WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- JIKA NAK TARAWEH SENDIRIAN
- Baki RM163 juta dibelanja NFC pasti ‘hangus’ – Rafizi
- Perkasa ugut tolak BN jika terus abai Melayu
Posted: 09 Jul 2013 05:34 AM PDT Nak terawih sendirian, awal ramadhan surau dan masjid penuh? baca ni dulu..Memang di awal Ramadhan surau dan masjid penuh terutama di bandar-bandar utama di Lembah Klang. Gua memang pernah terasa nak solat terawih sendirian. Tapi tak jadi sebab nak kejar pahala berjemaah.Cara solat terawih sendirian Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 09 Jul 2013 Soalan; 1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian? 2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat. Jawapan; 1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, sama seperti dalam solat yang lain. Oleh sebab solat terawih dilakukan dua rakaat-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya). 2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu "Solat Terawih". Selawat itu bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain. http://fiqh-am.blogspot.com/ |
Baki RM163 juta dibelanja NFC pasti ‘hangus’ – Rafizi Posted: 09 Jul 2013 05:18 AM PDT Baki RM163 juta dibelanja NFC pasti 'hangus' – Rafizi(Oleh Aisha Geoffrey)KUALA LUMPUR 9 JULAI: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mempersoal kemampuan kerajaan untuk mendapatkan semula keseluruhan RM250 juta yang diberi kepada Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC). Ini berikutan laporan terkini menyatakan kerajaan bersetuju untuk melantik satu konsortium baru bagi mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC. "Perjanjian itu tidak melibatkan operator baru untuk bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC," kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, Menteri Kewangan dalam jawapan sidang sebelum ini memberitahu, jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC hanyalah termasuk kedua-dua kondominium di One Menerung, Bangsar. Selain itu, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya, malah operasi NFC telah dihentikan sepenuhnya sejak akhir tahun lepas. "Pada anggaran saya, nilai harta yang telah disita dari NFC setakat ini hanya sekitar RM18 juta iaitu RM14 juta dari kondominium, dan RM2 juta setiap plot tanah," kata Rafizi. "Setakat Mac 2012, sejumlah RM181 juta telah diserahkan kepada NFC. Bermakna dari RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC, hanya RM69 juta yang masih boleh ditarik balik oleh kerajaan," jelas Rafizi. Menurutnya, dari RM181 juta yang diberi kepada NFC, hanya RM18 juta ditarik balik manakala baki RM163 juta agak sukar bagi kerajaan untuk mengutip semula. "Ia kerana NFC sudah tidak beroperasi dan bukan lagi sebuah perniagaan 'going concern'. Oleh itu ia boleh dikira sudah tidak berupaya menanggung hutang dan bakal melalui proses muflis," jelasnya lagi. Tambahnya, sebahagian dari dana itu telah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset termasuk gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset. "Selain itu, kerajaan juga tidak mengenakan jaminan peribadi ke atas pengarah-pengarah NFC yang menyebabkan tanggungjawab mereka terbatas kepada pegangan saham mereka di dalam syarikat itu," katanya. "Dalam keadaan sekarang, saya beranggapan dana RM163 juta yang telah dibelanjakan NFC boleh dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54186 |
Perkasa ugut tolak BN jika terus abai Melayu Posted: 09 Jul 2013 05:14 AM PDT Perkasa harus melihat akan kekayaan anak-anak menteri Malaysia sebelum nak melatah tak tentu pasal. Ini antara orang Melayu yang dah tak suka kepada Umno selain sikap Perkasa yang menyokong membuta tuli macam Brahim Ali.
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan