Anak Sungai Derhaka |
- Penyokong UMNO dedahkan sebab Kerajaan tukar Perdana kepada Honda Accord..
- Nazri Aziz kata Blogger UMNO, Setiausaha JMM dan Zamil Ibrahim.. BODOH!!
- Jual MAS?.. Ini dari Najib kepada Mahathir..
- Ahli Parlimen German Beri Penghormatan Pada Roh Syuhada?.. Bohong tu.. tengok video nih!
- Pelampau punca Mesir bergolak lapor Utusan
Penyokong UMNO dedahkan sebab Kerajaan tukar Perdana kepada Honda Accord.. Posted: 19 Aug 2013 07:56 AM PDT Aku terbaca artikel yang menyenaraikan hujah-hujah mempertahankan tindakan Kerajaan Barisan Nasional dalam laman Forum MyKemut (Kumpulan Menyokong UMNO). Terkedu juga aku membaca hujah-hujah yang disenaraikannya itu.. aku terkedu bukan sebab hujah-hujahnya hebat tetapi, hujah-hujahnya menyerlahkan kebangangan penulis ini.. Bacalah apa yang ditulisnya.. dan faham betul-betul apa yang aku merahkan.. Ganti Perdana Dengan Honda Tak Menjejaskan Proton PEMBANGKANG memang tak sedar diri, kadang-kadang tak perasan bahawa kenyataan yang dibuat akan memakan diri semula. Contohnya dalam isu pertukaran kenderaan rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord yang giat dijadikan isu sekarang. Kononnya pertukaran itu melambangkan kerajaan pun tidak menyokong industri automotif tempatan, tidak patriotik dan sebagainya yang buruk-buruk. Tapi dia terlupa banyak benda. Pertama, kalau nak kata tidak menyokong industri automatif tempatan, kerajaan negeri pembangkang memang layak dijadikan contoh paling ideal. Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, kenderaan Perdana tidak digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri, sebaliknya Toyota Camry. Sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan persekutuan, semua agensi kerajaan masih lagi menggunakan Proton sebagai kenderaan jabatan dengan pengguna terbesar ialah dari polis dan tentera (antara sebab kenapa nombor plat Wilayah cepat bergerak). Kenderaann yang nak ditukar ini ialah kegunaan VVIP dan pegawai kanan sahaja yang jumlahnya tidak lebih dari 200 buah. Itupun sebab Proton tidak lagi mengeluarkan model baru Perdana dan pembangunan kenderaan baru untuk kegunaan eksekutif akan memakan belanja yang bukan sedikit. Itu belum disebutkan lagi kesukaran untuk mendapatkan alat ganti kenderaan, terutama yang terpaksa diimport dari luar negara. Kalau yang boleh dibuat di dalam negara pun, kosnya mungkin meningkat kerana jumlah kenderaan berkenaan yang masih digunakan, tidak lagi banyak seperti dulu. Apatah lagi seperti disebutkan, Proton tidak lagi mengeluarkan Perdana. Selain itu, penukaran kenderaan rasmi untuk kegunaan eksekutifi kepada Honda Civic ini juga tidak akan menjejaskan industri automotif tempatan kerana Honda mempunyai kilang pemasangan di Melaka. Syarikat-syarikat automotif tempatan seperti DRB Hicom dan Boon Siew Motor, turut mempunyai pegangan saham yang besar di dalam Honda Malaysia. Kilang tersebut juga menyediakan peluang kerjaya yang cukup banyak untuk rakyat tempatan. Dijangka dengan tempahan baru yang akan datang dari kerajaan persekutuan nanti, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan, kalau tak di kilang pemasangan di Melaka, di fasiliti-fasiliti lain yang membuat alat ganti dan sebagainya. Semua fakta ini secara jelas menunjukkan bahawa keputusan kerajaan untuk menukarkan kenderaan rasmi bagi kegunaan VVIP dan pegawai kanan kerajaan kepada Honda adalah keputusan yang tepat dan tidak langsung meminggirkan kepentingan pemain-pemain industri automotif tempatan. Proton pula secara amnya tidak terjejas kerana semua hal penyelenggaraan kenderaan rasmi sekarang bukan dibuat oleh syarikat tersebut tapi oleh syarikat lain. Proton mungkin terjejas kalau Perdana masih dikeluarkan dan keputusan menukar kenderaan rasmi itu dibuat sekarang ~ Adamyan Hmmm.. benarlah kata Tun Mahathir.. hanya orang-orang yang bodoh kini bersama UMNO.. terserlah kebangangan penulis itu dalam menyenaraikan hujahnya... Sebab apa aku kata kebangangngannya terserlah dalam menyediakan hujah... 1 - Dia kata PR memainkan isu 'Tidak Patriotik', walhal yang mula menyerang PR dengan menggunakan isu ini ialah macai UMNO sendiri.. lihat videonya di ( SINI ) 2 - Dia tuduh Kerajaan Pulau Pinang menggunakan Toyota Camry.. ini adalah tuduhan membabi buta kerana hingga kehari ini Kerajaan Pulau Pinang masih menggunakan Proton Perdana.. 3 - Katanya sukar untuk mendapatkan alat ganti Proton Perdana itu terutamanya yang terpaksa diimport dari luar negara.. tetapi Proton Perdana adalah keluaran Proton Malaysia jadi nak diimport dari negara mana pulak alat ganti tu? 4 - Kalau yang boleh dibuat di dalam negara pun, kosnya mungkin meningkat.. nampak sangat dia tak faham dengan apa yang ditulisnya ini.. Proton Perdana dikeluarkan di Malaysia dan sememangnya ianya dibuat di Malaysia.. jadi segala mould dan peralatan untuk membuatnya sudah tentu berada di Malaysia, oleh itu apahal pulak kos alat gantinya boleh meningkat jika dibuat di Malaysia? 5 - Lebih terserlah lagi bangangnya itu bila dia berhujah mengatakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan dapat diwujudkan dengan tempahan 200 buah kenderaan dari kerajaan itu.. setakat 200 buah tu.. tak ada effectnya pada production line tu laa.. Kapasiti pengeluaran Kilang Honda di Melaka itu ialah 100,000 buah setahun (lihat di SINI).. takkanlah dapat tempahan lagi 200 buah kereta dari Kerajaan lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.. 6 - Siapa pula yang tuduh ganti Perdana dengan Honda akan menjejaskan Proton? |
Nazri Aziz kata Blogger UMNO, Setiausaha JMM dan Zamil Ibrahim.. BODOH!! Posted: 19 Aug 2013 03:43 AM PDT Jika semalam Tun Mahathir sekali lagi telah menegaskan bahawa UMNO kini dipenuhi dengan ahli-ahli yang terdiri dari orang-orrang yang bodoh.. Hari ini Menteri Pelancongan yang telah melantik Anaknya sebagai Pegawai Khas di Padang Rengas pula menyifatkan Blogger-blogger Pro UMNO yang mengkritiknya adalah bodoh.. Turut disifatkannya sebagai bodoh ialah Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM) serta Zamil Ibrahim yang mendakwa memimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).. Kah.. kah.. kah... selain ahli bukan ahli yang menyokong UMNO juga terdiri dari orang-orang bodoh rupanya.. nasib baik Nazri bagitahu, kalau tak aku pun tak tahu.. Sudahlah bodoh tak berakal pula... Menteri Kabinet yang dilanda kontroversi, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggelar golongan yang melemparkan kritikan terhadapnya sebagai "bodoh" berikutan pelantikan anaknya sebagai pegawai khas di Padang Rengas. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang terkenal dengan ketegasannya itu berkata beliau telah menjelaskan isu berkenaan kepada pihak atasannya, Datuk Seri Najib Razak. "Saya tidak khuatir. Saya akan tentang mereka. Ia tak beri kesan kepada saya," katanya hari ini. Serangan terbaru ke atas Nazri datang dari penulis blog dan kumpulan hak Melayu yang menggelar menteri berkenaan sebagai angkuh kerana mempertahankan keputusan berhubung pelantikan anaknya, Nedim Mohamed Nazri sebagai pegawai khasnya. Golongan tersebut turut mencabar Nazri untuk bertanding dalam pemilihan Umno yang akan datang untuk membuktikan popularitinya. Nazri telah pun menjelaskan Nedim tidak dibayar kerajaan dan pelantikannya bagi membantu pelaksanaan aktiviti belia di Padang Rengas. Selain itu, penulis blog Umno mendakwa, "Nazri sekali lagi berkata perkara tidak masuk akal. Pada mulanya memberitahu anaknya bekerja sukarela namun kemudian menjelaskan membayar sendiri gaji anaknya. "Jika gaji dibayar, itu bukan sukarela. Tidak kira siapa yang membayarnya. Sukarela bermakna tiada bayaran," jelas penulis blog itu. Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia Hamdan Mohd Salleh meminta menteri itu untuk meletak jawatan dan pergi melancong jika terlalu kaya. Nazri berkata golongan seperti ini "tidak berakal". Penulis blog telah memanipulasi Internet dengan cara yang tidak betul. "Dahulu semasa pemilihan Umno, mereka mengancam untuk mewujudkan buku tentang pemimpin Umno dengan berharap segala dakyah yang dipaparkan mampu mengaburi mata masyarakat. "Sekarang mereka menggunakan blog untuk menyampaikan perkara sama. Oleh kerana itulah mereka mahu saya bertanding bagi menguji tahap populariti," katanya. Nazri berkata beliau telah biasa bertanding dalam jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kini beliau ingin berikan kepada generasi yang lebih muda untuk mengambil alih. "Saya percaya ada calon yang lebih layak untuk bertanding. Bagaimana parti untuk menjana pemimpin baru jika orang yang sama menerajui MT," katanya. Nazri menjelaskan kewangannya kini berada pada kedudukan "selesa" dan kini masa berkhidmat kepada masyarakat. "Saya telah berkhidmat kepada masyarakat sejak 18 tahun lalu sebagai ahli Parlimen maka inilah masa untuk berkhidmat dan tidak terfikir untuk meletak jawatan," ujarnya. Katanya, penulis blog yang berterusan menyerangnya menggambarkan sikap biasa orang Melayu yang tidak boleh melihat kesenangan orang lain. "Nedim bekerja dengan saya. Saya bayar gajinya. Pegawai yang bekerja di kementerian bukan saudara saya," katanya ~ The Malaysian Insider Sekali Lagi Mahathir Tegaskan, Hanya Yang Bodoh Kini Bersama UMNO tu sila baca di ( SINI ) |
Jual MAS?.. Ini dari Najib kepada Mahathir.. Posted: 19 Aug 2013 12:56 AM PDT Pesan Zaaba ialah kita orang Melayu jangan bertaat setia kepada ulil amri yang zalim dan membodohkan orang Melayu kerana dalam masa yang kita bertahan itulah, pemimpin kita menjual aset negara dan merompak serta melanun kekayaan negara ini atas sebab orang Melayu tersangat percaya dan bergantung harap kepada mereka. Mungkin kerana faktor usia, beliau telah terlupa apa yang telah berlaku apabila MAS diswastakan kepada Tajudin Ramli suatu masa dulu, Tun Mahathir telah menyarankan agar MAS diswastakan untuk mendapat keuntungan.. Faktor usia juga menyebabkan Mahathir terlupa bahawa setelah diswastakan dulu MAS mengalami kerugian dan ianya telah diselamatkan oleh Kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.. Bekas Perdana Menteri itu berkata selagi MAS dikendalikan oleh kerajaan ianya tidak akan menjana keuntungan kerana wujud kebergantungan. "MAS sudah lama beroperasi, macam-macam percubaan dilakukan supaya mendapat keuntungan. "Kadang-kadang kita dapati syarikat miliki kerajaan ia tidak mempunyai keupayaan, apa yang terjadi kerajaan akan tanggung... Oleh sebab itu saya percaya kepada penswastaan," kata Dr Mahathir semasa sidang media di rumah terbukanya di Mines Resort City. Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan pihak yang akan diberikan untuk menjalankan penswastaan tersebut mestilah boleh dipercayai kemampuannya. "Kenapa siapa ia akan dijual? Ia bergantung kepada siapa yang membuat tawaran lebih baik," terangnya lagi. Menurut Dr Mahathir lagi, penswastaan akan menyebabkan pemilik sesebuah syarikat akan lebih peka kepada untung rugi dan bukan semata-mata hanya mewujudkan pekerjaan. Najib bagaimanapun mengambil langkah bijak hari ini (aku kata hari ini pasal tak tahu apa pulak pendiriannya esok, masih kekal atau berubah seperti di SINI) dengan tidak mengikut saranan Mahathir itu.. Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan langkah tersebut akan mengelakkan berlaku lebih banyak kerugian. Perdana Menteri berkata langkah pemulihan yang sedang diambil sudah menampakkan hasil dan kerugian yang dialami MAS juga sudah berkurangan. "Saya nak jelaskan bahawa MAS tidak akan diswastakan. "Walaupun MAS masih terus mengalami kerugiaan, bagaimanapun pelan pemulihannya sudah pun menampakkan hasil dan trennya adalah jumlah kerugian sudah berkurangan," kata Najib semasa sidang media di rumah terbuka Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini bagi menjawab gesaan Dr Mahathir semalam. Najib juga mempertahankan pengurusan MAS sedia ada yang disifatkannya sebagai telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik. "MAS sudah pun menjadi sebuah syarikat yang disenaraikan dan dikuasai oleh Khazanah serta kepentingan awam, segala urusan dalam MAS ini berjalan seperti sebuah badan komersil mengikut prinsip-prinsip urus tadbir yang baik," tegas beliau lagi ~ The Malaysian Insider Langkah bijak Najib itu bagaimanapun akan menjadikan laluan buatnya dalam PAU akan datang ini semakin sukar.. tambahan lagi Mahathir telah menyarankan agar pemimpin-pemimpin muda diketengahkan dalam PAU itu.. Tapi... yang jelas dalam hal ini ialah Najib sedang mempertahankan beberapa individu dalam pimpinan UMNO yang punya kepentingan dalam Syarikat yang menyediakan perkhidmatan 'Catering'.. Sebabnya antara faktor yang menyebabkan MAS mengalami kerugian selama enam suku tahunan berturut-turut ialah pihak yang menyediakan perkhidmatan 'Catering' untuk penerbangan itu.. Dimana mereka telah membekalkan 'mineral water' yang boleh diperolehi dengan harga RM15 untuk enam botol dari Mydin dan menjualnya dengan harga RM38 kepada MAS.. baca di ( SINI ) |
Ahli Parlimen German Beri Penghormatan Pada Roh Syuhada?.. Bohong tu.. tengok video nih! Posted: 18 Aug 2013 09:35 PM PDT Hari ini ada beberapa buah blog dan laman FaceBook yang menyokong Mosri .. (err.. bila dah menyokong Morsi tu sudah tentulah kebanyakkannya Blog Pro Pakatan Rakyat.) telah menyiarkan gambar di atas. Gambar di atas ialah gambar yang telah dirakam dalam Parlimen German, ianya menunjukkan Ahli-ahli Parlimen German sedang berdiri.. Berdiri untuk apa entahlah.. tapi yang pasti mereka bukan berdiri dengan tujuan seperti yang ditulis oleh kebanyakkan Blog Pro Pakatan Rakyat hari ini.. Menurut Admin Blog-blog tersebut Ahli-ahli Parlimen itu telah berdiri sebagai menghormati para Syuhada yang telah menjadi korban keganasan Tentera Mesir. Ini apa yang ditulisnya... Allahuakbar!! Orang bukan Islampun tahu hormat orang yang telah mati, Tentera Mesir pulak boleh bakar mayat-mayat para syuhada!!Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang syahid sekaligus mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya. Aku yakin.. gambar itu disiarkan tanpa mencari dulu apakah ianya benar atau hanya satu propaganda kumpulan yang terlalu taksub dengan Morsi. Sebenarnya gambar di atas bukanlah satu gambar yang telah dirakamkan hari ini atau semalam atau dalam lain ayat ianya bukanlah rakaman terbaru dari Parlimen German.. Gambar di atas telah dirakamkan pada sekitar tahun 2009.. oleh siapa aku pun tak tahu.. Dan ianya terpapar jelas dalam dalam video clip dari German di bawah yang bertajuk 'Die heuchlerische Brut' dalam Bahasa Malaysianya membawa maksud 'Kebangkitan Hipokrit'.. Lihat betul-betul pada minit ke 1:30 Pesan aku buat semua.. Kalau taksub sekalipun.. janganlah over sangat.. Tengok kat bawah ni.. sumber asal gambar di atas tu.. Kalau tak puas hati jugak.. sila klik di ( SINI ) |
Pelampau punca Mesir bergolak lapor Utusan Posted: 18 Aug 2013 05:00 PM PDT Semalam akhbar Utusan menyiarkan satu laporan agensi berita yang bertajuk 'Pelampau punca Mesir bergolak' yang memetik kenyataan penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy yang merujuk gerakan Ikhwan Muslimin yang menyertai perhimpunan pro Morsi sebagai pelampau. Berita itu disiarkan di muka surat 20 dan juga di Utusan Online. Oleh itu Ikatan Muslimin Malaysia menggesa akhbar Utusan agar menarik balik satu laporan berita yang disiarkan dalam akhbar itu yang mengatakan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai pelampau yang menjadi punca pergolakan Mesir. Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman berkata, laporan itu disifatkan sebagai laporan yang berat sebelah dan tidak benar sama sekali. Beliau juga menggesa agar Utusan dan media tempatan lain lebih berhemah dalam membuat laporan dan tidak hanya berpandukan kepada laporan berita agensi-agensi berita barat sahaja. Sebaliknya mengambil kira sama laporan dari media baru seperti facebook dan twitter yang mendedahkan keadaan sebenar kekejaman tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak bersalah namun ia tidak mendapat liputan media arus perdana tempatan dan antarabangsa.. Itu pasal Utusan yang juga merupakan Lidah Rasmi UMNO, berikut pula apa yang telah dikesan sebagai berita bohong.. Laporannya mengenai gambar di bawah.. yang kononnya digambarkan sebagai apa yang berlaku pada hari Jumaat lalu. Menurut 'Menteri Luar Mesir' pada satu sidang akhbar yang turut dihadiri oleh wartawan-wartawan akhbar luar negara, gambar di bawah ini adalah penyokong Morsi yang bersenjata.. Hakikatnya ialah yang kononnya didakwa sebagai penyokong Morsi masih memakai baju musim sejuk sedangkan sekarang musim panas di Mesir. Jika anda cari gambar ini di laman Google, anda akan temui gambar ini dari peristiwa di Tunisia. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan