Khamis, 22 Ogos 2013

Addin

Addin


Rupanya Berita Gembira Ini Adalah Pembohongan Semata-Mata

Posted: 22 Aug 2013 10:26 AM PDT


Sebuah portal online, FreeMalaysiaToday (FMT) petang ini telah menyiarkan berita mengenai kematian Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya dan didapati berita tersebut tidak benar dan tidak dapat disahkan.

Al-Sisi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Memetik laporan dari "The Egyptian Gazette" di bawah tajuk "General 'Hitler' Sisi has died", dikatakan rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian Al-Sisi.

Semakan GB terhadap laman tersebut (The Egyptian Gazette), yang memiliki IP 213.158.162.45, tidak dapat diakses lagi dan tiada sebarang laman agensi berita, samada dalam atau luarnegara ada melaporkan berita kematian berkekenaan.

Hanya laman sesawang SILOBREAKER ada menyiarkannya dengan memautkan berita penuhnya itu ke laman asal iaitu The Egyptian Gazette yang tidak dapat diakses.



Al Sisi meninggal akibat serangan jantung
PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk "General 'Hitler' Sisi has died" hari ini.

Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.

Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.

Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.

Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutan protes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.

Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan. -FMT

~greenboc



Iklan C (ii)






Rupanya Slogan Baru Najib Pun Tiru Israel.. Ini Buktinya

Posted: 22 Aug 2013 08:29 AM PDT

Menurut Najib semalam.. 'Endless Possibilities' bukanlah bagi menggantikan '1Malaysia' tetapi ianya adalah pelengkap kepada slogan '1Malaysia'..

Oleh itu selepas dilancarkan logo baru tersebut November ini slogan '1Malaysia' akan menjadi '1Malaysia, Endless Possibilities'.. sebut betul-betul.. '1Malaysia, Endless Possibilities'.

Ada sahabat yang bertanya.. macam mana Makcik- makcik dan Pakcik-pakcik kat Felda nak sebut slogan tu?.. aku pun tak tahu macam mana nak jelaskannya.

Dari segi strategi pemasaran, perlu kita akui bahawa tindakan Najib menggunakan slogan dengan Bahasa Inggeris itu adalah satu tindakan yang bijak dan tepat tambahan pula ianya bertujuan untuk pasaran global.

Jangan kita pertikaikan kebijaksanaan Najib dalam hal pemasaran untuk kebaikkan negara ini, lagipun kebijaksanaan Najib telah terbukti dalam mentadbir ekonomi negara..

Beliau telah berjaya meningkatkan hutang negara secara drastik.. satu pencapaian yang luar biasa tu, Anwar Ibrahim pun tak sanggup melakukan apa yang Najib dah buat tu..

Berbalik kepada slogan 'Endless Possibilities' itu semula..

Ada yang mendakwa firma consultant atau 'Con-Sultan' yang mencipta logo atau tema tersebut khusus buat Najib telah dibayar sebanyak RM30 Juta untuk tujuan itu, dan ianya belum dapat dipastikan lagi jumlah sebenar yang dihabiskan untuknya.

Walaupun berapa yang dibayar untuk mencipta logo tersebut ianya bukanlah menjadi masaalah jika kerja-kerja itu diserahkan kepada kroni Najib.

Tapi jika mereka dibayar sebanyak RM30Juta untuk menciplak dan mendakwa ianya adalah hasil kerja mereka, jumlah itu langsung tidak wajar..

Tahukah anda sebagaimana slogan '1Malaysia' yang didakwa berasal dari slogan '1Israel'.. 'Endless Possibilities' juga adalah slogan yang diciplak dari Israel?

'Endless Possibilities' adalah slogan yang telah digunapakai oleh Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosikan negara itu pada 22 April 2013..

Tengok ni..


Tak percaya klik di SINI

Ini kenyataan media dari Kementerian Pelancongan Israel itu.. Tajuknya 'Israel. One Place.Endless Possibilities'..




Alahai Najib.. apalah malang nasib Perdana Menteri ku ini dah kena kencing dengan con-sultan dia lagi rupanya.. kah.. kah.. kah..

Buat macai-macai UMNO yang nak menafikan bahawa slogan 'Endless Possibilities' itu diciplak oleh Najib..

Nasihat aku ialah sebelum nak hentam aku.. baca juga apa ulasan Blogger Pro UMNO Syed Akbar Ali, Admin OutSyed The Box dan juga Jebat Must Die tentang perkara ini..

Kesimpulannya dalam perkara ini ianya menyerlahkan betapa pentingnya untuk Ahli-ahli UMNO melantik orang-orang yang lebih bodoh daripada mereka sebagai pemimpin..

Tujuannya ialah supaya senang untuk mereka perbodohkan.. contohnya dalam hal slogan ini..

Najib dengan jayanya telah diperbodohkan oleh 'con-sultan' nya... kah.. kah. kah..


~anak sungai derhaka




Iklan C (ii)





Mahathir Bidas Balik Pak Lah

Posted: 22 Aug 2013 08:11 AM PDT

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 adalah sebuah kerajaan yang kaya, namun rakyat masih tetap memilih pembangkang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam blog miliknya hari ini www. chedet.cc, beliau berkata, walaupun Abdullah, yang juga dikenali dengan panggilan Pak Lah mampu membuatkan kerajaan menyimpan berbilion ringgit duit kerajaan, rakyat tetap menyerahkan lima negeri kepada pembangkang dan juga BN tewas majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Kerajaan yang melalui Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) adalah kerajaan yang kaya, namun amat menyedihkan rakyat tidak menghargainya."Mereka tolak parti kerajaan, memberikan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan kepada pembangkang, dan majoriti kecil kepada parti," kata Dr Mahathir yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum memilih Pak Lah sebagai pengganti.

Pak Lah dalam bukunya, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia,  sebelum ini berkata, Malaysia akan jatuh muflis sekiranya beliau mengikut jejak langkah berbelanja secara boros seperti Dr Mahathir.Namun beliau kemudiannya berkata kenyataan itu adalah tafsiran penulis dan bukannya dirinya sendiri.

"Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya bersara lebih awal," kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya, dan menamakan beberapa projek mega yang telah dilaksanakannya, seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas.

"Kita akan duduk di atas gunung-ganang dipenuhi Ringgit," katanya secara sinis.Dr Mahathir bagaimanapun turut menjelaskan, perbelanjaan besar juga terpaksa ditanggung kerajaan apabila Pak Lah membatalkan projek yang dirangkanya apabila terpaksa membayar pampasan kepada kontraktor.

"Ya ... saya akui saya berbelanja besar semasa menjadi perdana menteri yang menyiapkan semua projek dengan duit kerajaan.Abdullah dalam bukunya itu berkata jika beliau mengikut kehendak dan tekanan Dr Mahathir supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.

Abdullah turut menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit."Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan jelasnya perlu terus berbelanja. Tapi bagaimana kita nak teruskan apabila defisit kita sangat kritikal? Ia akan menjadi tidak bertanggungjawab jika saya terus berbelanja.

"Jadi kami tiada pilihan untuk mengurangkan defisit dengan menangguhkan beberapa projek mega seperti landasan berkembar dan ia menjadikan Dr Mahathir mengamuk. 

Saya melihatnya beliau merasakan itu adalah projek angkatnya."Boleh bayangkan jika saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir untuk terus berbelanja ketika defisit yang sangat tinggi, bagaimana Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan dan minyak pada 2008?"Defisit kami berjaya turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5 peratus. 

Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah bankrup."Dalam bukunya, yang disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin, Abdullah turut berkata ketika beliau meninggalkan pejabat pada 2009, beliau bertekas untuk tidak jadi seperti Dr Mahathir. 

Beliau mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.Abdullah menerima mandat terbesar pada 2004 namun turut membuatkan BN hilang majoriti dua pertiga Parlimen pada 2008.

Beliau bagaimanapun dalam bukunya menerima perkara itu dan tidak memenuhi jangkaan pengundi, namun berkata Dr Mahathir juga tidak boleh melepaskan diri daripada insiden 2008.

"Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. 

Malah samapi sekarang beliau melakukannya ... Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)





PAS Teruk Kena Kecam

Posted: 22 Aug 2013 06:00 AM PDT

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam PAS kerana tidak bersama mereka dalam isu kalimah Allah, walaupun mahkamah hari ini memutuskan kemenangan kerajaan dalam kes rayuan kalimah "Allah".

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik untuk mengenepikan rayuan Putrajaya bagi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab "Allah" sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada "God".

"Kita tidak mahulah pihak yang kononnya memperjuangkan Islam sibuk berdemonstrasi di konsert Metallica tetapi tidak pula menyatakan sokongan kepada isu kalimah Allah ini.

"Malah ada juga yang mengatakan isu kalimah Allah ini tidak sebesar isu di Mesir, bagi Perkasa kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab," bidas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali tentang langkah Dewan Pemuda PAS yang berkumpul di konsert Metallica semalam bagi menyatakan bantahan mereka.

Dalam pada itu, Syed Hassan menyatakan rasa syukurnya atas kemenangan hari ini serta berharap kemenangan sama dapat diperoleh dalam perbicaraan sebenar pada 10 September ini."Perkasa bersyukur dengan keputusan yan diumumkan hari ini dan kita harapkan kemenangan ini akan juga dicapai dalam sebutan kes rayuan pada 10 September ini.

"Selain itu, Perkasa juga menggesa semua umat Islam tanpa kira fahaman politik untuk bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata yang ditemui di Mahkamah Rayuan hari ini.

Syed Hassan bagaimanapun membidas pihak gereja yang mengheret kemelut isu kalimah Allah ke mahkamah, serta menyatakan pendirian kalimah Allah hanya ekslusif untuk penganut Muslim.

"Bagi Perkasa, isu ini tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah kerana kita mengiktiraf kalimah Allah adalah ekslusif untuk umat Islam."Namun, atas dasar demokrasi kita perlu berhadapan dengannya juga," tegas Syed Hassan.

Dalam pada itu, Syed Hassan membidas PAS kerana bersikap tidak mengendahkan tentang isu kalimah Allah tetapi lebih mementingkan isu yang tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Bagaimanapun, Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali berkata umat Islam tidak boleh terlalu bergembira dengan kemenangan yang diperoleh hari ini kerana perbicaraan pada 10 September adalah lebih penting.

"Kita menerima keputusan yang diumumkan hari ini tetapi pada masa sama tidak boleh terlalu gembira kerana keputusan penuh adalah pada 10 September nanti."10 September adalah penentu dan saya berharap semua pihak dapat bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata Hasan.

Selain itu, Pengerusi Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (Pembela) Dr Yusri Mohamad juga berharap kemenangan pada kes sebenar akan memihak kepada umat Islam seperti hari ini."Saya harap semasa kes sebenar kita akan memperoleh kemenangan," katanya lagi.

Terdahulu, kumpulan NGO tersebut telah berkumpul seawal 8 pagi bagi menyatakan sokongan kepada peguam yang hadir mewakili kerajaan dalam kes rayuan hari ini.

Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian. ~the malaysian insider








Iklan C (ii)




Terkini : Mahkamah Tolak Rayuan Gereja Katolik Ketepikan Rayuan Putrajaya

Posted: 22 Aug 2013 02:46 AM PDT


Gereja Katolik hari ini gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab "Allah" sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada "God".

Keputusan ini bermakna Mahkamah Rayuan perlu mendengar rayuan kerajaan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 itu.

Rayuan itu dijadualkan akan didengar pada 10 September akan datang. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)




Rupanya Khairy Salah Bagi Info Keputusan Kabinet Mengenai CCRIS PTPTN

Posted: 22 Aug 2013 12:53 AM PDT

Rafizi Ramli hari ini mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberikan maklumat salah mengenai keputusan Kabinet berhubung cadangan menggunakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.

Pengarah Strategi PKR itu berkata, tindakan Khairy menyatakan jemaah menteri membatalkan CCRIS adalah seperti memberi harapan palsu walaupun sebenarnya apa yang dilaporkan media arus perdana adalah jemaah menteri menangguhkan pelaksaan sistem itu.

"Ia adalah satu salah faham yang tidak patut berlaku bagaimana seorang menteri boleh menyampaikan maklumat salah, jadi beliau harus segera tampil jelaskan adakah kabinet sebenarnya mahu ia ditangguh atau dibatal," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"PKR tidak akan berhenti berjuang mengenai ini sehingga mendapat kepastian, CCRIS tidak akan digunakan terhadap peminjam PTPTN," katanya.

Semalam Khairy melalui laman Facebook miliknya mengumumkan Kabinet membatalkan cadangan menggunakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN.

"Baru selesai Mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih kepada PM dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara orang muda," kata Khairy dipetik laman sosial miliknya semalam.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini mengumumkan peminjam ingkar PTPTN akan dikenakan tindakan di bawah CCRIS, namun memberi jaminan tindakan itu tidak akan menindas peminjam yang majoritinya golongan belia.

"Kita akan memastikan tiada siapa menjadi mangsa kepada pelaksanaan CCRIS ataupun dipinggirkan menerusi program itu," kata ahli Parlimen Besut itu kepada The Malaysian Insider.

Pengumuman itu menerima reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk -pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat (PR), aktivis mahasiswa dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan juga badan bukan kerajaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa).

Aktivis Adam Adli Abdul Halim memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini mahasiswa akan berdemonstrasi membantah cadangan melaksanakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN sekiranya diteruskan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Punca Kejadian Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands Tersebar

Posted: 21 Aug 2013 10:43 PM PDT

Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Katanya, siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih daripada itu.

Beliau berkata, kejadian dilaporkan berlaku 2.45 petang ketika bas berkenaan menuruni puncak Genting Highlands berdekatan Tokong Chin Swee.

Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 37 nyawa, manakala 16 lagi cedera. ~bernama



Iklan C (ii)


Akhirnya.. Tanda Putera Di Tayangkan Minggu Depan Dengan 'Adegan Kencing Lim Kit Siang'?

Posted: 21 Aug 2013 07:52 PM PDT


Filem kontroversi Tanda Putera yang akan menemui penonton di seluruh negara pada 29 Ogos masih mempunyai beberapa babak kontroversi termasuk adegan seorang pemuda Cina kencing di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu seharusnya ditayangkan tahun lalu, tetapi ditangguhkan sebanyak tiga kali berikutan bantahan mengenai beberapa babak rusuhan kaum 13 Mei,1969.

Media termasuk wartawan The Malaysian Insider dijemput untuk Tayangan Perdana filem itu pada Selasa di Kuala Lumpur.

Walaupun terdapat bantahan daripada pemimpin DAP sebelum ini, filem dibiayai kerajaan itu masih mempunyai babak kontroversi yang didakwa sesetengah pihak sebagai pencetus kepada rusuhan kaum 13 Mei.

Tanda Putera yang membelanjakan RM4.8 juta itu adalah kerjasama Persona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Multimedia Development Corporation (MDeC).

Dalam filem itu, pengarah seolah-olah mahu menggambarkan masyarakat Cina bertanggungjawab terhadap rusuhan pada 13 Mei.

Ini menyebabkan pemimpin DAP sebelum ini menyatakan filem itu sebagai propaganda Barisan Nasional (BN) yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Dialog kontroversi seperti, "Orang Melayu pergi balik kampung," dan adegan di mana pembunuhan dalam panggung wayang, tertera tulisan bahasa Cina "Melayu pergi mati" pada skrin sebelum mangsa ditetak.

Semasa promosi filem itu pada tahun lalu, pihak produksi memuat naik gambar penasihat DAP sedang diseret dengan kapsyen "Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di kediaman Menteri Besar Selangor" di laman Facebook rasmi filem itu.

Gambar itu dimuatkan dalam album gambar filem berkenaan dengan tajuk "Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan dalam filem ini."

Lim dan beberapa pemimpin DAP menafikan perkara itu kerana tidak pernah tercatat dalam mana-mana sejarah Malaysia serta menegaskan dakwaan itu adalah palsu.

Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas tayangan filem itu, Shuhaimi menegaskan Tanda Putera berkisarkan persahabatan di antara dua pemimpin iaitu mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang berdepan peristiwa getir membangunkan negara dan pada masa sama bertarung dengan masalah kesihatan masing-masing.

Shuhaimi tidak berasakan mana-mana adegan dalam babak itu dianggap terlalu radikal dan melihat ia hanya gimik politik yang cuba dicanangkan oleh pemimpin DAP.

"Itu pandangan mereka, bagi saya ia cuma gimik politik tidak ada siapa pun yang menyatakan dalam babak kencing itu adalah dia melainkan dia sendiri yang mengaku.

"Beri peluang kepada filem sejarah negara kerana ia berkisarkan kisah benar," katanya yang turut melahirkan kekecewaan kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) terhadap layanan yang diterima semasa proses suntingan filem berkenaan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Ingatkan Nazri Aziz Sahaja Yang Lantik Ahli Keluarga Bekerja Di Kementerian.. Ada Lagi Menteri Lain

Posted: 21 Aug 2013 06:03 PM PDT

Masih ada ahli keluarga sesetengah anggota pentadbiran Najib dibayar kementerian, bercanggah dengan arahan Putrajaya bahawa mereka hanya boleh bekerja di kawasan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai anak perempuan yang bekerja di pejabatnya sementara menantu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bekerja dengannya.

Shahidan enggan memberikan komen apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.

"Tiada sesiapa yang bercakap mengenai perkara ini dan saya juga tidak mahu bercakap mengenainya," katanya apabila ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Apabila ditanya lagi sama ada anak perempuannya Nur Shafizah adalah setiausaha sulitnya satu "jawatan yang diwartakan", Shahidan mengulangi tidak mahu bercakap mengenainya.

"Cukup-cukuplah mencari kesalahan saya. Saya sudah mengalami masa yang sukar di Parlimen," katanya.

Tajuddin juga tidak mahu mengakui atau menafikan menantunya, Firdaus Mufazal Faiz bekerja dengannya.

"Mereka tidak tahu hujung pangkal. Ini adalah politik murahan," kata Tajuddin.

Pengambilan ahli keluarga untuk "jawatan yang diwartakan" heboh apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikatakan menggajikan anaknya Muhammad Nedim untuk bekerja di kementerian, membangkitkan tentang isu nepotisme dan kronisme.

Datuk Seri Nazri Aziz dakwa gaji anaknya, Nedim bukan dibayar oleh kerajaan.Bagaimanapun, Nazri menjelaskan anaknya, Nedim tidak dilantik secara rasmi sebagai pegawai khas kementerian akan tetapi bekerja dengannya untuk menguruskan anak muda "Gen Y" di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Katanya, gaji Nedim tidak dibayar kerajaan tetapi dibayar sendiri olehnya.

Sebagai respon terhadap kritikan kepada Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan tidak ada masalah jika menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil ahli keluarga mereka sebagai pembantu jika tidak melibatkan gaji atau elaun dari kerajaan.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri.

"Jadi tiada wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai kerja yang anak beliau lakukan kerana itu kerja sukarelawan semata-mata," kata perdana menteri.

Najib juga berkata, anggota pentadbirannya boleh megambil ahli keluarga untuk bekerja di kawasan Parlimen. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: