Rabu, 14 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tengok nih.. Nazri Aziz lantik anaknya jadi Pegawai Khas Kementerian Pelancongan la..

Posted: 14 Aug 2013 08:24 AM PDT


Ini adalah website rasmi Kementerian Perlancungan dan Kebudayaan Malaysia, rujuk di sini, jelas tertera nama anak Menteri kementerian berkenaan, Nedim bin Nazri Aziz dilantik sebagai Pegawai Khas.

Apa rasionalnya anak sendiri dilantik sebagai Pegawai Khas kementerian. Bukankah anaknya sudah kaya raya dengan harta kekayaan dan perniagaan keluarga?

Apakah rasionalnya anaknya itu menghabiskan masa dengan jawatan yang rendah dengan gaji yang tidak seberapa?

Bagaimana penyokong-penyokong Kerajaan hendak mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka sekiranya golongan ini mementingkan nepotisme dan kronisme?

Tidak perlu kita berkokok mengatakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz dan sebagainya menaikkan anak-anak mereka sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sendiri melakukan sedemikan.

Tambahan pula si anak Menteri ini memang umum sudah mengetahui berperangai "playboy" dan gambar-gambar sensasinya bertebaran di internet.. contohnya di ( SINI )

Apakah tidak akan berlaku penyelewengan kuasa apabila bapa dan anak menerajui sebuah kementerian yang banyak menerima peruntukan perbelanjaan negara.

Apakah lawatan Menteri ke mana-mana negara akan disusuli dengan Pegawai Khasnya serta artis yang tengah digila-gilakan oleh anak Menteri berkenaan iaitu Nora Danish?

Apakah anak Menteri berkenaan berkuasa penuh di dalam kementerian seperti mana menantu seorang Mantan Perdana Menteri yang berkuasa penuh di Tingkat 4 suatu masa dulu?

Banyaknya persoalan.. tapi bukan aku yang persoalkan.. yang persoalkan kesemua di atas ialah Blogger Pro UMNO, blognya boleh dilihat di ( SINI )


Rakaman CCTV Suami Belasah Isteri Dalam Lif Didepan Anak-anak Pula Tersebar..

Posted: 14 Aug 2013 01:50 AM PDT


Rakaman CCTV ini menunjukkan seorang wanita sedang dibelasah di dalam lif telah dimuatnaik kelaman FaceBook oleh individu yang menggunakan nama Mohd Yunus AR.

Menurut beliau rakaman CCTV ini telah diperolehi dari pihak Hospital dengan tujuan untuk dijadikan sebagai bahan bukti bagi melaporkan kejadian kepada pihak Polis.

Video yang telah dimuat naik pada 13 Ogos 2013 ini sehingga kini telah dikongsi oleh lebih dari 5,000 individu di laman FaceBook.

Dalam rakaman ianya menunjukkan wanita malang ini telah dipukul berulang kali oleh seorang lelaki yang merupakan suaminya sendiri di hadapan dua orang anak kecil.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun banyak pihak mengatakan tindakan lelaki ini terhadap wanita yang juga merupakan isterinya sendiri ini adalah tidak wajar sama sekali.

Meskipun wanita tersebut adalah isterinya, beliau tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa dikhalayak awam.

Tambahan pula tindakan memukul isterinya itu telah dilakukan di hadapan dua orang anak mereka yang masih kecil, yang pasti akan mendatangkan kesan psikologi terhadap dua kanak-kanak itu.


Menurut Mohd Yunus AR, beliau telah melaporkan kejadian di IPD Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Anggota Polis yang bertugas telah mengambil laporan mengenai kejadian tersebut namun menegaskan tiada sebarang tindakan boleh diambil.

Kerana menurut Pegawai Polis itu kejadian adalah urusan rumah tangga dan disamping itu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang kekal.

Harap kawan2 suma tonton video ni sampai abis dan tlg bg komen dan pendpat skit kat lelaki dayus yg pukoi kak aku ni. P repot polis polis kata tak leh ambik tindakkan pasai tk mendatangkan kecederaan kekal. Abg polis oi tkkan nk tgu kakak aku mati atau cacat br nk ambik tindakkan kot. Tlg share...and komen ~ Mohd Yunus AR

Bagaimanapun setelah video ini tersebar luas dilaman FaceBook dan juga Blog, pihak Polis telah memanggil wanita yang menjadi mangsa itu untuk diambil semula keterangan..

Thanks to all fb fren2 yg membantu dlm kes kakak saya. Untuk pengetahuan semua skrg kakak saya telah dpanggil balik untuk diambil kterangan semula dan mungkin ada tindakan susulan lepas ini. Tujuan saya post video ini bukanlah untuk memalukan sesiapa. Tp kami rasa agak terkilan apabila pegawai itu memberikan jawapan yg tidak munasabah dan mengambil sikap acuh tk acuh dlm mengendalikan satu kes. Jika benar pun polis tk buleh ambil tindakkan dlm kes seperti ini beliau harus memberitahu @ menasihati saluran mnkah yg sepatutnya kami pergi. Al maklumlah kami org kampung mana nk tau. Tau p balai polis jalah. Apa2 pun saya sekali lagi ingib mengucapkan ribuan terima kasih dah memohon maaf kepada semua yg mana yg saya tk sempat reply komen, mesej dan add fren. Rakyat malaysia memang perihatin. People power... ~ Mohd Yunus AR

Dan berikut adalah ulasan Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya yang dipetik dari laman FaceBook beliau mengenai insiden ini..

DALAM suasana terkini yang hangat membincangkan tentang poligami, pagi ini saya dipertontonkan video dua minit lebih 'kebodohan' seorang suami yang begitu keras sehingga membelasah si isteri bertubi-tubi disaksikan dua pasang mata putera dan puteri mereka di dalam sebuah lif. 
Walau apapun alasan yang si suami berikan bagi menghalalkan pukulan-pukulan kebinatangan itu, Islam tetap mengharamkannya. 
Jangan sesekali menyelewangkan tafsiran ayat 34 Surah al-Nisaa' yang membenarkan pukulan untuk mengajar isteri yang nusyuz. 
Terlalu banyak ayat ALLAH dan petunjuk Nabi SAW tentang kasih sayang dan tolak ansur yang wajib disemai di dalam rumahtangga berbanding hanya satu sahaja ayat yang membenarkan suami memukul isteri dengan syarat yang ketat. 
Jelas melalui hadith Hajjatul Wadaa' yang diriwayatkan al-Tirmidzi bahawa dibenarkan memukul isteri setelah sabit nusyuudznya dengan ضَرْبًا غَيرَ مُبَرِّح pukulan yang tidak menyakitkan (iaitu ia bertujuan untuk mengajar dan islah). 
Begitu juga terang panduan Nabi kepada Mu'aawiyah bin Haydah RA yang bertanya tentang hak-hak isteri sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, antaranya tidak dibenarkan memukul isteri di wajahnya juga tidak dibenarkan mencelanya. 
Namun, jika beginilah (seperti di dalam video) reaksi suami jika benarpun ada di sana kesalahan dari pihak isteri, ia jelas merupakan satu tindakan tidak berakal. 
Islam sentiasa ada solusi kepada apa jua permasalahan termasuk masalah rumahtangga.
Dan solusi Islami ialah sebaik-baik solusi bagi mereka yang berfikir. 
Antara jalan penyelesaiannya ialah perceraian yang syarie. 
Sungguh ia akan membawa hidup yang baru buat kedua suami dan isteri. 
Sayangnya, kita sering malu tak kena pada tempat. 
Lebih malu untuk bercerai sedangkan itulah syariah, tapi tidak malu untuk sering berperang mulut dan tangan serta kaki di hadapan anak-anak yang saya pasti perceraian yang syari'ie jauh lebih memberi kesan yang baik di dalam kehidupan mereka yang mendatang. 
Menjadi penonton setia kepada gusti mulut dan tangan antara ibubapa mereka, akan memberi impak yang sudah pasti negatif apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Inilah kesannya apabila urusan nikah cerai dipayahkan. Ia benar-benar menyiksakan.

Dalang Kerajaan Perpaduan Najib Anwar Pula didedahkan!!

Posted: 13 Aug 2013 10:03 PM PDT


Menurut sumber dari Barisan Nasional ini tawaran kepada Anwar untuk membentuk kerajaan Perpaduan ini sememangnya ada.. tapi kononnya tanpa pengetahuan Najib..

Jika dikatakan ianya adalah tanpa pengetahuan Najib, ianya adalah satu pembohongan dan boleh diangap sebagai langkah untuk menyelamatkan Najib dari menjadi mangsa sumpah seranah Tun Mahathir.

Sebabnya selain Khairy.. Anwar adalah musuh utama Tun Mahathir.. mana mungkin beliau benarkan Anwar kembali ke dalam kerajaan yang ada?

Tanpa pengetahuan Najib dikatakan satu pembohongan kerana apa yang telah ditawarkan kepada Anwar memerlukan kebenaran Najib untuk perlaksanaannya.. apa yang ditawarkan sila baca di ( SINI ).

Manakala sumber dari Pakatan Rakyat pula telah mengesahkan bahawa Anwar tidak pernah menyatakan perkara mengenai rundingan ini kepada Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat kecuali kepada beberapa individu dalam KeAdilan Cabang Permatang Pauh...

Kerajaan perpaduan: Inspirasi pembantu dan ahli perniagaan
Rundingan perdamaian yang dikemukakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan perpaduan digerakkan oleh seorang setiausaha politik dan ahli perniagaan terkemuka dari Indonesia tanpa pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menurut satu sumber dari Barisan Nasional (BN). 
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, rundingan itu tidak mendapat persetujuan pemimpin tertinggi meskipun Anwar mengesahkan kepada portal berita Asia Sentinel bahawa bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla bertindak sebagai orang tengah. 
"Ia dimulakan oleh seorang setiausaha politik dan ahli perniagaan terkenal Indonesia. Mereka mengambil berat terhadap masa depan Malaysia," jelas sumber berkenaan. 
Sumber lain mengesahkan rundingan itu manakala satu sumber dari Pakatan Rakyat (PR) memberitahu butiran rundingan itu hanya diketahui oleh Ketua Umum PKR. 
The Malaysian Insider dimaklumkan kemungkinan pertemuan di antara Najib dan Anwar pada Jun lalu di Jakarta namun dinafikan oleh kedua-dua pemimpin itu. 
Namun Anwar baru-baru ini mengakui ada usul perdamaian yang dikemukakan Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas BN menang 133 kerusi Parlimen kurang lapan kerusi berbanding PRU12. 
PR mendapat undi popular 51 peratus namun gagal menawan Putrajaya, yang mengandaikan ada perbincangan kerajaan perpaduan sebulan selepas PRU13. 
Dalam wawancara bersama Asia Sentinel, Anwar berkata usaha perdamaian diusulkan Najib namun beliau menyampaikan mesej melalui pengantara bahawa serangan Utusan Malaysia kepada kaum Cina dan India harus dihentikan sebelum apa-apa rundingan dibuat. 
Anwar mengenakan syarat bagi mengurangkan ketegangan kaum di Malaysia. 
"Saya menjelaskan isu pokok harus jelas, akhiri budaya rasis maka pasti wujud komitmen dan persefahaman untuk pembaharuan," katanya. 
Anwar masih belum menerima sebarang jawapan daripada Najib meskipun rundingan melalui Kalla berlalu beberapa minggu. 
Sebelum ini, Kalla gagal dalam percubaan meraih perhatian kedua-dua pemimpin itu bagi menerima keputusan PRU13. 
Tidak dapat dipastikan alasan Najib mencadangkan kerajaan perpaduan yang bakal mengundang kebencian Umno terhadap Anwar dan rakan-rakannya dalam PR.

Rakaman CCTV Rompakan Petang Raya Tersebar!!.. Saksikan!

Posted: 13 Aug 2013 07:59 PM PDT


Aksi licik seorang lelaki lengkap berbaju Melayu cekak musang berserta sampin mengumpil masuk sebuah rumah di Kampung Banting, Sabak Bernam berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu.

Rakaman CCTV berdurasi selama 3.29 minit itu menunjukkan lelaki berambut pendek ala 'komando' itu menjalankan kegiatan itu seorang diri sambil mencuri barangan berharga dalam tempoh tidak lebih 30 minit.

Aksi rakaman itu kini tersebar luas dan dimuat turun dalam laman sosial Facebook bagi mengenal pasti suspek yang menjalankan perbuatan terkutuk itu ketika umat Islam menyambut hari raya pertama. 

Mangsa, Mohd Hamsari Basri, 52, berkata, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama isteri dan empat lagi anaknya itu tiada di rumah kerana pergi beraya di rumah ibunya di Kampung Sungai Lang, Air Tawar.

"Kami keluar beraya dalam jam 12 tengah hari dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 4.30 petang, namun sebaik sampai di rumah, kami terkejut apabila mendapati bilik berselerak dengan pakaian atas lantai," katanya.

Mohd Hamsari berkata, berdasarkan rakaman CCTV di rumahnya itu, suspek yang berpakaian merah dipercayai cuba memasuki bahagian depan rumahnya itu pada jam 3.18 petang dengan menunggang sebuah motosikal, bagaimanapun suspek gagal memasuki pagar rumah berkenaan.

"Suspek kemudiannya beredar bagaimanapun, enam minit selepas itu, suspek tiba-tiba muncul dan kelibatnya dilihat berada di belakang rumah dipercayai menggunakan laluan jalan kebun sebelum bertindak mengumpil pintu tepi kiri rumah dengan menggunakan parang," katanya.

Mohd Hamsari yang juga seorang guru berkata, suspek dilihat masuk ke dapur rumah dan kemudiannya menyelinap masuk dalam bilik dan mencuri barangan berharga yang ditinggalkan dalam rumah berkenaan.

"Antara barangan yang hilang adalah tiga komputer riba, kamera digital, kamus digital dan wang tunai RM500," katanya.

Katanya, kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan menerusi CCTV pada jam kira-kira 3.52 petang selepas semua barangan yang dicuri itu dibawa lari.

Katanya, dia yang pulang 30 minit selepas itu menyedari rumahnya dipecah masuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira jam 5 petang hari yang sama ~ Sinar

Berikut adalah rakaman yang dimaksudkan..

 

Menteri Wanita anggap kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan wanita Penan bukan isu besar?

Posted: 13 Aug 2013 05:00 PM PDT


Berdasarkan kata-kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Fatimah Abdullah tentang isu kaum Penan, Free Malaysia Today telah membuat kesimpulan 'Masalah Penan bukan isu besar' buat Menteri Wanita itu..

Antara kata-kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga itu ialah..

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Fatimah Abdullah berkata bahawa kerajaan negeri sentiasa menjaga kebajikan masyarakat Penan terutamanya kaum wanita.

Beliau berkata Tan Sri Alfred Jabu sudah mengulas isu ini, sejak mula kes Penan dahulu.

"Itu isu yang lepas , kita mempunyai jawatankuasa ditubuhkan di mana diketuai menteri bertanggungjawab," kata beliau.

Beliau meminta orang ramai bertanya dengan beberapa agensi yang membantu orang Penan seperti Human Resources Development and Quality (HRDQ) Sarawak, Sarawak Planning Unit (SPU).

"Kerajaan Negeri berpendirian bahawa, kita mengambil kaedah dan strategi yang menyeluruh di mana kita tidak menyelesaikannya secara melulu tetapi kita menyelesaikannya dari semua sudut," tegas beliau.

Jelasnya lagi, kalau kita hendak membantu etnik Penan, kita melihat dari semua sudut.

"Kita tidak hanya merawat tetapi kita melihat lebih jauh di mana adakah ia dipengaruhi oleh faktor kemiskinan, pendidikan atau adakah mereka naif?," soal beliau lapor Free Malaysia Today

Laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan yang ditubuhkan pada bulan October 2008 telah mengesahkan kanak-kanak yang berusia seawal 10 tahun juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kerakusan nafsu pemandu – pemandu lori balak yang ditumpangi oleh mereka untuk ke sekolah..

Sebahagian dari laporan :

4.1 PENEMUAN ISU PENDERAAN SEKSUAL

Temubual Dengan Wanita Disyaki Mangsa di Rumah Perlindungan Wanita, Women's Aid Organisation (WAO) di Selangor.

Kes 1
i. Cindy, yang pada ketika itu masih menginap diasrama, mengaku pernah dirogol pada usia 12 tahun oleh orang yang tidak dikenali semasa bersiar di luar kawasan sekolah yang mana pada masa itu kebanyakan kawannya telah balik ke kampung untuk cuti persekolahan;

ii. Cindy kemudian dirogol sekali lagi semasa dalam perjalanan ke sekolah oleh pekerja syarikat pembalakan ketika menumpang kenderaan syarikat tersebut dari perkampungannya di Long Kawi ke sekolah di Long Lama;

Kes 2
i. Bibi tidak bersekolah dan berasal dari Long Item, mengaku telah dirogol sebanyak dua kali oleh lelaki yang sama sehingga mengandung dan melahirkan anak. Kejadian yang pertama berlaku pada tahun 2005 di mana perogol yang dikenalinya sebagai Johnny (bukan nama sebenar) telah masuk ke dalam rumahnya pada waktu malam dan merogol Bibi di dalam biliknya sendiri. Dia mengenali Johnny, sebagai pekerja balak dari Kem Inter Hill yang berdekatan dengan kampungnya

Kes 3
i. Temubual dengan seorang wanita Penan di Ba'Keluan, Angelina (bukan nama sebenar). Beliau mengakui mengenali dua orang wanita masingmasing berumur 20 dan 15 tahun yang mempunyai hubungan sulit dengan pekerja-pekerja syarikat pembalakan yang mereka kenali semasa menumpang kenderaan kepunyaan syarikat pembalakan untuk keluar kawasan.

Kes 4
i. Lawatan ke rumah panjang di Long Muboi.Temubual Kumpulan 2 dengan gadis Penan yang merupakan pelajar Sekolah Menengah di Long San bernama Diana (bukan nama sebenar). Beliau menceritakan pemandu trak dari syarikat pembalakan telah mencabul kehormatan kawan kepada kawan beliau bernama Sarah (bukan nama sebenar) berusia 14 tahun dengan meraba payudara semasa menumpangkan kanak-kanak tersebut ke sekolah.

Kes 5
i. Hasil temubual dengan Fiona (bukan nama sebenar), beliau menceritakan pengalaman zaman persekolahan beliau semasa menumpang kenderaan syarikat pembalakan untuk ke sekolah. Menurut beliau, mereka sering dicabul dan ada juga cubaan untuk merogol pelajar perempuan oleh pemandu kenderaan milik syarikat pembalakan. Semasa berumur 10 tahun beliau bersama empat pelajar sebaya menumpang kenderaan milik syarikat pembalakan untuk ke sekolah. Namun pemandu telah membawa mereka ke persimpangan lain dan berhenti di kawasan semak serta cuba memperkosa mereka.

Jika masaalah yang dihadapi oleh Kaum Penan dianggap sebagai bukanlah satu itu yang besar.. adakah Menteri Wanita itu menganggap bahawa kes-kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan juga wanita Penan di atas bukanlah satu isu yang besar?

Jika Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga yang sepatutnya menjaga kebajikan Wanita juga menganggap demikian.. siapalah yang akan membela nasib wanita dan kanak-kanak Kaum Penan itu agaknya?

Apa yang terpapar di atas hanyalah sebahagian dari kes-kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan juga wanita Penan.. seluruh laporan mengenainya sila downloads di ( SINI )

Kata Mamat ini kepada Khairy, Metallica bawa kesan negatif.. betulke Metallica bawa kesan negatif?

Posted: 13 Aug 2013 09:49 AM PDT


Mula-mula korang baca dulu surat terbuka buat Menteri Belia dan Sukan dari sebuah band yang membantah keras kerana kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara ini..

Menurut penyanyi utama band yang berasal dari Johor ini kehadiran Metallica dibantah kerana kumpulan tersebut didakwa akan membawa kesan negatif kepada belia dan rakyat negara ini.

Disamping itu dakwa penyanyi utama kumpulan itu selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Buat YB, Menteri Belia dan Sukan

Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal. Kita sesama muslim dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itu harapan kami.

Kami ulangi, YB telahpun dinaikkan oleh Allah swt ke jawatan Menteri Belia yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, "up to you".

Pada 21 Ogos 2013 dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket akan dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan.

Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB "…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura.." kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?.

Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?. Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.

YB,

Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Bantahan kami, ABC Band bukan Kumpulan Metallica sahaja malah semua artis yang mana pendekatan mereka jauh daripada adab dan akhlak. Mencegah lebih baik daripada Mengubati

Semoga Allah beri hidayah kepada YB.

Terima kasih YB

Ahmad Nazri Khamis
Penyanyi (1) ABC Band
Batu Pahat, Johor

OK.. itu surat dari Band ABC..

Terus terang aku bagitahu,, aku adalah salah seorang dari jutaan peminat Metallica..

Dan aku punya koleksi  CD mereka bermula dari Kill 'Em All, Ride the Lightning, Master of Puppets, And Justice for All, Load, Reload, St. Anger dan juga S&M..

Jika menurut apa yang dinyatakan oleh ABC Band itu iaitu Metallica akan membawa kesan negatif dan meningkatkan kadar jenayah negara.. mungkin tak akan ada Blog Anak Sungai Derhaka ini.

Sebabnya aku dah terpengaruh dengan lagu-lagu Metallica yang aku dengar dan dah jadi penjenayah..

Tetapi ianya tidak berlaku sebagaimana yang mereka katakan..

Asasnya disini ialah diri kita sendiri.. bagaimana kita menggunakan akal yang dikurniakan Allah kepada kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk..

Jika kita dikatakan akan terpengaruh dengan Metallica hanya kerana kita menonton konsert mereka adakah kita juga akan terpengaruh dengan kelakuan binatang-binatang yang berada dalam Zoo setelah melawat Zoo?

Tentu tidak.. kerana akal kita yang digunakan sebaik mungkin akan mengelakkan kita dari berkelakuan seperti beruk-beruk dalam Zoo itu..

Hakikatnya kita tidak akan jadi beruk bila kita melihat beruk, kita tak akan jadi seperti Najib hanya dengan melihat Najib dan kita juga tak akan jadi seperti Anwar Ibrahim hanya dengan melihat dan mendengar apa yang beliau katakan..

Selain itu.. dalam negara yang berbilang bangsa ini tak salah rasanya jika kita menghormati apa yang orang lain minati.. lagipun kita tidak boleh memaksa semua orang untuk meminati atau menyukai apa yang kita suka..

SAKSIKAN!! The best Unforgiven live performance from Metallica... recorded six years ago..


Ada yang dah terpengaruh?

Tiada ulasan: