Addin |
- Sambutan Kemerdekaan Hambar Di Sebabkan Umno.. Ini Buktinya
- Najib Tergamam Lagi.. Makin Ramai Menentang TPPA
- Berita Menggemparkan Buat Pengguna Facebook.. Saksikanlah
- Filem Tanda Putera Bakal Berkubur Di Penang
- Kantoi!! Bekas Menteri Umno Fitnah Air Asia Hidang Daging Babi
- Rupanya Putrajaya Minta 197 Maklumat Sulit Pengguna Dengan Facebook Tetapi Tidak Di Layan
- Gempar!! 'Sultan Melaka' Hadir Di Majlis Hari Raya (Bergambar)
- Abdul Ghani Salleh Di Lantik Setiausaha SPR Yang Baru
- Betul Ke Ni? Najib Sanggup Mohon Maaf Pada Keluarga Altantuya..
- Kerana Keberaniannya, Ketua Wira Perkasa Bakal Di Kenakan Tindakan?
Sambutan Kemerdekaan Hambar Di Sebabkan Umno.. Ini Buktinya Posted: 28 Aug 2013 09:36 AM PDT Kita (baca kerajaan Umno khasnya) mengeluh bila setiap kali tiba 31 Ogos hari keramat untuk rakyat negara ini kerana pada tanggal itu diisytiharkan kemerdekaan negara. Apa dikesal dan dikeluhkan kerana semangat untuk sambut hari ulang tahun kemerdekaan itu tidak begitu 'jelingah' dan meriah. Rakyat di semua lapisan seakan tidak berserta (komited) menyambut hari kemerdekaan itu. Kehadiran wakil British ini nampak sangat kemerdekaan kita dibeli. Ada yang tidak merasakan apa-apa kesan dengan ketibaan tarikh itu. Tarikh atau peristiwa itu seakan tidak memberi apa-apa signifikan buat mereka. Ia dibiarkan berlalu begitu saja bagaikan tarikh lain yang tidak membawa erti. Jika dibandingkan dengan rakyat Indonesia dalam menyambut hari kemerdekaan mereka, 17 Ogos, orang kata panggil tidak dengar. Bezanya seperti jarak di antara langit dengan bumi. Sambutan rakyat negara itu kepada sejarah bangsa negara mereka sungguh meriah dan hebat. Rakyat negara itu menanti setiap kali detik itu dengan penuh gembira dan bersemangat. Saya pernah menukilkan macam mana hebatanya rakyat Indonesia menyambut hari ulang tahun kemerdekaan mereka di dalam blog ini. Ia umpama 'jenawari'. Dari kota hingga ke pelusuk kampung semua rakyat berpartisipasi dengan sambutan itu. Tidak ada rumah yang tidak dihiasi atau dipasang bendera. Tidak mampu beli mereka buat dan reka sendiri. Bendera Sang Merah Putih itu juga dijual di tepi jalan, berbagai saiz. Tidak ada acara memberi bendera secara percuma di plaza tol atau di gedung perniagaan. Kita cemburu melihat kesungguhan rakyat Indonesia dalam menyambut hari kemerdekaan mereka. Kita cemburu dengan semangat patriotisme yang ditunjukkan rakyat negara itu. Dari sini kita dapat mengukur sejauh mana ketebalan semangat mereka dan sejauh mana pula ketipisan semangat bangsa kita. Kenapa di tempat kita lesu dan 'laaih', tidak bermaya? Kerajaan sendiri sudah habis usaha dan ikhtiar macam mana hendak gerakan rakyat agar menyambut hari kemerdekaan. Bermacam-macam kempen dan insentif diberikan. Dianjurkan berbagai pesta sempena hari ulang tahun untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan. Tidak cukup itu diberikan Jalur Gemilang agar dipasang dikenderaan secara percuma. Namun usaha itu sia-sia saja. Ada yang sudi mengambil tetapi tidak sedia untuk mengibarkan di kenderaan masing-masing. Sudah silih berganti pengerusi panitia sambutan kemerdekaan ditukar tetapi tidak menjadi. Kenapa? Ada pelbagai sebab yang diberikan mengapa situasi ini berlaku. Antaranya kerana kemerdekaan kita kononnya tidak dicapai dengan darah dan air mata. Kemerdekaan kita diberi atau didapati secara percuma menerusi rundingan. Maka generasi kini khasnya tidak merasakan keperitan itu maka semangat untuk merayakan kemerdekaan tidak menyentuh hati naluri mereka. Kemerdekaan kita tidak dicapai seperti mana Indonesia mencapai hari kebebasan itu dengan buluh runcing. Rakyat Indonesia membidik senjata dan buluh runcing menghalau penjajah. Kita tidak? Betulkah kemerdekaan kita tidak dicapai dengan darah dan air mata? Apakah tiada rakyat negara ini terkorban dan syahid kerana berjuang untuk mencapai kemerdekaan? Pandangan itu tidak tepat sebenarnya dan ia perlu diberi penjelasan baru. Hakikat apa yang berlaku sengaja dipesongkan oleh kerajaan sendiri dengan motif sedia maklum. Kalau dikorek kepada sejarah perjuangan awal rakyat negara ini yang menentang penjajahan British jelas menunjukkan perjuangan itu makan banyak korban. Banyak air mata dan darah tumpah meresapi bumi Malaya ketika itu. Atau kita tidak menganggap British itu sebagai penjajah? Saya timbulkan ini kerana ada sarjana yang berkata Malaysia tidak pernah dijajah? Cuma korban darah dan air mata itu tidak dinukilkan dalam lembaran sejarah popular negara. Justeru generasi (pembaca) muda tidak mengetahui akan ada darah dan air mata dalam proses kemerdekaan kita. Mereka tidak baca dan sedihi kemudian mendendami hal itu. Apa yang ada di dalam buku sejarah kita, ialah perundingan untuk mendapat kemerdekaan. Kemerdekaan sebuah sedekah Apa yang dinukilkan ialah pemergian Tunku Abdul Rahman bersama wakil orang Cina dan India ke London untuk membawa balik watikah kemerdekaan. Kerana hanya itulah detik dan peristiwa penting di dalam sejarah menyebabkan orang menganggap kemerdekaan bangsa kita tidak menghirup darah dan mengeluarkan air mata. Tiada getaran sampai ke hulu hati mengenai peristiwa itu. Apa lagi ada yang membuat ejekan kemerdekaan kita adalah sebuah sedekah Inggeris selepas mereka mengaut segala kekayaan hasil bumi Malaya. Perkara ini kesilapan paling besar untuk negara dan generasi seterusnya tetapi ia tidak diralat. Kesilapan inilah memusnahkan semangat generasi penerus terhadap kecintaan kepada negara. Kemerdekaan kita sebenar lebih bermakna dan besar dari itu. Terdapat kedukaan dan keperihan pejuang memaksa British berundur. Jadi adalah salah kalau ada orang beranggapan kita merdeka bukan dengan darah dan air mata. Barang kali tidak perlu saya emosi mendedahkan siapa yang menumpahkan darah dan air mata dalam proses mencapai kemerdekaan dari Bristih sekitar tahun 1942 hingga 1957 dan sebelum itu. Umum sudah tahu. Dengan terbuka luasnya langit dunia, (dunia tanpa sempadan) yang semua orang boleh akses maklumat, menyebabkan manusia (generasi) tidak lagi berada dalam kepompong dibina penjajah dan tali barutnya. Mereka yang rajin dan gemar menggali sejarah akan menemui kebenaran ini. Bahawa sejarah kemerdekaan yang ditulis oleh Umno tidak lengkap. Keadaan ini makin mengelirukan pula apabila ia disokong oleh sarjana peliharaan Umno untuk membetulkan sejarah yang tidak betul itu. Mereka tidak mahu melurus dan berkata benar tetapi terus bersekongkol dengan Umno sebagai tuan mereka. Tidak semua kisah, citra, puak atau individu yang dicatat sebagai pejuang. Sebaliknya paling menyedihkan ada pejuang sejati dianggap sebagai penderhaka. Paling-paling mereka akan menukilkan kisah Datuk Bahaman, Datuk Sago atau Mat Kilau atau pun Tok Janggut saja sebagai pejuang. Itu pun dalam nada pesimis dan konotasinya berbeza bila mereka (kerajaan) bercakap atau makan malam bersama Inggeris. Tetapi rentetan selepas itu, gerakan nasionalisme tahun 1940-an khasnya selepas pengisytiharan Darurat (1948) tidak dinukilkan. Umno tidak merasakan kematian Tok Sago, Mat Kilau, Tok Janggut adalah kematian seorang pejuang kerana mereka bukan ahli Pekembar. Tidak ada dalam sejarah ahli Perkembar (Umno) ditahan di dalam penjara, apa lagi mereka mati ditembak atau pun digantung sampai mati kemudian jenazahnya diarak ke seluruh pekan dan bandar untuk menakutkan orang Melayu. Siapa orang Pekembar yang diseksa? Jadi benarlah kalau ada orang tuduh kemerdekaan kita tidak dicapai dengan darah dan air mata kerana itulah versi dan hakikat perjuangan Umno. Bagaimana pun kalau dilihat kepada tokoh nasionalis yang kemudian menyambung perjuangan secara politik? Jelas mereka menumpahkan darah dan air mata demi membebaskan tanah air. Tokoh yang dicap sebagai haluan kiri; Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Abu Bakar Bakir, Ishak Mohamad (Pak Sako) dan lain adalah pejuang yang meringkuk di dalam penjara kerana merindui sebuah kemerdekaan. Kita tidak pernah menadah berapa banyak air mata mereka mengalir. Begitu juga kalau hendak dihitung tokoh nasionalis yang menyambung perjuangan menerusi Rejemin Ke-10 PKM - Parti Komunis Malaysia, seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Kamaruzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Siti Nurkiah Mahmood dan lain-lain adalah pejuang kemerdekaan yang banyak menelan air mata dan menyaksikan darah membasahi bumi. Munasabahkah mereka ini semua sengaja melarikan diri ke dalam hutan kemudian sanggup berdepan dengan hujung senjata tanpa ada matlamat untuk agama, bangsa dan negara? Jadi di manakah salahnya maka kemerdekaan kita menjadi lesu? Berdasarkan perkembangan dan kronologi tadi jelas yang salahnya kerajaan, puak yang menguruskan negara ini sejak 1957 itu. Umno begitu sombong dan angkuh kerana mahu memperlihatkan hanya Umno yang berusaha mencapai kemerdekaan dan dalam masa lain menafikan peranan, tanggungjawab dan pengorbanan orang atau pihak lain yang sama-sama memainkan peranan ke arah itu. Hakikat ini semua orang tahu. Pembaculan sejarah adalah Umno. Kenapa pada dekad awal kemerdekaan majlis sambutan kemerdekaan mendapat sambutan dan hangat? Sebab waktu itu langit belum terbuka, sejarah perjuangan negara masih terbungkus. Hari ini apabila dunia sudah tanpa sempadan, maklumat tidak boleh disembunyikan, makin ramai cerdik pandai menganalisa sejarah, maka mereka menjadi keliru siapa sebenar pejuang dan siapa sebenarnya hipokrit yang bertindak menamakan susu lembu dengan nama sapi. Kesimpulan mudah saja untuk menyeramakkan tarikh kemerdekaan kita, pemerintah hari ini harus ikhlas dan sedia menerima peranan pihak lain juga. Pertamanya, mengiktiraf perjuangan nasionalis menerusi Kesatuan Kebangsaan Melayu Malaya (KKMM) serta sayapnya API, Awas, Insaf dan sebagainya adalah penyumbang kepada kemerdekaan. Demikian juga dengan Rejemin Ke-10 Komunis Malaya yang bergerak dihutan secara bergerila. Mereka yang menjadi wakil kepada rakyat negara ini menggadaikan nyawa, darah dan air mata demi sebuah kemerdekaan. Demikian juga dengan parti pembangkang, PAS, DAP dan Keadilan dan lain-lain hendaklah dipanggil sama berbincang bagaimana hendak memeriahkan kemerdekaan negara ini. Mereka juga khususnya PAS perlu diikhtiraf sebagai badan siasah yang berjuang untuk membebaskan negara dari cengkaman kolonial. Selagi kerajaan yang ada hari ini menafikan peranan dan pengorbanan semua pihak, maka selama itu sambutan kemerdekaan kita akan layu, lunyai dan 'laaih' dan ia hanya tidak ubah sebagai sebuah pesta atau keramaian hiburan yang tidak memberi apa-apa signifikan pun kepada kita. Sambutan itu akan dilihat sebagai sebuah propaganda Umno bukan sebuah 'moment' penting untuk rakyat jelata. ~msomelayu.blogspot.com Iklan C (ii) |
Najib Tergamam Lagi.. Makin Ramai Menentang TPPA Posted: 28 Aug 2013 07:40 AM PDT Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyerahkan resolusi bantahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengandungi 75 ketetapan untuk Putrajaya penuhi jika mahu menyertai perjanjian, kata Ketua Pengarah Eksekutif MTEM, Nizam Mahshar. Selain itu, MTEM juga jelas Nizam telah menemui Ketua Setiausaha Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria untuk menyertai jawatankuasa yang mengendalikan kajian analisis kos manfaat dalam hal TPPA. "Beliau akan mempertimbangkan permintaan kami," kata Nizam merujuk kepada pertemuan dengan KSU Miti tersebut ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sepetang Aidilfitri anjuran MTEM yang turut dihadiri Najib petang tadi. Jelas Nizam, MTEM yang merangkumi 650,000 ahli juga masih tidak yakin TPPA akan menguntungkan negara. "Daripada 75 ketetapan ini akan menjadi pendirian nasional dan kita harapkan dengan apa yang berlaku di Brunei, perunding kita dapat membawa mesej bahawa ketetapan ini adalah perkara yang tidak boleh dikompromi. "Jika ianya gagal dipenuhi, dan kalau negara lain juga tidak bersetuju (dengan resolusi), Putrajaya perlu tarik diri dari rundingan," katanya. MTEM telah mengadakan sidang meja bulat bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bermula 26 hingga 27 Ogos lalu, yang mana bekas perdana menteri itu turut membantah penyertaan Malaysia terhadap TPPA. "Kami berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir," kata Nizam lagi. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Berita Menggemparkan Buat Pengguna Facebook.. Saksikanlah Posted: 28 Aug 2013 06:07 AM PDT Kerajaan akan merayu kepada Facebook untuk mendapatkan maklumat peribadi 197 pengguna laman sosial itu, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, Facebook berhak menolak permohonan kerajaan malah pastinya laman media sosial itu mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka menolak permohonan itu. Katanya, laporan kepada Facebook bukan sahaja datang dari kerajaan seluruh dunia malah pemilik akaun individu juga mempunyai masalah dengan kandungan laman sosial berkenaan. The Malaysian Insider hari ini melaporkan Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi. Semakan terhadap "Global Government Requests Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia, negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data diberikan), Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0 peratus). Bagaimanapun, Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan.Negara tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah 20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook. Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun. Menurut peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh."Seperti yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk berbuat demikian pada masa sama menjadi telus. "Ketelusan kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif. Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat. "Kami amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih besar," katanya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Filem Tanda Putera Bakal Berkubur Di Penang Posted: 28 Aug 2013 02:49 AM PDT Kerajaan negeri Pulau Pinang menasihatkan semua panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi Tanda Putera, berikutan filem itu bernada perkauman. Exco negeri, Chow Kon Yeow, berkata beliau akan menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang dan Seberang Prai untuk mengeluarkan notis kepada panggung wayang menasihatkan supaya tidak menayangkan filem yang dijadualkan berada di pawagam seluruh negara esok. Chow berkata, beliau bertindak atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Filem itu, yang diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba, menerima maklum balas negatif kerana mengandungi adegan dan dialog yang dikatakan sensitif terhadap perkauman. Shuhaimi tegas menyatakan bahawa filem itu adalah interpretasi daripada kejadian sejarah yang diambil daripada pelbagai pendapat. Ia adalah fiksyen yang berlaku ketika rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. "Kita hanya boleh menasihatkan pengurusan pawagam. Ia terserah kepada mereka. Kita tidak ada kawalan terhadap isu kandungan filem," kata exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan itu. DAP mengkritik keras filem itu dan mendakwa ia boleh mencetuskan ketegangan kaum apabila meletakkan punca rusuhan kaum 1969 kepada masyarakat Cina. Adegan dalam filem itu mengaitkan Lim Kit Siang yang masih muda kencing di tiang bendera di luar rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. Kit Siang yang juga Penasihat DAP, menafikan wujudnya kejadian itu. Shuhaimi bagaimanapun, mempertahankan karyanya dan meminta masyarakat memberi peluang kepada filem itu sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya. Tanda Putera sepatutnya ditayangkan tahun lalu tetapi ditangguhkan sebanyak tiga kali berikutan bantahan terhadap beberapa adegan dalam filem itu. Kos pembikinan filem itu dikatakan mencecah RM4.8 juta dan ia adalah kerjasama Persona Pictures dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MdeC). ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Kantoi!! Bekas Menteri Umno Fitnah Air Asia Hidang Daging Babi Posted: 28 Aug 2013 01:18 AM PDT Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta. Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan. "AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi. "Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia," katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan. Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, "Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX. Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali. "Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X. "Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka," jelasnya menerusi blog Zamkata. Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin. Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut. "Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya," jelas Zainuddin menerusi blognya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Rupanya Putrajaya Minta 197 Maklumat Sulit Pengguna Dengan Facebook Tetapi Tidak Di Layan Posted: 28 Aug 2013 01:11 AM PDT Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi. Semakan The Malaysian Insider terhadap "Global Government Requests Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia, negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data diberikan), Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0 peratus). Bagaimanapun, Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan. Negara tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah 20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook. Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun. Menurut peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh. "Seperti yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk berbuat demikian pada masa sama menjadi telus. "Ketelusan kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif. Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat. "Kami amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih besar," katanya. Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menemui kegagalan. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Gempar!! 'Sultan Melaka' Hadir Di Majlis Hari Raya (Bergambar) Posted: 27 Aug 2013 11:47 PM PDT Baru-baru ini 'Sultan Melaka', Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah hadir dalam jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama anak yatim di Kelab Cinta Sayang, Kedah. Lama tak dengar cerita beliau…tetapi nampaknya 'gah' sebagai seorang 'Sultan' terus dibawanya hingga ke hari ini. Dilihat berpakaian Diraja berwarna kuning, sedondong dengan 'permaisurinya', Raja Noor Jan menjadi tumpuan ramai di majlis tersebut. Raja Noor Jan mula mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005. "Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini," kata Raja Noor Jan yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857 tidak lama dulu. "Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan," tambahnya. Kesultanan Perak diwujudkan pada abad ke-16 selepas kejatuhan Melaka, oleh anak Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir. Sejak penjajahan Portugis pada 1511, Melaka menjadi sebuah kota pelabuhan yang tidak diperintah oleh sultan tetapi negeri lain yang diketuai wakil Yang di-Pertuan Agong atau dikenali sebagai Gabenor. Bekas menteri besar Pahang Tun Khalil Yaakob kini adalah Yang Dipertua Negeri Melaka. "Saya telah menjadi Sultan tetapi tidak dibayar gaji, mungkin mereka membisu kerana enggan membayar saya," kata Raja Noor Jan. "Jadi saya tidak mahu tampil. Bila saya ada wang baru saya akan membuat beberapa perancangan. Saya telah menggunakan wang sendiri," kata belia dalam satu sidang akhbar beberapa tahun lalu. Raja Noor Jan mendakwa menjadi ahli perniagaan tetapi menolak untuk memberitahu secara terperinci mengenai kerjanya. Polis sebelum ini pernah menyita kereta Rolls Royce miliknya yang mempunyai lambang Sultan Melaka pada satu program perniagaan di Serdang. Polis berkata kereta tersebut telah disewa dan lambang Sultan Melaka digunakan untuk meyakinkan pelabur asing. "Kereta itu digunakan untuk ke program tersebut. Mereka mahu satu sambutan meriah kepada Sultan Melaka, apa salahnya? katanya ketika ditanya mengenai keretanya. Macam-macam hal… Iklan C (ii) |
Abdul Ghani Salleh Di Lantik Setiausaha SPR Yang Baru Posted: 27 Aug 2013 07:06 PM PDT Pengarah di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Abdul Ghani Salleh (gambar) dilantik Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, berkuat kuasa 19 Ogos ini. Menurut kenyataan SPR hari ini, Abdul Ghani, 55, menggantikan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang bersara pada 13 Ogos lepas. Kamaruddin dilantik ke jawatan itu pada 1 Okt 2010. "SPR berharap dengan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam, pelantikan Abdul Ghani sebagai Setiausaha SPR yang baharu dapat memimpin Urus Setia SPR dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar yang ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan," kata kenyataan itu. Abdul Ghani mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri, termasuk Pegawai Daerah Gombak pada 1 Ogos 2006, dan Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor mulai 2 Mei 2008. Dalam pada itu, SPR merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kamaruddin atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada badan berkenaan. ~bernama Iklan C (ii) |
Betul Ke Ni? Najib Sanggup Mohon Maaf Pada Keluarga Altantuya.. Posted: 27 Aug 2013 06:15 PM PDT KUALA LUMPUR 27 OGOS: Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya Shaariibu dan Kerajaan Mongolia ekoran kegagalan institusi kehakiman Malaysia menyelesaikan kes pembunuhan model kelahiran negara itu. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata, Perdana Menteri kena bertanggungjawab kerana kes pembunuhan itu melibatkan rakyat negara luar. "Sebagai Perdana Menteri, Najib perlu bertanggungjawab. Jika gagal, sudah pasti imej Malaysia akan tercalar sekaligus mengundang persepsi negatif terhadap jaminan keselamatan dan kelemahan penghakiman di negara ini," tegasnya menyarankan Kerajaan Malaysia mencontohi penanggungjawaban seperti Kerajaan Britain. Beliau merujuk tindakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memohon maaf secara terbuka kepada Ashraf Rossli, 20, pelajar Malaysia yang dipukul dan dirompak di London pada 2011. "Jika Najib takut, biar sahaja (Tan Sri) Muhyiddin Yasin menggalas tanggungjawab itu," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar itu ketika dihubungi. Tegas Azan, keperluan tersebut penting bagi menjamin hubungan antara kedua-dua negara. "Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?" soalnya. Beliau menambah, berjiwa besarlah Najib jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap warga Mongolia itu. ~keadilandaily Iklan C (ii) |
Kerana Keberaniannya, Ketua Wira Perkasa Bakal Di Kenakan Tindakan? Posted: 27 Aug 2013 05:59 PM PDT Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara dengan baik. Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan." "Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu. Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu. Kenyataan Irwan bagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sangat kritikal kepada strategi pilihan raya Najib, mengatakan baru-baru ini kumpulan itu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya 2013. Ibrahim sudah menyatakan pendirian ini kepada penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan bersama bekas perdana menteri itu, di mana Najib menerima kritikan ekoran kelemahan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei. Seorang pemimpin Perkasa berkata, Dr Mahathir memahami langkah Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya akan datang walaupun majoriti ahlinya adalah ahli Umno. Tetapi kumpulan hak Melayu itu tidak pernah meminta Najib letak jawatan. Irwan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa perdana menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan. Namun Najib masih berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan. "Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Ordinan Darurat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. "Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," katanya. Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil. "Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider. "Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," katanya lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka. "Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam PRU lepas," katanya. Dalam laman blognya, Irwan menulis:"1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. "Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India . Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat." Beliau turut membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan." "Malangnya kepimpinan tertinggi negara masih lagi menagih kepada kaum ini, melantik orang yang tidak sepatutnya dilantik. Laungan 1Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu, saya mahu tanya apakah 1Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ia terbukti gagal," katanya dalam posting blog berkenaan. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan