih payah. Seperti yang Perdana Menteri Erdogan nyatakan, " setiap rampasan kuasa melumpuhkan ekonomi Turki, membazirkan aset-aset Turki dan mengakibatkan negara, bangsa dan pemuda khususnya, terpaksa membayar dengan harga yang tinggi." Rakyat Mesir juga membayar harga yang mahal untuk revolusi dan kini menanggung beban sekali lagi kerana mempertahankannya. Ini ditujukan kepada rakyat Mesir, kemuncaknya ketika pembunuhan beramai-ramai lebih 100 orang penyokong Mursi dan ahli-ahli Ikhwan sekitar Masjid Rabiatul Adawiyah di Kaherah.

General Tentera Abdul Fattah as-Sisi dan pimpinan kerajaan sementara yang tidak sah mesti bertanggungjawab atas darah yang telah ditumpahkan tangan-tangan mereka. Penyembelihan rakyat yang tidak bersalah mesti dikecam. Cubaan untuk menjustifikasikan rampasan kuasa atas 'sebab-sebab aneh' seperti kelemahan pentadbiran Mursi, sifatnya yang eksklusif, dan protes oleh jutaan rakyat Mesir, adalah cetek dan sangat subjektif.

Apatah lagi, bukti-bukti yang dipercayai menunjukkan bahawa banyak demonstrasi jalanan yang menuntut penggulingan Mursi ditaja oleh bantuan asing dan badan-badan kerajaan serantau. Dalam mana-mana keadaan, sejak bila protes secara besar-besaran membenarkan akan pengambil alihan kuasa oleh tentera? Dalam demokrasi, tekanan boleh diberikan melalui demonstrasi di jalan-jalan agar kerajaan yang berkuasa sentiasa 'keep-in-check' tetapi pemerintahan yang dilantik secara demokratik tidak wajar ditumbangkan melalui protes jalanan ataupun desakan tentera.

Apa seterusnya untuk Mesir?

Dialog perdamaian adalah sia-sia seperti mana ianya retorik kosong. Panggilan untuk kesatuan dan perdamaian adalah suatu perkara tetapi apabila ia berpunca dari satu pihak yang menjadi perampas, ruangan sempit menjadi semakin kecil. Apalagi penyelesaian dengan pistol diacu kearah kepala satu pihak. Bersama dengan mereka yang berpemikiran keadilan dan menyokong demokrasi, saya menambah suara saya menyeru Barat, khususnya Amerika untuk melakukan perkara yang sepatutnya. Bantuan berbilion dollar dalam ketenteraan dan ekonomi kepada Mesir seharusnya bantuan atas nama demokrasi dan hak asasi manusia, bukannya sokongan ke atas rampasan kuasa. Presiden Mursi mestilah dikembalikan ke pejabatnya yang hak dan sebagai balasannya pula, memulakan dialog nasional yang meliputi semua pihak.

Ini bukanlah kegagalan revolusi. Ini adalah rampasan kuasa yang dipinjamkan atas pemberontakan rakyat, menukarkan Arab spring kepada musim sejuk yang tidak menenangkan. Perjalanan demokrasi sebenar tidak mungkin pernah berjalan mudah. Apatah lagi demokrasi yang baru berputik seperti di Mesir. Mereka yang dipilih secara demokratik mesti dibenarkan untuk menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka, atau sekurang-kurangnya dalam situasi yang mendesak dimana rakyat inginkan mandat baru, membenarkan pilihan raya semula diadakan. Selagi mana pemerintah patuh kepada proses perlembagaan dan mendukung undang-undang, tiada justifikasi moral atau perundangan untuk mengalihkan mereka.

Rakyat Mesir berdiri teguh, bersatu dan berjuang habis-habisan dalam menamatkan 6 dekad dibawah kediktatoran tentera demi menikmati kebebasan dan demokrasi sebenar. Marilah kita bersama-sama tidak bersubahat dengan rampasan kuasa yang melanggar konstitusi dan tidak bermoral. Mari bersama kita memainkan peranan kita untuk melihat rakyat Mesir meraikan kemenangan Revolusi 25 Januari.


Anwar Ibrahim 
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

* Terjemahan dari artikel "The Egyptian coup and the lessons of Turkey" yang disiarkan Al-Jazeera oleh Mesir Kini *

Tiada ulasan: