Anak Sungai Derhaka |
- Gara-gara tertidur.. Pistol dipinggang dilarikan pencuri..
- Akhirnya Tawaran Najib Kepada Anwar Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan Terdedah Juga..
- Isu Buku Awakening: Pak Lah Akhirnya Bersuara... Ini Penjelasannya..
- Lambang Negara di Istana Negara Lama pun kena curi?
- Anwar Ibrahim menjawab fitnah oleh Mazlan Ismail terhadapnya.. (Video Inside)
- Isu Surau jadi Tokong, Ini penjelasan Pengurus Resort..
Gara-gara tertidur.. Pistol dipinggang dilarikan pencuri.. Posted: 12 Aug 2013 08:50 AM PDT Berani mati betul pencuri ni.. pistol dipinggang anggota Polis yang tidur dalam keretapun berani dicurinya.. The Star melaporkan pistol bersama 15 butir peluru milik seorang Pegawai Polis yang berusia 48 tahun telah dilarikan oleh pencuri ketika beliau tertidur dalam keretanya di Seksyen 7, Shah Alam awal hari ini. Difahamkan bahawa anggota yang berpangkat Sarjan Mejar itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri pengkebumian bapanya di Kelang. Kira-kira pada pukul 1:45 pagi beliau menghentikan keretanya di tepi jalan berhampiran satu kawasan perumahan kerana keletihan. Beliau telah menurunkan tingkap keretanya separuh, bersandar pada kerusinya dan melelapkan matanya untuk berehat seketika. Bagaimanapun beberapa ketika kemudian beliau telah merasakan sesuatu menggoncang pinggangnya dan apabila membuka matanya kelihatan seorang lelaki telah menarik keluar pistol separuh automatik dari sarung dipinggangnya.. Lelaki tersebut melarikan diri dengan menggunakan motorsikal berwarna merah sebelum sempat pegawai Polis itu bertindak terhadapnya... Ini laporannya.. Thief sneaks up on sleeping police officer, steals gun Kalau Polis tak jumpa semual pistol ni.. bertambah lagilah kes tembak selepas ini nampaknya... Untuk makluman.. gambar anggota Polis tertidur di atas tidak ada kena mengena dengan laporan ini.. gambar tersebut adalah bukti betapa amannya sebuah Pilihanraya Kecil bilamana UMNO tidak menyertainya. Gambar itu telah dirakam di Sekolah Kebangsaan Tanah Liatsewaktu proses pengundian dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sedang berlangsung pada tahun 2009, laporan mengenainya sila baca di ( SINI ) | ||
Akhirnya Tawaran Najib Kepada Anwar Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan Terdedah Juga.. Posted: 12 Aug 2013 05:43 AM PDT Aku kurang pasti samada perkara ini pernah disuarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan PKR Pusat atau tidak.. Tapi yang aku pasti ialah perkara ini tidak disuarakan oleh Anwar dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri tetapi telah disuarakan dalam satu perjumpaan tertutup antara beliau dan beberapa AJK Cabang Permatang Pauh selepas PRU13 yang lalu. Aku pasti ianya tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MPN Pulau Pinang bila seorang sahabat yang turut berada dalam mesyuarat tersebut telah bertanya kepada aku kenapa Anwar tak sebutpun akan tawaran itu dalam mesyuarat MPN? Dia bertanya kepada aku bila aku nyatakan Najib tawarkan Pakatan Rakyat lima jawatan penting dalam kabinetnya kepada Anwar dan PR melalui wakilnya.. Jawab aku.. mungkin dalam mesyuarat MPN tu semuanya 'yes man', jadi bila Anwar minta pandangan semua akan setuju begitu saja.. ya lah nak lawan takut kepentingan tergugat. Kalau bukan kerana ramai 'yes man' dan kaki bodek masakan hanya laporan yang indah-indah saja sanpai ketelinga Anwar dalam mesyuarat itu.. Tak akan timbul kisah Raja zaman dulu dalam mesyuarat tu.. antara ayatnya "Ampun Tuanku.. beribu-ribu ampun.. sembah patik harap diampun.. sukacita hamba maklumkan bahawa segala lanun-lanun yang bermaharaja lela telah berjaya dikawal...." Hakikatnya lanun yang bermaharaja lela yang kononnya telah berjaya dikawal itu masih mengganas.. kah.. kah..kah.. nak bodek punya pasal diberitahu kepada Raja kononnya semua terkawal padahal sebaliknya.. Jadi sebab itu Anwar suarakan kepada beberapa AJK Cabang Permatang Pauh, yang lebih rasional.. maksud aku golongan yang tak ada kepentingan, yang akan setuju jika ianya membawa kebaikkan dan akan lawan jika ianya memudaratkan Parti. Tak kira siapa pun yang bercakap baik Presiden mahupun Ketua Umum.. kalau salah lawan tetap lawan! Apabila Anwar menyatakan tawaran Najib dan Jawatan tertinggi dalam beberapa kementerian itu, beliau meminta pendapat.. Jadi.. aku tengok hang.. hang tengok aku.. tak sempat nak bidas dia.. Anwar bersuara "Kalau hangpa nak terima.. hangpa pi la.. aku tak terima.." Sebabnya ialah tak ada maknanya jika tawaran Najib itu diterima sedangkan selama ini kita menetang UMNO/BN adalah kerana berbagai penyelewengan dan rasuah yang dilakukan.. bersama kerajaan yang ada akan menjadikan kita akur dengan apa yang mereka telah lakukan... Akhirnya tawaran Najib kepada Anwar untuk membentuk Kerajaan Perpaduan ini yang selama ini disimpan sebagai rahsia didedahkan juga dalam media... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. "Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib. Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu. Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13. Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri ~ The Malaysian Insider Dan berikut adalah sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh laman web Asia Sentinel.. Anwar confirms Malaysian PM's feelers for a unity government Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak, beset on his right flank by an implacable former Premier Mahathir Mohamad critical of his performance in the May 5 general election, has been making quiet overtures to opposition leader Anwar Ibrahim to explore the outlines of a unity government. The overtures, made through former Indonesian Vice President Jusuf Kalla, are a long, long shot at best. However, they have included three visits by Kalla to Kuala Lumpur, the latest in mid-July. Kalla earlier this year acted as an intermediary between Anwar and Najib at Anwar's initiative to seek to broker a commitment for a peaceful result in the May 5 general election. Kalla, now a businessman and head of the Indonesian Red Cross Society, has emerged as a major Southeast Asian peacemaker, brokering peace agreements in various conflicts across Indonesia during his time as vice-president from 2004 to 2009; he also played a role in attempts to settle conflicts in Thailand and Sri Lanka. Anwar confirmed the new contacts, saying they had been initiated by Najib, who emerged from the election severely weakened within the United Malays National Organization, the country's largest ethnic political party, which he heads. The overtures were made via Ahmad Zahid Hamidi, the Home Minister in Najib's cabinet, a source told Asia Sentinel. Ahmad and Anwar were friends before Mahathir fired Anwar as finance minister and had him arrested and jailed in 1999. It is unsure if the contacts will go anywhere. They would require the three components of the opposition Pakatan Rakyat all to sign off. The idea of reaching out to the opposition, particularly Anwar's Parti Keadilan Rakyat, is likely to drive Mahathir into a fury and energize whatever followers the septuagenarian former leader still has in UMNO. "I said the fundamental issues must be addressed, ending the racial stuff, there has to be a clear understanding and commitment to reform and change," Anwar said. "I made it clear that discussions must deal with this first and that the racial rhetoric must not escalate. The UMNO president has always had a direct say in running Utusan." Please continue yours reading HERE | ||
Isu Buku Awakening: Pak Lah Akhirnya Bersuara... Ini Penjelasannya.. Posted: 12 Aug 2013 12:58 AM PDT SEJAK dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen. Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut. Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal. Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri. Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut. Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya. Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca. Berlatar belakangkan fakta-fakta di atas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan. Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan Umno dan insya-ALLAH bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya. Sumbernya dari SINI | ||
Lambang Negara di Istana Negara Lama pun kena curi? Posted: 11 Aug 2013 09:30 PM PDT Jata negara sekali lagi dicuri dari Istana Negara lama, Objek logam yang berukuran 59 sentimeter itu telah dipasang di sepanjang dinding pagar di istana lama, yang kini merupakan Muzium Diraja, di Jalan Istana. Pada bulan Mei tahun lalu, 11 daripadanya telah dicuri. Baru-baru ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mendapati terdapat lima daripada lambang itu - dipasang pada dinding berhampiran Sekolah Tinggi Kuen Cheng - di mana terdapat banyak bahagian yang rosak terutama yang dicat warna emas hilang. Sabtu lalu, ketua pegawai eksekutif dewan perhimpunan, Tang Ah Chai, menyiarkan gambar-gambar lambang yang rosak di Facebook dan menulis: "Dari kejadian ini bahawa walaupun lambang negara pun dicuri, melihat orang ramai mengambil ringan terhadap jenayah." Selepas istana berpindah ke bangunan baru di Jalan Duta dua tahun lalu, bangunan ini telah ditukar kepada muzium, dan dilindungi sebagai warisan negara. Menurut Akta Warisan Kebangsaan, mereka yang didapati bersalah mencuri atau merosakkan barang-barang warisan negara boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. ~ mStar | ||
Anwar Ibrahim menjawab fitnah oleh Mazlan Ismail terhadapnya.. (Video Inside) Posted: 11 Aug 2013 05:30 PM PDT Ketika ummat Islam sedang sibuk menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang lalu dan ketika Ramadhan menghampiri Syawal, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi mangsa fitnah. Fitnah tersebut telah disiarkan oleh TV3 pada malam 27 Ramadhan dan ianya kemudian disiarkan oleh Utusan Malaysia dan NST. Menurut apa yang disiarkan oleh Utusan, Calon UMNO/BN bagi Kerusi Parlimen Permatang Pauh, Mazlan Ismail yang telah kalah pada PRU13 lalu mendakwa kononnya beliau telah menerima "surat misteri" bertajuk "Bankleaks Anwar/Karpal". Mazlan mendakwa menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya. Beliau mendakwa "surat misteri" tersebut telah mendedahkan Anwar telah merasuah Hakim dan Timbalan Pendakwaraya. Selain itu Pengerusi DAP Karpal Singh turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar. Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya. Bankleaks Anwar/Karpal yang dimaksudkan itu sila lihat di ( SINI ) Tuduhan atau dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah terhadapnya itu telah dijawab oleh Anwar dalam satu ucapan ringkas ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Permatang Pauh baru-baru ini.
"Dulu 3 Billion, lepas tu turun 300 Juta, kemudian 50 Juta.. minggu depan mungkin tinggal 5 Juta.. kalau dapat 5 Juta tu, saya bagi kat orang-orang disini sorang sikit" Katanya lagi "Oooh.. keluar TV3, kalau kalah tu kalah.. diamlah! ni bawak keluar pulak cerita fitnah orang" "La ni tak pa kalau saya.. takat saya kena tu tak pa.. saya dah mangli dah, tak larat nak saman.. dia pi kenen pulak dekat Karpal Singh.. hah cari penyakit..." "Kita saman sama dia! Karpal Singh kata.. haaa mampuih!.. hang jawabla..." "Jadi saya dan Karpal Singh akan mengambil tindakan untuk mengajar dia ni.." Lagi apa Anwar Ibrahim kata.. korang lihatlah dalam video di bawah ni... Atau sila lihat di YouTube di ( SINI ) | ||
Isu Surau jadi Tokong, Ini penjelasan Pengurus Resort.. Posted: 11 Aug 2013 09:08 AM PDT Video ini telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor. Video ini turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah. Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau. Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan. Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort. Berikut adalah video yang dimaksudkan.. Ini penjelasan dari Pengurus Tanjung Sutera Resort, Syed Ahmad Alkaff mengenai perkara ini.. Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka. "Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan. "Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa," katanya. Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan. Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya. Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan~ Mynewshub |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan