ANAK SENGAT |
SENYUM TAK PERLU KATA APA APA... NAK SETUJU KE NAK KATA FITNAH? Posted: 30 Aug 2013 08:27 PM PDT Di ambang sambutan Hari Merdeka ke 56, pengumuman ketua pembangkang itu menjawab segala desas-desus mengenai pertemuan belakang tabirnya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Walaupun semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalam Anwar menjelaskan seruan untuk berbincang dengan BN itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, secara persepsinya memang terdapat permainan "kayu tiga" di belakang. Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider, parti Islam itu tidak pernah mengetahui atau berbincang dengan ketua pembangkang mengenai rundingan dengan BN sebelum pengumuman itu dibuat. "Pemimpin-pemimpin PAS terkejut mendengar pengumuman Anwar itu. Semua masih tak faham," kata pemimpin itu dengan syarat namanya dirahsiakan. "Kami mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu," tambahnya. Pemimpin-pemimpin DAP yang dihubungi enggan memberikan komen dan bersikap dingin mengenai isu ini. Reaksi dari pemimpin parti komponen PR itu menimbulkan tanda tanya tentang siapakah yang ingin berunding dengan BN, PKR atau gabungan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya 2008 itu? Menurut Anwar, PR bersedia untuk mengenepikan ketidakpuashatian berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu yang mereka anggap dicemari dengan penipuan demi kesejahteraan dan masa depan negara. "Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama," katanya. "Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok." Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai reaksinya mengatakan Anwar terdesak dan memperlekehkan bantahan dilakukan pembangkang berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu. "Apabila mahkamah menolak mereka teruskan dengan perhimpunan bodoh, jadi inilah yang dilakukan seolah-olah beliau pula yang menyatukan rundingan ini," katanya dalam satu sidang media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno di PWTC semalam. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Muhkriz Mahathir pula mempersoalkan motif Anwar untuk berbincang dengan BN. Menurut Menteri Besar Kedah itu, tawaran berbincang dibuat Anwar selepas PR kalah dalam hampir kesemua petisyen pilihan raya di seluruh negara. Apa pun percaturan Anwar, buat masa ini beliau dilihat terhegeh-hegeh mahu bertemu BN dan diperlekehkan oleh Khairy, Mukhriz serta pemimpin-pemimpin Umno lain. Mata tertumpu kepada reaksi Najib. Beranikah anak kepada perdana menteri kedua itu memecahkan tradisi dengan membuka pintu perbincangan BN dan PR? Selepas mesyuarat MT Umno semalam, perdana menteri terus bergegas meninggalkan bangunan PWTC tanpa memberikan sidang akhbar kepada pemberita. Berapa lamakah Najib mahu mendiamkan diri mengenai isu ini? Dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke 56, Najib menggesa segenap lapisan masyarakat mempertahankan hari bersejarah itu. "Kita juga wajib terus memelihara dan mempertahan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya Sesuaikah Anwar dengan pandangan Najib itu? – 31 Ogos, 2013. SUMBER |
You are subscribed to email updates from NAAK SANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan