Isnin, 26 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kediaman Bekas Pegawai Tinggi Polis Dipecah Masuk

Posted: 26 Aug 2013 07:40 AM PDT


Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, semalam.

Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang.

"Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar.

"Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba," katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Isnin.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat.

Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis. -- BERNAMA

Sebab-sebab Sirul dan Azilah bebas dari tuduhan bunuh Altantuya didedahkan!!

Posted: 26 Aug 2013 02:26 AM PDT


Berikut adalah antara beberapa faktor yang membawa kepada pembebasan Sirul dan Azilah dari tuduhan membunuh Altantuya..

1-Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri atau menawarkan saksi ini untuk disoal balas.

2-Hakim Perbicaraan gagal menimbang notis yang jelas terdapat percanggahan.

3-wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu.

4-Gagal mengaitkan pemilikan bahan letupan dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

5-Hakim Mahkamah Tinggi gagal dan tidak memeriksa berhubung percanggahan atau tidak konsisten di dalam bukti pendakwaan.

6- Hakim Mahkamah Tinggi juga didapati tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan terdapat perancangan awal oleh kedua-dua perayu untuk melakukan pembunuhan itu.

Ini laporan dari The Malaysian Insider..

Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas  
Timbalan Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini. 
Laporan itu juga mendedahkan kegagalan hakim perbicaraan menimbang notis alibi sebagai punca kepada pembebasan dua komando polis, ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar pada Jumaat lalu. 
Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006. 
Laporan penghakiman oleh salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat juga menekankan wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu. 
"Ia tidak boleh terlepas pandang episod buruk dan dasyat ini bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum pembabitan Azilah dan Sirul. 
"Bukti yang diperoleh menunjukkan tugas Azilah dan Sirul adalah meronda sekitar rumah Razak dan kehadiran mereka di sana pada malam itu atas permintaan Razak kepada Azilah," tulis Tengku Maimun dalam penghakimannya. 
Hanya Musa akan membongkar semua ini, katanya. 
Dalam pembebasan Azilah, Mahkamah Rayuan mendapati hakim perbicaraan Datuk Mohd Zaki Md Yassin gagal menimbang notis alibi yang menunjukkan Azilah tidak mungkin boleh berada di dua lokasi pada suatu masa ketika malam pembunuhan Altantuya. 
Mahkamah Rayuan berkata, rekod panggilan oleh syarikat telekomunikasi yang diberikan pendakwa raya bertujuan untuk mengenalpasti pergerakan Azilah pada hari pembunuhan Altantuya. 
Berdasarkan kepada bukti yang diberikan itu, Azilah berada di Pekan Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam. 
Bagaimanapun, diari balai Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di sana mengutip senjatanya, Glock EAH 387 dan dua kelopak peluru pada jam 10.18 malam. 
Beliau kemudiaan beredar ke Putrajaya dalam tugasan mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Pegawai penyiasat dalam pembunuhan Altantuya, ASP Tonny Lunggan memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai kebenaran diari itu dan ketepatannya. 
Namun, Mahkamah Rayuan berhujan meragui ketepatan rekod panggilan telefon berkenaan ~ The Malaysian Insider


Sementara itu myMetro melaporkan..

Kes bocor pendakwa gagal tampil Musa 
Kegagalan mengaitkan pemilikan bahan letupan dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar antara kekhilafan Hakim Mahkamah Tinggi yang dijadikan alasan Mahkamah Rayuan untuk melepas dan membebas dua anggota polis itu daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. 
Keputusan mengetepikan sabitan serta hukuman gantung sampai mati dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, sebelum ini dibuat sebulat suara tiga panel hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. 
Membaca penghakiman ringkas keputusan itu, Tengku Maimun berkata, pihaknya hanya membaca rumusan keputusan terhadap isu utama dikemukakan perayu. 
Menurutnya, berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi perlu membuat penemuan bagi menghubungkaitkan isu bahan letupan dengan perayu. 
"Terdapat kaitan antara bahan letupan dengan si mati, oleh itu pendapat kami Hakim Mahkamah Tinggi perlu membuat penemuan bagi mengaitkan bahan letupan dengan perayu. 
"Dengan tidak membuat penemuan berhubung pemilikan oleh perayu dengan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan ini, Hakim Mahkamah Tinggi gagal membuat pertimbangan terhadap kaitan terputus ini," katanya. 
Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin memerintahkan Azilah dan Sirul Azhar dihukum gantung sampai mati atas dakwaan membunuh Altantuya selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. 
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Mukim Bukit Raja, Klang, antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006. 
Pada perbicaraan bermula 18 Jun 2007 dan prosiding berlangsung selama 151 hari, 84 saksi pendakwa dipanggil memberikan keterangan antaranya pakar bom, pakar senjata api, ahli kimia, forensik, pegawai perubatan dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) serta kakitangan Celcom. 
Berhubung alibi pembelaan Azilah, Tengku Maimun berkata, Hakim Mahkamah Tinggi tidak menyatakan dalam alasan penghakimannya beliau ada menimbangkan maklumat daripada diari stesen. 
Menurutnya, maklumat itu perlu untuk cenderung menunjukkan kehadiran perayu di Bukit Aman ketika waktu kejadian, sekali gus bermakna dia tidak berada di lokasi kejadian. 
"Hakim tersalah arah membuat pertimbangan terhadap diari stesen itu dan gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan menyatakan bahawa Azilah berada di tempat kejadian," katanya. 
Berhubung isu log panggilan telefon dan ramalan liputan, Tengku Maimun berkata, mahkamah mendapati adalah satu keperluan bagi Hakim Mahkamah Tinggi memberi fokus terhadap isu ditimbulkan pembelaan berhubung bahan bukti. 
"Kami mendapati keterangan tiga pegawai telekomunikasi menimbulkan isu kesahihan dan ketepatan. Hakim Mahkamah Tinggi perlu membuat penemuan sama ada terdapat gangguan atau pengubahan data.

"Sama ada kesahihan data itu boleh dipersoalkan atau sebaliknya. Bagaimanapun dalam kes ini ia gagal dilakukan. Pada pendapat kami, kegagalan tersalah arah ini serius memandangkan bukti dikemukakan itu tidak selamat digunakan," katanya. 
Tengku Maimun berkata, satu lagi kekhilafan dikesan pihaknya ialah kegagalan pihak pendakwaan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri atau menawarkan saksi ini untuk disoal balas.

Menurutnya, keterangan Musa adalah perlu bagi merungkai kejadian yang menjadi dasar dalam kes pendakwaan ini. 
Sementara itu berhubung maklumat membawa kepada penemuan, beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi gagal dan tidak memeriksa berhubung percanggahan atau tidak konsisten di dalam bukti pendakwaan. 
"Beliau gagal memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak memberi fokus sama ada perayu menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketepatan keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950," katanya. 
Menurutnya, Hakim Mahkamah Tinggi juga didapati tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan terdapat perancangan awal oleh kedua-dua perayu untuk melakukan pembunuhan itu dan sama ada pembunuhan berkenaan dilakukan dengan niat bersama hasil daripada perancangan awal terbabit. 
"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes, kami memutuskan bahawa sabitan terhadap kedua-dua perayu adalah tidak selamat, oleh itu kami sebulat suara membenarkan rayuan dan sabitan serta hukuman oleh Mahkamah Tinggi diketepikan. Perayu dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan," katanya lapor myMetro

Ketua Wira Perkasa Mahu Najib Letak Jawatan Sebab Dah Gadai Segalanya..

Posted: 26 Aug 2013 12:09 AM PDT


Bersemangat betul Ketua Wira Perkasa ni membelasah Najib dalam kenyataan medianya ini.. habis segala apa yang dah dilakukan oleh Najib dipertikaikannya.. lebih dari pembangkang pulak..

Setelah lima tahun berlalu baru beliau sedar bahawa Najib telah menggadai hampir kesemua kepentingan orang Melayu hanya kerana mahu meraih undi dari kalangan bukan Melayu..

Asalamuaalaikum, 
1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India . 
Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat. 
Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik.  
Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal. 
BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan.  
Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat membantu rakyat? Membantu tetapi rakyat meminta minta. Ini juga adalah ketidak pandaian kerajaan mentakbir urus Negara. 
Betapa singkatnya pemikiran kerajaan sehingga perlu memberi duit kepada rakyat? Kerajaan juga memberi wang rakyat yang telah disalah gunakan. Terbukti cara begini juga tidak berjaya. 
Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok. Perdana Menteri yang meluluskan peruntuka-peruntukan ini lalu terus melemahkan parti-parti komponen.  
Hj Najib menjadi hero ataupun pengkhianat yang mana memberi peruntukan dengan begitu banyak sedangkan sekolah-sekolah jenis tidak ada dalam perlembagaan Negara. 
Demi mendapatkan undi sehingga Kalimah ALLAH di benarkan diguna pakai oleh pihak kristian, Hj Najib selaku Perdana Menteri dan Hisamuddin semasa memegang Menteri Dalam Negeri. Apakah semua cara membolehkan Nj Najib mendapat 2/3?. 
Segala usaha mengadai hak-hak melayu untuk mendapatkan undi tidak berjaya, diterjemahkan pada PRU13 yang lepas, Melayu masih memberi undi kepada kerajaan.  
Bukan sebab kerajaan pimpinan Hj Najib itu terbaik, tetapi disebabkan Melayi tiada pilihan seketika itu. Nampak Hj Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di Negara ini dan mengagong agongkan kaum lain.  
Penggunaan Kalimah ALLAH adalah klimax. Mana letaknya jiwa sebagai seorang Islam? Sehingga sanggup menggadai kalimah ALLAH. 
Sudah cukup segalanya digadai, sudah cukup....... Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap supaya Hj Najib meletakkan jawatan. Pengorbanan ini perlu demi menyelamatkan survaival Islam dan Melayu di bumi sendiri.. 
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!  
IRWAN FAHMI IDERIS
KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA

Tapi... aku rasalah.. kalau dia ni dilantik sebagai Senator  bersama Ezam Mat Nor yang dah dilantik sebagai Senator untuk penggal ke dua tu.. diamlah dia..

Cuba pergi jumpa Rosmah dan cium tangan dia.. mana tahu boleh jadi Pengerusi mana-mana GLC yang ada.. Rasanya TNB bagus tu sebab dah untung lebih RM2Billion tapi nak naikkan tarif elektrik lagi..

Sumber dari Blog dia..



'Endless Possibilities' bukan diciplak dari Israel tapi dari Mongolia?.. Video sebagai bukti.. Saksikan!!

Posted: 25 Aug 2013 08:44 PM PDT


Semakin menarik nampaknya isu mengenai slogan 'Endless Possibilities' ini.. dinafikan diciplak dari negara haram yahudi iaitu Israel tapi terkait pula dengan negara lain yang juga mengaitkan Najib secara peribadi.

Setelah tersebarnya dakwaan yang mengatakan bahawa slogan 'Endless Possibilities' itu adalah diciplak dari negara Yahudi itu, Pejabat Perdana Menteri dengan segera menafikannya..

Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Ianya bukanlah diciplak dari Israel tetapi telah dilancarkan terlebih dahulu oleh Malaysia sebelum Isrel turut menggunakannya bagi industri pelancongan negara itu.

Slogan "Endless Possibilities" pertama kali dilancarkan Malaysia semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland 25 Januari 2013.

Empat bulan selepas pelancarannya itu negara Israel turut mengikuti slogan sama bagi industri pelancongan negara itu.

Kempen `Endless Possibilities' sebenarmya sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan, Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya," kata sumber dari PMO.

Bagaimanapun.. penafian itu menjurus kepada satu penemuan baru..

Dua video yang telah dimuatnaik ke dalam YouTube pada tarikh 19 Februari 2012 setahun sebelum dilancarkan oleh Malaysia dengan tajuk 'Mongolia Endless Possibilities' oleh CNN menimbulkan persoalan yang baru.

Persoalan yang memerlukan jawapan dari Pejabat Perdana Menteri..

Apakah kaitannya 'Endless Possibilities' yang digunakan oleh Mongolia ini dengan 'Endless Possibilities' yang akan dilancarkan oleh Malaysia?.. suratan atau kebetulan?

Ini Video yang dimaksudkan..

 

Jika sebelum ini JPM dalam penjelasannya menyebut bahawa Najib sudah memperkenalkan slogan Endless Possibilities sejak Januari 2013 dan Israel pula hanya mengunakan slogan itu empat bulan kemudiannya, maklumat daripada Youtube mengenai penggunaan slogan itu oleh kerajaan Mongolia pula menyebut ia pun digunakan sejak 19 Februari 2012.

Malahan dalam video itu, warna yang digunakan dalam perkataan Mongolia itu mempunyai persamaan dengan warna logo Endless Possibilities yang bakal digunakan oleh Malaysia.

Kalau mengikut hujah dan logik JPM, maka bermakna slogan Endless Possibilities ini ditiru daripada Mongolia kerana mereka lebih awal daripada Najib menggunakannya.

Najib hanya mula mengucapkan Endless Possibilities pada Januari 2013 sedangkan negara kelahiran Altantuya sudah menggunakannya sejak 19 Februari 2012 lagi.

Setelah Altantuya menjadi isu dan menimbulkan ribut besar kepada negara, kenapa Mongolia lagi menjadi pilihan?

Bila agaknya dibincangkan slogan itu?.. dan oleh siapa dengan siapa agaknya.. hmm.. Endless Possibilities...

The Malay Mail Online juga melaporkan perkara ini..

Malaysia came out with "Endless Possibilities" as its new global theme months before Israel released a similar tagline, the Prime Minister's Office (PMO) has said amid a national uproar over claims that the slogan had been plagiarised.

But the shadow cast by the controversy is unlikely to lift soon in the face of an online video that shows the exact same catchphrase used to sell Mongolia, uploaded over a year ago.

"Malaysia's 'Endless Possibilities' nation branding concept was publicly launched in January 2013 at the World Economic Forum annual meeting in Davos, Switzerland.

"The Tourism Ministry of Israel started using 'Endless Possibilities' to promote their conference and incentive market four months later, in May 2013," the PMO said in a statement emailed to The Malay Mail Online yesterday.

This daily had asked the PMO for clarification after pro-establishment bloggers kicked up a storm this week over the striking similarities between the Najib administration's new global branding slogan and Israel's Ministry of Tourism's tagline "Israel. One Place. Endless Possibilities".

But soon after receiving the PMO's explanation, The Malay Mail Online was made aware that a video advertisement marketing Mongolia using the exact same tagline had been uploaded onto YouTube nearly one year before Prime Minister Datuk Seri Najib Razak first mentioned it at Davos.

A short clip titled "Mongolia Endless Possibilities by CNN" has been available on the popular video-sharing website since it was uploaded on February 19, 2012, by a YouTube account user named BDSecJSC ~ The Malay Mail Online

The Edge dedahkan pemilik syarikat bas jatuh gaung itu.. tengoklah nama siapa ni..

Posted: 25 Aug 2013 05:30 PM PDT


Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Noor memaklumkan, berdasarkan siasatan awal, keadaan cuaca ketika tragedi adalah baik manakala keadaan jalan raya di lokasi kejadian juga berada dalam keadaan memuaskan.

Oleh itu polis percaya kecuaian pemandu dan keadaan bas yang tidak berada pada tahap memuaskan dipercayai antara punca nahas ngeri yang mengorbankan 37 nyawa itu.

Berbagai tuduhan dan cerita dilontarkan kepada pemandu yang turut terkorban dalam tragedi itu.. bak kata orang 'Dead man can't talk...' jadi adalah mudah untuk menuduhnya kerana beliau tidak mungkin akan menjawab.

Selain pemandu yang dijadikan kambing hitam yang turut dipersoalkan dalam hal ini ialah tentang bagaimana sebuah bas yang dikatakan uzur itu masih dibenarkan beroperasi turun dan naik kepuncak Genting?

Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang ~ Malaysiakni

Siasatan awal Polis mengenai tragedi itu yang mendapatai bas tersebut telah membawa lebih muatan telah dinafikan oleh Pengerusi SPAD yang tiba-tiba menjadi jurucakap kepada Syarikat bas itu..

Kerana bas berkenaan yang dikatakan didaftarkan sekitar 1997-1998 atau bersamaan usia kira-kira 15 tahun itu menurutnya dibenarkan membawa 43 penumpang termasuk 18 penunpang yang berdiri.


Syed Hamid Albar juga turut menafikan laporan yang mengatakan bahawa Genting Highlands Transport Sdn Bhd telah disenarai hitam oleh JPJ.

Katanya menurut laporan yang diterima oleh SPAD dari Polis, JPJ dan jga SPAD sendiri menyatakan syarikat itu tidak disenarai hitam.

Kenapa Syed Hamid tiba-tiba sibuk menjadi jurucakap syarikat bas itu sedangkan beliau sepatutnya bercakap bagi kepentingan rakyat bukannya Syarikat bas?

Baca apa yang didedahkan oleh The Edge ini..

Continue yours reading HERE

Tiada ulasan: