Addin |
- 5 Keping Gambar Yang Menggemparkan Masyarakat Dunia
- Berita Yang Amat Memalukan Umno BN.. Saksikanlah!!
- Bongkar!! Isteri Singkap Kehidupan Siak Meninggal Ketika Sujud
- Mamat Ni Desak Lim Guan Eng Letak Jawatan? Kenali Mamat Ni..
- Dalam Diam, KJ Belasah Zahid Hamidi
5 Keping Gambar Yang Menggemparkan Masyarakat Dunia Posted: 04 Aug 2013 09:00 AM PDT Dunia dikejutkan apabila tersebarnya berita menerusi internet dan email yang mengatakan sesetengah orang China sanggup memakan bayi. Memetik laporan The Seoul Times, mereka mengesahkan berita tersebut merupakan fakta apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan embrio dan janin bayi dijadikan sup sebagai hidangan kepada manusia. Wilayah selatan Canton, Guangdong menjadi fokus utama apabila penduduk di sana menikmati sup herba bayi atas alasan ingin meningkatkan tahap kesihatan serta bertenaga sewaktu mengadakan hubungan seks. Kali ini, sepasang suami isteri yang telah mempunyai dua orang anak gadis sanggup untuk menggugurkan kandungan berusia 5 bulan kerana mengetahui kandungan kali ketiga itu juga adalah perempuan. Menurut sumber, bayi yang hampir dilahirkan dan mati secara semula jadi mencecah ¥2000. Manakala janin yang digugurkan pula berharga ratusan Yuan. Menurut wartawan tempatan, isu tersebut semakin serius apabila penduduk China amat mementingkan kesihatan serta pengaktifan polisi seorang anak dalam sebuah keluarga. Bukan itu sahaja, The Next Magazine, sebuah majalah mingguan terbitan Hong Kong mendedahkan, janin dianggap satu makanan tambahan kesihatan dan kecantikan terbaru di China. Tambah mengejutkan apabila sumber memberitahu anggota badan manusia juga boleh dibeli di hospital. Dalam temubual The Next Magazine dengan salah seorang ahli perniagaan Taiwan, Ms Liu, tujuan dia mengambil 'makanan' tersebut kerana atas kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatannya. Tambah Liu, walaupun janin manusia mampu dibeli oleh ramai orang, namun, masih ada senarai menunggu 'waiting list' yang demi mendapatkan janin yang berkualiti.Menurutnya lagi, janin yang berkualiti adalah janin yang lebih matang serta janin bayi lelaki dimana ia disifatkan sebagai 'prime human part'. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kes penyeludupan bayi di China yang berkemungkinan besar dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan kepada mereka. Pihak polis juga pernah menjumpaimayat bayi di dalam sebuah tong sampah yang mengandungi dua kepada, dua badan, empat tangan, dan enam kaki.Mengikut laporan siasatan, anggota badan mayat itu masih lagi baru dan dipercayai diceraikan selepas dimasak. Kenapa ada segelintir golongan manusia yang sanggup melakukan sebegitu tanpa rasa bersalah?Selepas berlakunya Revolusi Budaya Mao, tahap kemanusiaan serta moral dalam kalangan penduduk di China semakin menurun. Pada masa yang sama, dominasi Rejim Komunis Cina telah menyebabkan perlakuan dan percanggahan hak asasi manusia berada di tahap tidak normal seperti yang terjadi,kanibalisme. ~mynewshub Addin: Inilah kisah hidup masyarakat akhir zaman yang hilang pedoman. Jikalau tidak berpegang pada Islam inilah jadinya. Maka tidak hairan, negara China negara yang ditimpa bala dari Allah SWT. Iklan C (ii) |
Berita Yang Amat Memalukan Umno BN.. Saksikanlah!! Posted: 04 Aug 2013 07:09 AM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran. Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani (gambar) sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini. Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran. Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini. Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan "kesederhanaan dan kebijaksanaan", Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi. Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan. Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir. Pemantau berharap pentadbiran presiden baharu ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran. ~bernama Addin : Di Malaysia bagai nak rak Umno hentam puak-puak Syiah ni, tapi hari ini Muhyiddin telah hadir ke perlantikan presiden baru Iran di Tehran.. cakap tak serupa bikin.. Iklan C (ii) |
Bongkar!! Isteri Singkap Kehidupan Siak Meninggal Ketika Sujud Posted: 04 Aug 2013 01:11 AM PDT Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi.Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini. Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yang dapat dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) untuk tatapan bersama... Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri. Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yang diikutinya. Oleh kerana itu beliau: 1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau dengan menaiki motor dan berpayung. 2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tpt beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau. 3. Menyampaikan apa yang didengar ketika kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau. 4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak. 5. Kata beliau lagi jangan sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati - "ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh.... & insya Allah anak2 beliau yang soleh). 6. Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula... Itu lah antara amalan beliau yang istiqamah kerana Allah. Beliau tidak bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dengan beramal soleh. Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (tidak berapa ingat) yang meninggal dalam keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa macam kita tidak boleh dapat ke macam tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT. Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham. Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian untuk dimandikan dan seperti tidur. Melihat kepada kak Mar yang sederhana dan lembut orangnya... yang sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini. Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu...rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar tidak banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya.... dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tapi beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al fatihah... Semoga kita yang hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta... ~fb PHR Iklan C (ii) |
Mamat Ni Desak Lim Guan Eng Letak Jawatan? Kenali Mamat Ni.. Posted: 04 Aug 2013 12:03 AM PDT GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertanggungjawab untuk mengadakan semula pemilihan pucuk pimpinan tertinggi (CEC) parti itu sebagai menghormati keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 30 Julai lalu. Presidennya, Rahman Isahak meminta Guan Eng mengaku akauntabiliti dan bertanggungjawab ke atas segala manipulasi proses pengundian yang berlaku pada 15 Disember lalu. Menurutnya, keputusan muktamad dari ROS perlu dihormati oleh Guan Eng dengan mengadakan semula pemilihan pucuk pimpinan parti."Ini disebabkan keputusan yang diputuskan oleh ROS adalah berdasarkan aduan yang berasas. "Jika gagal bertanggungjawab untuk mengendalikan satu pemilihan parti yang jujur, telus, bebas dan adil sekali lagi. Guan Eng seharusnya meletak jawatan serta merta," katanya pada sidang media di sini semalam. Sebagai rakyat Pulau Pinang, beliau meminta Guan Eng memberi penjelasan dakwaan mengenai kehadiran 547 perwakilan haram pada pemilihan parti tahun lalu sehingga menimbulkan kecurigaan dalam kalangan ahli DAP. "Saya meminta penjelasan ini sebagai rakyat Pulau Pinang kerana DAP menjadi pemegang kerusi majoriti dalam pemerintahan negeri ini. "Guan Eng yang juga Ketua Menteri perlu memberi penjelasan mengenai dakwaan bahawa perwakilan haram dipercayai mengundi enam calon tertentu bukan 20 calon yang lain semasa pemilihan tempoh hari," katanya. Menurutnya, desakan agar Guan Eng melepaskan jawatan Setiausaha Agung parti adalah satu tindakan yang munasabah."Pemilihan semula boleh membuktikan aspek ketelusan dan keadilan serta mengembalikan kredibiliti DAP dalam kalangan masyarakat umum. "Saya minta Guan Eng mengamalkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dalam DAP seperti yang digunapakai dalam urus tadbir kerajaan negeri," katanya. ~sinar harian Iklan C (ii) |
Dalam Diam, KJ Belasah Zahid Hamidi Posted: 03 Aug 2013 06:10 PM PDT Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baharu. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) semasa memberikan pandangan itu berkata, perkara itu termasuk memahirkan lagi PDRM dalam siasatan jenayah dan meningkatkan kemudahan teknikal pasukan itu. "Saya secara peribadi tidak setuju dengan mana-mana undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar hak asasi manusia dan 'natural justice' dan ia adalah perkara yang tidak boleh kita terima. "Jadi bukanlah kita perlu memperkenalkan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sebaliknya kita perlu meningkatkan lagi keupayaan pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Pemuda Umno Negeri Sembilan bersama media, di Seremban malam tadi. Beliau diminta mengulas mengenai polemik rang undang-undang baharu bagi menangani jenayah berat yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat September ini yang dikatakan akan mempunyai eleman penahanan tanpa bicara. Rang undang-undang baharu itu bertujuan membanteras jenayah selepas kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad pada 2011. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pasukan polis sebenarnya telah mempunyai kuasa yang agak besar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang membenarkan mereka membuat tahanan reman terhadap mana-mana suspek jenayah. Katanya, sekiranya satu undang-undang baharu perlu diperkenalkan sekali pun, ia tidak boleh mengandungi elemen penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar prinsip dalam perlembagaan. Selain itu, Khairy berkata perkara penting yang perlu diambil kira adalah mengenai perlindungan kepentingan dan keselamatan saksi jenayah. Katanya, walaupun saksi dilindungi oleh Akta Perlindungan Saksi 2009, namun mereka masih perlu tampil untuk memberi keterangan sekali gus menyebabkan identiti mereka terdedah. "Kita kena cari jalan mungkin pinda beberapa undang-undang untuk memastikan keselamatan saksi terjaga dan itu mungkin kita boleh terima dari segi undang-undang baharu," katanya. ~bernama Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan