Selasa, 6 Ogos 2013

Addin

Addin


Cerita Menggelikan Hati Di Pagi Raya.. Saksikanlah

Posted: 06 Aug 2013 04:00 PM PDT

Rupa-rupanya dakwat kekal bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada Hari Raya Puasa juga, tulis Aspan Alias. Menurutnya, kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa dari mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

"Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya," tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com sebagaimana di bawah.

Posting kali ini adalah posting yang relaks dan tidak tertumpu kpada isu serius seperti politik dan keselamatan negara yang terancam dengan siri pembunuhan bersenjata yang berlaku 9 hari berturut-turut itu. Kita sedang berada di ambang Hari Raya Aidulfitri yang sangat ditunggu-tunggu setelah sebulan beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun hijrah 1434 ini.

Saya terjumpa seorang yang baru keluar dari bank untuk mengeluarkan wang kertas satu ringgit (RM1) yang agak banyak juga. Wang kertas seringgit itu tentulah untuk dijadikan sebagai wang untuk diberikan kepada kanak-kanak yang sangat bergembira di hari raya ini. 

Dia berkata yang dia ramai anak-anak saudara dan kanak-kanak kampungnya selalu akan datang ke rumahnya untuk mendapatkan duit raya semata-mata.Seperti juga kita semua, ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan wang raya ini tentulah berasa gembira melihat anak-anak kecil bersukaria apabia mendapat duit raya seringgit dua dari kita. 

Saya bertanya kepadanya bagaimana kalau yang ramai-ramai itu datang berulang kali kerana tentu dia tidak akan dapat tahu siapa yang sudah menerima dan belum menerima duit raya dia itu?

Kawan saya itu berjenaka, "Itulah, saya ingat saya hendak pergi ke SPR sahaja untuk mendapatkan dakwat kekal dari Suruhanjaya itu." Bila saya tanya apa kena mengena dengan dakwat kekal dengan duit raya itu dia menjawab, "Ialah…apabila anak-anak saudara atau kanak-kanak kampung datang menerima duit raya, kita suruh dia celup jari telunjuk mereka ke dalam dakwat kekal tu supaya kita dapat mengenali siapa yang sudah menerima duit raya dan siapa yang belum menerimanya!" Jawapannya ini amat menggelikan hati saya mendengarnya.

Rupa-rupanya dakwat kekal ini bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada Hari Raya Puasa juga. Kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa dari mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya. 

Kalau tidak berpuas hati penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya gunakanlah semasa Hari Raya. Kepada pemimpin UMNO pula dakwat ini boleh digunakan untuk mempastikan penyokong yang ramai-ramai itu tidak meminta duit raya berulang kali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, dan pada sesiapa yang ramai anak-anak saudara dan cucu saudara itu jangan lupa untuk membawa balik kampung bersama dengan dakwat kekal. ~harakahdaily




Iklan C (ii)

Ini Penjelasan Pak Lah Kenapa Beliau Sering Tertidur

Posted: 06 Aug 2013 08:57 AM PDT

Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar), yang sering dikritik kerana kerap tertidur menjelaskan alasan beliau terlelap ketika bertugas.

Dalam buku terbarunya: Awekening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau menghidapi masalah kesihatan "sleep apnea."Pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003 itu berkata lagi, beliau juga telah mendapatkan rawatan kesihatan semasa isterinya ketika itu Datin Seri Endon Mahmood mengetengahkan masalah tersebut.

"Saya berjumpa rakan baik saya, Dr Balvinder di Hospital Putrajaya yang mencadangkan kajian dilakukan ke atas saya," katanya dalam bukunya itu.

Abdullah turut berkata penyakitnya adalah berbahaya memandangkan penghidapnya boleh terlelap ketika memandu."Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas," katanya.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan.

"Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu."Dr Mahathir melantik Abdullah sebagai penggantinya, namun Barisan Nasional (BN) tewas dua pertiga Parlimen pada Pilihan Raya 2008, yang kemudiannya menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.

Dr Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di "tingkat empat", mengacau bilaukan negara. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Ilmu Agama Perkasa Hebat.. Ini Buktinya

Posted: 06 Aug 2013 03:19 AM PDT

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menghormati pendapat pendakwah, Wan Ji Wan Hussin yang mengatakan Mazhab Hanafi membenarkan pengikutnya membela anjing, namun pertubuhan pendesak Melayu itu hanya memegang kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menegaskan, Malaysia menggunakan pegangan Mazhab Shafei, dan semua keputusan seharusnya dirujuk kepada mereka yang mempunyai autoriti.

"Kita hormati pendirian beliau, namun kita mahu tindakan dan jawapan daripada Majlis Fatwa, dan pihak yang berautoriti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Wan Ji dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini berkata bagi ulama mazhab Hanafi, memelihara dan memegang anjing tidak salah tetapi bagi ulama Mazhab Shafei ia adalah satu kesalahan.

Beliau yang mendalami Islam di Pakistan dan Mesir berkata, tidak seharusnya tindakan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof dalam video itu dianggap menghina Islam.

Maznah sebelum ini ditahan reman selama dua hari, dan dibebaskan atas jaminan polis kerana merakamkan perbuatannya membersihkan anjing seumpama berwudhu, dan membawa anjingnya bersiar-siar sambil berlatarbelakangkan lagu Hari Raya.

Wan Ji yang mempunyai banyak kuliah agama dimuat naik di Youtube berhujah, jika hendak dikatakan tidak mengikut Mazhab Shafei menghina Islam, bagaimana pula dengan menunaikan zakat dengan wang.

"Masalah dengan Malaysia adalah orang ramai banyak membuat penilaian atas sesuatu perkara berdasarkan mazhab Islam Melayu," kata Wan Ji dalam tazkirah Ramadannya di sebuah surau.

"Mengikut Mazhab Shafei, umat Islam hendaklah menunaikan zakat fitrah menggunakan makanan asasinya. Dalam konteks Malaysia, beras. 

Kenapa umat Islam di Malaysia menunaikan zakat dengan menggunakan wang. Kalau ikut Mazhab Shafei, ini salah dan boleh didakwa menghina Islam," katanya.

Menurut Wan Ji, mengeluarkan zakat menggunakan wang dibolehkan oleh ulama Mazhab Hanafi dan digunakan fatwa ini oleh umat Islam di Malaysia untuk memudahkan urusan pembayaran zakat.

Atas dasar itu, kata Wan Ji, perkara yang berbeza pandangan di kalangan ulama tidak perlulah dijadikan hujah untuk menyerang umat Islam yang lain.

Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dimuat naik ke dalam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Maznah membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar berhampiran pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Maznah memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya seolah-olah mengambil wudhu sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing).

"Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

Syed Hassan berkata kenyataan Wan Ji itu boleh diterima pakai namun bagi konteks Malaysia yang menggunakan pegangan Mazhab Shafei, kenyataan berkenaan akan menimbulkan kekeliruan.

"Anak muda akan lebih keliru dengan kenyataan yang dikeluarkannya," katanya lagi.  ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Punca Sebenar Kejadian Tembakan Maut Makin Mengganas Di Malaysia Tersebar..

Posted: 05 Aug 2013 11:04 PM PDT

Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.

Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.

Dalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah."Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata. ~anak sungai derhaka




Iklan C (ii)

Lagi.. Berita Yang Menakutkan Rakyat Malaysia

Posted: 05 Aug 2013 07:35 PM PDT


Seorang penoreh getah maut manakala seorang wanita cedera selepas ditembak seorang individu, dipercayai bermotifkan dendam dalam satu kejadian jam 5.15 pagi tadi di sebuah restoran di Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian itu, Amirul Tajo Nasir, 40, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada pukul 1.20 tengah hari selepas terkena beberapa das tembakan dari jarak dekat.

Manakala Norhadiana Zakaria, 25, seorang pelayan di restoran berkenaan pula terkena tembakan yang tertembus ke bahagian bawah lutut kanannya dan kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.Terdahulu kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, sebelum di rujuk ke HUSM.

Mazlan berkata dalam kejadian itu, Amirul Tajo sedang minum bersama dua rakannya yang lain di kedai berkenaan dan hampir selesai membayar makanan sebelum didatangi dua individu bermotosikal jenis Yamaha LC yang memakai helmet dan berjaket hitam.

Katanya pembonceng motosikal itu kemudiannya telah melepaskan beberapa das tembakan kepada mangsa dari atas motosikal yang jaraknya kira-kira dua meter sebelum Amirul Tajo rebah dan Norhadiana kemudiannya melarikan diri masuk ke dalam kedai.Beliau berkata kedua-dua suspek yang juga memakai penutup muka kemudiannya melarikan diri.

Polis yang berada di tempat kejadian menemui 10 butir kelongsong peluru jenis empat slug 9mm dan tiga slug 0.38mm dan motif tembakan masih dalam siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, Zainab Derani, pemilik warong kopi itu menjelaskan, beliau menyedari kehadiran suspek berkenaan dengan motosikal berwarna merah hitam dan kedua-duanya memakai pakaian serba hitam dengan mukanya di tekup kain dan bertopi keledar hitam.

"Saya sedang membasuh pinggan lepas tu bunyi bedil, saya marah kerana main bedil masa ini tetapi anak saudara pula menjerit dia kena bedil . Saya tengok ada tembakan, selepas itu pelanggan itu jatuh dan saya tengok di atas ada dua orang atas motor.

"Katanya mangsa yang rebah itu kemudiannya dikejarkan ke hospital manakala penjenayah berkenaan melarikan diri.Katanya mangsa yang cedera, iaitu pembantu warong ini , Norhadiana merupakan anak saudaranya, manakala mangsa yang terbunuh itu beliau kenali dan tinggal di kampung berdekatan.

Sebelum ini, beberapa kes tembakan turut dilaporkan secara meluas di media.Kes terbaru melibatkan Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, yang mati ditembak di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur, sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Sebelum itu terdapat tiga lagi kes tembakan yang melibatkan Jasrafveenderjeet Singh, 25 di Ipoh, G. Santhanasamy, 30 di Bukit Mertajam dan Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan yang parah akibat ditembak semasa sedang memandu.

Kesemua mereka maut selepas ditembak sementara R. Sri Sanjeevan masih menerima rawatan rapi di Hospital Serdang. ~astroawani




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: