Tukar Tiub |
- UCAPAN SELAMAT BERPUASA
- SELAMAT BERPUASA - HARI PERTAMA
- SHAHRIZAT JADI LEMBU
- PETANG - SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA
- UCAPAN TAHNIAH!
- BERITA DARI MESIR - REVOLUSI DI BAJAK LAGI
- ISA HAPUS JENAYAH? KAH KAH KAH
- MUHYIDDIN TELAH MENGELUARKAN MANIFESTO
- TEATER TAMARROD - BANGUN MELAWAN
Posted: 09 Jul 2013 06:47 PM PDT KENYATAAN MEDIA 10 JULAI 2013 Alhamdulillah, dengan izinNya maka kita dapat memulakan ibadah Ramadhan untuk sekalian kalinya tahun ini. Saya dan Azizah mengambil kesempatan ini mewakili keluarga dan seluruh kepimpinan KEADILAN mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem 1434H kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Ramadhan adalah bulan pembersihan dan penyucian jiwa dan Allah memberi ruang secukupnya untuk kita memanfaatkannya. Justeru wajarlah digunakan segenap masa sebaiknya agar Ramadhan benar-benar memberi makna kepada kita semua. Akhir sekali, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar kuatkan iltizam, istiqamah dalam perjuangan, lipatgandakan amalan dan teruskan berdoa untuk keselamatan saudara-saudara Islam kita di Palestin, Syria dan Mesir. ANWAR IBRAHIM AZIZAH WAN ISMAIL ---------- | ||
SELAMAT BERPUASA - HARI PERTAMA Posted: 09 Jul 2013 12:55 PM PDT BERSAHUR DI RESTORAN TIKUS JAM 3:00 PAGI IKAN GORENG SAYUR BAYAM UBI KENTANG IKAN GORENG SAMBAL TERONG dan dan PETAI RESTORAN TIKUS sila cari dimana agaknya satu ketika dahulu jika makan dalam restoran ini pasti akan nampak tikus mundar mandir pasti nampak tikus berlari lari sekarang telah tidak ada tetapi namanya masih lagi restoran tikus ------ | ||
Posted: 09 Jul 2013 12:45 PM PDT KERAJAAN BERADA DALAM KEADAAN SUKAR UNTUK MENGUTIP RM250 JUTA DARI NFC Saya merujuk kepada laporan terkini bahawa kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melantik satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC. Laman The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan operator baru bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC. Ini menimbulkan persoalan baru mengenai kemampuan kerajaan mendapatkan semula jumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini. Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya telah dirampas setakat ini. Beliau juga menerangkan bahawa operasi NFC telah dihentikan sepenuhnya sejak akhir tahun lepas. Pada anggaran saya, nilai harta yang telah disita dari NFC setakat ini adalah sekitar RM18 juta (RM14 juta dari kondominium, RM2 juta setiap plot tanah yang dirampas). Setakat Mac 2012, sejumlah RM181 juta telah pun diserahkan kepada NFC seperti jawapan Menteri Kewangan di dalam Dewan pada sidang yang lepas, bermakna dari RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC, hanya RM69 juta yang masih lagi boleh ditarik balik oleh kerajaan. Saya tidak menimbulkan isu ini sebelum ini untuk memberi peluang kepada kerajaan menggunakan sepenuh kuasanya untuk menyita dan mengambil balik setiap aset kekal dan tunai dari NFC dan pengarah-pengarahnya. Jawapan menteri bahawa hanya sekitar RM18 juta aset yang telah dirampas setakat ini dan keputusan untuk menganugerahkan projek ini kepada satu operator baru tanpa pertanggungjawaban terhadap hutang RM250 juta mengesahkan bahawa kerajaan bakal menghadapi kesukaran untuk mengutip baki dana yang dianggarkan sebanyak RM163 juta[1]. Ini adalah kerana sebab-sebab berikut: 1. NFC sudah tidak lagi beroperasi dan bukan lagi sebuah perniagaan going concern. Oleh itu, ia boleh dikira sudah tidak berupaya menanggung hutangnya dan bakal melalui proses muflis 2. Sebahagian dari dana itu telah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset, termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset 3. Kerajaan tidak mengenakan jaminan peribadi (personal guarantee) ke atas pengarah-pengarah NFC yang menyebabkan tanggungjawab mereka terbatas kepada pegangan saham mereka di dalam syarikat itu Saya kesal kerana walaupun kesemua perkara ini telah dibawa ke pengetahuan umum lebih awal, tiada tindakan susulan diambil mengikut desakan yang telah dibuat. Dalam keadaan sekarang, saya beranggapan bahawa dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi Ahli Parlimen Pandan 9 JULAI 2013 ------- | ||
PETANG - SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA Posted: 09 Jul 2013 05:00 AM PDT PETANG INI pagi hujan turun saperti telah dijanjikan apabila puasa sampai maka bumi redup saperti telah dijanjikan bumi akan redup tunduk bersama manusia menyambut bulan puasa pagi hujan turun membawa cerah mata hari petang menolak jerebu entah kemana di pasar chow kit sibuk padat berasak aku mencari ambience mencari suasan permulaan puasa ikan udang sotong tinggal yang tidak terpilih yang segar telah dipungut oleh mak cik oleh kakak oleh abang yang datang awal buah manggis sedang bermusim murah dan lumayan jika ada buah yang paling terkawal selain durian pastilah manggis dikawal rapi oleh kulitnya yang merah ranum dikawal rapi oleh kulitnya yang hitam gelap dikawal rapi dengan kulitnya yang menjadi simin lalu akau ucapkan dipetang ini dipetang yang sejuk dipetang yang cerrah selamat menyambut bulan puasa | ||
Posted: 08 Jul 2013 11:30 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB tahniah! kepada snowden anak muda yang berani yang mendapat suaka politik di venezuela tahniah dan syabas kepada venezuela negara yang berani melawan kuasa imperialis amerika terima kaseh pada russia kerana tidak mempedulikan tuntutan imperialis amerika LATAR edward snowden pekerja kontrek untuk cia pekerja untuk jabatan keselamatan amerika snowden telah membocorkan kepada dunia tentang kerja jahat amerika snowden telah membocorkan projek PRISM PRISM adalah projek kuasa imperialis amerika untuk membajak dan mengintip semua panggilan talipon dalam dunia semua surat menyuarat email dalam dunia semua data di face book dalam dunia semua data di google semua data di yahoo NOTA apakah kapal terbang yang membawa snowden ke venuezuela akan dibajak? kapal terbang evo morales presiden bolivia yang pulang dari moscow telah tidak diberi kebenaran terbang melintas sepanyol menuju ke amerika latin presiden bolivia terpaksa singgah ke austria kita lihat dan tunggu Venezuela confirms receipt of Snowden asylum request Venezuelan President Nicolas Maduro has confirmed that his country received an official request for asylum from NSA whistleblower Edward Snowden on Monday. This comes after Nicaragua received his asylum application at its Moscow embassy. "We received a letter requesting asylum" from Snowden, revealed Maduro, during a press conference prior to a meeting with Panama's president, Ricardo Martinelli. The fugitive "will need to decide when he will fly here," added the Venezuelan head of state. Maduro Maduro last week said that his country would provide Snowden with a safe haven from "persecution from the empire."
| ||
BERITA DARI MESIR - REVOLUSI DI BAJAK LAGI Posted: 08 Jul 2013 09:14 PM PDT REVOLUSI DI BAJAK LAGI tentera mesir yang merampas kuasa minggu lalu telah mula mengganas diberitakan 51 warga mesir telah gugur tewas keadaan masih tidak menentu gerakan tamarrod anak muda telah dibajak sekali lagi kali ini oleh tentera tentera mesir satu lembaga tentera sebenarnya bukan lembaga tentera ianya adalah daulah dalam daulah tentera mesir mendapat sokongan kuat dari amerika mendapat dana dari amerika mendapat senjata dari amerika tentera mesir mendapat sokongan kuat dari zionis israel kini tentera mesir sedang menunjukkan taring ganasnya | ||
ISA HAPUS JENAYAH? KAH KAH KAH Posted: 08 Jul 2013 08:30 PM PDT ISA HAPUS JENAYAH? zaman mamakhateer dulu guna isa utk tahan peragut dompet ke? zaman mamakhateer dulu guna isa utk tahan pencuri pecahrumah ke? zaman mamakhateer dulu guna isa utk tahan perogol bacol ke? ohhh... mamakhateer kata cegahhh... katakunci dia cegah, jadi memanglah semua kat atas tu takde buat, sebab semua tu kejadian jenayah yg dah berlaku, memanglah tak dapat nak cegah dahhh... tapi yg orgramai risau dan marah sekarang ni kebanyakannya berkaitan jenayah yg 3 tu lahhh... itu la kenyataan yg makin menjadi2 sekarang ni, bukan sekadar persepsi. tak pecaye tanya menantu abah. jadi tokmoyangtua mamakhateer, cicit mau bertanya, apa kaitan langsung atau kaitan besar antara isa dgn cegah 3 jenayah atas tu??? ohhh... tokmoyangtuadahganyuttapibelummampus ternyanyuk sebab dah sangat tua ye, terdengar org sembang2 pasal isa, ingatkan depa maksudkan isa kakipendek dari bukit pelanduk yg buat jenayah rasuah tu ye??? siannn tokmoyangtuadahganyuttapibelummampus dah nyanyuk, ish ish ishhh... -average on AUTA KELING DARI ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/8/13 Mansuh ISA punca jenayah naik Kuala Lumpur: Pemansuhan beberapa akta menjurus kepada pencegahan sebelum ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kekerapan berlakunya jenayah di negara ini, kata Mahathir Mohamad. Dia berkata, punca peningkatan jenayah disebabkan kurangnya tindakan pencegahan yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO) ------- | ||
MUHYIDDIN TELAH MENGELUARKAN MANIFESTO Posted: 08 Jul 2013 07:48 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB BAKAL PM MALAYSIA apa makna berita berita ini? maknanya berita ini adalah garis politik muhyiddin ini garis yang jelas garis politik muhyiddin yang akan melanggar najib muhyiddin telah telah ditanya media nak bertanding atau tak nak bertanding muhyiddin jawab bila tiba masa akan beri jawapan sama ada akan bertanding.h atau tidak ditahap ini muhyiddin senyap dalam hal tanding atau tidak muhyiddin BELUM beri komen sebenarnya keputusan telah dibuat muhyiddin akan bertanding muhyidin akan lawanb najib kenyatan yang sekarang keluar dari mulut muhyiddin ialah manifesto muhyiddin manifesto garis melayu muhyiddin ambil garis politik melayu ini berbeza jelas dengan garis politik najib yang tak tentu hala yang flip flop yang kluk klak yang di kawal oleh bini NOTA jangan lupa gerakan terajang najib sekarang masih bergerak cergas kah kah kah UMNO benteng hadapan negara PAGOH 8 Julai - Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin menyeru lebih tiga juta ahli UMNO menjadi benteng paling hadapan menentang mana-mana pihak yang mengganggu-gugat hak dan keistimewaan Melayu serta cubaan menjadikan Malaysia negara republik. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, orang Melayu masih mahukan UMNO bersuara dan lantang mempertahan perkara tersebut yang kini dilihat seperti kurang dijuarai parti itu. "Sebab itu bila ada orang ancam kedudukan kaum kita, kita tidak boleh diam diri, kita kena bangkit dan bangun menentang mereka. Tidak boleh biarkan mereka begitu sahaja, baik dalam bentuk suara, tindakan atau keberanian kita. 'UMNO kena terus juarai hak Melayu'Muhyiddin minta ahli, kepemimpinan bersuaraPagoh: Muhyiddin Yassin meminta kepemimpinan UMNO terus menjuarai isu hak Melayu dan Bumiputera yang sering diperkotak-katik sesetengah pihak. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, ada pihak kini berpendapat UMNO, termasuk sayapnya seperti Pemuda dan Wanita sudah semakin senyap. -------- | ||
TEATER TAMARROD - BANGUN MELAWAN Posted: 08 Jul 2013 07:24 PM PDT MALAM INI JAM 9:00 MALAM INI JAM 9:00 radio bangsar utama akan menemu bual fareed jamaluddin pengarah treater ini akan menemu bual faizal mustapha penerbit teater ini station punk rock radio bangsar bersama teater selak-serak JEMPUTAN KHAMIS INI SELAK:SERAK arahan Fared Jamaluddin dari produksi Rumah Anak Teater (RAT). Teater ini akan dipentaskan bermula 11 Julai 2013 di PJ Live Arts, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam Harga tiket diantara RM50 hingga RM25 tempahan dalam talian di www.tix.my tempahan panggilan di 03-79-60-04-39 dan 017-228-98-46. Sepuluh peratus hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Tabung Membantu Mangsa Mati Dalam Tahanan. -------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan