AdukaTaruna |
Surat Aktivis Kelantan kepada kerajaan Brunei Posted: 16 Aug 2013 02:30 AM PDT Surat ini akan diposkan pada Ahad. 18/08/13. Pejabat pos Kota Bharu. Insyaallah. Aktivis Kelantan (AK03) ___________________ ___________________ ___________________ 18 Ogos 2013 ____________________________________________________________________________ Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan BB3913 Negara Brunei Darussalam. Assalamualaikum WBT, Kebawah Duli Yang Mulia Sultan PER : SURAT RAYUAN PELABURAN LEBUHRAYA NEGERI KELANTAN. Dengan rendah rasanya, tajuk di atas adalah dirujuk. Pihak Aktivis Kelantan (non government organization) atau lebih dikenali AK03 terlebih dahulu menjelaskan situasi rakyat Kelantan secara asas. Rakyat Kelantan dinafikan hak demokrasi pilihan mereka sendiri selama 23 tahun. Dalam fokus surat rayuan ini, keperluan jalan raya sempurna dan selamat sangat kritikal. 98% muslim dan 2% bukan muslim di Kelantan terdedah kepada kemalangan, perkembangan ekonomi perlahan dan pelbagai masalah sisir akibat dari masalah jalan raya yang tidak sempurna ini. Kami berharap, kunjungan keluarga Diraja Brunei dalam majlis perkahwinan Diraja Kelantan baru-baru ini, dapat menyaksikan keperluan mendesak ini. Oleh itu, kami mencadangkan secara rayuan, pihak kerajaan Brunei dapat membantu menyelesaikan masalah kami ini, secara pelaburan lebuhraya bertol. Untuk permulaan, Gua Musang – Kota Bharu. Secara ringkasnya, diandaikan kos pembinaan lebuhraya ini adalah RM2.5 billion; dan pihak kerajaan Brunei mahu keuntungan sebanyak RM2.5 billion; menjadikan keseluruhan kutipan RM5 billion. Dengan matematik ringkas, berdasarkan anggaran kenderaan sebanyak 200 000 sehari, perjanjian hak milik selama 10 tahun, maka tol bagi setiap kenderaan jatuh kepada RM6.90. Dan selepas dari tempoh hak milik, lebuhraya akan menjadi percuma atau bayaran sekadar kos penyelenggaraan sahaja. Kami faham bahawa pelaburan sebegini ke bumi Kelantan akan berhadapan dengan halangan pihak tertentu. Tetapi, kami juga yakin, dengan tanggungjawab, kebijaksanaan dan pengaruh dari kerajaan Brunei, perkara ini boleh diselesaikan. Insyaallah. Komitmen dan jasa baik Kebawah Duli Yang Mulia Sultan dalam membaca, mempertimbangkan dan menjawab rayuan kami ini, adalah amat-amat dihargai. Sekian, terima kasih. AdukaTaruna Penyelaras Aktivis Kelantan (AK03) |
You are subscribed to email updates from ADUKATARUNA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan