Addin |
- Berita Gempar Dari Sabah
- Mesir : Keluarga Mangsa Diminta Mengaku Jenazah Terkorban Kerana Bunuh Diri
- Malaysia Ku Aman.. Rumah Mufti Perlis Pula Di Samun
- Kantoi!! Tentera Israel Mohon Maaf, Gambar Suria KLCC Dikatakan Gaza
- Ini Penjelasan Najib Berkenaan Kerajaan Perpaduan Bersama Anwar
- Punca Pengundi Muda Melayu Tidak Sokong Pakatan Rakyat Di Dedahkan
- Erdogan Ajar Najib Dan Pemimpin Islam Lain
- Kejutan!! Golongan Muda Melayu Tidak Sokong Pakatan Rakyat Pada PRU13
- Kedudukan Najib Makin Tergugat.. Ini Bukti Terbaru
- Menteri Bengang Hasil Kajian Tak Menyebelahinya
Posted: 16 Aug 2013 10:16 AM PDT Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh membuat keputusan menarik diri saat akhir bagi memberi keterangan terhadap tuduhan ke atasnya oleh Hassnar Ebrahim di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini. Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar sebelum ini memberikan keterangan menuduh Harris bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Megat Junid Megat Ayob terlibat secara langsung dalam melibatkan isu pemberian kad pengenalan. "Saksi telah memberitahu saya beliau tidak akan menjawab keterangan Hassnar," kata Manoj sejurus selepas sesi RCI berehat untuk menunaikan solat Jumaat. Sebaik sesi bersambung, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin mengambil tempat untuk memberikan keterangan. Dalam keterangan sebelum ini, Hassnar menuduh penglibatan Harris dalam pengeluaran kad pengenalan tidak sah kepada pendatang haram di Sabah sebagai balasan untuk undi mereka, atau digelar sebagai Projek IC atau Projek M, sempena nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain Hassnar dan Harris, seorang lagi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan juga memberikan keterangan dalam RCI semalam di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Harris juga kelihatan di mahkamah pagi ini, beliau sebelum ini memberikan keterangan dalam RCI pada Januari lalu menafikan kewujudan Projek IC, sama seperti keterangan yang diberikan oleh Abdul Aziz hari ini. Sesi RCI berakhir hari ini selepas dua hari bersidang dan Shim mengumumkan sesi keterangan akan bersambung pada 9 September depan. Sebanyak 202 saksi telah memberikan keterangan sejak ia bermula pada Oktober 2012 lalu. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Mesir : Keluarga Mangsa Diminta Mengaku Jenazah Terkorban Kerana Bunuh Diri Posted: 16 Aug 2013 07:53 AM PDT Banyak mayat yang terkorban akibat pengusiran dengan pembantaian di Mesir pada Rabu (14/8) lalu masih tersusun di beberapa masjid di Kaherah. "Kami tiba pada pukul 7, semua keluarga disini," ujar Atif Hashim, seorang guru berusia 50 tahun yang sedang berada di barisan, menunggu jenazah sepupunya, seorang ayah dengan lima anak. "Mereka hanya minum teh di dalam. Mereka hanya melempar mayat ke lapangan dengan airbatu,"ungkapnya berhubung dengan gelagat para petugas pemakaman. Aljazeera melaporkan, beberapa keluarga tidak berupaya mendapatkan izin untuk memakamkan mangsa yang terkorban. Padahal, mereka hendak mengubur keluarganya pada Khamis (15/8) lalu. Menurut para keluarga korban yang diwawancarai Aljazeera, Kementerian Kesihatan bentukan tentera Mesir menginginkan mereka untuk menerima sijil kematian yang mencatatkan mangsa terkorban kerana membunuh diri. Polis Mesir dilaporkan mengambil alih sebuah masjid di Kaherah yang berisi puluhan jenazah demonstran IM yang syahid ketika pertempuran pada Rabu (14/8). Aktivis Islam yang berada di dalam masjid menyatakan, Polis Mesir menembakkan gas pemedih mata ke dalam masjid. "Mereka mengepung masjid dan menembakkan gas air mata di luarnya. Mereka sekarang memasuki (masjid) dan kami pergi," kata Ibrahim, seorang petugas perubatan lapangan yang berada di dalam masjid, seperti disadur dari AFP. Ibrahim mengatakan, lebih dari 200 ratus mayat menurut kelompok Islamis masih berada di dalam masjid akibat tindakan penumpasan polis dan tentera, hari Rabu lalu, telah dibawa keluar pada pagi hari itu. "Masih ada 43 mayat lagi tetapi kami tidak dapat mengenalpasti mereka," katanya. Siaran langsung yang ditayangkan di stsyen television swasta Mesir CBC menunjukkan, polis berada di dalam masjid. Seorang kaiktangan Kementerian Kesihatan Mesir menyatakan, sekurang-kurangnya 525 orang terbunuh dan 3,717 orang lainnya cedera di seluruh Mesir, dalam pertempuran diantara pendukung presiden yang digulingkan Muhammad Mursi dan pasukan keselamatan. ~greenboc Iklan C (ii) |
Malaysia Ku Aman.. Rumah Mufti Perlis Pula Di Samun Posted: 16 Aug 2013 07:36 AM PDT Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke Kuching ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan. Beliau berkata kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera. "Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang. Sementara itu Dr Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009, tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan reaksi. ~bernama Iklan C (ii) |
Kantoi!! Tentera Israel Mohon Maaf, Gambar Suria KLCC Dikatakan Gaza Posted: 16 Aug 2013 06:16 AM PDT Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memohon maaf atas kesalahan menerbitkan gambar sebuah pusat membeli belah di Malaysia, Suria KLCC di blog milik mereka www.idfblog.com (gambar) dengan meletakkan keterangan lokasinya di Semenanjung Gaza. IDF menjelaskan keterangan gambar berkenaan yang disiarkan oleh sebuah blog berbahasa Inggeris merupakan satu kesilapan dan telah menggeluarkan gambar berkenaan. Blog yang menyerupai risalah pelancongan itu bertujuan memberi gambaran Gaza tidak berhadapan dengan krisis kemanusiaan."Apa jua yang anda dengar di media, Gaza bukanlah sebuah penjara terbuka," jelas blog tersebut. Kiriman blog berkenaan menggambarkan sebuah pusat membeli belah, imej hotel mewah, penduduk Gaza bermain di tepi pantai dan menikmati suasana malam. Lokasi sebenar pusat beli belah itu didedahkan oleh portal Intifada di pusat membeli belah terkenal Malaysia di Suria KLCC. Perkara ini didedahkan oleh sebuah portal berita Israel Haaretz, yang memetik kenyataan jurucakap IDF memohon maaf melalui akaun Twitter atas kesalahan gambar dan keterangan. "Apabila kesilapan itu diketahui, gambar tersebut segera dikeluarkan. Kiriman itu mempunyai 17 gambar lain yang tepat tentang keadaan di Gaza," katanya. Jurucakap itu berkata ini bukan pertama kali gambar yang salah mengenai Gaza. Semasa operasi pertahanan, media Palestin turut tersilap menyiarkan gambar yang didakwa diambil di Gaza.Satu kes melibatkan satu gambar kanak-kanak yang terkorban diterbitkan oleh Briged Izz ad-Din al-Qasam, sayap tentera Hamas. Kemudian tentera Israel membuktikan gambar itu diambil di Syria beberapa minggu awal. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Ini Penjelasan Najib Berkenaan Kerajaan Perpaduan Bersama Anwar Posted: 16 Aug 2013 04:53 AM PDT Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar), dakwaan berkenaan hanyalah "daya imaginasi" kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan. Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dan mempertikai keputusan tersebut. "Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya. "Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13," katanya dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini. Perdana Menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" kepentingan politik pihak pembangkang. Asia Sentinel melaporkan pada Isnin bahawa Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR. Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Punca Pengundi Muda Melayu Tidak Sokong Pakatan Rakyat Di Dedahkan Posted: 16 Aug 2013 02:16 AM PDT Pengundi muda Melayu dan kali pertama mengundi didoktrinkan dengan isu identiti Melayu yang digunakan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk menanam ketakutan terhadap pembangkang, kata pembuat undang-undang Pakatan Rakyat (PR), hari ini. Mereka berkata, itu adalah sebab pengundi muda Melayu dan pengundi kali pertama memilih untuk menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) – seperti didedahkan dalam kajian corak mengundi oleh Merdeka Center, baru-baru ini. Rafizi Ramli (gambar) daripada PKR dan Zairil Khir Johari daripada DAP, berkata penemuan daripada kajian itu tidak begitu mengejutkan."Kami tahu ia adalah pertempuran yang sukar untuk mendapatkan pengundi muda Melayu – mereka berumur antara 21 hingga 26 – untuk mengundi kami," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider. Ini kerana, katanya, mereka dalam kumpulan umur itu baru sahaja keluar daripada sistem pro-BN, di mana mereka dibiarkan untuk percaya bahawa mereka perlu berjuang mempertahankan hak orang Melayu."Ini boleh dilihat di sekolah, university dan di mana juga. Mereka sama seperti pengundi luar bandar – mereka terlalu bergantung kepada media arus perdana."Imej yang disampaikan oleh BN ialah PR tidak berminat langsung dengan hak Melayu, menyebabkan mereka takut kepada kami," katanya. Merdeka Center mendedahkan di sebalik kepercayaan popular, majoriti pengundi Melayu yang masih muda dan mengundi kali pertama memberi sokongan mereka kepada BN, menandakan bahawa pembangkang belum berjaya meyakinkan bahawa masa depan mereka selamat dnegan PKR, DAP dan PAS. Golongan muda Melayu, katanya, akan menjadi kumpulan pengundi lebih besar dalam proses mengundi akan datang berbanding hampir dua pertiga, atau 64.7 peratus pengundi muda yang berdaftar tahun ini.Zairil berkata, kumpulan umur 21 – 30 tahun lebih kepada golongan `atas pagar'. Mereka bukan penyokong kekal BN atau PR."Mereka mempunyai rasa tidak selamat dan kekurangan. BN berupaya menggunakan keadaan itu dengan menggunakan isu perkauman," katanya. Dalam kata lain, katanya, BN menyebabkan mereka melupakan masalah sebenar dengan cara perkauman."Mereka masih terlalu muda ketika reformasi 1998 berlangsung. Jadi, mereka tidak tahu bagaimana kami boleh berada di sini."Sama ada strategi BN akan berjaya atau tidak pada PRU akan datang, masih belum diketahui," katanya.Beliau berkata, pengaruh media sosial dan internet memberi sumbangan besar kepada kebaikan PR dan diterjemah ketika hari mengundi pada 5 Mei lalu dan ia boleh jadi semakin kuat. "Kumpulan umur itu mungkin akan pergi kepada mereka yang mampu menyelesaikan isu dan apa memberi kesan kepada mereka. Ini adalah sesuatu yang PR akan laksanakan," katanya. Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR, berkata apa yang diperhatikan ialah pengundi muda Melayu mungkin akan bermula sebagai penyokong BN, tetapi mereka akan meragui gabungan itu pada masa depan. "Menjelang usia 26 tahun, mereka akan melihat beberapa perkara yang mungkin akan menunjukkan pengalaman mengenai rasuah dan kegagalan BN untuk menyelesaikan isu itu. Jadi, mereka akan menjadi kurang yakin terhadap BN," katanya. Apabila mereka berusia 30 tahun, katanya, mereka akan menjadi penyokong kuat PR."PR membuat keputusan yang praktikal sebelum pilihan raya, bahawa kami akan menawan mereka yang berumur 26 tahun ke atas kerana generasi lebih muda takutkan mereka. "Bagaimana kami mengendali ketakutan itu?" soalnya.Rafizi berkata, DAP sejak sekian lama digunakan oleh Umno untuk memomokkan pengundi muda Melayu yang percaya mereka tidak lagi relevan jika PR berkuasa.Beliau mendedahkan bahawa PKR sudah merangka perancangan, yang akan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk menangani isu itu. "Kita perlu berdepan dan membina semula identiti Melayu dan kita juga tidak boleh dilihat hanya mendapat sokongan kuat daripada bukan Melayu."Saya yakin corak itu akan terbalik, jadi BN tidak sepatutnya terlalu gembira mengenai penemuan itu. Sebaik sahaja PR memberi tumpuan kepada pengundi muda Melayu dan menyelesaikan isu mereka, BN akan hilang," katanya.Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dan Nurul Izzah Anwar dari PKR berkata, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diadakan untuk menyemai ketakutan terhadap pembangkang di kalangan golongan muda Melayu. Liew berkata, pengundi muda Melayu kebanyakannya adalah lepasan sekolah yang dibekalkan dengan bahan propaganda."Kami sudah pun diberi amaran mengenai perkara ini awal-awal lagi," katanya. Liew mengaku bahawa DAP sedang melakukan sesuatu untuk memikat pengundi muda Melayu kerana parti itu dilihat sebagai parti berorientasikan kaum Cina."Kita perlu mendapatkan semua orang. Kita perlu dilihat sebagai mewakili suara Melayu juga," katanya. Beliau berkata, pengundi Melayu yang lebih berumur kelihatan lebih pro-pembangkang kerana mereka sudah menyaksikan sendiri kegiatan rasuah dan kronisme dalam kerajaan."Mereka lebih kuat dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda. Ini pertempuran sengit kerana pengkritik kami sedang cuba meletakkan kami dalam kotak, memanggil kami pro-Cina," katanya.Nurul Izzah berkata, PR kini melihat semula usaha mereka dalam mendapatkan sokongan golongan muda."Mungkin ceramah sudah tidak sesuai lagi. Kita perlu melihat kepada aktiviti berorientasikan golongan muda," katanya.Bagaimanapun, katanya, PR sudah pun memulakan langkah di haluan yang tepat dengan membangkitkan banyak isu berkaitan dengan golongan muda."Contohnya, kami bercakap mengenai penurunan harga kereta," katanya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Erdogan Ajar Najib Dan Pemimpin Islam Lain Posted: 16 Aug 2013 12:18 AM PDT Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengkritik habis-habisan pemerintah Barat berhubung kejadian di Mesir. Erdogan menyatakan bahawa "Musa akan datang dan kezaliman Fir'aun tersebut akan berakhir!" Pernyataan ini disampaikan oleh Erdogan semalam, Khamis (15/8/2013) dalam satu sidang konferens di Bandar Antarabangsa Esenboga sebelum keberangkatannya ke Turkmenistan. "Demokrasi di seluruh dunia akan dipersoalkan jika Barat tidak mengambil tindakan serius soal ini," tegas Erdogan. Erdogan mengutuk insiden Rabu berdarah di Kaherah. Ia menyebutnya sebagai 'pembaitaian". "Mereka yang tinggal diam menghadapi pembantaian ini sama bersalahnya dengan mereka yang melakukan (pembantaian) ini. Majlis Keselamatan PBB perlu segera membahas (masalah pembantaian ini)." katanya. "Mereka yang diam dan acuh tak acuh terhadap pembunuhan yang terjadi di Mesir, merupakan penyebab utama hal ini," tambahnya. Selain itu, Turki berpendapat, Barat telah mengamalkan dwi-standard yang sangat ketara dalam menghadapi situasi di Mesir. "Saya sampaikan pada negara-negara Barat. Anda tetap diam mengenai hal di Gaza, anda tetap diam terhadap apa yang berlaku di Syria... kini anda masih diam pada pembaitaian di Mesir. Jadi kenapa anda berbicara tentang demokrasi, kebebasan, nilai-nilai global, dan hak asasi manusia?" kecam Erdogan lantang terhadap sikap Barat dan sindiran pedas terhadap negara Islam lain yang berdiam diri. "Tentera bertanggung jawab atas kudeta pembunuhan ini. Barat tidak pernah menyatakan apa yang terjadi di Mesir secara terbuka, meskipun mereka mengakui hal ini dalam pembicaraan peribadi di balik pintu tertutup," demikian Erdogan. Sehubungan dengan itu, Turki juga telah memanggil pulang duta besarnya untuk Mesir, menyusul insiden berdarah yang telah mengorbankan tak kurang dari 638 orang dan mencederakan 4.000 orang. Pemanggilan pullang duta tersebut dilakukan untuk perundingan setelah pembantaian di Mesir, dan tak dipastikan sampai bila duta besar tersebut akan kembali semula ke Kaherah. Turki menjadi salah satu negara yang paling keras mengkritik kudeta teenteraterhadap pemerintahan Presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Mursi. Iklan C (ii) |
Kejutan!! Golongan Muda Melayu Tidak Sokong Pakatan Rakyat Pada PRU13 Posted: 15 Aug 2013 11:08 PM PDT Apa yang dijangkakan: Pakatan Rakyat (PR) menang mudah undi pengundi kali pertama dan golongan muda dalam Pilihan Raya 2013. Apa yang tidak dijangkakan: Barisan Nasional (BN) mendapat lebih undi Melayu dalam kategori ini. Menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13), tanggapannya adalah PR akan mendapat sokongan besar pengundi kali pertama dan pengundi muda kerana fokus mereka kepada pelbagai isu termasuk rasuah yang akan menjadi tarikan kepada pengundi muda. Pembangkang juga mempunyai ahli politik muda seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Liew Chin Tong yang mendapat sokongan daripada golongan muda Malaysia. Tetapi, menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, ini tidak berlaku. Beliau mendapati majoriti pengundi kali pertama dan pengundi muda Melayu menyokong BN dalam PRU13, mencadangkan pembangkang tidak melakukan banyak untuk meyakinkan golongan muda Melayu, masa depan mereka cerah bersama PAS, PKR dan DAP. Menurut Ibrahim, segmen ini akan menjadi lebih besar dalam pilihan raya akan datang kerana kadar kelahiran yang tinggi di kalangan Melayu. Melihat perubahan terhadap populasi, pengundi Melayu akan menjadi terbesar dalam kategori pengundi baru dalam pilihan raya akan datang, menghampiri dua pertiga atau 64.17 % daripada pengundi baru yang mendaftar dalam tahun ini. Jadi, PR perlu terus memperbaiki kedudukannya dalam isu hak Melayu dan gandingkan bersama penekanan kepada penciptaan peluang pekerjaan dan kekayaan. Corak pengundian pengundi muda dan pengundi kali pertama dikumpulkan oleh Merdeka Center sebagai sebahagian daripada kajian pilihan raya umum baru-baru ini. Terdapat lima saluran mengundi dan setiap daripadanya mewakili kumpulan umur pengundi. Menurut badan tinjauan bebas itu, berdasarkan daftar pemilih digunakan semasa hari mengundi, terdapat lebih kurang 2.7 juta dan kebanyakan pengundi baru berada di kerusi campuran dan bandar. Daripada lima saluran mengundi, kumpulan termuda adalah di bawah 30an dan 64.17% daripadanya terdiri daripada Melayu. Peratusan keluar mengundi bagi semua kaum dalam kategori ini adalah 83.22%. Daripada keseluruhannya, hanya 52.96% mengundi PR. Tetapi pengundi lebih tua daripada kumpulan ini condong menyokong pembangkang. Dalam kumpulan umur 31-40 tahun, 54.25% menyokong PR. Komposisi etnik dalam kumpulan ini adalah 53.12% Melayu, 29.28% Cina, 7.61% India dan 10% lain-lain. Peratusan keluar mengundi hampir sama dengan kumpulan pengundi muda iaitu 83.47%. "Pakatan Rakyat tidak mempunyai jalan lain tetapi mendekati Melayu, tangani ketakutan mereka mengenai kedudukan Melayu dan pada masa sama membentangkan pelan ekonomi yang komprehensif," kata Ibrahim. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Kedudukan Najib Makin Tergugat.. Ini Bukti Terbaru Posted: 15 Aug 2013 08:33 PM PDT Permusuhan terhadap Datuk Seri Najib Razak (gambar) dijangka menular dalam Umno bagi tempoh beberapa minggu akan datang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiyakan pembangkang berbincang secara rahsia dengan perdana menteri Malaysia itu untuk membentuk kerajaan perpaduan. Majalah digital The Edge Review hari ini melaporkan bahawa dua strategi yang dilakukan Najib iaitu memberi habuan politik kepada `warlords' dan penyokong utama dengan pelbagai jawatan dan rundingan rahsia dengan Anwar menerusi pegawai khas yang dipercayai dan ahli politik Indonesia, tidak berjalan dengan baik bagi perdana menteri ke-6 itu. Difahamkan perbincangan rahsia itu dikendalikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail – kedua-duanya adalah sahabat baik dari zaman Pemuda Umno mereka. "Tindakannya untuk mengukuhkan kedudukan politik dalam Umno mengasingkan persempadanan utama dalam parti dan menimbulkan kemarahan di kalangan individu berkuasa, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin, yang secara tertutup mendorong kepada perubahan kepimpinan," kata majalah digital itu dalam edisi mingguannya yang terkini. "Anwar, ditendang keluar dari Umno oleh Dr Mahathir pada 1998, dilihat sebagai lawan yang sering mencerca oleh golongan elit Umno, dan penganalisa berkata tindakan Najib untuk membuka ruang berbincang dengan ketua pembangkang itu pastinya dilihat sebagai pengkhianatan kepada parti," tambahnya dalam laporan bertajuk `Malaysia's political tensions set to escalate'. Majalah itu berkata, perkembangan terbaru itu boleh memberi kesan terhadap pertempuran kepimpinan apabila Umno mengadakan pemilihan partinya pertengahan Oktober depan. Pembantu rapat perdana menteri mengakui bahawa tempoh tiga bulan akan datang akan menjadi sangat penting, kata majalah itu."Jika beliau berjaya dalam pemilihan Umno, maka beliau akan dapat lihat mandat yang diberikan," kata seorang penasihat Najib, yang turut menyatakan kumpulan menentang perdana menteri itu semakin membesar setiap hari. Majalah itu menyatakan Malaysia terperangkap dalam keadaan politik yang menakutkan sejak 2008, apabila Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno hilang pegangan majoriti dua pertiganya di Parlimen. Umno meletakkan kesalahan kepada kelemahan pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badwi dan memaksanya melepaskan jawatan kepada Najib pada April 2009. Masalah Najib ialah beliaumendapat sokongan lebih teruk dari pengundi berbanding Abdullah, kata The Edge Review.Barisan pimpinan Najib bukan saja gagal memperbaiki bilangan barisan mereka di Parlimen, tetapi ia juga kalah dalam undi popular, hanya memperolehi 47 peratus berbanding 51 peratus undi popular milik pembangkang. Ia menjadi jumlah paling teruk diperolehi BN sejak kemerdekaan pada 1957, kata majalah itu."Masalah utama PM ialah kegagalan keputusan pilihan raya umum lalu belum dapat dipulihkan. Beliau datang sebagai pemimpin yang lemah, bukan saja kepada parti tetapi keseluruhan negara," kata ahli perniagaan Malaysia yang terkenal, dan mempunyai hubungan baik dengan Najib sekeluarga, kepada majalah itu. The Edge Review berkata, Najib mengekalkan cara rendah diri sejak pilihan raya umum, jarang muncul di kalangan awam dan mengambil pendekatan berdiam diri dalam beberapa cabaran yang melanda negara seperti kemerosotan ekonomi, peningkatan kadar jenayah dan polarisasi perkauman. Beliau belum lagi menambah ketegangan agama yang kini semakin membesar, terutama di kalangan kumpulan Islam berhaluan kanan yang menunjukkan hanya sedikit toleransi dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan etnik, kata majalah itu. Kerajaan Najib juga gagal mengemukakan cadangan lebih jelas bagaimana mengendalikan situasi keselamatan negara yang semakin membimbangkan, apabila jumlah kejadian tembak dan pembunuhan meningkat secara mendadak dalam beberapa bulan terakhir ini, tambahnya. Majalah itu berkata, satu lagi cabaran besar ialah masalah ekonomi negara, hutang sektor awam yang meningkat, yang menyebabkan awal bulan ini Fitch Ratings merendahkan pengadaran kredit negara dari kepada `negatif' daripada `stabil'. "Teguran Fitch itu menyebabkan mata wang tempatan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat, dan jika Najib tidak mengambil tindakan tepat untuk menangani kewangan awam negara dalam bajet akan datang, ahli ekonomi berkata, Malaysia mungkin terpaksa mendapatkan dana asing. "Melihat kepada keadaan kepimpinan itu, paralisis polisi dan tekanan sosial mendalam, prospek terhadap pembentukan kerajaan perpaduan untuk Malaysia kelihatan lebih menarik, kata beberapa ahli ekonomi," tulis majalah itu.Majalah itu berkata, mereka sudah menyiarkan berita mengenai kemungkinan perjanjian damai antara Najib dan Anwar pada April, tetapi ia tidak diendahkan oleh media arus perdana negara ini. "Ahli politik Umno dan pegawai khas Anwar berkata, perbincangan itu yang diuruskan bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendapat momentum baru beberapa bulan kebelakangan ini, dengan kedua-dua pemimpin politik Malaysia itu masing-masing melantik wakil untuk menyenaraikan butiran terperinci yang mungkin boleh membentuk proses perdamaian," katanya. The Edge Review melaporkan ahli politik berkata, wakil Najib iaitu Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sudah beberapa kali mengadakan perbincangan tertutup dengan Saifuddin. "Mesyuarat terakhir antara kedua-dua wakil itu ialah pada pertengahan Julai, selepas Jusuf Kalla mengadakan perbincangan berasingan dengan Najib dan Anwar, kata sumber terdekat dengan perbincangan itu."Dalam sesi itu, Zahid menyampaikan permintaan Najib supaya Anwar secara umum memaklumkan bahawa beliau terbuka untuk perbincangan perdamaian dengan parti pemerintah," kata laporan The Edge Review. Permintaan Najib yang lain ialah Anwar secara umum mengiktiraf keputusan pilihan raya umum pada Mei lalu, beritahu seorang ahli politik yang rapat dengan perbincangan antara Zahid dan Saifuddin kepada majalah itu.Anwar akhirnya bersuara mengenai perbincangan itu minggu ini, apabila beliau dipetik menerusi portal berita Asia Sentinel bahawa Najib ada memintanya untuk melihat kemungkinan pembentukan kerajaan perpaduan. Asia Sentinel memetik Anwar sebagai berkata, beliau memberitahu Najib bahawa kerajaan perlu menghentikan serangan perkauman oleh kumpulan yang dikawal Umno terhadap masyarakat Cina dan India sebelum sebarang perkembangan mengenai kerajaan perpaduan dapat dilakukan."Saya kata isu asas perlu diselesaikan, akhiri perkara perkauman. Perlu ada komitmen yang jelas untuk reformasi dan perubahan," Anwar berkata kepada Asia Sentinel, dan menambah beliau belum menerima maklum balas daripada Najib. Beberapa rakan lama Najib memberitahu The Edge Review mereka tahu mengenai perbincangan itu, tetapi mereka tidak percaya ia membabitkan terlalu banyak perkara."Ia tidak akan berlaku kerana Umno tidak akan membenarkanya," kata seorang pegawai bank kanan yang sering memberi nasihat mengenai ekonomi utama negara. Tetapi, majalah itu berkata, masih kurang jelas bagaimana reaksi golongan eliti Umno terhadap urusan rahsia Najib dengan Anwar dan petanda pertama akan hanya muncul dalam mesyuarat bahagian parti yang akan bermula Oktober depan. Majalah itu memetik Pengarah Merdeka Center, firma kajian pendapat di Malaysia, Ibrahim Suffian yang berkata, pembuka kata Najib terhadap perbincangan terbuka dengan Anwar boleh memberi dua kesan berbeza dalam satu masa. "Ini mungkin cara beliau menyampaikan pesanan bahawa beliau bersedia untuk membuka sisi baru untuk mengurangkan kehilangan sokongan dalam Umno," katanya kepada The Edge Review. "Tetapi, ia juga risiko amat besar, kerana ia dengan mudah merangsang pembangkang terhadapnya." ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Menteri Bengang Hasil Kajian Tak Menyebelahinya Posted: 15 Aug 2013 05:00 PM PDT Badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research hari ini menegakkan dakwaan undi pos dan undi awal yang memberi kemenangan kepada Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar). Pengarahnya, Ibrahim Sufian, menjelaskan majoriti undi pengundi biasa kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ( PRU13 ) lalu di Segamat hanya 658 undi. Katanya, pengundi pos yang mengundi BN berjumlah 293 undi manakala pengundi awal seramai 309 orang yang menjadikan jumlah kedua-duanya ialah sebanyak 603 undi. Beliau menjelaskan jumlah undi biasa yang diterima oleh BN sebanyak 19,435 manakala PKR mendapat 18,777 undi."Perlu diketahui undi yang ditolak di kawasan parlimen Segamat berjumlah 950 undi iaitu 70 dari pengundi pos dan tujuh dari pengundi awal. Undi yang tidak dikembalikan pula berjumlah 88 undi iaitu pengundi pos berada pada kumpulan terbesar mewakili 75 undi dan pengundi biasa seramai 13 orang. "Jika dihimpunkan jumlah undi yang ditolak dan tidak dikembalikan berjumlah 1,038. Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan pengundi awal dan pengundi pos seramai 603 orang inilah yang membantu BN mencapai kemenangan di Segamat untuk menambah bilangan pengundi biasa seramai 19,435 orang," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. Menurut Ibrahim, tanpa bantuan pengundi pos dan pengundi awal, BN berkemungkinan mengalami kekalahan atas faktor jumlah undi rosak lebih besar daripada jumlah majoriti pengundi biasa kepada BN. Subramaniam semalam menolak hasil kajian Merdeka Center yang mendedahkan BN akan tewas di kerusi parlimen Segamat tanpa bantuan undian awal dan undi pos pada PRU13 lalu. Beliau menjelaskan BN menang selesa di Segamat dengan pengundi biasa menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 99.26% manakala pengundi awal dan pengundi pos hanya menyumbang 347 undi atau 0.74% yang diperoleh BN. Katanya, Merdeka Center harus menjelaskan bagaimana pengundi pos dan pengundi awal mampu merubah keputusan pilihan raya parlimen Segamat jika kumpulan pengundi berkenaan hanya menyumbang 347 undi daripada 20,037 undi yang diperoleh BN. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan