Ahad, 25 Ogos 2013

Addin

Addin


Perbezaan Ketara Khairy Dan Pak Lah Dalam Isu Utusan Malaysia

Posted: 25 Aug 2013 10:35 AM PDT

Khairy Jamaluddin Abu Bakar bukan seperti bapa mertuanya, sekurang-kurangnya berkenaan tindakan yang perlu dilakukan kerajaan dalam menyemak Utusan Malaysia.

Dalam temubual bukunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau pernah memberi amaran kepada editor akhbar milik Umno itu ketika laporannya melangkaui batasan dan menyemarakkan isu perkauman dan tidak seharusnya meminta pertolongan Putrajaya jika disabitkan kesalahan menghasut.

Namun menantunya, Menteri Belia dan Sukan mengambil pendirian berbeza ketika ditanya dalam forum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melihat tajuk Utusan "Apa Lagi Cina Mahu" sebagai ancaman.

Khairy (gambar) berkata, kenyataan "Tsunami Cina" yang dikeluarkan Najib ketika pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013 hanyalah pemerhatian dan beliau tidak menyalahkan mana-mana etnik tertentu.

"Sepanjang pengetahuan perdana menteri, beliau menyatakan fakta yang melihatkan pengundi Cina yang tidak menyokong BN.

"Kenyataannya itu adalah berdasarkan pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti ... kenyataan Utusan dan kedudukan perdana menteri adalah sesuatu yang berbeza," katanya dipetik portal Malaysiakini.

Ketua Pemuda Umno itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mahasiswa dalam satu forum bahawa Najib gagal mengambil tindakan terhadap laporan muka hadapan akhbar berkenaan.

"Perdana menteri komited dengan pendekatan 1Malaysia. Beliau boleh berkata tengok kita tidak mendapat sokongan Cina selepas pilihan raya, jadi lupakan 1Malaysia dan fokus kepada mereka yang menyokong kita.

"Namun beliau tetap konsisten untuk mengekalkan polisi inklusif berkenaan secara konsisten," kata Khairy.

Beliau menjelaskan tajuk Utusan itu adalah satu kesalahan, namun ia bukanlah atas kebenaran kerajaan.

Dalam buku bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", Abdullah membuat kenyataan bagaimana beliau menguruskan Utusan dengan cara berbeza.

Merujuk kepada pelantikannya, Pak Lah berkata "saya tidak mencampuri tugas mereka kerana saya percaya mereka mempunyai tugas professional dan saya memberi kebenaran. Namun bila mereka melanggarnya, membangkitkan isu perkauman dan agama, saya akan memberi amaran."

Abdullah bagaimanapun berkata satu panggilan telefon akan menakutkan akhbar berkenaan dan selepas itu tiada lagi artikel yang sensitif dikeluarkan. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)



Pemikiran Luar Tabie Ustaz Umno.. Saksikanlah

Posted: 25 Aug 2013 08:14 AM PDT

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sokongan yang diberikan oleh beberapa negara Arab terhadap kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa tidak semestinya bermakna mereka juga menyokong kezalimannya terhadap rakyat.

"Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya," katanya.

Hairan kita berpanjangan sebenarnya. Sehebat mana pun ulamak, bila kemudiannya menyertai parti sekular maka mereka lantas jadi dungu untuk memahami situasi semasa. 

Kadangkala cakap-cakap mereka tampak lebih jahil dari golongan yang jahil.Semua tahu bahawa kerajaan Arab Saudi (bukan rakyatnya) dari awal menyokong penuh tindakan tentera menumbangkan sebuah kerajaan yang sah pimpinan Presiden Mohamed Morsi melalui rampasan kuasa.

Saudi mengumumkan akan menyumbang sebanyak USD5 bilion kepada kerajaan haram yang merampas kuasa itu.

Bahkan pemerintah Saudi, Raja Abdullah Raja Abdullah Arab Saudi secara terang-terangan menyeru bangsa Arab untuk berdiri bersama-sama menentang "cubaan untuk menjejaskan kestabilan Mesir" (merujuk pada himpunan pro demokrasi) sewaktu kerajaan haram Mesir itu membunuh beribu-ribu rakyatnya, menyerang dan membakar masjid. 

Bagaimana Fathul Bari boleh keluar kenyataan; Arab Saudi iktiraf kerajaan tentera Mesir tidak semesti iktiraf kekejamannya. Ulamak muda Umno seorang ini butakah?Fathul Bari turut seterusnya mengambil contoh kerjasama yang dilakukan PAS dengan parti yang bukan berlandaskan Islam iaitu DAP dan PKR.

Katanya, kerjasama itu bukan bermakna PAS menyokong Kristian, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pluralisme."Sepertimana orang Pas yang mengiktiraf KeADILan dan DAP, tak bererti sokong Kristian, LGBT dan pluralisme," katanya.

PAS menolak LGBT dan pluralisme atau tidak menganut ajaran Kristian itu betul tetapi adakah KeADILan dan DAP menjadikan kristian sebagai dasar perjuangan dan menerima LGBT? Bila pula KeADILan terima pluralisme? Fathul Bari sudah jadi ulamak pemfitnah!

Boleh jadi ulamak muda Umno ini termakan dengan dakyah yang sebarkan oleh media primitif pro BN yang menjalankan agenda propaganda jahat saban waktu untuk menggambarkan bahawa DAP dan KeADILan adalah parti yang menyokong Kristian dan LGBT, manakala KeADILan pula dituduh menganggap semua agama adalah benar (pluralisme). 

Malang sungguh ulamak yang jadikan Utusan Malaysia dan TV3 sebagai sumber rujukan.Berbalik kepada isu keganasan tentera membunuh rakyat Mesir, Penasihat Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nuuh Gadut berkata, ulamak Mesir yg berpengaruh mesti mainkan peranan untuk damaikan kedua-dua pihak. Ini juga antara ulamak yang suka membuat ulasan tanpa mendalami isu. Apa yang hendak didamaikan? 

Apa yang berlaku bukan peperangan antara dua pihak tetapi satu pihak (tentera) yang merampas kuasa, menjatuhkan Presiden yang sah, mengurungnya, menindas pihak yg dijatuhkan dan akhirnya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat.

Contohnya mudah saja, hanya baru-baru ini Mufti Perlis Dr. Juanda telah dirompak. Wajarkah Datuk Nuuh nasihatkan Dr. Juanda dan perompak, "Kamu berdua jangan gaduh2, berdamailah..." Begitulah di Mesir, sebagai ulamak sepatutnya Nuuh nasihatkan pihak tentera yang merampas kuasa dari Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat, menghentikan kezaliman terhadap rakyat. 

Beliau sepatutnya menasihati kerajaan Malaysia supaya jangan bersekongkol dengan kezaliman dengan tidak menyatakan bantahan apa-apa bantahan rasmi bagi pihak kerajaan Malaysia terhadap kerajaan haram tentera Mesir.

Apa yang terpancar dari pemikiran Fathul Bari dan Datuk Nuuh sebenarnya adalah realiti segelintir ulamak yang mendapat gambaran salah perihal sesuatu isu. Mereka menerima maklumat yang salah lalu memproses (menghukum) berasaskan maklumat tidak betul tersebut. 

Jika di Malaysia hampir semua media elektronik dan akhbar-akhbar harian utama melaporkan maklumat salah atau maklumat yang diprogandakan terhadap rakyat, masa di Mesir juga begitu. 

Tiada bezanya kerajaan sekular di mana-mana pun, media mereka dikongkong.Akhbar Al Youm Mesir yang pro perampas kuasa melaporkan bahawa Mursyid Am Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Ikhwanul Muslimin membakar masjid-masjid dan gereja-gereja, Masjid Rabiatul Adawiyah berjaya dibebaskan daripada cengkaman samseng Ikhwanul Muslimin, 30 mayat yang sudah busuk ditemui di bawah pentas utama Rabiatul Adawiyah. 

Ianya mungkin sudah mati sebelum serangan meleraikan demonstrasi dilakukan (14 Ogos), Ikhwan membiarkan Masjid Rabiatul Adawiyah ditinggalkan dalam keadaan hancur, mereka juga mencuri wang zakat milik masjid dan membakar pusat kesihatan bersebelahan masjid dan kerugian dianggarkan berjumlah 12 juta pound Mesir dan polis menjumpai senjata api dan senjata tajam di dalam kawasan demonstrasi di Rabiatul Adawiyah.

Takkanlah berita bohong begini yang hendak dijadikan rujukan oleh ulamak Umno. Zaman langit terbuka ini bukan susah sangat untuk mendapat maklumat sebenar situasi di Mesir.


Zulkifli Yahya







Iklan C (ii)



'Pakatan Akan Berbincang Dengan BN' - Anwar Ibrahim

Posted: 25 Aug 2013 03:26 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Pakatan Rakyat (PR) akan berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung beberapa isu berkaitan kepentingan rakyat akan tetapi menafikan berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan.

Beliau menjelaskan antara topik perbincangan yang boleh diketengahkan adalah dari segi ekonomi, jenayah dan kewibawaan badan kehakiman."Kami belum berbincang tentang kerajaan perpaduan namun PR sememangnya terbuka bagi membincangkan isu yang berkaitan rakyat," katanya semasa ditemui pemberita di majlis sambutan Aidilfitri di Bangsar hari ini.

Anwar semasa ditemubual portal berita asing Asia Sentinel mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan di antara Umno dan PR.

Dalam wawancara itu Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India.

Ketua pembangkang itu menjelaskan isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia memerlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan.Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan Anwar berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan BN dan PR.Menurut Najib, dakwaan berkenaan hanyalah "daya imaginasi" kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dan mempertikai keputusan tersebut.

Najib menjelaskan satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya.

Perdana Menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" kepentingan politik pihak pembangkang. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)



Senarai Lengkap Mangsa Terkorban Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands Dikeluarkan

Posted: 25 Aug 2013 12:37 AM PDT


Berikut adalah senarai nama 35 daripada 37 mangsa yang terkorban dalam nahas bas di Genting Highlands Rabu lepas yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Ketua Jabatan Forensik HKL Dr Mohd Shah Mahmood, mereka ialah :-

1. Ng Ah Hen (lelaki), 70

2. San Chin Shin (lelaki), 22

3. Bhuiyan Rafique Ali (lelaki), warga Kanada bangsa Bangladesh

4. Kwan Chin Yii (perempuan), 21

5. Choo Peng Kwan (lelaki), 66

6. Ahmat Busairi (lelaki) warga Indonesia

7. Lee Lain Eng (wanita), 66

8. Prem Bahadur Budha Magar (lelaki), warga Nepal

9. Lee Chew Wah (wanita)

10. Kim Dongo (lelaki), warga Korea

11. Loh Kim Lam (lelaki), 78

12. Chan Ah Hua (lelaki), 62

13. Udamjist Singh A/L Jit Singh (lelaki), 41

14. Law Tian Meng (lelaki), 35

15. Yap Heng (lelaki), 61

16. Nagendra Rai (lelaki), warga Nepal

17. Shukhvir Singh (lelaki), warga India

18. Lee Fook Wah (lelaki), 62

19. Soon Ken Tea @ Soo Chin Chee (wanita), 65

20. Chan Lye Huat (lelaki), 54

21. Tan Chor Boon (lelaki), 55

22. Tan Kok Moon (lelaki), 47

23. Low See Kee (perempuan), 19

24. Tengku Khairul Anuar Tengku Alias (lelaki), 26

25. Leow Siew Min (lelaki), 56

26. Arthur Masih (lelaki), warga India

27. Chan Fook Choy (lelaki), 61

28. Yap Mui (wanita), 59

29. Kamothip Piamthananurak (wanita), warga Thailand

30. Low Kwai Hing (lelaki) (kewarganegaraan tidak dikenal pasti)

31. Mohamad Rasib Jantan (lelaki), 60

32. Kritravee Piamthananurak (wanita), warga Thailand

33. Lim Kok Hoe (pemandu bas) (lelaki), 43

34. Sub Moy @ Sak Moy (wanita), 65

35. Sek Swi Chan (wanita), 53

(NOTA: mangsa rakyat Malaysia tidak dinyatakan kewarganegaraan)

Bagaimanapun, Dr Mohd Shah berkata dua mayat masih belum dapat dikenal pasti.


Baca berita berkaitan di SINI.





Iklan C (ii)



Utusan Buat Onar Dan Kecoh Lagi..

Posted: 24 Aug 2013 10:08 PM PDT

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melalui kolumnisnya Awang Selamat meneruskan serangan terhadap masyarakat Cina selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13), kali ini dengan mempertikai hak kaum Cina untuk mendapat keistimewaan dan bantuan pihak kerajaan.

Utusan melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengecam kaum Cina dengan mempertikai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina hab makanan Cina betaraf antarabangsa di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Mengapa tidak diwujudkan hab makanan semua kaum? Kuala Lumpur bukan milik kaum tertentu sahaja. Awang sedih sepatutnya pihak berkuasa memulakan hab makanan Melayu terlebih dahulu jika mahu mewujudkan konsep berkenaan di ibu negara.

"Perlu diingat Malaysia adalah negara pelbagai kaum yang Melayu dan bumiputera masih menjadi teras. Sama ada suka atau tidak, itulah hakikatnya," katanya dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mengulas tentang projek bernilai RM12 juta itu sambil menempelak DBKL kerana hanya memfokuskan keutamaan satu kaum.

Beliau menjelaskan projek berkenaan wajar menerima banyak bantahan dari badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu ianya dibatalkan.Katanya, banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berhubung pembinaan hab makanan Cina itu.

Awang menegaskan alasan projek itu akan menaik taraf dan memajukan Jalan Alor sebagai tarikan pelancong, kurang meyakinkan."DBKL perlu lebih sensitif. Imej Cina di Bukit Bintang sudah menebal apatah lagi diwarnai kawasan itu seolah-olah mahu dijadikan seperti bandar Hong Kong.

"Lagi pun sejak dahulu lagi pengundi kawasan itu tidak pernah menyokong kerajaan, yang jika diberi bulan dan bintang sekali pun tidak akan menghargainya," katanya.

Dalam kenyataan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya umum 5 Mei pada awal pagi 6 Mei, beliau mengakui terkejut dengan "tsunami Cina" yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendapat 133 kerusi sementara Pakatan Rakyat (PR) lebih kukuh dengan mendapat 89 kerusi Parlimen.

Utusan pula meneruskan kecaman terhadap kaum Cina dengan artikelnya "Apa lagi Cina mahu" dengan menuduh masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan BN yang orang Melayu menjadi terasnya. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Buat Pertama Kalinya Peguam Negara Belasah Polis

Posted: 24 Aug 2013 09:11 PM PDT

Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.

"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya.

Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa.

Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun.Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.

Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.

"Kita akan kekalkan akta itu jika kita contohnya mengekalkan cap jari mereka," katanya, merasionalkan alasan tidak menerima pengenalan akta pencegahan.

Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara kekal."Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya.

"EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13 Mei," katanya.Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat Peguam Negara perlu respon.

Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas tahanan.

Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah."Kita perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya.

Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang besar.

Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah.

"Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara," katanya, dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia memansuhkan EO dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Punca Sirul Azhar Bercerai Tersebar

Posted: 24 Aug 2013 08:29 PM PDT

Sirul Azhar,orang Bt 8 , Jalan Changkat Jering-Trong. Sirul dahulu belajar di SMK Tengku Menteri.Ibunya tidak putus-putus berdoa untuk Sirul.Orang kampungnnya juga sering mendoakan agar keadilan dapat diberi kepada Sirul.

Penulis sering juga mendapat maklumat dari bapa saudara Sirul dari Simpang ,Pak Ndak Mustapa.

Baru-baru ini juga penulis memberi pandangan kepada bapa saudara Sirul agar Sirul menceritakan peristiwa sebenar,jangan sembunyi-sembunyi lagi. Bagi penulis Sirul akan dihukum membunuh dengan niat atau membunuh tanpa niat.

Tapi takdir Allah menentukan segala-galanya.Sirul telah bebas. Tapi siapa orang di sebalik pembunhan Altantuya masih misteri.?

Dahulu wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.

Sirul telah berpisah dengan isteri beliau kerana tekanan keadaan.Kes Altantuya menghantui mereka.Bekas isteri Sirul menerima tekanan hebat dan akhirnya mereka bercerai.

Namun, selepas Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya dan Azilah daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.

"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan.

"Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," kata Sirul.

Anak lelaki Sirul Azhar berumur 6 tahun sewaktu kejadian.Kini berusia 13 tahun.Remaja itu amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.

Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Taiping berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.

Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu. ~sisibukit




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: