Rabu, 17 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK Kuala Besut: Walkabout Che Long bertemu orang pulau

Posted: 17 Jul 2013 08:24 PM PDT

#PRKBESUT13 #PRKN1 : ISU-ISU KESELAMATAN SEMPENA PRK N.01

Posted: 17 Jul 2013 08:16 PM PDT

PRK Kuala Besut: Pertembungan Idris Jusoh dan Ahmad Said?

Posted: 17 Jul 2013 08:06 PM PDT


Kain rentang yang dinaikkan di perhimpunan penyokong Datuk Seri Idris Jusoh di perkarangan Rumah MB Terengganu selepas PRU 2008.Kain rentang yang dinaikkan di perhimpunan penyokong Datuk Seri Idris Jusoh di perkarangan Rumah MB Terengganu selepas PRU 2008.ANALISIS: Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kerajaan negeri Terengganu antara yang paling lambat dibentuk. Ini dikatakan ekoran tindakan Istana Terengganu menolak Datuk Seri Idris Jusoh untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar (MB).
Perhimpunan demi perhimpunan membantah dibuat dalam suasana tegang itu.
Antaranya ialah perhimpunan diadakan di perkarangan Rumah MB Terengganu yang terletak berhampiran Pantai Batu Burok.
Penyokong Idris ketika itu berang dengan tindakan istana menolak Idris. Sehinggakan mereka menaikkan satu kain rentang berbunyi, "Kami nak Idris, natang". Video kain rentang ini turut disiarkan dalam stesen televisyen milik Media Prima, NTV7.
Natang adalah istilah yang digunakan oleh rakyat Terengganu untuk menggantikan nama 'binatang'.
Jelas, binatang ini adalah istilah yang ditujukan kepada pihak yang menolak pemilihan Idris sebagai MB Terengganu.
Ekoran kain rentang ini, beberapa laporan polis dibuat kerana ia dianggap menghina Istana Terengganu. Namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dibuat ke atas pihak yang menaikkan kain rentang ini.
Kira-kira dua minggu selepas pilihan raya 2008, baru MB baru Terengganu dilantik.
Datuk Seri Ahmad Said, yang pernah menjawat jawatan Exco kerajaan negeri dipilih sebagai MB.
Dikhabarkan, pemilihan Ahmad dibuat kerana dia satu-satunya pemimpin Umno Terengganu pada waktu itu yang sanggup menjadi MB bagi menggantikan Idris yang juga pengerusi Perhubungan Umno negeri pada ketika itu.
Insiden itu menyebabkan hubungan antara kedua-dua pemimpin ini tidak baik.
Orang Terengganu kata, 'tidak sendik'. Idris menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) biasa dan tidak memegang sebarang jawatan sehingga dilantik sebagai Pengerusi Mara pada penghujung penggal lalu.
Apabila penggal baru bermula, memahami suasana ini, Idris tidak bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau bertanding di kerusi Parlimen Besut dan menang. Idris kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pelajaran Kedua selepas Pilihan Raya 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Pasangan persenda Ramadan dijangka didakwa hari ini

Posted: 17 Jul 2013 08:03 PM PDT

Pasangan yang mempersenda umat Islam dan Ramadan melalui laman Facebook mereka, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
  
Ku berkata demikian ketika dihubungi Bernama tetapi beliau enggan menyatakan jenis dakwaan yang akan dikenakan terhadap mereka serta masa pasangan itu akan dihadapkan ke mahkamah.
  
Menurut sumber polis, pasangan itu sepatutnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 3 petang ini tetapi mereka tidak berbuat demikian.
  
"Melalui pesanan ringkas yang dikirim oleh peguam, pasangan tersebut akan serah diri di Bukit Aman dan kita juga panggil mereka untuk ke IPD Dang Wangi namun sehingga petang ini mereka tidak muncul," kata sumber itu.
  
Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua Polis Lahad Datu nafi tahu serangan Sulu bakal berlaku

Posted: 17 Jul 2013 07:59 PM PDT


Ketua Polis Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat hari ini menafikan ada membuat sebarang kenyataan mengenai serangan yang akan berlaku oleh militan Sulu pada Februari lalu dan beliau sudah membuat laporan polis mengenai isu itu.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel Suruhanjaya Diraja dan Inkuiri (RCI) pendatang haram Sabah.
Shamsudin berkata, beliau memohon untuk dipanggil sebagai saksi ke-186 RCI itu bagi memberi penjelasan terhadap kenyataan yang dibuat Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir pada Selasa lalu.
Beliau berkata, laporan polis sudah dibuat pada jam 1.22 petang semalam selepas membaca kenyataan Zulkifli yang disiarkan akhbar.
Pada Selasa, Zulkifli memberitahu lima panel RCI yang diketua bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bahawa beliau dipanggil untuk mesyuarat oleh Shamsudin pada Februari dan diberitahu mengenai rancangan pendaratan penceroboh bersenjata.
Zulkifli berkata, beliau diberitahu mengenai niat pengganas bersenjata Sulu, dua minggu sebelum mereka mula tiba di Lahad Datu.
"Saya diberitahu Lahad Datu adalah sasaran utama penceroboh bersenjata dan ia adalah rahsia besar. Saya diberi amaran untuk tidak membocorkan berita mengenai isu itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pencerobohan Lahad Datu: Maklumat awal polis tidak lengkap..alasan yang biasa..!!!

Posted: 17 Jul 2013 07:57 PM PDT


Gambar fail menunjukkan tentera Malaysia bersedia memasuki Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 5 Mac. - Gambar ReutersGambar fail menunjukkan tentera Malaysia bersedia memasuki Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 5 Mac. - Gambar ReutersPolis Malaysia mempunyai maklumat awal mengenai kemungkinan pendaratan penceroboh Sulu di Lahad Datu Februari lalu tetapi informasi yang diterima itu tidak lengkap dan tidak layak dianggap sebagai maklumat risikan, kata pegawai kanan Cawangan Khas.
Sumber The Malaysian Insider itu adalah pegawai kanan polis yang pertama memberi ulasan berhubung pendedahan mengejutkan dalam prosiding Suruhanjaya Diraja dan Inkuiri (RCI) pendatang haram di Sabah iaitu apabila Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir dalam keterangannya berkata polis memberitahunya mengenai rancangan pendaratan oleh penceroboh Sulu.
Zulkifli memberitahu panel beliau tahu mengenai perkara itu selepas diberitahu oleh Ketua Polis Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat.
"Saya diberi amaran supaya tidak membocorkan sebarang berita mengenai isu itu," katanya di hadapan lima panel RCI, pada Selasa.
Pendedahan di RCI itu membangkitkan banyak soalan, terutama mengapa agensi keselamatan Malaysia tidak bersedia dengan ketibaan penceroboh Sulu yang diketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram.
Pegawai polis Cawangan Khas itu memberitahu, di sebalik informasi itu, polis tidak mempunyai laporan perisikan mengenai penceroboh berkenaan, bila mereka akan tiba atau adakah mereka bersenjata atau tidak.
"Kami tidak tahu mengapa mereka hendak datang ke Malaysia, adakah untuk mencuri, menyerang atau melancarkan perang," katanya.
"Agak mustahil untuk memantau orang Sulu kerana mereka bebas keluar masuk sejak awal tahun 2000.
"Mereka ada keluarga dan saudara mara yang tinggal di Sabah dan mereka kerap datang untuk melawat. Memang sukar untuk memantau keluar masuk mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Terus Berdalih Enggan Dedah Syarikat Dakwat SPR

Posted: 17 Jul 2013 07:53 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dilihat terus berdolak-dalih untuk mengumumkan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu meskipun berulang kali diasak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).
Sebaliknya, Shahidan hanya mengumumkan nama syarikat yang mendapat kontrak pembekalan peralatan lain seperti topi iaitu Nash Ventures Sdn Bhd semasa berucap dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ketika ditemui mengesahkan, maklumat syarikat yang diumumkan Shahidan itu sama seperti yang diterimanya daripada sumber dalaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Walaupun syarikat ini tidak dimiliki secara rasmi oleh ahli perniagaan dari Singapura, Mohamed Salleh Mohamed Ali tetapi ia menggunakan alamat pendaftaran yang sama dengan syarikat lain di mana isteri Salleh adalah Pengarahnya.
"Itu maksud saya bahawa ada tiga syarikat yang memasuki rundingan terus dengan pihak SPR dengan ketiga-tiganya mendapat kontrak dakwat kekal, t-shirt dan topi," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau turut berpendapat pihak SPR mahupun Kerajaan Pusat tidak akan mendedahkan mana-mana syarikat lain dalam masa terdekat bagi mengesahkan dakwaan itu.
Kata Rafizi, Menteri menggunakan alasan sama untuk tidak mendedahkan nama syarikat berkenaan kononnya atas tujuan keselamatan.
"Sekarang ini terpulang kepada SPR bagaimana untuk menyelamatkan kredibiliti mereka kerana orang sudah tahu.
Read More / Baca Lagi >>

Setiausaha SPR: Rafizi tuduh di Dewan Rakyat kerana kebal di Parlimen

Posted: 17 Jul 2013 07:50 PM PDT


Pejabat Mohd Salleh dikatakan beroperasi dalam bangunan di Shah Alam ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 18 Julai, 2013.Pejabat Mohd Salleh dikatakan beroperasi dalam bangunan di Shah Alam ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 18 Julai, 2013.Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh membuat apa-apa dakwaan di Dewan Rakyat kerana mempunyai kekebalan sebagai anggota Parlimen, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria.
Kamaruddin turut menafikan beliau mengenali pembekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Md Ali yang dikatakan rapat dengan kepimpinan tertinggi badan pengendali pilihan raya itu seperti didakwa Rafizi.
Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila diajukan pertanyaan berhubung latar belakang Mohamed Salleh.
"Saya tidak mahu jawab. Saya tidak kenal siapa Mohamed Salleh," kata Kamaruddin ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.
"Rujuk direktori jika mahu menghubunginya," katanya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai reaksi balas kepada tuduhan Rafizi mengatakan urusan perbekalan dakwat kekal diuruskan oleh Kamaruddin dan urusetianya.
Beliau juga berkata dirinya dan timbalan tidak mencampuri urusan pembelian dakwat untuk mengelak pengundian berulang itu.
Rafizi pada Selasa lalu mendakwa, Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang beralamat di Shah Alam dikawal selia oleh Mohamed Salleh.
Cubaan The Malaysian Insider untuk menemui Mohamed Salleh di pejabatnya gagal dan hanya dapat berkomunikasi dengan seorang wanita penyambut tetamu syarikat berkenaan melalui interkom.
Dalam perbualan itu, wanita berkenaan memberitahu beliau tidak dibenarkan menjemput orang luar masuk dan enggan memberikan nombor telefon bimbit Mohamed Salleh.
Read More / Baca Lagi >>

TPP bukan perjanjian adil

Posted: 17 Jul 2013 07:48 PM PDT

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) PERJANJIAN Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan perjanjian adil dan bebas, tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengetepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosioekonomi.

Kenyataan itu dibuat Badan Bertindak Bantah TPPA Malaysia (BBBT), terdiri daripada gabungan 49 pertubuhan bukan kerajaan dalam satu kenyataan bersama.

Menurut BBBT, pelbagai cadangan dalam TPP lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk menetapkan undang-undang dan peraturan.

"Pelbagai bab dalam perjanjian TPP ini mengehadkan ruang untuk kerajaan menggubal dasar demi kepentingan masyarakat, termasuklah bab pelaburan dan kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada.

"Penyelesaian Pertikaian Pelabur – Negara (ISDS) dan Penyelesaian Pertikaian Negara-Negara (ISDS) adalah antara cara TPP menganugerahkan kuasa kepada syarikat antarabangsa untuk mereka mengetepikan sistem perundangan negara bagi menuntut pampasan kewangan tanpa had melalui tribunal antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Adakah SPRM siasat kos iklan BN RM73 juta?

Posted: 17 Jul 2013 07:47 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mohamed Hanipa Maidin [PAS-Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan adakah SPRM telah menyiasat pendedahan Nielsen Media Research bahawa Barisan Nasional dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan RM73 juta hanya untuk pengiklanan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Beliau mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menjejak tauke dakwat kekal..!!!

Posted: 17 Jul 2013 07:46 PM PDT

Menjejak tauke dakwat kekal SHAH ALAM – Nama Mohamed Salleh Mohamed Alli tiba-tiba jadi tumpuan apabila dikaitkan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat dua hari lalu sebagai pemilik syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd yang membekalkan dakwat kontroversi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk digunakan pada PRU13, Mei lalu.

Rafizi juga mendakwa Mohamed Salleh turut terlibat membekalkan topi, kemeja-T untuk digunakan petugas SPR.

Berpandukan maklumat yang dinyatakan Rafizi termasuk nombor kad pengenalan lelaki itu, Sinar Harian cuba menjejak Mohamed Salleh dengan tujuan bertemu dan mendapatkan reaksinya susulan dakwaan itu.

Daripada pencarian itu, didapati Mohamed Salleh Mohamed Alli adalah nama ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat yang beralamat di Seksyen 9, di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Penghinaan terhadap umat Islam salah Najib

Posted: 17 Jul 2013 07:43 PM PDT

Shahbudin Husin

Dalam bulan Ramadan kali ini, umat Islam negara ini menghadapi dua cabaran yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Pertama, penghinaan dan kebiadapan pasangan bukan Islam yang lebih dikenali dengan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang memaparkan juadah bak kut teh (sup tulang babi) sebagai hidangan berbuka puasa dalam laman Facebook mereka. Kedua, tindakan Duta Vatican City, Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian negara ini.
Kedua-dua perkara itu jelas menghina dan mencabar kesabaran umat Islam kerana ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Umat Islam tidak boleh menerima promosi biadap yang cuba dilakukan Alvin dan Vivian walaupun untuk maksud melawak dan bergurau senda. Begitu juga kita tidak boleh menerima tindakan duta negara asing yang cuba mencampuri urusan negara ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama Islam.
Bagi blogger seks itu, mereka kini sudah pun disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga polis selepas begitu banyak protes, bantahan serta laporan polis dibuat. Terbaru ini, pasangan itu juga turut menerima ugutan bunuh dan kecederaan sehingga mereka terpaksa membuat rayuan supaya dihentikan semua tindakan itu dengan alasan sudah meminta maaf.
Kini semuanya terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya sama ada mahu dihukum atau dibiarkan terlepas sebagaimana Namewee yang sebelum ini juga memghina orang Melayu dan lagu Negaraku. Tetapi sementara Peguam Negara memikirkan langkah selanjutnya, yang nyata bahawa kesabaran umat Islam negara ini ada hadnya. Tidak selamanya mereka boleh dihina dan dipijak kepala sebegitu rupa.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Maslan kata Malaysia ke-8 petrol paling murah, bukti ini sebaliknya..!!!

Posted: 17 Jul 2013 07:41 PM PDT

Pergh!!!!.. Semalam bukan main lagi gegakl gempita riuh rendah satu dunia sampai orang-orang kampong dan rancanag Felda terngaga mulut terlopong terpesona kagum campur kaget apabila di beritahu oleh Timbalan Menteri Kewangan Merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan betapa negara kita yang tercinta ini, Malaysia adalah negara kelapan paling murah jual petrol dan diesel kepada rakyat.

Maunya tidak beb!!! Maklumlah, negara kita boleh menjadi negara kelapan menjual petrol termurah kepada rakyatnya  seantaro dunia.

Juak-juak UMNO apa lagi.. modal ini dijaja seluruh negara bagi membuktikan betapa Malaysia dibawah UMNO cukup perihatin nasib yang menimpa rakyatnya.

Tetapi Ahmad Maslan dan juak-juaknya lupa...Kalau bercerita zaman belum adanya internet mungkin rakyat boleh ratah mentah-mentah dan telan hidup-hidup.

Ini zaman IT.. zaman informasi dihujung jari.

Semak-semak punya semak..belek punya belek...Akhirnya dapati Ahmad Maslan ni kaki penipu besar!!!

Sebenarnya mengikut Petrol prices around the world, July, negara kita menjual kepada rakyat adalah negara ke tujuh belas termurah bukannya nombor lapan.

Tak kanlah nombor tujuh belas dan lapan pun sebagai Timbalan Menteri Kewangqan Mat Maslan tidak tahu bezakan!!!!..Kalau gini dia lebih teruk mengira dan kenal huruf dari Rais Yatim ni.
Read More / Baca Lagi >>

Saman pilihan raya terhadap SPR tak langgar perlembagaan

Posted: 17 Jul 2013 07:39 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Saman terhadap tujuh ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melanggar perlembagaan, kata ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Beliau membidas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang mengatakan cubaan mengetepikan seluruh keputusan pilihan raya umum ke-13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bercanggah dengan Perlembagaan.
sivarasa_rasiah"Timbalan Pengerusi dan tujuh ahli SPR didakwa enggan dan dengan sengaja menyebabkan kegagalan dakwat kekal.
"Mereka bertindak menipu, memungkiri hak berperlembagaan plaintif," kata Sivarasa pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Kata Sivarasa, sekiranya mahkamah menemui bahawa SPR curang dan melanggar hak perlembagaan, Pakatan Rakyat akan mendapatkan 'consequential reliefs' bahawa 222 kawasan parlimen tidak sah.
"Dan pegawai SPR sama perlu disingkirkan, manakala pilihan raya semua boleh dijalankan oleh anggota baru yang boleh dipercayai," katanya.
Sivarasa merujuk kes Union Bank of India lawan Association for Democratic Reform (2005) 5 SCC 294 di mana Mahkamah Agung India, dalam satu cabaran perlembagaan mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Read More / Baca Lagi >>

“Berapa ramai perlu mati untuk tubuh IPCMC?

Posted: 17 Jul 2013 07:39 PM PDT

Shamsul-AMKKUALA LUMPUR, 17 JULAI: Berapa ramai lagi rakyat Malaysia perlu mati dalam tahanan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Demikian reaksi spontan beliau sebaik diminta memberi respon berhubung kematian Chew Siang Giap, 26, di Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Batu Gajah, Perak hari ini.
Kata Shamsul, dengan insiden terbaru, apakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mahu terus menegakkan benang yang basah.
"Kematian dalam tahanan telah menjadi polemik dan isu besar negara. Saya tak jangka Zahid mampu beri jaminan tidak ada lagi kematian dalam tahanan," katanya kepada Keadilandaily.
Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar hari ini mengedarkan satu laporan polis dibuat bapa mangsa, Chew Ba di lobi Parlimen
Bapa mangsa yang menerima panggilan telefon daripada Pusat Pemulihan Akhlak memaklumkan kematian anaknya sekitar jam 2.19 pagi tadi.
Setiba di Hospital Batu Gajah pada jam 8.30 pagi untuk pengecaman mayat mangsa, Chew memberitahu penemuan 'kesan hitam seperti calar pada telinga, bahu dan peha' pada mayat badan anaknya.
Justeru kata Shamsul, telahan Zahid bahawa IPCMC bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan punah dengan kes terbaru yang dibuktikan.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid Hamidi Didakwa Cuba Kelirukan Isu IPCMC

Posted: 17 Jul 2013 07:38 PM PDT


KUALA LUMPUR, 17 JUL : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa supaya memohon maaf kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya sebelum ini yang mendakwa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
LOGO POLIS BARU-EDITAhli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam satu sidang media hari ini menyifatkan kenyataan Zahid berhubung penubuhan IPCMC dalam sesi Parlimen baru-baru ini adalah sebagai salah, terpesong dan mengelirukan.
Ini kerana menurutnya, Artikel 140 (1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan bahawa Parlimen mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang bagi mengawal dan melaksanakan tindakan disiplin ke atas pasukan polis.
"Mengikut Artikel 140 (1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan: "Dengan syarat bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi perjalanan apa-apa kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis mengikut apa-apa cara oleh mana-mana pihak berkuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang itu."
"Zahid perlu memohon maaf kepada Dewan Rakyat atas kenyataan yang dibuat kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada dewan," katanya kepada pemberita.
Read More / Baca Lagi >>

TUDUHAN AHLI PARLIMEN KINABATANGAN ... BLOGGER SEKS YANG HINA ISLAM PENYOKONG DAP!

Posted: 17 Jul 2013 07:37 PM PDT


BIARKAN RAKAMAN GAMBAR BERBICARA.....Malas nak ulas dan komen panjang lebar sebab dengan rakam gambar-gambar diatas boleh menjelaskan dengan seribu perkataan siapa para blogger ini menyokong.

Kenapa pengundi Kuala Besut mesti pilih PAS

Posted: 17 Jul 2013 07:31 PM PDT


Dengan memilih PAS, kedudukan bilangan kerusi di Dun Terengganu akan menjadi seimbang 16:16 antara PR dan BN.

Sekalipun tampuk pentadbiran negeri tidak akan bertukar dengan munculnya angka 16:16 sebagaimana yang dicanangkan kepimpinan Umno, kedudukan genting bagi Umno/BN ini dengan sendirinya akan menjadi faktor pendesak semulajadi untuk BN menunaikan janji-janjinya yang ditabur sepanjang kempen.

Kita memaklumi 'ketulusan' Umno berkhidmat kepada rakyat adalah demi kelangsungan kuasa dan undi, projek-projek yang telah diletakkan batu asas sepanjang kempan PRK walaupun dikatakan perancangannya telah lama, cuma 'kebetulan' berlakunya kematian wakil rakyat, hakikatnya adalah 'perletakan batu asas pancing undi'.

Perlaksanaannya? Belum tentu! Kalahnya BN dalam PRK Kuala Besut ini akan memberi kekuatan  jaminan untuk rakyat Kuala Besut melihat tegak 'sengoti' Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dan Rumah Pangsa Mampu Milik Tok Saboh sebagaimana dijanjikan, jika hal sebaliknya, menangnya BN akan menjadikan mereka selesa, lena tidur dan persetankan dengan segala janji-janji yang telah ditabur. Semaklah rekod-rekod perlaksanaan janji BN dalam beberapa siri PRK sebelum ini.

Mudah kata, undi PAS di Kuala Besut, rakyat tak akan rugi apa-apa.

Tentunya ada yang tak bersetuju dengan pandangan di atas, sebaliknya berpendapat dengan 16:16, Kuala Besut akan mencatat sejarah baru! PR akan memerintah Terengganu.

Nah! Ini pastinya lebih baik sebab ianya akan memberikan peluang kepada PR Terengganu melaksanakan janji-janji manifesto yang telah dibentangkan kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Rayuan Che Long Pada Pengundi

Posted: 17 Jul 2013 07:28 PM PDT

PRK Kuala Besut: Rakyat nafi dakwaan Ahmad Said

Posted: 17 Jul 2013 02:57 PM PDT


Rumah penduduk dibina di penempatan berkelompok di Kampung Lay Out (Beris Lampu).

BESUT: Dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kononnya tidak ada hitam putih tanah dilulus kerajaan negeri kepada rakyat semasa ditadbir PAS dinafikan penduduk.

Ada di antara mereka memberitahu sudah membayar lebih RM300 pada 2002 sebagai bayaran awal untuk mendapat hak milik secara sah.

Mereka juga sudah mengisi borang permohonan tanah dan pegawai penempatan dari Pejabat Daerah Besut telah mengukur kawasan berkenaan.

Di Kampung Padang Luas Dalam kawasan seluas tiga ekar diberi kepada penduduk yang layak. Setiap lot seluas hampir suku ekar.

Seorang penduduk Hussin Abdullah, 71 dari Kampung Padang Luas berkata, tanah tersebut dilulus lesen menduduki sementara (TOL).

"Saya telah menjelaskan sebahagian untuk bayaran premium dan telah membina pagar di sekeliling lot berkenaan. Hanya tunggu duit mencukupi untuk dibuat rumah," katanya di sini.

Malah kata beliau ada penduduk lain yang sudah membina rumah di lot berkenaan.

Ahmad dalam laporan media hari ini mendakwa tidak ada hitam putih dikeluarkan kerajaan PAS ketika mentadbir Terengganu pada 1999-2004 terhadap tanah yang diberi kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Serang Peribadi Calon, Umno Ketandusan idea

Posted: 17 Jul 2013 02:51 PM PDT

PRK Kuala Besut: Che Long jawab tohmahan media

Posted: 17 Jul 2013 07:19 AM PDT

PRK Kuala Besut: MB akui empat pemimpin Umno Besut miliki tanah 1 hektar

Posted: 17 Jul 2013 07:17 AM PDT

PRK Kuala Besut: Che Long Nok Ssaing Nga Oghe Pulau Perhentian

Posted: 17 Jul 2013 07:06 AM PDT

PRK Kuala Besut: Che Long Bersama Pengundi Pulau Perhentian

Posted: 17 Jul 2013 07:06 AM PDT

Tiada ulasan: