Biaqpila |
Posted: 22 Aug 2013 05:31 AM PDT Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] gelihati dengan kenyataan tersebut. KASE memohon jasa baik Kamar Peguam Negara atau Penasihat Undang-Undang PDRM agar menasihati Ketua Polis Negara [KPN] berkaitan bidangkuasa PDRM sebelum membuat sebarang kenyataan agar tidak menjadi bahan ketawa dunia yang akhirnya akan menjatuhkan maruah pasukan Polis. KASE ingin memaklumkan KPN bahawa PDRM tiada sebarang kuasa di bawah sebarang peruntukkan undang-undang untuk menyenarai hitam pemegang lesen memandu. Sejak penubuhan KASE pada Ogos 2009, KASE telah berulang kali menegaskan bahawa pihak PDRM tiada sebarang kuasa untuk menyenarai hitam kenderaan atau pemilik lesen memandu. Kuasa untuk menyenarai hitam atau dalam istilah undang-undangnya ialah menghalang transaksi terletak pada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] melalui Seksyen 119B Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bagaimana KPN boleh dengan suka hati mengatakan bahawa terdapat 1.7 juta individu yang disenarai hitam kerana enggan membayar saman? Siapa yang menyenarai hitam? Ironinya lagi, sejak November 2009 Kerajaan telah umumkan bahawa senarai hitam khasnya bagi Notis Pol 170A yang dikenali dengan Saman Ekor telah ditarikbalik. Justeru KASE memohon penjelasan KPN, 1.7 juta yang dinyatakan tersebut saman apa? Seksyen 119B Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dipinda pada Disember 2012 hasil gerakan KASE menolak dan mendesak Kerajaan khususnya PDRM dan JPJ menarikbalik polisi senarai hitam pada 2009. Untuk makluman KPN dan seluruh rakyat Malaysia, Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga hanya memberi kuasa kepada Ketua Pengarah JPJ untuk menggantung atau membatalkan lesen memandu seseorang. KASE mengajak KPN untuk merujuk peruntukkan Seksyen 35 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tujuan tersebut. Kenyataan paling kelakar daripada KPN ialah tindakan tersebut akan dilaksanakan ekoran peningkatan jumlah kemalangan semasa Op Selamat III. Adakah dengan tindakan 1.7 juta individu tersebut membayar saman maka jumlah kemalangan akan berkurangan? Apa kaitan bayar saman dengan jumlah kemalangan? KASE memohon KPN supaya lebih teliti mengeluarkan kenyataan dan membuat tindakan. Seharusnya PDRM, Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi Kerajaan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya [JKJR] bekerjasama dengan lebih mantap untuk memberikan kesedaran pengguna tentang keselamatan jalan raya. KASE menyokong sebarang usaha untuk mengurangkan kemalangan demi keselamatan pengguna dan masyarakat. Tindakan dan pendekatan lebih komprehensif perlu dibuat bukan dengan hanya mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan yang tidak bersandarkan undang-undang. ZULHAZMI SHARIFF Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] 21 OGOS 2013 / 13 Syawal 1434 sumber: KASE KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
PROTON SUPRIMA DAH KANTOI KAH! KAH! KAH! Posted: 21 Aug 2013 09:35 PM PDT DEY MACHA!!! HEBAT BUNYI PROTON SUPRIMA GUA INGAT SUP HARIMAU TAPI DEPA TAK GOOGLE DULU KA NAMA TU? KAH! KAH! KAH! KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan