Addin |
- Berita Yang Menggemparkan Buat Seluruh Umat Islam Di Malaysia
- DAP Kecam Lee Kuan Yew
- Kejadian Kes Tembakan Jejas Ekonomi Negara.. Ini Buktinya
Berita Yang Menggemparkan Buat Seluruh Umat Islam Di Malaysia Posted: 12 Aug 2013 06:29 AM PDT SENAI - Kesucian agama Islam di negara ini terus diperkotak-katikkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga memuncakkan kemarahan umat Islam.Selepas beberapa kes membabitkan penghinaan kepada umat Islam menerusi lama sosial, Facebook, kini pihak tertentu semakin berani menggunakan surau sebagai tempat penganut agama lain beribadat. Terbaru, seorang pembaca Sinar Harian menerusi layangan e-mel menghantar gambar dan video berdurasi 45 saat yang menayangkan tindakan sekumpulan penganut agama bukan Islam menggunakan surau terletak berhampiran salah sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, untuk beribadat. Dalam gambar dan video tersebut, kumpulan terbabit yang keseluruhannya memakai pakaian berwarna putih ditemani seorang sami seakan berdoa ke arah tempat ibadat mereka yang diletakkan di mimbar surau. Rata-rata pengunjung khususnya beragama Islam yang berada di lokasi terbabit bukan sahaja terkejut malah rasa terguris dengan tindakan dan perbuatan kumpulan berkenaan. Pembaca prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Fawwaz, 41, mengakui terkejut dengan kelakuan selamba kumpulan itu menggunakan surau untuk upacara agama mereka. "Ketika bersiar-siar bersama keluarga di lokasi berkenaan sekitar jam 2.30 petang, saya terkejut apabila kedengaran bunyi loceng dari arah surau tersebut."Apabila ditinjau, saya bersama beberapa individu lain terkedu melihat surau yang juga tempat beribadat umat Islam diperlakukan sebegitu rupa," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Abu Fawwaz berkata, situasi menjadi kurang selesa apabila kumpulan penganut terbabit seperti membacakan doa menghadap tempat sembahyang yang diletakkan berdekatan mimbar. Kemarahan mereka memuncak kerana tempat sembahyang itu diletakkan pada mimbar yang menghadap kiblat dan lebih menyedihkan apabila di atas bangunan di dalam surau tertera kalimah suci. "Kira-kira jam 3 petang, sekumpulan individu dipercayai orang kampung datang ke lokasi. Saya segera menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini," katanya. Katanya lagi, kumpulan penganut terbabit kemudiannya meninggalkan lokasi, namun dipercayai sudah dua hari menggunakan surau itu untuk beribadat. Menurutnya, dia ada membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili berhubung perkara ini dan berharap akan ada tindakan daripada pihak berwajib bagi mengelakkan perkara ini berulang pada masa akan datang. "Secara jujurnya, saya berasa perbuatan kumpulan penganut ini seperti satu provokasi untuk menghina Islam. Mungkin bagi mereka (bukan Islam) ia satu perkara kecil, tetapi tidak kepada umat Islam," katanya. ~sinar harian |
Posted: 11 Aug 2013 08:20 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 OGOS: DAP mengecam kenyataan semberono bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah pakatan oposisi yang 'gemar mengambil kesempatan dan bakal berpecah' dalam buku terbaru tulisan beliau 'One Man's View of the World' yang dilancarkan di republik itu baru-baru ini. Biar pun beliau mempunyai hak untuk bersuara, malangnya tuduhan itu tidak berasas kerana PR telah berjaya membuktikan kebolehan mereka memerintah di beberapa buah negeri dengan cemerlang berbanding negeri-negeri di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dengan urus tadbir yang baik, telus serta mencatatkan lonjakan pelaburan. Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua ketika dihubungi sambil menyifatkan kenyataan Kuan Yew itu seolah-olah cemburu dengan kejayaan PR yang mampu dicapai dalam masa yang singkat."PAP di Singapura adalah sama dengan BN di Malaysia sebagai sebuah parti yang memerintah. Kedua-dua parti ini mencatatkan kemerosotan ketara sokongan rakyat dan kita tidak begitu hairan dengan kenyataan pemimpin veteran Singapura Kuan Yew itu," katanya. Pada masa yang sama Pua berkata beliau turut berasa pelik dengan kenyataan Kuan Yew yang mengeluarkan analisa dangkal sedangkan pemimpin veteran PAP itu sebelum ini dikenali sebagai seorang yang memiliki kecenderungan menganalisa yang dalam. Mengulas kepada tulisan Kuan Yew yang menyatakan Malaysia akan terus berkiblatkan 'ketuanan Melayu' walau siapa pun perintah, Pua menjelaskan bahawa apa yang diperjuangkan PR adalah berdasarkan Buku Jingga."Kuan Yew sepertinya gagal menilai kesepakatan PR sebagai sebuah parti rakyat pelbagai kaum. Beliau seolah-olah masih melihat PR dalam acuan perkauman sedangkan hakikatnya tidak. Memang benar, jawatan Perdana Menteri yang dicadangkan PR jika memerintah ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau adalah seorang Melayu Islam. Itu hakikat politik."Tetapi, apa yang gagal Lee Kuan Yew lihat ialah dasar yang diperjuangkan PR iaitu dasar ekonomi yang merakyat. Ia bermaksud, agenda ekonomi yang mahu dibawa PR sangat jelas dan terang iaitu berdasarkan kepada keperluan dan bukannya kaum. Kita bangunkan, bantu siapa juga yang layak menerima sokongan dan bantuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.Bagi Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M Kulasegaran, kenyataan Lee Kuan Yew mengkritik PR secara dangkal tidak mencerminkan langsung dasar dan perjuangan yang dibawakan pakatan oposisi itu. "Jika kita (PR) adalah pakatan yang rapuh, bagaimana kita boleh menerima 51 peratus undi majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu? Lagi pun kita sudah masuk pengggal ke dua memerintah di beberapa buah negeri dengan urustadbir yang jauh lebih baik dari negeri yang ditadbir BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat. Beliau juga menegaskan bahawa kemenangan yang lebih besar PR dalam PRU13 lalu mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap pelbagai dasar ekonomi dan kebajikan yang mahu diimplementasikan. "Jika PR tidak kuat. Dengan segala propaganda jahat media kawalan BN hampir setiap hari memburukkan kita, PR tidak mampu untuk bertahan dalam pilihan raya lalu dan lebih baik dari sekarang," ujar beliau. ~roketkini.com Iklan C (ii) |
Kejadian Kes Tembakan Jejas Ekonomi Negara.. Ini Buktinya Posted: 11 Aug 2013 05:18 PM PDT Industri pelancongan Malaysia terjejas pada bulan Jun akibat jerebu dan bulan ini dengan kes tembakan yang semakin menjadi-jadi. Warga Singapura merupakan kumpulan yang memandang serius akan isu ini ekoran merekalah mencatatkan separuh daripada jumlah pelancong yang tiba ke Malaysia pada tahun lalu iaitu seramai 13 juta. Pihak yang bertanggungjawab melahirkan kebimbangan dan meminta kerajaan mengambil pendekatan untuk melindungi industri pelancongan yang menyumbang RM60 bilion tahun lalu. Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang mewakili sebahagian daripada 3,000 operator pelancongan berkata sudah tiba masa satu langkah pencegahan diambil sebelum jenayah yang sedang berleluasa ini terus memberi impak dari bilangan pelancong yang tiba ke tanah air. Pengerusinya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata peningkatan kadar jensyah bakal memberi kesan kepada industri pelancongan namun kadar kemerosotan belum sampai ke tahap yang membimbangkan. Katanya, selagi operator pelancongan tidak diajukan soalan sama ada masih selamat untuk datang ke Malaysia maka masih belum terlambat bagi mengambil langkah-langkah pencegahan. Beliau memberitahu lama-kelamaan negara bakal mengalami kemerosotan bilangan pelancong seperti yang pernah disuarakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar). "Jika lebih banyak kejadian tembakan berlaku dan insiden mengenainya mendapat liputan luas maka bilangan pelancong juga akan terjejas," katanya. Portal berita Singapura semalam melaporkan warga Singapura bimbang dengan peningkatan kadar jenayah dan ada di antara mereka menunda percutian mereka semasa musim Hari Raya. Portal berita Singapura tersebut melaporkan warga Singapura, Lim Jiuan, 53, membatalkan percutiannya ke Malaysia berikutan insiden tembakan yang berleluasa. Dia dan keluarga merancang untuk menghabiskan cuti Hari Raya pada hujung minggu di Berjaya Hill Resort berhampiran Genting Highlands. Meskipun sedar atas insiden berkenaan, ramai warga Singapura masih meneruskan perjalanan mereka ke Singapura dengan pertambahan bilangan trafik bermula pada malam Rabu hingga ke petang Khamis. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan