Addin |
- Berita Yang Menghantui Rakyat Malaysia.. Saksikanlah!!
- Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Di Siarkan Oleh Utusan
- Malaysia Akan Bankrap Kalau Saya Dengar Cakap Mahathir - Pak Lah
Berita Yang Menghantui Rakyat Malaysia.. Saksikanlah!! Posted: 07 Aug 2013 09:02 AM PDT Sama ada ia suatu jenayah berat atau fononema baru dalam siri pembunuh upahan di Malaysia, apa yang berlaku memperlihat bentuk realiti menakutkan atau realiti yang `horror'. Ini juga berdasarkan kepada bayaran kepada pembunuh upahan dengan harga yang rendah sebanyak RM1,000 untuk mencabut nyawa manusia. (Sinar Harian, 5 Ogos 2013) Namun fenomena yang berlaku ini seolah-olah memberikan gambaran jenayah berat yang berlaku adalah kejahatan yang gagah, besar, begitu raksaksa sehingga melampaui kemampuan undang-undang untuk mengatasinya. Cuba kita fikirkan pembunuhan menggunakan senjata api begitu berleluasa terutamanya membabitkan golongan berprofil tinggi. Kejahatan yang begitu banyak memakan korban sehingga melampaui apa yang dapat kita bayangan oleh akal sihat kita sebagai bangsa yang beradab dan berbudaya; kejahatan dilakukan dengan cara yang mengerikan (mengerat anggota badan dan pembunuh upahan) sehingga melampaui apa yang dibayangkan oleh nilai luhur kita. Kejahatan begitu tega dilakukan (membunuh di restoran atau di hadapan sekolah atau di lampu trafik) sehingga melampaui nilai kemanusiaan; kejahatan begitu rapi direncanakan sehingga melampaui undang-undang : seolah-olah tiada bahan bukti, tiada moral dan tiada pelaku. Kedahsyatan kejahatan ini adalah contoh dalam siri pembuhan upahan yang seolah-olah begitu sempurna dirancan dan disembunyikan. Jean Braudrillard dalam bukunya "The Perfect Crime" mengatakan kejahatan yang berlaku melampaui realiti kejahatan itu sendiri (pembunuh upahan dan kematian) sehingga ia kini menemukan bentuk hiperkriminaliti. Kejahatan melalui pembunuh upahan yang dapat dilihat melalui kes membabitkan mereka yang berprofil tinggi dan orang awam: - 26 April - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal di Putrajaya. - Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi, Pengasas Bank Arab Malaysia - Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan. - Dua kes tembak dilaporkan -- satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam -- menyebabkan seorang maut dan dua cedera. - 18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah. - 8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan. - 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor. - 11 Mei - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan. - 11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas. - 7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun. - Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media. - Bernama, 30 Julai, 2013. Jenayah di atas adalah suatu bentuk "kejahatan sempurna" kerana kejayaaan menyempurnakan tugasan mereka yang diupah oleh seseorang atau kumpulan yang di belakang tabir untuk melakukannya. Apa yang dimaksudkan dengan "kejahatan sempurna" ialah kejahatan yang dengan tepatnya bukan sahaja membunuh mangsa yang disasarkan tetapi "membunuh realiti" itu sendiri, yang "menembak" atau "menikam" kebenarannya. Persoalan seperti bagaimanakah senjata api mudah diperolehi dan peningkatan bentuk atau pendekatan jenayah yang menggunakan pembunuh upahan dan psikologi mereka yang merancang sudah melupakan kemanuisaan dan mementingkan kehidupan material. Apa sebenarnya hiperealiti kriminaliti itu sendiri? Ia adalah kejahatan yang begitu direncanakan, disusun dan dikawal, menghasilkan realit sempurna, realiti kekerasan palsu, menjadi tempat persembuyiannya sempurna dari jangkauan awam dan penguatkuasa undang-undang. Maka kejahatan sempurna berbaur dengan rekayasa kejahatan, realiti kekerasan berbaur dengan hiperkriminaliti dan akhirnya batas di antara keduanya menjadi kabur. Kekaburan itulah akan membawa kejahatan selalu menyempurnakan dirinya sendiri melalui berbagai topeng, selubung dan kosmetik. Memandangkan sifatnya yang sempurna itu, iringan simulakranya atau imejnya kejahatan itu akan datang bersiri (seperi siri kes pembunuh upahan) atau silih berganti (seperti kes ragut digantikan dengan jenyah penculikan kanak-kanak atau kes simbahan asid) yang mengancam masyarakat. Tetapi semuanya tidak pernah terbongkar, tidak ada penyelesaian. Masyarakat tidak pernah mengetahui kebenaran di sebalik kejahatan – seolah-olah ia akan hilang begitu saja- namun akibat kejahatan terus menghantui masyarakat. Menurut pakar pskologi psikoanalisis, Enrich Fromm, segala kekejaman dan sikap agresif yang berlaku bukan sifat yang berdiri sendiri, tetapi sebahagian daripada sebuah sindrom. Segala kegiatan dan kejadian kekerasan dan agresif itu diiringi sifat lain yang mengundang dan mengstimulasikan tindakan kekerasan tersebut seperti hirarki yang kaku, terlalu kuatnya dominasi kelompok elit atau kumpulan penguasa ekonomi politik tertentu, terbahaginya masyarakat ke dalam kelas-kelas, suku-suku atau ras-ras. Sikap agresif melakukan jenayah berat itu sendiri harus difahami sebagai sebahagian daripada karektor sosial yang dibentuk secara budaya, berupa nilai yang ditanamkan kepada masyarakat. Kekerasan atau jenayah berat yang berlaku tidak dapat dipisahkan daripada keadaan sosial dengan segala bentuk konflik, pertentangan serta perubahan di dalamnya. Apa yang kita takut dan bimbangkan ialah jenayah berat sering berlaku akhir-akhir tidak akan bertukar menjadi suatu "ritual", menjadi sebahagian daripada budaya dan penyelesaian dengan mengambil jalan mudah iaitu budaya kekerasan. Kita juga bimbang budaya kekerasan ini akan bertukar menjadi suatu kebanggaan dan suatu kesenangan. Di sinilah Islam membina keyakinan dan keimanan bahawa ada pengadilan pasca kematian, adanya barzakh dan alam akhirat, adanya munkar nakir yang akan terjawap di padang masyar kelak. ~Ismail Hashim Yahaya Iklan C (ii) |
Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Di Siarkan Oleh Utusan Posted: 07 Aug 2013 01:34 AM PDT Semua 11 ahli exco negeri dan 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengisytiharkan aset mereka semalam.Salinan pengisytiharan aset dari exco dan ADUN dari PR diedarkan kepada pemberita di Komtar, Pulau Pinang. Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) berkata butiran aset termasuk hartanah, pelaburan dan kenderaan bermotor dilaporkan sehingga 5 Mei tahun ini. Berdasarkan pengisytiharan, Lim mempunyai dua rumah kedai di Melaka; dan RM308,368 dalam simpanan tetap, saham dan unit amanah di lapan syarikat. Sebuah rumah kedai dibeli pada harga RM435,000 sementara sebuah lagi dengan harga RM530,000.Lim juga melunaskan pinjaman pembelian dua rumah kedai itu. Beliau tidak mempunyai kenderaaan, menurut The Star hari ini. Phee Boon Poh pula adalah ADUN yang mempunyai hartanah terbanyak di Pulau Pinang dengan memiliki lapan pemilikan hartanah. Phee mengisytiharkan sebuah apartmen di Butterworth; sebuah rumah di Taman Dahlia; sebidang tanah di Teluk Air Tawar; sebuah megapuri di Bagan Ajam dan sebidang tanah di Batu Kawan. Beliau turut mempunyai rumah dan tanah di Hamilton, New Zealand dan mempunyai pegangan saham di 24 syarikat serta enam unit amanah di enam syarikat. Pengisytiharan itu akan dimuatnaik di laman sesawang kerajaan negeri hari ini. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Malaysia Akan Bankrap Kalau Saya Dengar Cakap Mahathir - Pak Lah Posted: 06 Aug 2013 09:26 PM PDT Sekiranya Tun Abdullah Badawi mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup. Kenyataan itu dikeluarkan Abdullah dalam buku yang memaparkan masa-masa beliau menjadi perdana menteri Malaysia bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia. Ianya dijadualkan lebih awal namun terdapat kebimbangan Putrajaya komen perdana menteri kelima itu akan menimbulkan perang mulut antara Abdullah dan Dr Mahathir dan memecah belahkan Umno sebelum Pilihan Raya Umum pada 5 Mei lalu. Abdullah bagaimanapun dalam bukunya tidak mendedahkan rahsia negara atau anekdot yang akan memalukan Dr Mahathir, sebaliknya hanya menyentuh beberapa perkara ketika pentadbirannya. Merujuk kepada beberapa serangan Dr Mahathir yang ditujukan kepadanya, Abdullah berkata pernah beberapa individu bertanya kepadanya kenapa beliau tidak memberikan penjelasan terhadap penasihat mudanya, penglibatan anaknya dalam kancah perniagaan dan pengaruh menantunya Khairy Jamaluddin."Mungkin lebih baik saya diamkan dalam membela atau menjelaskan isu. Apa kebaikannya untuk kerajaan dan parti?" soalnya. Selepas beberapa kritikan daripada Mahathir, ia menjelaskan suatu perkara, Dr Mahathir hanya mahu pendapatnya didengari dan tidak mendengar pendapat orang lain. Bagi contoh, Abdullah menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit."Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan jelasnya perlu terus berbelanja. Tapi bagaimana kita nak teruskan apabila defisit kita sangat kritikal? Ia akan menjadi tidak bertanggungjawab jika saya terus berbelanja."Jadi kami tiada pilihan untuk mengurangkan defisit dengan menangguhkan beberapa projek mega seperti landasan berkembar dan ia menjadikan Dr Mahathir mengamuk. saya melihatnya beliau merasakan itu adalah projek angkatnya. "Boleh bayangkan jika saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir untuk terus berbelanja ketika defisit yang sangat tinggi, bagaimana Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan dan minyak pada 2008?"Defisit kami berjaya turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5 peratus. Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah bankrup. "Dalam bukunya, yang disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin, Abdullah turut berkata ketika beliau meninggalkan pejabat pada 2009, beliau bertekas untuk tidak jadi seperti Dr Mahathir. Beliau mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri. "Sebab itu saya kekal berdiam diri selama ini. Saya percaya bila kita sudah bersara, kita akan bersara. Tidak lagi perlu kita campurtangan. Jika ada yang tidak puas hati, kita luahkan secara tertutup. Kenapa perlu hebahkan kepada media?Abdullah menerima mandat terbesar pada 2004 namun turut membuatkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga Parlimen pada 2008. Beliau bagaimanapun dalam bukunya menerima perkara itu dan tidak memenuhi jangkaan pengundi, namun berkata Dr Nahathir juka tidak boleh melepaskan diri daripada insiden 2008."Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. Malah samapi sekarang beliau melakukannya ... Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya."Ia termasuk majoriti anggota Kabinet sebagai 'kerajaan half-past six' dan menuduj kami dengan rasuah dan sebagainya," kata Abdullah. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan