Anak Sungai Derhaka |
- KUIN jadi kilang buat duit dizaman PAS? Biar betoii.. PAS Kedah tolong jawab sat..
- Air Asia hidang babi.. Fitnah bekas Menteri dari UMNO rupanya...
- APA? Ketua Wira Perkasa Dibayar Anwar Ibrahim Untuk Desak Najib Letak Jawatan??
- Mad Bashah!! Nak sekat sungai ni hang tiru Israel ka?
- Sinar Harian jelaskan sebab mereka siar kenyataan Prof Dr Mohammad Selim yang fitnah penyokong Morsi..
KUIN jadi kilang buat duit dizaman PAS? Biar betoii.. PAS Kedah tolong jawab sat.. Posted: 28 Aug 2013 05:22 AM PDT Membaca laporan tentang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam yang dilaporkan oleh Bernama ini membuatkan aku teringat kisah Perang Uhud yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W.. Dimana kerana tamak dan tidak patuh kepada arahan Rasulullah S.A.W. kemenangan yang pada awalnya milik tentera Islam bertukar menjadi kekalahan akhirnya.. Dalam perang yang berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah 26 Mac 625 M antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy ini Rasulullah S.A.W. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim seramai hanya 700 orang berjaya mengalahkan tentera musyrik Quraisy yang seramai 3,000 orang. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Rasulullah S.A.W. supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku. Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal. Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Rasulullah S.A.W. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir. Walau bagaimanapun, Rasulullah S.A.W. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Rasulullah S.A.W. untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Rasulullah S.A.W. dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab. Selepas pertempuran hebat itu, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan. Itu apa yang berlaku dizaman Rasulullah S.A.W. yang sepatutnya kita jadikan iktibar.. sesuai dengan pepatah 'Orang tamak selalu rugi..'. Ini apa yang telah dilaporkan oleh Bernama... DUN Kedah dikejutkan dengan kepincangan KUIN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dikejutkan dengan pendedahan kepincangan pengurusan dan kewangan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) yang mendedahkan perkara itu semasa menggulung perbahasan, mengemukakan bukti dengan fakta serta contoh berdasarkan siasatan dan audit dalaman. Pendedahan itu mengejutkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Pas-Pengkalan Kundor) yang bangun mencelah dan berkata apa yang didakwa itu di luar pengetahuan barisan Exco ketika Kedah ditadbir pakatan pembangkang. Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh Kuin. Menurutnya anak-anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan. "Kesemua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah," kata Tajul Urus. Beliau berkata unit penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja-kerja itu bagaimanapun dibayar oleh Kuin. Pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian, tambahnya. "Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA. Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin," katanya. Tajul Urus berkata kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap Kuin. - Bernama PAS Kedah tolong jawablah ya.... betul atau hanya cerita rekaan laporan itu.. Kalau korang nak tahu.. suatu masa lalu setelah Kerajaan PR Perak berjaya dirampas oleh BN.. ada sahabat yang merupakan Blogger PAS menghubungi aku dan mengucapkan syukur.. Aku terpinga-pinga bila mendengarnya, lalu bertanya "Kenapa syukur?"... Hang bacalah kisah 'Perang Uhud..' hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak setelah negeri itu dikuasai PR katanya.. Entahlah... |
Air Asia hidang babi.. Fitnah bekas Menteri dari UMNO rupanya... Posted: 28 Aug 2013 12:45 AM PDT Kalau dah terdesak sangat nak membantu menjayakan kempen boikot Air Asia yang tak akan berjaya oleh macai-macai UMNO tu.. janganlah sampai sebar fitnah.. Suatu ketika yang lalu dalam satu artikelnya yang bertajuk "Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" bekas Menteri Peneranagn dari UMNO ini telah menulis.. yang antaranya ialah.. Apa juga makanan yang mengandungi babi tidaklah seharusnya dihidangkan dalam mana-mana penerbangan Air Asia sama ada di dalam atau luar negara. Sekalipun makanan ini hanya dihidangkan atas permintaan penumpang, tetapi tentunya akan menimbulkan rasa mual dan jijik di kalangan orang Islam yang berada di sebelah penumpang yang memakannya. Kemungkinan perkara ini berlaku tidak dapat dinafikan lagi oleh kerana Ketua Eksekutif Air Asia X, Azran Osman Rani adalah seorang Melayu liberal yang berpandangan bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk mengikut selera masing-masing. Maka itu Air Asia perlu menghidangkannya. Ini berbanding dengan penerbangan Mas yang mengambil perhatian terhadap sensitiviti orang Islam dalam semua penerbangannya dan mengharamkan hidangan babi. Pengerusi Air Asia, Rafidah Aziz sendiri perlu memberikan penjelasan segera dalam perkara ini berikutan dengan timbulnya keyakinan orang ramai terhadap berlakunya perkara ini setelah mengetahui sikap dan juga tabiat luar biasa CEO Air Asia X itu. Ianya telah tersebar luas berikutan ramai Blogger-blogger Pro UMNO yang sedang menjalankan kempen 'Boikot Air Asia' itu menyalin dan menyiarkannya dalam Blog mereka pula.. Hari ini.. selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, kononnya barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu adalah fitnah.. Ini laporannya.. Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta. Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan. "AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi. "Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia," katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan. Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, "Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX. Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali. "Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X. "Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka," jelasnya menerusi blog Zamkata. Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin. Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut. "Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya," jelas Zainuddin menerusi blognya ~ The Malaysian Insider |
APA? Ketua Wira Perkasa Dibayar Anwar Ibrahim Untuk Desak Najib Letak Jawatan?? Posted: 27 Aug 2013 10:05 PM PDT Baru sebentar tadi aku berbicara dengan seorang sahabat dari sebelah sana.. apa yang dibualkan hampir sama dengan apa yang dituduh terhadap Ketua Wira Perkasa ini.. Sahabat aku tadi kata dia dituduh Pro Anwar Ibrahim kerana kritikan-kritikan pedas yang dilontarnya terhadap pemimpin-pemimpin UMNO sedangkan dia adalah Ahli UMNO dan masih lagi Ahli UMNO walaupun dianak tirikan oleh UMNO Negeri.. Ketua Wira Perkasa ini pula menjadi sasaran serangan oleh Blog-blog dan Media Pro UMNO kerana beliau dalam satu kenyataan medianya yang boleh dibaca di SINI, telah mendesak agar Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak meletak jawatan kerana terbukti gagal.. Kerana kritikannya itu beliau telah dituduh menerima bayaran dari Pakatan Rakyat untuk menuntut supaya Najib meletakkan jawatan.. ADA banyak pandangan dan rungutan lanjutan dari gesaan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris semalam yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan. Ada yang marah, emosi dan sebagainya. Semua ini sudah dijangka sebab UMNO terima banyak kesan negatif dari golongan bukan Melayu apabila dilihat bekerjasama dengan Perkasa yang sudah dijenamakan sebagai pertubuhan rasis oleh pembangkang. Alih-alih sekarang sayap pemudanya minta PM Letak jawatan pulak, tak ke gila? Pada penulis sendiri, kenyataan 'berbau' Anwar Ibrahim yang disebutkan Irwan Fahmi semalam adalah lebih menguntungkan UMNO dari merugikan. Sebabnya mudah saja, selama hari ini yang dok kutuk Perkasa beria sangat siapa? Pembangkang juga (terutama DAP), dan bila sekarang Ketua Wira Perkasa sendiri bercakap macam Anwar bercakap, siapa yang rugi? Sudah tentu ada wujud kerjasama di belakang antara Irwan dan Anwar Ibrahim untuk keluar statement yang macam itu. Anwar boleh beli bekas pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari, apa lagi si Irwan ni, berapa sen sangat harga dia pun. DAP sepatutnya sudah boleh bimbang sekarang kerana jika benar Anwar bekerjasama dengan Perkasa di belakang mereka, maka ini satu petunjuk bahawa Anwar sudah mahu kembali menjadi juara Melayu, seterusnya meletakkan DAP dalam kedudukan yang sukar. Walaupun DAP boleh bergantung kepada undi Cina, tapi dengan jumlah populasi cina di negara kita hanya sekitar 33%m berapa banyak sangat kerusi boleh dapat kalau tidak ada bantuan dari undi Melayu? Lagipun Anwar tahu, dalam PRU13 yang lepas, walaupun cina bersatu menyokong pembangkang dan Melayu sendiri terbahagi kepada 3 golongan, BN/UMNO masih boleh mengekalkan kemenangan di peringkat persekutuan dan 10 negeri. Pada fikiran Anwar, lebih baik dia tumpukan Melayu dari buang masa melayan cina, menangnya tak juga, malah merugikan lagi ada. Yang untung DAP seorang (tambah 10 kerusi Parlimen), sementara PKR dan PAS masing-masing berkurangan kerusi berbanding keputusan pilihanraya umum 2008. Dengan PAS lebih teruk apabila kehilangan Kedah. Jadi jangan terperanjat kenapa sayap pemuda Perkasa tiba-tiba ubah kiblat, bercakap senada dengan Anwar Ibrahim. Skripnya itu sendiri menampakkan memang Anwar sebagai dalang. Dari BR1M rasuah, penggunaan 'Hj Najib' dan sebagainya, semua itu menunjukkan Anwar terlibat. Entah berapa banyak duit dah disogok masuk dalam mulut budak Irwan Fahmi ini pun kita tak pasti, tapi penulis yakin banyak, sangat banyak. Justeru penulis kata, UMNO tak perlu kelam kabut dengan kenyataan budak ini. Sebaliknya kita perlu ambil peluang secukupnya dari kenyataan tersebut untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim dan pembangkang dengan merujuk kerjasama dalam senyap dengan sayap pemuda Perkasa ini. Kita patut lihat apa reaksi DAP sekarang ~ MyKemut Hmmm... inilah lumrah dalam politik Malaysia.. Bila ahli PKR kritik pemimpin PKR mereka dilabel sebagai Trojan Horse UMNO atau sudah dibeli oleh UMNO untuk menjahanamkan PKR/PR.. Bila penyokong atau Ahli UMNO pula mengkritik pemimpin mereka.. mereka pula akan dilabel sebagai ejen bagi Anwar Ibrahim ataupun telah dibayar oleh Anwar Ibrahim.. Tapi depa tak tau.. duit raya pun Anwar Ibrahim tak bagi kat AJK Cabang PKR Permatang Pauh tahun ni.. pasai duit dah kurang sebab guna masa PRU13 hari tu... Macam mana pulak Anwar nak bayar kat Ketua Wira Perkasa tu? Lagipun Anwar Ibrahim bukanlah sebodoh yang disangka untuk membayar Ketua Wira Perkasa tu.. sebab Ketua Wira Perkasa dan Perkasa sendiri hanya alat bagi UMNO untuk berbicara dalam soal perkauman.. Rasanya semua tahu kalau setakat Ketua Wira Perkasa tu.. Najib tak pandangpun.. mungkin hanya sebagai melukut ditepi gantang.. ada tak ada sama saja... tak menambah nilaipun.. dalam lain ayat 'Buat Semak mata memandang....'. Persoalannya disini.. kenapa kita perlu taksub dengan pemimpin hingga tidak boleh melihat pemimpin kita dikritik?? |
Mad Bashah!! Nak sekat sungai ni hang tiru Israel ka? Posted: 27 Aug 2013 05:30 PM PDT Walau siapapun penasihat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ini.. nasihat yang diterima dan disuarakan olehnya ada persamaan dengan kekejaman Regim Yahudi terhadap rakyat Palestin. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam,telah mencadangkan agar Kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang. Kekejaman Israel sememangnya diketahui umum.. antara kekejaman mereka terhadap rakyat Palestine menyekat berbagai bantuan yang disalurkan dari seluruh dunia kepada rakyat Palestin. Selain itu Amnesty International pernah melaporkan kebiadaban Israel bukan sahaja dengan merampas tanah, malah kini mengawal serta menyekat penggunaan air bersih di bumi Palestin. Alasan mereka ialah, mereka juga mengalamai masalah yang sama iaitu kekurangan air.. Amnesty International has accused Israel of denying Palestinians the right to access adequate water by maintaining total control over the shared water resources and pursuing discriminatory policies. Sama dengan tujuan Ahmad Bashah untuk menyekat aliran sungai yang membekalkan sumber air bersih buat rakyat Pulau Pinang.. Maka tak hairanlah jika Ketua Menteri Pulau Pinang juga menganggap tindakan Ahmad Bashah itu sama dengan tindakan Regime Israel.. GEORGE TOWN, Aug 27 — Penang today saw parallels of "Israel's cruelty against Palestinians" in a Kedah assemblyman's proposal to close the tap on water supply from Sungai Muda to the neighbouring state. Cadangan bodoh seorang Timbalan Menteri yang dilantik oleh Najib itu juga dibidas oleh Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali melalui satu kenyataan media, katanya.. Saya ingin menarik perhatian berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam. Sebagai seorang Timbalan Menteri beliau bukan sahaja mewakili kepentingan kawasan Bakar Bata sahaja tetapi beliau sepatutnya mewakili seluruh rakyat Malaysia. Hang pakai Najib punya penasihat ka Mad Bashah?? |
Posted: 27 Aug 2013 09:25 AM PDT SINAR HARIAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda sekalian di atas pandangan mahu pun juga kritikan hangat terhadap paparan Sinar Harian bertarikh 26 Ogos yang berjudul 'Dalang konflik Mesir didedah.' Wawancara dengan seorang saintis politik Mesir, Profesor Dr Mohammad Selim, adalah untuk memberi ruang dari sudut pandang berbeza berkenaan krisis yang melanda negara itu. Sebelum ini, kami memuatkan pelbagai laporan di muka hadapan Sinar Harian dengan tajuk 'Rakyat Tentang Tentera', 'Sapu Bersih' yang menggambarkan kekejaman Al-Sisi terhadap rakyat Mesir termasuk bagaimana 'Sumpah Ikhwanul Muslimin' bagi menjawab penentangan rakyat terhadap rampasan kuasa sehingga berakhir dengan pertumpahan darah. Sinar Harian sentiasa mengambil pendirian untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah seimbang. Untuk itu mulai esok, Sinar Harian akan mendapatkan pula pandangan seorang pakar akademik yang mempunyai pengetahuan mengenai gerakan Ikhwanul Muslimin. Teruslah membaca Sinar Harian. Berikut adalah wawancara yang telah menimbulkan kemarahan banyak pihak terutamanya yang menyokong Morsi malah ada yang mahu memboikot Sinar.. BERMULA hari penggulingan Presiden Mesir, Mohammed Mursi, diikuti pengisytiharan darurat, pergolakan di Mesir dipenuhi dengan pelbagai spekulasi dicetuskan oleh media tempatan dan antarabangsa. Bagi mendapatkan gambaran jelas konflik yang berlaku di negara itu, Sinar Harian (SH) mengadakan wawancara eksklusif bersama saintis politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Dr Mohammad Selim (MS) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Ikuti wawancara bersama Ketua Meja Global, Liza Hasan, jurufoto kreatif Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki dan jurukamera Md Nidzam Osman. Siaran wawancara ini juga boleh dilayari menerusi www.sinarharian.com.my/sinar-tv Apakah sebenarnya berlaku di Mesir pada 13 dan 14 Ogos? MS: Polis berada di dua dataran utama di Rabaa Adawiyah dan Dataran Nadha. Dua kawasan ini menjadi kawasan protes penggulingan Mursi oleh saudara Muslim dan gabungannya. Mereka sudah berada di sana empat ke enam minggu sehingga menjadikan kawasan itu lumpuh. Di Rabaa Adawiyah ialah kawasan besar dengan kepadatan dua juta penduduk. Sebuah lagi kawasan (Dataran Nadha) berhampiran dengan Universiti Kaherah yang mempunyai kapasiti pelajar lebih 500,000 dan 15,000 profesor, juga hampir lumpuh. Kami menganggap perkara itu sebagai protes biasa. Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman? MS: Setiap orang mempunyai hak untuk protes dan mempunyai pandangan sendiri dengan syarat protes ini perlu dilakukan secara aman. Bagaimanapun, kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis. Mereka gunakan kawasan ini sebagai sasaran di Kaherah. Dari Rabaa Adawiyah mereka lakukan perarakan ke Dataran Ramsis pada petang itu. Kemudian, mereka pergi ke jambatan October 16, yang merupakan lebuh raya terbesar dan bertindak untuk melaksanakan solat Taraweh dalam usaha melumpuhkan trafik di Kaherah. Itu adalah objektif mereka. Bagaimanakah keadaan kehidupan penduduk setempat ketika itu? MS: Saya sebagai penduduk Kaherah dan tinggal di kawasan berdekatan Dataran Nadha tidak boleh keluar. Saya tidak boleh lakukan tugasan harian. Maka itu, kerajaan meminta mereka bersurai dengan cara aman supaya trafik di kawasan terbabit tidak lumpuh selepas penduduk di Dataran Rabaa Adawiyah mengadu mereka tidak boleh bergerak ke mana-mana. Mereka diperiksa, barang mereka dicuri, dan kami tidak boleh tidur kerana mereka merusuh sepanjang masa, dan kerajaan bertanggungjawab terhadap situasi itu. Apakah usaha kerajaan sementara untuk meredakan kekecohan? MS: Menteri Dalam Negeri (Mohamed Ibrahim) meminta mereka supaya jangan timbulkan kekecohan. Mereka dibenarkan berada di kawasan itu sampai bila-bila sekiranya mereka mahu dan itu matlamat kerajaan sementara. Tetapi matlamat pihak satu lagi adalah untuk melumpuhkan keadaan bukan sahaja di Rabaa Adawiyah dan Dataran Nadha, tetapi di pinggir Kaherah kerana mereka menganggap kawasan itu sasaran utama. Kemudian polis mencari alternatif untuk menghentikan kekecohan, namun mereka membantah dan mencabar kerajaan. Kemudian mereka berpendapat ini adalah harinya. Mereka diberi tiga amaran melalui pembesar suara "Tolong bersurai secara aman dan kami akan memberi anda laluan keluar selamat dan kami tidak akan mengancam anda untuk membolehkan anda bersurai secara aman". Sebahagian daripada mereka bersurai secara aman tetapi sebahagian lagi memulakan serangan tembak, membakar jalan, menggunakan molotov cocktail dan dalam keadaan ini polis terpaksa mempertahankan diri dalam usaha menamatkan keadaan itu. Dalam serang balas itu, pastinya ada yang maut daripada kedua-dua pihak, 25 peratus yang terkorban adalah polis. Mereka juga membawa kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun dan membalut kanak-kanak itu dengan kain kapan. Kanak-kanak ini tidak mengetahui apa-apa, mereka tidak tahu konflik politik. Mereka berkata: "Jika kamu mahu menamatkan keadaan ini, kami harus membunuh kanak-kanak ini" dan mereka meletakkan kanak-kanak itu di benteng hadapan. Perkara itu sangat keterlaluan dan melukakan hati rakyat Mesir dan orang ramai. Pada 14 Ogos kerajaan terpaksa menamatkan situasi itu dan memastikan sekiranya terdapat rakyat terbunuh disebabkan perkara itu. Bagi mengatasi masalah itu kerajaan meminta Kumpulan Pemerhati Kemanusiaan dan Juri Perundangan untuk memerhati dan merekodkan apa yang terjadi untuk mengetahui siapakah yang menyerang dahulu. Polis hanya menggunakan gas pemedih mata ke arah mereka tetapi dibalas dengan mesingan dan molotov cokctail dalam serang balas itu pasti berlaku kematian. Bagaimanakah keadaan di dua dataran itu sekarang? MS: Sekarang dataran itu musnah sepenuhnya, mereka memusnahkannya. Bersebelahan Dataran Nadha terdapat Taman Botanik (Orman Garden). Kawasan itu adalah taman paling berharga di Timur Tengah. Terdapat 500,000 spesies pokok dan kawasan itu kini, mereka gunakan sebagai tanah perkuburan. Mengapa mereka berani meneruskan protes? MS: Mereka mahu membunuh sesama sendiri kerana mahu syahid. Mereka mahu dibunuh "Kami mahu syahid dan kami mahu anda bunuh kami,". Amaran ini dilakukan untuk memalukan polis dan kerajaan. Adakah kerajaan menggunakan kekerasan? MS: Kerajaan melihat keadaan itu, mereka amat bersabar. Sebenarnya, kami marahkan kerajaan kerana menunda untuk meleraikan keadaan itu. Jeneral (Abdel Fattah) Al-Sisi telah memberi surat kuasa kepada polis untuk melakukan serang balas tetapi polis tidak melayan tuntutan itu kerana mereka mendapati, sekiranya perkara itu dilakukan akan ramai terbunuh. Oleh itu, polis memberi tempoh tiga minggu untuk berunding tetapi perkara itu tidak berlaku. Keadaan semakin parah dan Mesir lumpur. Persoalannya, adakah polis menggunakan kekerasan, jawapannya adalah tidak. Siapakah memulakan serangan di Kaherah? MS: Saya akan tunjukkan anda gambar, siapakah yang memulakan tembakan. Mereka bukan melakukan tunjuk perasaan aman. Mereka terdiri daripada pelbagai jenis tentera. Mereka membawa tentera ini dari Libya. Selepas kejatuhan rejim Gaddafi di Libya, semua tentera di Libya dilindungi dan mereka di seludup ke Mesir dan sebahagian lagi diseludup ke Sinai untuk digunakan sebagai pengganas dan penghasut. Mereka pernah dibawa ke Mali dan ketika konfrontasi di Mali ia juga dilakukan oleh tentera Libya. Jadi, mereka datang dari Libya dan dari tempat lain dan mereka bertahan. Mereka bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah. Selepas penahanan beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, bagaimana suasana di Mesir? MS: Al Jazeera juga memaparkan kenyataan bantahan dalam perbicaraan oleh peguam lawan dari pemimpin Ikhwanul Muslimin Safwat Hegazy, Mohamed Badie, Essam al-Aryan yang mengugut tentara di Mesir. Contohnya, Mohamed Badie pernah berkata satu kenyataan sangat serius - ' Ketika hari pembebasan Mursi, pengganas di Sinai juga akan berundur. Maknanya, terdapat seperti rangkaian apa yang berlaku di Sinai dengan apa yang mereka lakukan di sini". Kini, mereka ditahan mengikut mahkamah sivil dan keadaan kini terkawal dan Mesir ketika ini baru memulakan aktiviti seperti biasa. Itu transkrip wawancara kontroversi itu.. apa yang dianggap sebagai fitnah paling nyata?? Soalan: Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman? Salem: Bagaimanapun kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis. Mengulas lanjut, Abdul Malik mempersoal, jika himpunan yang dilakukan oleh penyokong Mursi kerana menghalang laluan dan jalanraya, adakah situasi ini tidak berlaku di dataran Tahrir dan hadapan Istana Ittihadiyah, dua lokasi himpunan anti-Morsi sebelum dan selepas 30 Jun? "Berulang kali saya jelaskan dalam siri ceramah bahawa perancangan jahat polis memasukkan senjata api dan peluru ini dilonggokkan di dalam khemah-khemah sementara penyokong Morsi selepas mereka berjaya membunuh tuan khemah. "Lalu dipanggil media-media tempatan bagi menunjukkan 'bukti' bahawa rakyat di Raba'ah memiliki senjata api dan ia didedahkan oleh Al-Jazeera bahawa operasi memunggah masuk senjata-senjata ini ke dalam Raba'ah menggunakan ambulans pada pagi operasi 14 Ogos lepas," kata seorang aktivis pelajar Mesir, Muhd. Abdul Malik Abdul Karim |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan