RAKYAT MARHAEN |
- PRK Kuala Besut: Tokoh Dermawan Dan Cakna Rakyat
- PRK Kuala Besut: Pasukan peguam pantau politik wang
- PRK Kuala Besut: PAS Cabar BN Bertanding Secara ‘Gentleman’
- Che Long: Calon PAS PRK Kuala Besut yang ku kenali
- Calon PAS mahu guna slogan sendiri Kempen PRK Kuala Besut
- Pengistiharan Dan Bai'ah Calon PAS N01 Kuala Besut (Part 3)
- Pengistiharan Calon PAS N01 Kuala Besut (Part 2)
- Pengistiharan Calon PAS N01 Kuala Besut (Part 1)
- PAS pilih ‘Che Long’, muka baru jadi calon PRK Kuala Besut
- PRK Kuala Besut: Jurutera lwn Ahli Perniagaan
- Lensa PRK Kuala Besut: Majlis Pengistiharan Calon PAS
- PAS umum ahli perniagaan, Che Long sebagai calonnya
- Kenapa tiada tindakan polis pukul tahanan?
- Rafizi: Gov't may lose RM163 million over NFC soft loan
- PRK Kuala Besut: 3,000 anggota polis kawal Pilihanraya
- PRK Kuala Besut : Calon BN - Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
- NFC: Kerajaan sukar kutip baki dana RM163 juta serta rugi
- Egyptian protesters criticise US government
- Rafizi Ramli: Don't Just Sit There And Complain About Everything Under The Sun
- Violence in Cairo intensifies Egypt's political crisis
- Ganggu petisyen jika terima keputusan PRU13
- Anwar: Remove acceptance of GE results from note to Agong
- Rakyat tak yakin usaha kerajaan banteras rasuah - kaji selidik
- PAS bersama NGO Islam kecam rampasan kuasa di Mesir
- Syariah Islam punca Mesir bergolak
PRK Kuala Besut: Tokoh Dermawan Dan Cakna Rakyat Posted: 09 Jul 2013 09:13 PM PDT Calon PAS, Azlan atau lebih dikenali Che Long oleh masyarakat Kuala Besut khas di Kampung Baru, seorang ahli perniagaan yang berakar dengan masyarakat tempatan. Pencalonan beliau sebenarnya memecah tradisi PAS di sini yang biasanya memilih calon di kalangan guru agama atau ustaz. PAS Besut menyenaraikan tiga nama untuk dipilih oleh PAS Pusat. Che Long dan dua orang lagi ustaz. Namun PAS memilih Che Long untuk menjadi calon kali ini. Pemilihan beliau amat sesuai dengan aktiviti harian masyarakat Kuala Besut yang dekat dengan perniagaan. Ini kerana ramai pengundi Kuala Besut terlibat dengan industri pelancongan, industri hiliran dari perikanan dan petanian. Industri kecil pembuatan keropok, perkhidmatan dalam industri perlancongan misalnya sangat dekat dengan ahli perniagaan berbanding dengan ustaz. Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Husam Musa ketika bercakap kepada wartawan sebelum ini berkata, faktor calon amat penting dalam PRK ini. "Penduduk Kuala Besut adalah antara penduduk yang termiskin di Terengganu kerana tak ada bantuan ekonomi yang memberikan manfaat yang jitu kepada mereka," kata Husam yang menyifatkan calon PAS dapat membantu pengundi dengan baik jika terpilih. Mengikut sumber, Che Long bersedia mengunakan keseluruhan elaun Adun untuk aktiviti dan membela rakyat jika diberi amanah oleh pengundi Kuala Besut. |
PRK Kuala Besut: Pasukan peguam pantau politik wang Posted: 09 Jul 2013 08:56 PM PDT BESUT: PAS tidak menolak kemungkinan pelbagai bantuan termasuk ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) muncul di Besut menjelang 24 Julai ini. Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) berkata, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut. "Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang. "Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui," katanya ditemui di sini baru-baru ini. Menurutnya juga jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar. Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU ke-13. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: PAS Cabar BN Bertanding Secara ‘Gentleman’ Posted: 09 Jul 2013 08:54 PM PDT PAS mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) bertanding secara 'gentleman' dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut dan bertanding secara bersih pada 24 Julai ini. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik mendesak agar pemimpin Umno-BN tidak mempergunakan senjata duit bagi membeli rakyat pada PRK di Kuala Besut. Katanya, kerajaan BN boleh menyampaikan mesej parti mengikut saluran demokrasi yang betul dan biar rakyat boleh membuat keputusan. "Saya percaya, jika pilihan raya ini berlaku secara adil. Saya cabar Idris Jusoh (Ketua Bahagian Besut) supaya pilihan raya (PRK) ini jangan guna duit untuk beli rakyat di Kuala Besut. "Biar 'gentleman', sampaikan mesej BN dan biar rakyat buat keputusan. Jangan beli rakyat dan jangan rasuah rakyat...kita (PAS) cabar dia (Umno) dan jangan guna Polis untuk 'ugut' rakyat. "Didik rakyat dan berikan peluang dalam pilihan raya ini supaya pemimpin kita (PAS) boleh bercakap terbuka dalam tv dan radio, jika betul dia (pemimpin) 'gentleman' dan hebat," tegasnya ketika ditemui Harakah di pejabatnya di Km.14, Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Che Long: Calon PAS PRK Kuala Besut yang ku kenali Posted: 09 Jul 2013 08:51 PM PDT Dr Azman Ibrahim Tepat jam 11:55 malam, 9 Julai (malam tadi) bertempat di Kampung Nail, Kuala Besut, Tuan Guru Presiden PAS mengumumkan nama seorang aktivis parti yang akan memikul amanah PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut, 24 Julai ini. Nama Azlan mungkin agak asing bagi masyarakat di sini yang biasa memanggilnya dengan panggilan mesra, Che Long. Walaupun dari segi kawasan pilihanraya, Jabi terletak dalam Parlimen Setiu, tetapi disebabkan jarak yang cuma bersepadanan serta persamaan dari segenap segi sosio-budaya, menjadikan saya tersangat akrab dengan pimpinan PAS kawasan Besut. Bermula dari Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar, Timbalannya Cikgu Solah, Ketua Penerangannya Ustaz Wan Syukri, Setiausahanya Aminuddin yang mesra disapa Pak Su Amin, Datuk Hussein Awang, Ust Nik Zawawi dan ramai lagi untuk disebut namanya, semuanya adalah sahabat karib dalam menempuh suka duka perjuangan. Che Long selaku bendahari PAS Besut selalunya mesra saya menyapanya dengan panggilan Abang Long sebagai menghormati perbezaan umur antara kami. Saya mengenalinya sebagai seorang aktivis parti yang tawaduk, perlahan dan teratur dalam pertuturan, suaranya lemah lembut dan penuh kemesraan. Sekarang Abang Long dipertanggungjawabkan memikul amanah parti untuk memahat sejarah baru dalam catatan negeri Terengganu. 16:16 akan menjadi kenyataan dengan izin Allah. Tahniah serta takziah serentak saya ucapkan. Tahniah kerana mendapat kepercayaan pimpinan yang tentunya telah memilih yang terbaik antara yang terbaik manakala takziah disebabkan kita menyedari alangkah beratnya beban tanggungjawab yang akan dipikul. Masyakat Kuala Besut bertuah, peribadi yang dikemukakan PAS untuk mereka undi dan pilih pada 24 Julai 2013 nanti, hakikatnya telah sekian lama menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat di sini. Tua dan muda mengenalinya. Sebati dengan susah dan senang masyarakat setempat adalah kelebihan tersendiri Che Long sebagai pemimpin. Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang 'bank' PAS kawasan Besut. Warak serta memiliki pegangan agama yang kuat. Saya doakan kejayaan Abang Long memikul amanah ini dengan cemerlang. Seluruh negara malah seluruh dunia sedang memerhatikan kita. 16:16 akan menjadi suatu testimoni perundangan yang sangat menarik. Semuanya di tangan pengundi N01 Kuala Besut. Ayuh!! |
Calon PAS mahu guna slogan sendiri Kempen PRK Kuala Besut Posted: 09 Jul 2013 08:49 PM PDT |
Pengistiharan Dan Bai'ah Calon PAS N01 Kuala Besut (Part 3) Posted: 09 Jul 2013 04:38 PM PDT |
Pengistiharan Calon PAS N01 Kuala Besut (Part 2) Posted: 09 Jul 2013 04:37 PM PDT |
Pengistiharan Calon PAS N01 Kuala Besut (Part 1) Posted: 09 Jul 2013 03:18 PM PDT |
PAS pilih ‘Che Long’, muka baru jadi calon PRK Kuala Besut Posted: 09 Jul 2013 02:35 PM PDT Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini. Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru. Nama Che Long dijangka diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut. Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam. Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan. Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Jurutera lwn Ahli Perniagaan Posted: 09 Jul 2013 02:27 PM PDT Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini akan menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Azlan Yusof daripada PAS. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS. Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar. Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan bakal berdepan tentangan sengit daripada Azlan seorang ahli perniagaan, yang baru diumumkan bakal mewakili parti itu. Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan. Read More / Baca Lagi >> |
Lensa PRK Kuala Besut: Majlis Pengistiharan Calon PAS Posted: 09 Jul 2013 02:24 PM PDT |
PAS umum ahli perniagaan, Che Long sebagai calonnya Posted: 09 Jul 2013 01:43 PM PDT KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long (gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut. Read More / Baca Lagi >>Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini. Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS. Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini. Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam. Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan. |
Kenapa tiada tindakan polis pukul tahanan? Posted: 09 Jul 2013 01:39 AM PDT |
Rafizi: Gov't may lose RM163 million over NFC soft loan Posted: 09 Jul 2013 01:38 AM PDT |
PRK Kuala Besut: 3,000 anggota polis kawal Pilihanraya Posted: 09 Jul 2013 01:35 AM PDT Polis Kontinjen Terengganu menempatkan kira-kira 3,000 anggotanya termasuk 200 pegawai untuk mengawal dan memastikan proses pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut berjalan lancar. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata turut membantu dalam PRK itu ialah anggota sukarelawan polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam khasnya dalam mengawal keselamatan awam, trafik dan persiapan menghadapi sebarang bencana ketika PRK itu. "Sepanjang tempoh kempen bermula 12 Julai hingga 24 Julai hari mengundi polis akan mewujudkan 25 pos kawalan di setiap lokasi yang kita anggap sebagai kawasan panas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kuala Besut, hari ini. Beliau berkata, langkah keselamatan yang diambil untuk memastikan pengundi dan penduduk di Kuala Besut berasa lebih selamat sepanjang proses PRK yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut : Calon BN - Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman Posted: 09 Jul 2013 01:23 AM PDT |
NFC: Kerajaan sukar kutip baki dana RM163 juta serta rugi Posted: 09 Jul 2013 12:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Dalam keadaan sekarang, dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi oleh kerajaan. Read More / Baca Lagi >>Demikian dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pelantikan satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC. "Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Kenyataan penuh seperti di bawah. Saya merujuk kepada laporan terkini bahawa kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melantik satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC. Laman The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan operator baru bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC. Ini menimbulkan persoalan baru mengenai kemampuan kerajaan mendapatkan semula jumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC. |
Egyptian protesters criticise US government Posted: 09 Jul 2013 12:38 AM PDT |
Rafizi Ramli: Don't Just Sit There And Complain About Everything Under The Sun Posted: 09 Jul 2013 12:37 AM PDT |
Violence in Cairo intensifies Egypt's political crisis Posted: 09 Jul 2013 12:34 AM PDT |
Ganggu petisyen jika terima keputusan PRU13 Posted: 08 Jul 2013 11:52 PM PDT KUALA LUMPUR - PR akan mengemukakan usul pindaan kepada Speaker Dewan Rakyat, esok untuk mengeluarkan pengesahan keputusan PRU13 lalu dalam nota menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam PRU lalu, kedua-dua parti BN dan PR telah mengemukakan petisyen bantahan. Menurutnya, perkara berhubung sokongan penuh keputusan pilihan raya dalam menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong perlu ditarik semula untuk meneruskan proses petisyen bantahan itu. "Soal pilihan raya, petisyen juga telah dikemukakan. Kita sedang mengkaji untuk mengemukakan usul pindaan. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar: Remove acceptance of GE results from note to Agong Posted: 08 Jul 2013 11:48 PM PDT |
Rakyat tak yakin usaha kerajaan banteras rasuah - kaji selidik Posted: 08 Jul 2013 11:47 PM PDT Rakyat Malaysia kian hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan bagi membanteras gejala rasuah, mengikut kaji selidik terbaru Transparency International (TI). Badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu mendapati kepercayaan rakyat dalam usaha itu merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49 peratus daripada 1,000 responden pada 2010. "Kadang-kala pelaksanaan yang dibuat kerajaan mengambil masa lama," kata Presiden TI, Datuk Akhbar Satar ketika mengulas kemerosotan berkenaan. Selain itu, polis dan parti politik dilihat masyarakat awam sebagai dua institusi paling korup di negara ini dengan skala masing-masing 4.0 dan 3.8. Skala persepsi rasuah ialah dari satu hingga lima - angka paling korup. Transparency International Global Corruption Barometer mengendali kaji selidik perihal rasuah di 107 negara. |
PAS bersama NGO Islam kecam rampasan kuasa di Mesir Posted: 08 Jul 2013 11:10 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berarak dan berhimpun di Kedutaan Mesir di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa serta tindakan kejam tentera negara itu terhadap rakyatnya. Himpunan bermula kira-kira jam 12 tengah hari ini dengan mereka berkumpul berhampiran pusat membeli belah Ampang Point sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir di sini. Wakil PAS yang mengepalai perarakan tersebut termasuk Pengerusi Lajnah Antarabangsa Datuk Kamarudin Jaffar, timbalannya Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta AJK PAS Pusat Khalid Samad. Read More / Baca Lagi >> |
Syariah Islam punca Mesir bergolak Posted: 08 Jul 2013 10:56 PM PDT Mesir adalah antara negara umat Islam yang menjadi perhatian musuh-musuh Islam sejak sekian lama selain daripada Pakistan dan Indonesia. Keadaan geografinya yang strategik ditambah pula dengan sumber minyak yang banyak cukup membuatkan Mesir sebagai sebuah negara Afrika Utara yang penting di rantau Asia Barat. Read More / Baca Lagi >>Sejak sekian lama, Mesir terlibat dalam perang Arab-Israel, termasuk Perang Enam Hari 1967, yang mana Mesir dan Israel menjadi pemain utamanya termasuk juga sekutu Israel iaitu AS. Jeneral yang memimpin Mesir dalam Perang Enam Hari adalah Jeneral Jamal Abu Nasser, menyaksikan Mesir kalah dalam pertempuran tersebut termasuk beberapa tempat yang berjaya ditawan Israel antaranya Bukit Golan di Selatan Syria dan Baitul Maqdis. Mesir sangat berkepentingan bagi Israel dan AS, bukan hanya atas kepentingan ekonomi tetapi juga atas kepentingan kedudukan Mesir yang berjiran dengan Palestin. Ini beerti, menyelamatkan negara Islam Mesir dari kongkongan sekutu-sekutu Israel dan kelompok-kelompok berkepentingan akan turut memberi kesan kepada Palestin. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan