Rabu, 7 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siri pembunuh upahan tonjol kejahatan sempurna?

Posted: 06 Aug 2013 09:30 PM PDT


Sama ada ia suatu jenayah berat atau fononema baru dalam siri pembunuh upahan di Malaysia, apa yang berlaku memperlihat bentuk realiti menakutkan atau realiti yang `horror'.

Mungkin perkara ini boleh disimpulkan melalui tajuk akhbar Singapura, The New Paper iaitu `Welcome to Malaysia: Where Death is cheap and staying alive is costly'.

Ini juga berdasarkan kepada bayaran kepada pembunuh upahan dengan harga yang rendah sebanyak RM1,000 untuk mencabut nyawa manusia. (Sinar Harian, 5 Ogos 2013)

Namun fenomena yang berlaku ini seolah-olah memberikan gambaran jenayah berat yang berlaku adalah kejahatan yang gagah, besar, begitu raksaksa sehingga melampaui kemampuan undang-undang untuk mengatasinya.

Cuba kita fikirkan pembunuhan menggunakan senjata api begitu berleluasa terutamanya membabitkan golongan berprofil tinggi.

Kejahatan yang begitu banyak memakan korban sehingga melampaui apa yang dapat kita bayangan oleh akal sihat kita sebagai bangsa yang beradab dan berbudaya; kejahatan dilakukan dengan cara yang mengerikan (mengerat anggota badan dan pembunuh upahan) sehingga melampaui apa yang dibayangkan oleh nilai luhur kita.

Kejahatan begitu tega dilakukan (membunuh di restoran atau di hadapan sekolah atau di lampu trafik) sehingga melampaui nilai kemanusiaan; kejahatan begitu rapi direncanakan sehingga melampaui undang-undang : seolah-olah tiada bahan bukti, tiada moral dan tiada pelaku.

Kedahsyatan kejahatan ini adalah contoh dalam siri pembuhan upahan yang seolah-olah begitu sempurna dirancan dan disembunyikan.

Jean Braudrillard dalam bukunya "The Perfect Crime" mengatakan kejahatan yang berlaku melampaui realiti kejahatan itu sendiri (pembunuh upahan dan kematian) sehingga ia kini menemukan bentuk hiperkriminaliti.

Kejahatan melalui pembunuh upahan yang dapat dilihat melalui kes membabitkan mereka yang berprofil tinggi dan orang awam:

- 26 April - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal di Putrajaya.

- Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi, Pengasas Bank Arab Malaysia

- Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

- Dua kes tembak dilaporkan -- satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam -- menyebabkan seorang maut dan dua cedera.

- 18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

- 8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.

- 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.

- 11 Mei - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.

- 11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.

- 7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.

- Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media. - Bernama, 30 Julai, 2013.

Jenayah di atas adalah suatu bentuk "kejahatan sempurna" kerana kejayaaan menyempurnakan tugasan mereka yang diupah oleh seseorang atau kumpulan yang di belakang tabir untuk melakukannya.

Apa yang dimaksudkan dengan "kejahatan sempurna" ialah kejahatan yang dengan tepatnya bukan sahaja membunuh mangsa yang disasarkan tetapi "membunuh realiti" itu sendiri, yang "menembak" atau "menikam" kebenarannya.

Persoalan seperti bagaimanakah senjata api mudah diperolehi dan peningkatan bentuk atau pendekatan jenayah yang menggunakan pembunuh upahan dan psikologi mereka yang merancang sudah melupakan kemanuisaan dan mementingkan kehidupan material.

Apa sebenarnya hiperealiti kriminaliti itu sendiri? Ia adalah kejahatan yang begitu direncanakan, disusun dan dikawal, menghasilkan realit sempurna, realiti kekerasan palsu, menjadi tempat persembuyiannya sempurna dari jangkauan awam dan penguatkuasa undang-undang.

Maka kejahatan sempurna berbaur dengan rekayasa kejahatan, realiti kekerasan berbaur dengan hiperkriminaliti dan akhirnya batas di antara keduanya menjadi kabur.

Kekaburan itulah akan membawa kejahatan selalu menyempurnakan dirinya sendiri melalui berbagai topeng, selubung dan kosmetik.

Memandangkan sifatnya yang sempurna itu, iringan simulakranya atau imejnya kejahatan itu akan datang bersiri (seperi siri kes pembunuh upahan) atau silih berganti (seperti kes ragut digantikan dengan jenyah penculikan kanak-kanak atau kes simbahan asid) yang mengancam masyarakat.

Tetapi semuanya tidak pernah terbongkar, tidak ada penyelesaian. Masyarakat tidak pernah mengetahui kebenaran di sebalik kejahatan – seolah-olah ia akan hilang begitu saja- namun akibat kejahatan terus menghantui masyarakat.

Menurut pakar pskologi psikoanalisis, Enrich Fromm, segala kekejaman dan sikap agresif yang berlaku bukan sifat yang berdiri sendiri, tetapi sebahagian daripada sebuah sindrom.

Segala kegiatan dan kejadian kekerasan dan agresif itu diiringi sifat lain yang mengundang dan mengstimulasikan tindakan kekerasan tersebut seperti hirarki yang kaku, terlalu kuatnya dominasi kelompok elit atau kumpulan penguasa ekonomi politik tertentu, terbahaginya masyarakat ke dalam kelas-kelas, suku-suku atau ras-ras.

Sikap agresif melakukan jenayah berat itu sendiri harus difahami sebagai sebahagian daripada karektor sosial yang dibentuk secara budaya, berupa nilai yang ditanamkan kepada masyarakat.

Kekerasan atau jenayah berat yang berlaku tidak dapat dipisahkan daripada keadaan sosial dengan segala bentuk konflik, pertentangan serta perubahan di dalamnya.

Apa yang kita takut dan bimbangkan ialah jenayah berat sering berlaku akhir-akhir tidak akan bertukar menjadi suatu "ritual", menjadi sebahagian daripada budaya dan penyelesaian dengan mengambil jalan mudah iaitu budaya kekerasan.

Kita juga bimbang budaya kekerasan ini akan bertukar menjadi suatu kebanggaan dan suatu kesenangan.

Di sinilah Islam membina keyakinan dan keimanan bahawa ada pengadilan pasca kematian, adanya barzakh dan alam akhirat, adanya munkar nakir yang akan terjawap di padang masyar kelak.

Ismail Hashim Yahaya

Siapa sebenarnya Kumpulan Panji Hitam?

Posted: 06 Aug 2013 06:30 PM PDT


Persoalan yang berlegar-legar di fikiran kita sekarang, siapa sebenarnya Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara?

Semalam, 10 individu berpakaian serba hitam telah ditangkap pihak polis setelah mengadakan cubaan untuk merampas Istana Negara.

Semakan untuk mencari perihal mereka telah menjumpai beberapa "maklumat penting" mengenai kumpulan ini.

Ehsan dari http://myalexanderwathern.blogspot.com:

~ Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara. 

~ Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II (dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi). 

~ Raja Langkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi Muhammad. 

~ Mendakwa ada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya. 

~ Jemaah mereka iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah dibentuk dan jemaahnya sudah dibai'ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. (Tiga hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia). 

~ Jemaah mereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist. 

~ Mereka boleh berhubung dengan arwah Tok Kenali. 

~ Majlis mereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan. 

~ Majlis-majlis mereka ada yang dihadiri oleh wali-wali Songo, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. 

~ Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan. 

~ Dalam salah satu majlis mereka berlaku "keajaiban dari langit". 

~ Sebagai bantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York. 

~ Mereka akan sampai kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat. 

Maklumat di atas hanyalah hasil dialog penulis blog dengan seorang pengikut Kumpulan Panji Hitam. Maklumat ini harus diselidiki dan dipertimbangkan sendiri oleh para pembaca..

Akaun Facebook parodi 

Sementara itu, semakan di laman sosial Facebook oleh FMT untuk mencari Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II tidak membuahkan hasil, tetapi sebuah laman parodi telah dijumpai di SINI.

"Page untuk hamba rakyat beta semua. Akaun original Raja Nusantara sudah kena hacked oleh RileksCrew. This Is Parody Page Beta," seperti yang tertera di laman tersebut.

Posting pertama berkenaan insiden penangkapan pengikut Kumpulan Panji Hitam memaparkan:

"Yang kena tahan semalam tu rakyat beta, beta tengah rileks kat Kota Bharu lg ni, semalam bersama sahabat Sultan Kelantan kat istana beliau kt majlis Qiam With Me. Malam ni beta balik Kedah..get ready hangpaaa semuaa..beta balik ni." 

"Gampang betol..rakyat beta gi istana sebab nk qiamullail mcm kt istana sultan Kelantan tu..habis seme diangkutnya…dah tu masuk tv free2 je…ingat rakyat beta ni bangang2 macam TV3 sama Utusan ke nk tawan istana dengan 10 orang? 

"'Walk the talk'. Beta cakap, beta berani tunaikan gi istana tu. hangpa semua keyboard warrior pong pang dalam facebook. bukti beta ada telur. tak mcm aljibby. Misi beta sekarang nak tawan kerusi Presiden FAM dari sultan bolo," kata 'Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II'. 

Di insiden sekitar jam 4.10 pagi semalam, kumpulan yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan dua orang perempuan itu telah menaiki tiga buah kereta untuk datang ke Istana Negara.

Mereka dikatakan bertujuan datang ke Istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa merekalah pewaris agong yang sah.

Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.

Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tidak menjumpai sebarang barang atau senjata, hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.

Sementara itu Bernama melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

"Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis menahan 10 individu yang mendakwa anggota kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan itu yang turut dianggotai dua wanita dan berpakaian serba hitam tiba di Pintu 1, Istana Negara, pada 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara.

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan berkenaan jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyaipengikut yang setia.

"Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata, oleh kerana kumpulan ini telah mencetuskan isu keselamatan,pihak keselamatan wajar mengambil tindakan.

~ Free Malaysia Today

Pak Lah terbitkan buku jelaskan kenapa beliau sering tertidur..

Posted: 06 Aug 2013 03:30 PM PDT


Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar), yang sering dikritik kerana kerap tertidur menjelaskan alasan beliau terlelap ketika bertugas.

Dalam buku terbarunya: Awekening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau menghidapi masalah kesihatan "sleep apnea."

Pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003 itu berkata lagi, beliau juga telah mendapatkan rawatan kesihatan semasa isterinya ketika itu Datin Seri Endon Mahmood mengetengahkan masalah tersebut.

"Saya berjumpa rakan baik saya, Dr Balvinder di Hospital Putrajaya yang mencadangkan kajian dilakukan ke atas saya," katanya dalam bukunya itu.

Abdullah turut berkata penyakitnya adalah berbahaya memandangkan penghidapnya boleh terlelap ketika memandu.

"Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas," katanya.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan.

"Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu." Dr Mahathir melantik Abdullah sebagai penggantinya, namun Barisan Nasional (BN) tewas dua pertiga Parlimen pada Pilihan Raya 2008, yang kemudiannya menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.

Dr Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di "tingkat empat", mengacau bilaukan negara.

Kuan Yew dedahkan polisi perkauman UMNO sebabkan Malaysia kehilangan bakat besar

Posted: 06 Aug 2013 09:10 AM PDT


Malaysia telah bersedia kehilangan bakat besar apabila polisi berasaskan kaum diamalkan bagi menjaga kelangsungan bangsa tertentu, kata Lee Kuan Yew dalam buku barunya yang dilancarkan malam tadi di Singapura.

Meskipun Malaysia menyedari akan hal ini dan cuba membawa pulang pakar dari luar negara, usaha ini sudah terlambat, katanya.

"Ini faktor yang melemahkan negara. Ia seakan menafikan peluang bagi pembentukan bakat besar yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

"Mereka sudah bersedia kehilangan bakat muda bagi mengekalkan dominasi bangsa tertentu," katanya menerusi buku 400 muka surat itu yang bertajuk "One's Man View of the World" (Pandangan Terhadap Dunia Luar).

Buku tersebut memuatkan perbualan di antara Lee dan idolanya, Helmut Schmidt, bekas pemimpin Jerman Barat.

Mereka membincangkan tentang hal sedunia sewaktu Schmidt melawat Singapura tahun lalu.

Dalam buku itu juga, Lee menerangkan Malaysia kehilangan punca dan memberikan negara lain peluang bersaing dalam persekitaran bebas.

Kira-kira 400,000 daripada satu juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura, menurut rekod Bank Dunia.

Sewaktu mengumumkan pelan ekonomi lima tahun Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata di Parlimen pada 2011, kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation bagi memanggil pulang sebilangan 700,000 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

Lee memberitahu dalam bukunya, perubahan demografi Malaysia bakal melihatkan jurang besar dalam keistimewaan orang Melayu kelak.

Beliau memberi contoh semasa tamatnya Dasar Ekonomi Baru, pecahan populasi bangsa Cina dan India menurun dengan mendadak.

"Kaum Cina berjumlah 35.6 peratus daripada keseluruhan populasi pada 1970, berkurang kepada 24.6 peratus pada bancian 2010. Dalam tempoh sama, jumlah kaum India mengecil dari 10.8 peratus kepada 7.3 peratus," katanya.

Beliau menambah, "40 peratus pendatang asing adalah dari Malaysia.

"Beberapa tahun kebelakangan ini, kaum Cina dan India gemar berhijrah ke Eropah, Amerika dan Australia. Ada di antara mereka menjadi individu hebat seperti Penny Wong yang merupakan Menteri Kewangan Australia.

Ada juga yang memilih untuk masih tinggal di Malaysia, sesetengah mereka tidak berhajat untuk berhijrah dan ada di antara mereka berjaya melalui perniagaan meskipun terbeban dengan polisi diskriminasi.

"Kebanyakan kelompok kelas kelas kedua ini menjalinkan hubungan dengan orang Melayu bagi meneguhkan kedudukan mereka," katanya.

Data Bank Dunia pada 2012 menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Singapura mencecah $AS51,709 berbanding Malaysia dengan $AS10,381.

Namun Najib menjelaskan Malaysia bakal menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2018, dua tahun lebih awal dari sasaran menjelang tahun 2020.

~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: