WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Posted: 17 Jul 2013 08:01 AM PDT |
BANYAK LA MAT SAID HANG PUNYA TANAH Posted: 17 Jul 2013 07:09 AM PDT elok la mat said.hang bagi la tanah pada semua wakil rakyat Umno.Biar kenyang dan senang lenang.Rakyat merempat,banggunan runtuh, hang tak yah peduli.Ambik sumbat banyak-banyak selagi boleh.Tapi ingat, kuasa rakyat pasti akan bangkit dan tuntut,hak kenapa rakyat sukar untuk mendapat geran tanah , tetapi wakil rakyat pulun untuk diri anak dan kroni.RAKYAT DIDAHULUKAN. Tanah: Rakyat nafi dakwaan Ahmad Said Ahmad Said: Wakil rakyat Umno berhak dapat tanahKerajaan Terengganu tidak akan menarik balik tanah yang dianugerah kepada empat orang pemimpin Umno Besut bagi menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat, kata Datuk Seri Ahmad Said.Menteri Besar Terengganu itu berkata wakil rakyat berhak memohon dan memiliki tanah seperti anak negeri lain dan mereka memiliki satu hektar tanah setiap seorang diBukit Dendong dan Mukim Tembila di Besut. "Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat, dia berhak minta. Apa salahnya, dia dapat secara (yang betul). "Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot. "Takkan kerana empat orang ini, kita nak itu (tarik balik)," memetik kenyataan beliau dari portal Malaysiakini. Ahmad Said menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian sejak mengambil alih sebagai menteri besar pada 2008. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di Kuala Besut pagi ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan mereka memulangkan semula tanah itu. Dzulkefly berkata tindakan itu bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan 'Rakyat didahulukan'. Beliau mendakwa tanah berkenaan diberi ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jerteh. Selain Idris, tiga lagi pemimpin Umno yang didakwa menerima tanah ialah Ahli Parlimen Besut ketika itu, Datuk Abdullah Muhamad Zain, Adun Kota Putera Muhammad Pehimi Yusof, dan Adun Hulu Besut Nawi Mohamad. Nawi yang juga Adun Hulu Besut pada Isnin lalu mengakui beliau mendapat tanah berkenaan dan menjelaskan rakyat lain juga layak menerima tanah daripada kerajaan negeri. - 17 Julai, 2013. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan