BRIGED MP SEGAMBUT |
- LEMBU PUNYA PASAL:RAMAI YG NAK SEMBELIH DIA..KASIHAN KASIHAN..
- APE YG ALI RUSTAM TENGOK NI..ALAHAI ASIK ASIK..
- KERAJAAN PERPADUAN UMNO PKR BELU DAPAT RESTU PEMIMPI KANAN?
LEMBU PUNYA PASAL:RAMAI YG NAK SEMBELIH DIA..KASIHAN KASIHAN.. Posted: 14 Aug 2013 07:30 AM PDT Anggota exco Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun menyokong cadangan agar lebih ramai pemimpin sayap parti itu tampil untuk mencabar Datuk Shahrizat Abdul Jalil dalam pertandingan untuk jawatan ketua Wanita. Laporan Berita Harian menyebut, Azizah turut mencadangkan agar langkah berkenaan diperluas untuk jawatan lain dalam pemilihan tersebut. "Saya amat setuju jika pemilihan bagi jawatan ketua Wanita Umno dibuka kepada lebih ramai calon yang berkaliber, malah langkah sama perlu dilakukan terhadap jawatan lain dalam parti," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar itu. Azizah, yang menawarkan diri bertanding naib ketua Wanita Umno, mengulas cadangan presiden Majlis Bekas Wakil Rakyuat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman yang mahu pemilihan ke jawatan itu tidak wajar terhad kepada dua calon. Sehingga kini, hanya ahli parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman telah mengesahkan akan mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi jawatan tersebut. Shahrizat sebelum ini juga mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mencabarnya. Beliau turut menasihatkan Azalina agar tidak membawa budaya 'anak mencabar ibu' dalam pemilihan akan datang. |
APE YG ALI RUSTAM TENGOK NI..ALAHAI ASIK ASIK.. Posted: 13 Aug 2013 10:29 PM PDT Bekas pengerusi perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masih belum membuat keputusan sama ada akan merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan akan datang. Beliau juga masih belum membuat keputusan jika akan mempertahankan kedudukannya dalam Majlis Tertinggi Umno. "Nantilah...saya akan cakap mengenainya apabila tiba waktu yang sesuai. Tengah tengok-tengok dahulu," kata beliau seperti dilaporkan Berita Harian hari ini. Laporan itu menyebut, Mohd Ali minggu lalu dikatakan akan bertanding jawatan itu selepas menerima banyak sokongan daripada akar umbi. Laporan Bernama pada awal bulan ini menyebut Mohd Ali telahpun mengesahkan untuk bertanding, tetapi belum mengesahkan jawatan yang akan direbutnya itu. Bekas ketua menteri Melaka itu dihalang daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti pada 2009 kerana didapati melanggar peraturan pemilihan Umno. Setakat ini, tiga penyandang naib presiden – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka. Sementara itu, Umno Selangor pula menyatakan sokongan padu di belakang Datuk Seri Noh Omar untuk jawatan pengerusi perhubungan negeri, dan timbalannya Datuk Abdul Shukur Idrus. 22 bahagian Umno Selangor menyatakan demikian dalam mesyuarat khas pada Jun lalu, menurut satu lagi laporan Berita Harian hari ini. Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Amiruddin Setro. "Semua ketua bahagaian sudah bincang dan sepakat memilih Noh dan Abdul Shukur, sebelum ia dikemukakan kepada perdana menteri dan dipersetujui," katanya seperti dipetik akhbar itu. |
KERAJAAN PERPADUAN UMNO PKR BELU DAPAT RESTU PEMIMPI KANAN? Posted: 13 Aug 2013 06:23 PM PDT Rundingan perdamaian yang dikemukakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan perpaduan digerakkan oleh seorang setiausaha politik dan ahli perniagaan terkemuka dari Indonesia tanpa pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menurut satu sumber dari Barisan Nasional (BN). Sumber memberitahu The Malaysian Insider, rundingan itu tidak mendapat persetujuan pemimpin tertinggi meskipun Anwar mengesahkan kepada portal berita Asia Sentinel bahawa bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla bertindak sebagai orang tengah. "Ia dimulakan oleh seorang setiausaha politik dan ahli perniagaan terkenal Indonesia. Mereka mengambil berat terhadap masa depan Malaysia," jelas sumber berkenaSumber lain mengesahkan rundingan itu manakala satu sumber dari Pakatan Rakyat (PR) memberitahu butiran rundingan itu hanya diketahui oleh Ketua Umum PKR. The Malaysian Insider dimaklumkan kemungkinan pertemuan di antara Najib dan Anwar pada Jun lalu di Jakarta namun dinafikan oleh kedua-dua pemimpin itu. Namun Anwar baru-baru ini mengakui ada usul perdamaian yang dikemukakan Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas BN menang 133 kerusi Parlimen kurang lapan kerusi berbanding PRU12. PR mendapat undi popular 51 peratus namun gagal menawan Putrajaya, yang mengandaikan ada perbincangan kerajaan perpaduan sebulan selepas PRU13. Dalam wawancara bersama Asia Sentinel, Anwar berkata usaha perdamaian diusulkan Najib namun beliau menyampaikan mesej melalui pengantara bahawa serangan Utusan Malaysia kepada kaum Cina dan India harus dihentikan sebelum apa-apa rundingan dibuat. Anwar mengenakan syarat bagi mengurangkan ketegangan kaum di Malaysia. "Saya menjelaskan isu pokok harus jelas, akhiri budaya rasis maka pasti wujud komitmen dan persefahaman untuk pembaharuan," katanya. Anwar masih belum menerima sebarang jawapan daripada Najib meskipun rundingan melalui Kalla berlalu beberapa minggu. Sebelum ini, Kalla gagal dalam percubaan meraih perhatian kedua-dua pemimpin itu bagi menerima keputusan PRU13. Tidak dapat dipastikan alasan Najib mencadangkan kerajaan perpaduan yang bakal mengundang kebencian Umno terhadap Anwar dan rakan-rakannya dalam PR. - 14 Ogos 2013. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan