Addin |
- Disebabkan Individu Ini, Pembunuh Sebenar Altantuya Terlepas
- Hakim Dedah Punca Sirul Dan Azilah Di Bebaskan
- Peguam Negara Dan Polis Bertelagah Dalam PCA 1959
- Disebabkan Kenyataannya, Anak Timbalan Pengarah Kastam Di Panggil Polis Untuk Disoal Siasat
- Inilah Nasib Orang Umno.. Apabila Tidak Lagi Berkuasa
- Mufti Sokong Kerajaan Kelantan Laksana Hudud
- Punca Sebenar Zahid Hamidi Tubuh Skuad Khas Urus Persepsi Polis Tersebar
Disebabkan Individu Ini, Pembunuh Sebenar Altantuya Terlepas Posted: 26 Aug 2013 09:15 AM PDT Timbalan Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini. Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006. Laporan penghakiman oleh salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat juga menekankan wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu. "Ia tidak boleh terlepas pandang episod buruk dan dasyat ini bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum pembabitan Azilah dan Sirul. "Bukti yang diperoleh menunjukkan tugas Azilah dan Sirul adalah meronda sekitar rumah Razak dan kehadiran mereka di sana pada malam itu atas permintaan Razak kepada Azilah," tulis Tengku Maimun dalam penghakimannya. Hanya Musa akan membongkar semua ini, katanya. Dalam pembebasan Azilah, Mahkamah Rayuan mendapati hakim perbicaraan Datuk Mohd Zaki Md Yassin gagal menimbang notis alibi yang menunjukkan Azilah tidak mungkin boleh berada di dua lokasi pada suatu masa ketika malam pembunuhan Altantuya. Mahkamah Rayuan berkata, rekod panggilan oleh syarikat telekomunikasi yang diberikan pendakwa raya bertujuan untuk mengenalpasti pergerakan Azilah pada hari pembunuhan Altantuya. Berdasarkan kepada bukti yang diberikan itu, Azilah berada di Pekan Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam. Bagaimanapun, diari balai Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di sana mengutip senjatanya, Glock EAH 387 dan dua kelopak peluru pada jam 10.18 malam. Beliau kemudiaan beredar ke Putrajaya dalam tugasan mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pegawai penyiasat dalam pembunuhan Altantuya, ASP Tonny Lunggan memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai kebenaran diari itu dan ketepatannya. Namun, Mahkamah Rayuan berhujah meragui ketepatan rekod panggilan telefon berkenaan. "Hakim perbicaraan sepatutnya menfokuskan kepada dua bentuk bukti berbeza dan kegagalan bertindak sedemikian menyebabkannya tersalah arah. Setelah meneliti alasan penghakiman, kami tidak mendapati hakim perbicaraan dalam penghakimannya menimbangkan sama ada diari stesen dan bukti Azilah berada di Wangsa Maju dan di Bukit Aman pada waktu kejadian menunjukkan alasan beliau tidak boleh ataupun tidak mungkin berada di Puncak Alam. "Dalam keadaan ini, hakim itu tersalah arah dirinya dengan cara bukan arahan gagal untuk mempertimbangkan bukti," katanya, merujuk kepada kegagalan hakim untuk mempertimbangkan pembelaan alibi. Tengku Maimun berkata rekod panggilan dan jangkauan liputan adalah bukti penting untuk menyabitkan kehadiran Azilah di tempat kejadian. "Ia adalah penting agar perbicaraan belajar untuk memfokuskan fikirannya terhadap cabaran bukti yang dibangkitkan oleh pasukan pembelaaan dan membuat penemuan sama ada sebenarnya berlaku satu perubahan atau penyalahgunaan data dan sama ada kesahihan data itu dipersoalkan atau sebaliknya," kata beliau. "Malangnya, hakim gagal untuk melakukan ini, yang tanggungannya berat menjadikan ia tidak selamat untuk bergantung kepada bukti tersebut." Mahkamah juga berkata hakim perbicaraan sewajarnya membuat pencarian terhadap hubungan antara bahan letupan dengan dua bekas anggota polis dan kegagalan memfokuskan dirinya terhadap hubungkait yang hilang mengakibatkan satu lagi tersalah arah berlaku. "Kita tidak boleh mengatakan jika tribunal secara munasabah mengarahkan mungkin mensabitkan perayu berasaskan bukti yang ada. Mahkamah dibawah telah mengabaikan dan terlepas pandang fakta-fakta penting dan bukti yang memihak kepada perayu menyebabkan keadilan salah dilaksanakan dan sangat serius," katanya. "Kesan terkumpul bukan arahan menunjukkan sabitan itu tidak selamat. Kami sedar bahawa jenayah kejam telah dilakukan tetapi jika perayu bersalah tidak dibuktikan dengan memuaskan, kami terpaksa memberi manfaat keraguan kepada perayu. "Kami sebulat suara meluluskan kedua-dua rayuan. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi diketepikan, perayu sewajarnya dilepaskan dan dibebaskan." ~the malaysian insider Baca berita berkaitan di SINI. Iklan C (ii) |
Hakim Dedah Punca Sirul Dan Azilah Di Bebaskan Posted: 26 Aug 2013 07:10 AM PDT Pihak pendakwaan mendapati hakim perbicaraan mengetahui wujudnya kepincangan dalam keseluruhan bukti akan tetapi mengharapkan Mahkamah Rayuan untuk menggunakan kuasa istimewa mereka untuk mengekalkan hukuman terhadap bekas polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar. Sebaliknya, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati kedua-dua tertuduh seharusnya dibebaskan diperingkat perbicaraan. Hakim-hakim itu mengatakan pihak pendakwaan sedar hakim perbicaraan telah gagal untuk menganalisis bukti semasa perbicaraan. Pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan membetulkan kekeliruan untuk mengekalkan hukuman akan tetapi pihak hakim tidak berjaya diyakinkan untuk berbuat demikian. Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, yang menulis pendakwaan mengatakan pendakwaan menetapkan berlakunya pelbagai arahan daripada hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin, dan menggesa tiga panel hakim menggunakan peruntukan dalan Akta Penghakiman Mahkamah 1964 untuk memperbetulkan kesalahan. Beliau berkata mahkamah rayuan boleh menegakkan sabitan walaupun perbicaraan hilang arah. "Bagaimanapun, melihat kepada keseluruhan bukti dan kebarangkalian kes ini, kami melihat ianya tidak sesuai dan kes yang sesuai untuk kami mencampurinya," katanya. Tengku Maimun berkata kebarangkalian bergantung kepada pendakwaan tidak dilakukan sepenuhnya dan rantauan saksi yang tidak lengkap. "Kami tidak boleh mengatakan tribunal diarahkan dengan sebaiknya, berkemungkinan menghukum perayu (Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar) berdasarkan bukti yang ada. "Mahkamah mengetepikan fakta dan bukti perayu yang menyaksikan keguguran keadilan perayu," katanya. Beliau berkata kesan langsung tanpa sebarang arahan menyaksikan pendakwaan perayu tidak selamat. Tengku Maimun juga berkata kes pendakwaan bergantung kepada kebarangkalian bukti. "Ia penghakiman kita kebarangkalian bukti tidak cukup dan tidak kukuh untuk mencari kesalahan," katanya. Tunku Maimun berkata perayu sedar kes jenayah telah dilakukan namun kebaikannya berikutan keraguan perlu diberikan kepada anggota polis. Mahkamah Rayuan turut berkata Timbalan Supritendan Musa Safri, bekas pembantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkemungkinan bertentangan dengan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam afidavitnya yang dijadikan bukti pendakwaa. Dan kegagalan memanggilnya terhadap kes perbicaraan bunuh menyebabkan bukti terbatal. Kenyataan ini adalah dipetik daripada hujah penghakiman 47 muka surat yang ditulis oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Peguam Negara Dan Polis Bertelagah Dalam PCA 1959 Posted: 26 Aug 2013 05:22 AM PDT Pejabat Peguam Negara dan pasukan polis masih tidak mencapai kata sepakat mengenai penggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) untuk digunakan bagi menangani peningkatan jenayah kejam di semenanjung. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), berkata beliau sudah bertemu dengan barisan kepimpinan polis, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, baru-baru ini untuk menjelaskan mengapa undang-undang itu masih berdaya maju walaupun digubal pada 1959. "Undang-undang ini lebih telus daripada Akta Ordinan Darurat (EO) dan menawarkan periksa dan imbang," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, PCA juga melindungi hak asasi suspek dan mencegah penyalahgunaan. Gani berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataannya dalam portal berita, Malaysia Gazette, yang menyatakan pejabat peguam dan polis masih bertelingkah mengenai penggunaan PCA. "Mereka (polis) tidak mahu melalui kami. Mereka mahu melakukannya cara mereka," katanya kepada Malaysia Gazette. Gani berkata, perkara itu membimbangkannya dan mempersoalkan sama ada polis tidak ada keyakinan terhadap mahkamah. "Jika mereka tidak yakin, maka mereka boleh buat cara mereka. Mereka tidak memerlukan Pejabat Peguam Negara," katanya. Polis mahu undang-undang pencegahan diperkenalkan semula, mirip kepada EO yang dimansuhkan, iaitu suspek boleh ditahan 60 hari untuk melakukan siasatan. Di bawah EO, polis boleh mengemukakan laporan kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah tahanan sehingga dua tahun. Gani berkata, pejabat peguam negara tidak ada kaitan di bawah EO, tetapi, terpaksa mempertahankan kerajaan apabila tahanan mencabar secara undang-undang sebaik saja mereka memfailkan writ habeas corpus. Menjelaskan mengenai cara kerja PCA, Gani berkata, ia memberikan kuasa kepada polis untuk menahan suspek tanpa waran tangkap dalam tempoh 24 jam. Gani berkata, suspek perlu dibawa ke hadapan majistret yang boleh memerintahkan reman 14 hari. Beliau berkata, polis dan timbalan pendakwa raya perlu mengeluarkan kenyataan bertulis kepada majistret untuk menahan suspek untuk 28 hari lagi kerana ada bukti mencukupi untuk mengadakan soal siasat. Lanjutan 28 hari lagi boleh diperoleh jika terdapat kelewatan dalam melengkapkan soal siasat, atau untuk menempatkan suspek di bawah penyeliaan, atau perintah untuk pembebasannya. Gani berkata, pejabat peguam negara akan selalu terbabit jika PCA digunakan. Beliau berkata, polis sudah melakukan tugas dengan baik, terutama dalam tempoh seminggu lalu, dengan menggunakan PCA dan mendapati tiada alasan mengapa undang-undang pencegahan perlu diperkenalkan. Gani, yang juga pendakwa raya, berkata prosedur dalam PCA boleh dilaksanakan kerana kini kerajaan mempunyai ramai timbalan pendakwa raya berbanding 30 tahun lalu. Beliau berkata, PCA boleh digunapakai di semenanjung tetapi ia boleh dipinda untuk memasukkan Sabah dan Sarawak. "Kita juga boleh bergantung kepada PCA untuk memantau suspek dan hukumannya berat jika syarat pemantauan itu dicemari," katanya. Gani berkata, ada banyak undang-undang untuk memeriksa jenayah kejam, tetapi masalahnya ialah keberkesanan penguatkuasaan undang-undang sedia ada. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Disebabkan Kenyataannya, Anak Timbalan Pengarah Kastam Di Panggil Polis Untuk Disoal Siasat Posted: 26 Aug 2013 05:02 AM PDT Disebabkan kenyataan kepada The Malaysian Insider hujung minggu lalu, anak kepada Datuk Shaharuddin Ibrahim, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, dipanggil polis hari ini untuk disoal siasat. Akhtar Shaharuddin (gambar,kanan), 30, hadir bersama peguamnya Khairul Faizi Mohammad Muhsin, tiba di unit Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi tadi. "Saya cuma hadir untuk memberi pengesahan kepada polis setiap kenyataan yang dibuat dalam The Malaysian Insider," katanya ketika ditemui selepas disoal siasat polis. Khairul Faizi berkata, soal siasat yang berlangsung kira-kira sejam itu dikendalikan DSP Hamzah Buman dan ia berjalan dengan baik. "Semuanya baik, kita beri kerjasama yang baik dengan polis dan polis pun begitu, apa yang saya tekankan kenyataan anak guam saya cuma pandangan peribadi beliau. "Polis juga memaklumkan soal siasat ini perlu supaya tidak ada pihak yang cuba menyebarkan maklumat yang salah selain tidak menganggu siasatan," katanya. Beliau berkata, polis tidak mahu mana-mana maklumat yang salah di mana boleh menjejaskan siasatan polis terutama membabitkan kes penyeludupan kereta mewah di Langkawi. Ditanya perkembangan kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam itu, Khairul Faizi berkata, setakat ini polis masih lagi menjalankan siasatan. "Polis memaklumkan kepada kita, kes itu kini masih dalam siasatan dan ia menunjukkan satu perkembangan sangat positif dan kita berharap pihak berkuasa segera dapat menangkap suspek," katanya. Sabtu lalu The Insider Malaysian melaporkan pengakuan Akhtar yang merasakan pembunuhan bapanya dirancang. Beliau turut mengesyaki pembunuhan bapannya mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di Pulau bebas cukai Langkawi. Menurut Akthar, beliau yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri. "Saya pasti hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu. "Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terbabit dalam rasuah ini berkaitan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. "Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campur tangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya. Akthar juga membuat pendedahan mengenai panggilan telefon yang diterima bapanya dari seorang wartawan sebelum kes tembak itu berlaku. Shaharuddin ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13) beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan tembakan tersebar ke seluruh negara. Kes itu mengejutkan kerana ia membabitkan pegawai tinggi kerajaan. Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. ~the malaysian insider Baca berita berkaitan di SINI. Iklan C (ii) |
Inilah Nasib Orang Umno.. Apabila Tidak Lagi Berkuasa Posted: 25 Aug 2013 11:55 PM PDT Dulu semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ikut pintu belakang bukan main lagi Dato, Raja Nong Chik diberikan sambutan dan penghormatan oleh ahli-ahli dan penyokong UMNO Lembah Pantai. Kini bila dah hilang kesemuanya setelah tumbang ditangan YB Nurul Izzah Anwar pada PRU 13 lalu, kini beliau diberikan sambutan dan penghormatan secara suam-suam kuku dan alah kadar saja. Ini dapat dilihat semasa suatu Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dianjurkan salah satu cawangan UMNO Bahagian Lembah Pantai dan diri beliau sebagai tetamu kehormat... sambutan diberikan cukuplah menyedihkan sekali.. sunyi sepi, hambar dan lengang tanpa sambutan seperti diharapkan. Perayaan pun tidak disambut dalam dewan sebaliknya dilakukan dibawah lebuhraya... Malang sungguh apabila pemimpin UMNO sudah tidak berkuasa. Itulah dia budaya dan cara hidup yang menjadi amalan UMNO... Semasa berkuasa dijulang dan dipuja melangit .. ketika menjadi rakyat biasa langsung tidak dipandang sebelah mata. ~omakkau Iklan C (ii) |
Mufti Sokong Kerajaan Kelantan Laksana Hudud Posted: 25 Aug 2013 09:06 PM PDT Mufti Kelantan menyokong sebarang usaha kerajaan negeri pimpinan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu khususnya dalam membanteras kegiatan jenayah. Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pelaksanaan salah satu daripada hukum Islam itu bukan sahaja akan memberi jawapan kepada persoalan yang timbul sebelum ini, sebaliknya membantu mengembalikan keamanan sejagat. "Kalau kita boleh melaksanakan hukum hudud ini, memang diyakini banyak persoalan yang dihadapi sebelum ini diatasi, kita tengok di Arab Saudi berapa peratus sahaja jenayah, paling rendah dalam dunia. "Allah SWT memberi jaminan, kalau kita boleh laksanakan (hudud) memang kita yakin bahawa persoalan yang kita hadapi boleh diatasi, cuma soal bagaimana untuk melaksanakan hukum hudud itu, apakah ada halangan itu persoalan lain, tetapi kalau hudud itu sendiri memang (Allah) sudah bagi jaminan," katanya semalam dipetik daripada Sinar Harian Online. Mohamad Shukri mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub (gambar) sebelum ini berhubung kesediaan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud yang kini dalam rangka mengadakan satu Sidang Meja Bulat bagi membentuk resolusi dan cadangan untuk meneruskan perlaksanaan hukum itu. Media melaporkan Ahmad berkata, perkara itu dilakukan selepas beberapa pakar perlembagaan dan undang-undang menyatakan terdapat ruang untuk melaksanakan hukum itu. Behubung kekeliruan berhubung pelaksanaan hudud, Mohamad Shukri berkata: "Barangkali kekeliruan yang timbul begini, hudud hukum Allah SWT, pelaksanaan hudud ini harus dibincangkan, bagaimana hendak melaksanakan itu, apakah ada halangan , itu yang menjadi masalah, itu yang harus dibincangkan, bagi saya kalau dapat dilaksanakan memang saya menyokong," katanya. Hudud menjadi isu panas terutama di kalangan parti Pakatan Rakyat (PR) PAS dan DAP. PAS dan DAP sering bertelagah berhubung isu hudud. Pelaksanaan hukum Hudud diperjuangkan oleh PAS sebelum ini sejak parti itu ditubuhkan. Namun, selepas bersama PR yang juga dianggotai PKR dan DAP, PAS tidak lagi mengangkat hukum Hudud sebagai isu utama dan lebih menumpukan kepada perkara yang termaktub dalam Buku Jingga dikeluarkan pakatan tersebut. Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh pernah berkata Malaysia bukan sebuah negara Islam tetapi mengamalkan undang-undang sekular seperti mana keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada 1988. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Punca Sebenar Zahid Hamidi Tubuh Skuad Khas Urus Persepsi Polis Tersebar Posted: 25 Aug 2013 07:01 PM PDT Cukup-cukuplah dengan PERSEPSI ini. Apabila orang ramai mengadu secara berterusan tentang jenayah yang berleluasa, lebih setahun lalu Putrajaya mengatakan ia hanyalah PERSEPSI. Cerita mengenai PERSEPSI ini sekali lagi timbul baru-baru ini, kali ini oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mengatakan dua skuad khas terdiri daripada 400 anggota terlatih ditubuhkan bagi menangani jenayah. Mereka akan memberi laporan secara langsung kepada Bukit Aman dan bukan kepada kontinjen polis negeri atau daerah. "Ia diwujudkan bagi pengurusan persepsi... kononnya polis semua rasuah," kata Ahmad Zahid dalam satu forum pada Sabtu. Perkataan PERSEPSI keluar lagi. Sudah pasti 400 anggota polis ini diberikan tugas untuk menamatkan festival jenayah di Malaysia. Secara jujurnya Zahid harus bercakap secara terus terang: rasuah berleluasa dalam pasukan polis menyebabkan dua skuad khas itu terpaksa ditubuhkan. Tiada masalah PERSEPSI. Rakyat Malaysia tahu apa yang berlaku. Mereka tahu aksi ganas geng 04, 08 dan apa yang terjadi, tidak berlaku dalam masa satu malam. Bos-bos gangster ini bukan dalam masa satu hari mampu memandu Ferrari, mempunyai banyak wang dan terdapat 20,000 pengikut di bawah mereka. Mereka dibenarkan menjadi besar oleh ahli-ahli politik dan polis yang sama ada sekutu mereka atau yang membuat keputusan untuk tidak mengendahkannya. Tetapi nasib baik akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) mengakui negara kita tidak lagi selamat, dan tinggal di kawasan berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan tidak menjamin keselamatan kita. Sesetengah penggubal undang-undang yang sering membebel tentang PERSEPSI sudah menghentikan bercakap tentangnya, hanya apabila mereka sendiri menjadi mangsa jenayah. Kini mereka membebel tentang bagaimana Malaysia tidak lagi selamat seperti dulu. Tanyalah Tan Sri Isa Samad dari Umno. Pegawal keselamatannya tidak boleh melakukan apa-apa dan ahli keluarganya berada dalam keadaan ketakutan disebabkan perompak-perompak beberapa hari lalu. Perompak-perompak melarikan wang tunai dan barang-barang berharga bernilai RM90,000. Untuk rekod, mereka bukanlah gengster India yang baru bebas dari Simpang Renggam. Mereka adalah rakyat Indonesia yang mengganasi sebahagian besar daripada kejiranan kita. Jadi, jangan buang masa rakyat Malaysia. Hentikan jenayah dan jadikan negara kita selamat seperti dahulu. Jangan pedulikan tentang PERSEPSI. PERSEPSI bukanlah sesuatu yang penting bagi rakyat biasa Malaysia. Kami hanya berhadapan dengan SITUASI SEBENAR. Itulah realitinya. Kami tahu terdapat pelanggaran undang-undang dan perintah di negara ini. Kami tahu ramai polis mempunyai gari, pistol dan baton. Apa yang mereka kurang adalah tanggungjawab moral. Kami tahu seperkara lagi sekarang: dengan mengulangi apa yang orang biasa sudah bercakap diantara 12 hingga 18 bulan sebelum ini mengenai keadaan jenayah tidak terkawal dalam negara, menteri-menteri Kabinet, ahli-hali Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mengesahkan sesuatu: rakyat Malaysia biasa jauh lebih bijak dari orang yang mereka undi untuk berkuasa. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan