Khamis, 1 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Surat Terbuka Ke 2 Untuk Tuan Guru Nik Aziz..

Posted: 01 Aug 2013 08:30 AM PDT


Saya menekuni tulisan-tulisan 'balas' yang di buat oleh Nasrudin Hassan semalam dan yang terbaru dari Zaharudin Muhammad pada pagi ini.

Secara sepintas lalu kedua-duanya seakan memperlekehkan coretan saya buat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz atau bahasa mudahnya, surat saya tersebut tiada nilainya dan ia 'dibakul sampahkan' oleh kedua mereka.

Namun tidak mengapa, yang pastinya semua orang baik kalangan ahli dan penyokong PAS mahupun yang bukan dapat melihat satu perkara yang pasti iaitu memang wujud puak-puak atau team yang bercakaran dalam PAS sekarang ini!

Inilah yang di bimbangi oleh saya dan rasanya inilah yang di bimbangi oleh semua ahli dan penyokong PAS dan respon mereka berdua mengiyakan perkara tersebut.

Walaupun saya di tuduh menabur fitnah dengan susunan ayat yang menarik oleh Nasrudin selaku penceramah yang hebat namun dengan penuh rendah diri dan keinsafan saya ingin meminta semua pihak berlapang dada serta membuka minda dan mata dengan seluas-luasnya berkenaan isu ini.

Yang dikatakan fitnah bertebaran, fitnah makin marak di susuli oleh pelbagai ayat-ayat Al Quran ddan hadis memperingatkan betapa bahayanya fitnah dan celakanya mereka yang menyebarkan fitnah membuatkan semua orang terlupa fitnah yang sebenarnya ialah masalah kedua-dua puak ini!

Baik dari yang di gelar ulamak mahupun profesional. Dua-dua memainkan peranan umpama api dalam sekam, tikam-menikam antara satu sama lain, dalam mesyuarat lain keluar mesyuarat lain pula halnya.

Keputusan mesyuarat belum keluar tapi 'wassup' dah lima kali pusing dunia mencari sasaran untuk di war-warkan.

Siapakah pelaku ini semua? Mereka inilah dari kalangan yang di gelar ulamak dan profesional dalam jemaah yang kita sayangi ini.

Kalau ada yang melenting marahkan saya mengaitkan Nasrudin dengan Lynas dan juga Nik Abduh dengan gaya hidupnya yang mewah tidak sebanding Tuan Guru, saya pohon kemaafanlah atas teguran tersebut tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak sama sekali secara semborono menuduh atau memfitnah mereka berdua.

Walaupun Nasrudin menaip panjang berjela akan alkisah kewangan beliau dan betapa sederhananya penghidupan beliau, saya cuma mampu menggelengkan kepala membaca karangan beliau tersebut.

Saya tidak menyangka sampai begitu sekali melalutnya beliau bercerita sebegitu rupa. Bahkan pengakuan beliau jugak membuka pelbagai persolan baru bagi yang tidak tahu dan menimbulkan rasa loya di tekak mereka yang mengetahui cerita sebenar.

Cukup setakat ini berkenaan isu tersebut, insya Allah selepas raya nanti saya akan berkunjung lagi ke Beserah antaranya bagi menyambung kembali kajian tentang beberapa perkara termasuk berkenaan isu Lynas yang meruntuhkan PAS di sana dan juga isu yang melanda Umno tempohari iaitu isu lembu tetapi bukan NFC tapi lembu korban.

Dan satu lagi saya cuit beliau dengan kontraktor Lynas tetapi di jawab panjang lebar hubungan dengan Lynas.

Entahla... Justeru itu saya sekali lagi merayu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS untuk bertindak segera atas fitnah besar yang melanda jemaah sekarang ini.

Walaupun ada yang mencerca dan memaki saya atas sebab mendedahkan isu ini di khalayak umum tetapi apa pilihan lagi yang saya ada?

Saya sayangkan jemaah saya dan saya tidak peduli dari team mana sekalipun sekiranya bersalah mereka mesti di hukum dan perkara ini tidak boleh di diamkan dan menunggu sahaja perwakilan membuat keputusan pada muktamar.

Alasannya mudah, sementara menunggu sampai masa muktamar kedua-dua team ini akan terus-menerus bergerak mencari pengaruh dan membina kekuatan sendiri dan akan mengeruhkan lagi keadaan dan ukhuwwah sesama kita.

Lihat sahaja ayat Zaharudin yang terbaru ini, jelas beliau bertegas tidak akan berundur dari pendirian beliau iaitu Khalid Samad dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada jemaah.

Dan selepas ini Khalid pula mungkin akan bertegas mempertahankan dirinya.

Jadi apa akan jadi kepada kami ahli bawahan ini? Masing-masing akan saling cantas-mencantas antara satu sama lain menjelang muktamar nanti bagi memastikan tiada seteru mereka berada pada tampuk kepimpinan akan datang.

Yang menjadi mangsanya ialah ahli bawahan dan pencinta PAS. Andai kata team Zaharudin yang menang dan menguasai kepimpinan, belum tentu mereka ini betul. Yang betulnya adalah berdasaran kepala otak mereka saja.

Begitu jugak dengan Khalid Samad dan pasukannya yang di labelkan sebagai anai-anai, anwarinas, Ikram, JIM dan sebagainya, belum tentu boleh di pakai sebenarnya.

Tetapi yang pastinya kesemua mereka adalah ahli PAS dan wajar kita mempercayai kedua-dua mereka ini mempunyai niat yang sama untuk memperjuangkan dan mempertahankan dasar dan cita-cita PAS. Cuma mungkin cara dan pendekatan yang berbeza.

Di sini perlunya Tuan Guru selaku orang tua parti yang tegas dan berwibawa untuk campurtangan segera memanggil kesemua mereka untuk bersemuka seberapa segera sebelum kawasan-kawasan sibuk bermesyuarat selepas Aidilfitri ini.

Saya mengharapkan agar janganlah kepimpinan membiarkan perkara ini semakin parah. Saya redha di tuduh pembawa fitnah dan sebagainya tetapi Allah Maha Mengetahui niat sebenar saya.

Saya bukanlah membangunkan fitnah yang tidur. Saya cuma menggerakkan orang yang tidur terlalu lena dek kerana kekenyangan berbuka tanpa menyedari api fitnah sudah memakan tilam dan bantal di bawah tiduran mereka.

Saya juga faham besarnya dosa menabur fitnah apatah lagi di malam-malam akhir Ramadan ini tetapi saya berpendirian lebih besar dosa membiarkan fitnah yang membara ini memakan ikhuwwah sesama kita tanpa bertindak apa-apa.

Sama-sama kita berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada kita semua, semoga kita bertemu jalan pulang yang sebenarnya.

Andainya setelah di beri nasihat dan teguran ada yang masih berdegil, kita serahkan kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik di sisi-Nya untuk yang terlibat.

~ Mohamad Abdullah

Ali Rustam dah tidak siuman sebab kalah dalam PRU?

Posted: 01 Aug 2013 07:00 AM PDT


PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketelusan polis yang kononnya bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.

Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis," kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.

Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh ? Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal," tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tuduhan dilemparkan Ali Rustam itu tidak masuk akal kerana keputusan menghapuskan undang-undang itu bukan diputuskan PR.

"Beliau boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu yang menghapuskan undang-undang tersebut,"katanya lagi.

Beliau yang menolak dakwaan itu berkata masalah dari pihak polis apabila mereka kekurangan anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah.

Ini masalah pengagihan anggota apabila separuh dari mereka diletakkan di Jabatan Pentadbiran dan hanya 2000 pegawai penyiasat yang tinggal ini kena melakukan semua kerja kerana itu hasil siasatan forensik tidak efektif,"tambah beliau lagi.

Ini berbeza di peringkat antarbangsa, apabila setiap pegawai hanya menyiasat lima atau enam saja kes setiap bulan.

Berita Harian melaporkan hari ini , Ali Rustam berkata PR menjadi punca peningkatan kes bunuh senjata api ekoran pembangkang itu yang mahu kerajaan memansuh EO dan ISA.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, jelas pembangkang harus dipersalahkan diatas permintaan mereka itu.

Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku " katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekoran dari penghapisan EO dan Akta Kediaman Terhad, pihaknya akan mencadangkan menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet bagi membantu polis menangani kes seperti ini.

Katanya 90 peratus daripada jenayah berat berlaku sekarang dilakukan bekas banduan yang kembali membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EO

Terdahulu Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol kira-kira jam 3.40 petang ketika mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya kerana merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Ia disusuli dengan kejadian bunuh Pengasas Bank Islam Am Bank Hussain Ahmad Najadi berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

April lalu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dilaporkan mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya bagaimanapun sehingga kini pihak polis masih belum berjaya menangkap suspek.

Gambar-gambar dari tempat kejadian kemalangan yang akibatkan Pemain Hoki Negara maut..

Posted: 31 Jul 2013 11:50 PM PDT


Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Stesen LRT Kelana Jaya di sini pukul 2.25 pagi Khamis.

Menurut jurucakap polis, Kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian jam 2.25 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.


Beliau berkata, Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.

Chua yang berasal dari Bukit Cina, Melaka merupakan antara pemain hoki paling lama bermain untuk skuad kebangsaan.

Mendiang mula beraksi untuk pasukan negara sejak berusia 17 tahun dan pernah beraksi untuk skuad hoki negara di Sukan Komanwel 1998.

Antara pencapaian mendiang Chua Boon Huat bersama Pasukan Hoki Negara:- Gangsa di Asian Games 2002 Busan, Perak di Sukan Komanwel 1998 KL.

Gangsa di Sukan Komanwel 2006 Melbourne dan Gangsa di Hockey Asia Cup Chennai 2007.


Sumber gambar datangnya dari : Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor

Akhirnya ada juga yang diturunkan oleh Kerajaan..

Posted: 31 Jul 2013 09:07 PM PDT

Setelah rakyat menyaksikan kenaikkan harga barang yang bertali arus dan mendengar saranan bodoh Menteri-Menteri yang terdiri dari pemimpin-pemimpin UMNO akan cara-cara untuk mengatasinya.. 

Akhirnya ada juga yang berhasil diturunkan oleh Kerajaan... walaupun diiturunkan yang bakal menerima padah ialah rakyat juga..

Ini kerana bukan semua rakyat Malaysia menyedari dan mengetahui telah dilaksanakan pengurangan had laju di jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara sepanjang Ops Selamat 3 yang bermula hari ini hingga 18 Ogos ini sempena Aidilfitri.

Oleh itu yang memandu mengikut had laju di papan tanda akan melanggar had laju yang telah ditetapkan sempena Aidilfitri itu...


KUALA LUMPUR – Pengurangan had laju 10 km sejam (km/j) di jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara akan dilaksanakan sepanjang Ops Selamat 3 yang bermula esok hingga 18 Ogos ini sempena Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, sepanjang tempoh itu, kelajuan di jalan persekutuan akan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j manakala had laju di jalan negeri ialah 70km/j berbanding 80km/j sebelum ini.

"Pengurangan had laju ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna semasa pulang ke kampung dan kami berharap pengguna dapat mematuhi had laju yang ditetapkan itu," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama mahasiswa Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini. 

Seramai 250 pelajar kelahiran Sarawak yang menuntut di Institut Pendidikan Guru, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara serta beberapa kolej swasta dirai dalam majlis itu.


Selain itu Fadillah juga memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan kerja-kerja membaiki jalan raya termasuk yang dilakukan syarikat konsesi lebuh raya turut dihentikan sepanjang Ops Selamat 3 bagi memastikan keselesaan pengguna dan kelancaran trafik.

"Pengecualian untuk menyelenggara jalan hanya diberikan dalam situasi kecemasan dan kritikal seperti berlaku tanah runtuh atau kerja menampal lubang yang boleh membahayakan pengguna," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pasukan peronda yang terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah juga akan melakukan rondaan pada waktu pejabat untuk memantau sebarang kerosakan jalan raya sepanjang tempoh itu, dengan rondaan lebih kerap akan dilakukan pada waktu hujan.

Sementara itu dalam ucapannya, Fadillah menasihatkan penuntut agar menggunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan tidak terlibat dalam kegiatan tidak berfaedah sehingga merugikan diri dan tidak berpeluang untuk menabur bakti di negeri asal mereka.

 "Sebagai mahasiswa kamu menjadi harapan keluarga dan sudah bijak berfikir. Jangan mudah terlibat dengan perkara tidak baik dan yakinlah bahawa kepimpinan negara cuba melakukan yang terbaik dan sentiasa peka dengan permasalahan yang dihadapi kamu," katanya. - Bernama

Kes Tembak Mati Meningkat.. Bussines Ini Pun Meningkat..

Posted: 31 Jul 2013 07:30 PM PDT


Peningkatan kes tembak mati yang drastik baru-baru ini telah menyebabkan satu perniagaan juga meningkat naik.

Rakyat Malaysia yang selama ini terkenal mementingkan keselesaan dalam perjalanan menggunakan kenderaan mereka kini mencari cara untuk menjadikan kenderaan mereka kalis peluru.

Pemeriksaan menunjukkan bahawa untuk menjadikan tingkap kereta Perodua Kancil kalis peluru, kos yang diperlukan ialah RM1,000 dan ia sudah pasti lebih mahal untuk model lain.

Sumber dari sebuah syarikat kereta Jerman mendedahkan bahawa salah satu model utama mereka, yang merupakan versi kalis peluru sepenuhnya, berharga sekitar RM5 juta.

Sementara itu, Pengarah STEC Laminates, James Thomas berkata pertanyaan untuk perlindungan keselamatan kereta telah meningkat pada minggu lepas.

Terdapat juga yang bertanya untuk menggantikan tingkap cermin rumah mereka dengan cermin yang kalis peluru.

Many looking to bulletproof their vehicles 

PETALING JAYA: Malaysians, who are known for pimping their ride, are now looking to bulletproof their vehicles. 

There have also been enquiries on making the windows of their houses bullet proof. 

A check showed that one can bulletproof the windows of a Perodua Kancil windows from around RM1,000 but it can be more expensive for other models. 

A source from a German car company revealed that one of their flagship models, which is a fully bulletproof version, would cost around RM5mil. 

Meanwhile, STEC Laminates director James Thomas said enquiries for security protec-tion of cars have increased during the last week. 

"Our main market is not in Malaysia. We export our materials to 30 other countries. 

"Since the shooting incidents, enquiries have increased and we have received five calls in one week," said Thomas. 

STEC Holdings specialises in armour resistance units, which were initially made for smash-and-grab cases but Thomas said the dense material of the unit also protects the vehicle from bullets. 

"The armour reduces the velocity of the bullet and it does not penetrate the armour. 

"The material is specially developed and can stand up to three to five gunshots at a time," he said, adding that bulletproof cars in Malaysia are commonly used by corporate figures and politicians. 

A Secu Glass Sdn Bhd representative claimed that people have enquired for bulletproof glass for houses and vehicles. 

She also said that orders had increased after the recent spate of shooting incidents as more people are concerned for their own safety. 

Bulletproof glass, which is also known as ballistic glass, is a type of strong but optically transparent material that is resistant when struck by bullets. 

It is common in the market and according to Road Transport Department, there are no regulations when it comes to bulletproof vehicles and it is based on the owner's initiative to install it on their vehicle. 

Puspakom also said there are no regulations or licensing when it comes to bulletproof vehicles ~ The Star

Isu Syiah: Taktik UMNO untuk alih perhatian rakyat saja rupanya..

Posted: 31 Jul 2013 05:30 PM PDT


Dalam masa tidak sampai tiga bulan kenyataan Tun Mahathir mengenai Syiah jelas sekali berbeza, sebelum ini katanya menyatakan bahawa permusuhan di antara Sunni dan Syiah ialah mainan politik musuh Islam tetapi baru-baru ini pula katanya pengembangan ajaran Syiah di negara ini akan memecahbelahkan lagi umat Islam .. Kenapa agaknya?

Ini apa yang Tun Mahathir ucapkan pada 22 Mei 2013 dalam sidang akhbar Pelancaran Rayuan Bersama kepada Muslim Sunni dan Syiah oleh Dr. Mahathir dan Khatami di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya..

Dr. Mahathir ketika ditemui pemberita berkata, semua pihak harus menerima dan bertindak matang dalam mengemukakan perbezaan pendapat masing-masing.
Katanya, jika umat Islam boleh bersikap toleransi terhadap penganut agama lain seharusnya mereka juga boleh bersikap sedemikian terhadap saudara seagama.

"Apa yang penting, kita terima perbezaan pendapat itu dan berhenti membunuh satu sama lain kerana kita sembah Tuhan yang sama, mengikut nabi yang sama dan berpandu kepada kitab yang sama.

"Jika kita saling bunuh membunuh, musuh Islam akan bertepuk tangan kerana gembira kita melakukan kerja itu bagi mereka, jadi sudah tiba masanya kita semua berhenti melakukan keganasan sesama Islam," katanya ~ Utusan

Dan pada 24 Julai pula.. ini laporan mengenainya..

Pengembangan ajaran Syiah di negara ini akan memecahbelahkan lagi umat Islam yang pada ketika ini sudahpun lemah kerana perbezaan fahaman politik, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, ajaran berkenaan perlu disekat agar tidak menular dalam masyarakat Islam kerana amat berbahaya sehingga boleh mencetuskan permusuhan seperti mana berlaku di beberapa negara luar.

"Kita tidak menyoal agama mereka tetapi yang kita tahu apabila ada fahaman Sunni dan Syiah, maka selalu berlaku permusuhan sehingga berperang dan membunuh, ini boleh dilihat berlaku di beberapa buah negara seperti Pakistan serta Iran.

"Sebaliknya, di sini kita bernasib baik kerana kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, orang Sunni dan pengikut Imam Shafie," katanya kepada pemberita ketika membeli-belah di Pekan Rabu Alor Setar.~ Utusan

Sebab kenyataannya berbeza ialah cuma untuk mengalihkan perhatian rakyat dari masaalah sebenar kata  Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub...

"Tindakan menggembar-gemburkan isu Syiah semakin kelihatan seperti tindakan terancang untuk mengalihkan perhatian orang-orang Melayu dari isu-isu yang lebih menekan mereka seperti kenaikan kadar jenayah yang semakin menakutkan dan kenaikan harga barangan.

"Tetapi tindakan itu pasti tidak akan berjaya kerana rakyat sudah semakin tahu dengan taktik mengalihkan perhatian itu," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Salahuddin juga melihat apa yang dilakukan itu sebagai lanjutan untuk "mengepung penyokong dan sokongan".

"Boleh dikatakan orang-orang Melayu adalah satu-satu pasaran yang masih terbuka untuk kepentingan politik Umno.

"Umno tahu ia tidak akan dapat menipu semua orang. Tetapi apa yang terus dilakukan oleh parti itu adalah semata-mata untuk mengepung penyokong dan sokongan sedia ada dari terlepas kepada pihak lain.

"Penyokong dan sokongan yang sedia ada perlu dilalaikan dengan perkara-perkara yang sensasi supaya mereka tidak sensitif langsung dengan isu-isu lain yang lebih menekan kehidupan rakyat," katanya.

Malah, katanya lagi, sering kali berlaku apa yang disensasikan untuk mengepung penyokong dan sokongan itu bukannya berasaskan kebenaran tetapi sengaja untuk menimbulkan keraguan.

"Sudah terlalu kerap kita melihat isu-isu yang disensasikan itu hanyalah semta-mata bertujuan untuk menimbulkan keraguan dan akhirnya terbuktikan tidak benar sama sekali," kata beliau ~ Harakahdaily

Malaysia merupakan salah satu pihak yang telah menandatangani Deklarasi Islamabad 2007 yang menjelaskan sebarang tindakan mengganggu penganut taifah Syiah adalah satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Deklarasi yang ditandatangani oleh Menteri Luar ketika itu, Datuk Syed Hamid Albar menegaskan taifah Syiah ialah taifah yang sah di dalam Islam.

Itu adalah kata-kata Setiausaha Pergerakan As-Sajjad di ( SINI )

Tiada ulasan: