AdukaTaruna |
MERDEKA : Cadangan format negara Malaysia di masa hadapan. Posted: 21 Aug 2013 12:26 AM PDT MERDEKA : Cadangan format negara Malaysia di masa hadapan. PERTAMA, Ini adalah bacaan yang panjang dan berat. KEDUA, ini adalah cadangan yang dikemukakan secara ilmiah di bawah demokrasi negara. Ada 2 perkataan. REPUBLIK dan PEKERJA. Satu konsep sebuah negara. Yang dicadangkankan paling adil untuk manusia di dalamnya. Republik Pekerja Malaysia. Republik bermaksud tiada raja. Satu susuk pemerintahan yang tidak boleh dijatuhkan dari mana-mana saluran pemilihan. Saluran demokrasi. Ini sistem yang tidak adil. Rakyat perlu mempunyai sistem tersusun dan bertamadun untuk menukar siapa sahaja yang mereka tidak setuju. Pekerja bermaksud rakyat yang berusaha. Dengan titik peluh. Dengan keringat. Konsep PEKERJA ini akan diangkat menjadi satu falsafah utama dalam pembentukan negara yang dicadangkan ini. Malaysia adalah satu negara yang terhasil, hasil dari kemenangan British, penjajah Tanah Melayu ketika itu, meletakkan bonekanya bernama UMNO menjadi agen pemerintah. Masa tidak dapat diundurkan semula. Pekerja asing ketika itu menjadi warga negara dan mempunyai hak untuk mengundi. Kini, Tanah Malayu menjadi Malaysia. Berkongsi hak warga negara secara majmuk. Falsafah PEKERJA dalam pembentukan negara. Dalam falsafah ini, PEKERJA adalah kemuliaan yang utama dalam negara. PEKERJA akan menjadi asas perlembagaan. Setiap sistem dan undang-undang yang dibuat atau digubalkan, harus tidak melanggar falsafah PEKERJA. Contoh 1 : Sultan-raja Malaysia adalah manusia yang tidak menepati falsafah bekerja. Sistem ini dicadangkan dihapuskan. Mereka hanya menerima gaji yang dibayar rakyat tanpa konsep bekerja sebenarnya. Mereka juga tiada keahlian / kelayakan bagi kerja menjaga agama Islam dan bangsa Melayu. Untuk menggantikan tugas bekerja menjaga Islam dan bangsa Melayu, ianya perlu diserahkan kepada mufti. Terdapat 9 raja bukan pekerja dalam Malaysia. Mansuhkan kesemuanya, dan naikkankan mufti yang ahli / layak dalam agama, sebagai ketua negeri-negeri. 9 mufti tadi akan membentuk sekumpulan yang dinamakan Syura Ulama. Barulah mereka ini layak bekerja untuk menjaga Islam dan bangsa Melayu. Satu-satu keputusan mengenai Islam dan bangsa Melayu harus dimenangi oleh sekurang-kurangnya 5/9 mufti yang bersidang. Mereka ini pula, hanya menjaga hukum yang sudah dimaktub dalam Al-Quran, sunnah dan hadis. Manakala hukum jenis takzir (ekonomi, jenis denda, dasar sosio, dan sebagainya), diputuskan dalam parlimen. Oleh ahli parlimen yang dilantik secara demokrasi. 9 mufti yang menjadi 8, 7, 6 dan seterusnya akibat meninggal dunia atau hilang keupayaan syarie untuk membuat keputusan, dilantik oleh organisasi mereka sendiri secara syura. Jadi, duit pekerja rakyat dijimatkan hanya untuk 9 orang mufti. Bukan untuk 9 raja, sekian jumlah isteri, sekian jumlah binui, beribu kaum kerabat, hobi, hiburan dan sebagainya. Inilah cadangan ilmiah konsep PEKERJA dalam perlembagaan sebuah negara bernama Republik Pekerja Malaysia. Ianya praktikal dan logik. Dan di zaman sekarang ini, ianya masih dalam konsep perbahasan ilmiah. Contoh 2 : Si ayah bekerja sejak zaman muda, dicampur dengan ibu, dapatlah membeli sebuah rumah. Atau hartanah. Yang bekerja ialah ayah, ibu dan anak yang terbabit dalam pengorbanan ketika masa bekerja ayah ibu. Jadi, pemilikan hartanah dicadangkan hanya sehingga usia akhir anak yang bongsu. Tidak kira keluarga yang pecah atau keluarga yang poligami. Walaupun tidak semestinya diturun- milik kepada si bongsu, tetapi mekanisme yang dicadangkan sehingga usia akhir umur anak si bongsu, kepada pemilik. Bukan sehingga 999 tahun seperti sekarang. Atau untuk dimekanismekan secara angka, pemilikan mungkin sehingga 150 tahun sahaja. Ini soal keadilan. Allah tidak menciptakan tanah sesuatu makluk yang bertambah. Adalah tidak adil kepada manusia yang lahir lewat kerana semua peluang dan dasar sesebuah negara dikecapi dan dimonopoli oleh manusia yang lahir awal. Jika manusia lahir tahun 1981 bekerja dan dapat membeli rumah, apa pula nasib manusia yang lahir 2181 yang juga bekerja? Hasil keringat dan peluh mereka tidak dapat membeli rumah kerana tanah yang sudah dimiliki. Dari segi perlembagaan negara PEKERJA yang dicadangkan, si atuk yang berkerja kerana dia lahir awal, mewariskan hartanah kepada ayah yang tidak bekerja dan kemudian kepada cucu-cicit-piut yang tidak bekerja bagi mendapatkan harta itu. Dalam konsep pekerja itu sendiri, pekerja lahir zaman awal tidak boleh menindas pekerja lahir zaman lewat. Atau sebaliknya. Kepada yang bersetuju dengan idea ini, harus membahaskan mekanisma jangka masa pemilikan hartanah supaya selari dengan falsafah PEKERJA. Mungkin, selepas habis masa pemilikan, status si cucu mendapat keutamaan membeli semula hartanah tersebut dengan nilai semasa. Sekaligus membuka sedikit ruang kepada manusia pekerja yang lahir lewat. Contoh 3. Begitu juga dengan tanah kubur. Adalah tidak adil manusia yang mati awal mendapat tanah untuk dikebumikan. Manakala manusia yang mati di zaman akan datang, tanah kubur semakin sukar. Berdasarkan perlembagaan PEKERJA, mereka yang bekerja tidak kira apa zaman pun dalam satu-satu negara, layak mendapat hak yang sama. Asalkan mereka bekerja. Ini konsepnya. Dicadangkan, setiap keluarga hanya mempunyai satu liang lahat. Si ayah mati di liang lahad A, maka cicitnya nanti mati juga akan dikebumikan diliang lahad yang sama. Itu cadangan mekanismanya pula. Contoh 4. Masih contoh hartanah, mereka yang membeli tanah A dengan harga RM50 000, kemudiannya menjual semula tanah A dalam tempoh masa 10 tahun (2 penggal pemerintahan) atau kurang; dengan harga RM 100 000 (lebih mahal dari harga beli), hanya akan mendapat jumlah wang kos beli Baki dari itu akan dicukai kerajaan melalui perlembagaan PEKERJA. Berdasarkan perlembagaan PEKERJA mereka ini bukan pekerja, sebaliknya pemanipulasi. Tidak setitik keringat pun dihasilkan bagi mendapatkan keuntungan itu. Hanya manipulasi. Perkara ini adalah tidak adil kepada manusia yang lahir zaman lewat kerana mereka tidak berpeluang bermanipulasi. Akhirnya golongan manipulasi akan membentuk keadaan yang tidak adil dalam negara. Penutup. Ini adalah serba ringkas konsep Republik Pekerja Malaysia yang dicadangkan secara ilmiah di bawah hak demokrasi negara. Selamat menyambut bulan dan hari kemerdekaan. Merdekalah dari istilah yang sebenar. Wallahualam. AdukaTaruna Aktivis Kelantan (AK03) |
You are subscribed to email updates from ADUKATARUNA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan