Khamis, 25 Julai 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MAT MONGOL TELAH BERSABDA

Posted: 25 Jul 2013 07:00 PM PDT





Maqasid Syariah jadi junjungan

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kerajaan akan sentiasa memastikan segala pelaksanaan dalam pentadbiran negara menjunjung Maqasid Syariah sebagaimana terkandung di dalam al-Quran untuk memandu Malaysia ke arah kejayaan, kemajuan dan kemakmuran.

Najib Tun Razak berkata, ini kerana kemajuan yang didorong al-Quran adalah seimbang, holistik serta adil kepada semua tanpa mengira kaum, bahasa dan agama kerana kitab suci itu merupakan pedoman yang cahayanya tidak akan padam.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...APA MUNKEEE NI CAKAP?.... kah kah kah..

kah kah kah...MU KI SID MU KI SID NI APA?..... kah kah kah..

kah kah kah...INI JENAMA BARUT UNTUK ROSMAH KE?.... kah kah kah..

kah kah kah.,..ATAU NAMA PEGAWAI POLIS DARI KOTA PARIS?.... kah kah kah..

woit.... MUNKEE NI TAHU KE...APA YANG DIA SENDIRI CAKAP... kah kah kah..

kah kah kah...APA JADI DENGAN  WAK  TAK SETIAHAH... kah kah kah..

kah kah kah...APA JADI DENGAN ISLAM ADA HAD ADA HARI..... kah kah kah


---------

AKAN DI DAKWA DI MAHKAMAH ISNIN INI

Posted: 25 Jul 2013 06:00 PM PDT




    SILA  BERI BANTUAN 
      KES MAHKAMAH



RAYUAN BANTUAN WANG JAMINAN

 MAHKAMAH DAN BANTUAN GUAMAN

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan sekutu gerakan anak muda lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sentiasa kedepan dalam menyusun massa rakyat termasuk siri mobilisasi protes terbuka bagi menyuarakan perbagai isu rakyat. Khususnya selepas PRU ke 13 isu penipuan SPR menjadi tumpuan mobilisasi. Kami terlibat secara langsung menjadi pengerak utama dalam hampir semua mobilisasi.

Semua dilakukan secara rela tanpa arahan atau mengharap imbuhan hanya demi melihat negara ini diselamatkan. Semua dilakukan dengan sedar betapa tinggi risiko yang bakal dihadapi termasuk terpaksa menyediakan wang jamin dan khidmat guaman jika didakwa.

Bermula dengan kes pendakwaan Safwan Anang dibawah akta hasutan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, syukur peguam datang secara sukarela tanpa bayaran tetapi SAMM telah mempersiapkan wang jamin sebanyak RM 5,000 bagi mengeluarkan Safwan dari penjara Sg. Buloh.

Kemudian kes che'GuBard yang didakwa sebagai penganjur Himpunan #suararakyat505 #blackout505 di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya di mana che'GuBard setakat dua sesi mahkamah ini mewakili diri sendiri dan dalam proses mencari peguam sukarela. Cuma agak bernasib baik dalam membela diri sendiri che'GuBard mencipta sejarah berjaya membuatkan Hakim memutuskan dibenar ikat jamin tanpa nilai wang.

Selepas itu Azhar Achil, Penyelaras SAMM Selangor juga telah didakwa di Mahkamah Majisteret Kelang kerana dituduh menganjurkan Ceramah Mobilisasi menjelang program #blackout di Padang Merbok. Beliau yang juga dalam mewakili diri sendiri mahkamah telah menetapkan RM 4,000 sebagai ikat jamin dan wang tabungan SAMM digunakan.

Satu lagi kes dimana SAMM telah masuk wang ikat jamin ialah apabila aktivis pelajar sdr. Akram Ahmar yang didakwa engkar bersurai di depan Lokap Berpusat PDRM Jinjang ketika acara solidariti bersama Adam Adli yang direman telah diminta RM500 oleh mahkamah untuk diikat jamin.

Cabaran paling besar menjelang Syawal , Isnin ini 29 Julai tangkapan kejadian protes di depan Parlimen pada hari pertama sesi parlimen akan didakwa. Seramai 33 orang akan didakwa (3 daripadanya wanita). Berdasarkan makluman dari pegawai penyiasat (IO) kes berkenaan dari IPD Dang Wangi menyatakan 33 akan dituduh dibawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai himpunan haram dan 17 orang dari mereka akan diberikan tuduhan tambahan iaitu akta 147 iaitu cubaan merusuh.

Jumlah cukup besar iaitu seramai 33 orang, bayangkan jika seorang wang jamin RM3,000 bagi satu kesalahan maka ia mencecah RM150,000 nilai jaminan yang diperlukan. Jika tidak maka akan ada yang akan berpengalaman meraikan Eidulfitri dalam Penjara Sungai Buloh.

Kepada peguam yang sudi membantu untuk memberi khidmat guaman secara sukarela kami mohon untuk tampil ke depan dari seluruh negara kerana selain kes ini kami akan cuba membina rangkaian peguam rakyat bagi kes-kes perlawanan rakyat di seluruh negara.

Kepada yang berkemampuan diharap dapat bersama menyumbang bagi kami mengumpulkan dana yang cukup bagi tujuan ikat jamin, jika ada baki maka akan dikumpulkan bagi menjamin orang kena tuduh (OKT) berkaitan kes perlawanan rakyat dimasa hadapan.

Wang jamin mahkamah ini tidak hilang selepas kes selesai ia boleh diambil balik. Untuk itu bagi penyumbang dana dalam jumlah besar dan punya keberanian agar tampil ke depan sebagai penjamin sendiri dan wang jaminan akan dibuat dalam buku akaun dibawah nama penyumbang (dalam akaun bank yang dibekukan mahkamah) dan selepas kes selesai penyumbang boleh tampil ke mahkamah dapatkan surat bagi mengambil semula wang jamin tersebut.

Kepada peguam yang sedia berkhidmat harap dapat hubungi Safwan Anang 0148408219, Azmir Mustafa 0122231239 dengan smskan atau email ke samm4anakmuda@gmail.com butiran akuan sedia menyediakan khidmat guaman dan di mana .

Bagi penyumbang dana bagi tujuan membantu gerakan dan khususnya ikat jamin kes 33 orang yang akan didakwa Isnin (29 Julai ini) boleh terus masukkan ke akaun Maybank 555041113224 atas nama Solidariti Anak Muda. Selepas menyumbang harap dapat sms ke no 0126937908 atau email ke samm4anakmuda@gmail.com bagi makluman pengesahan.

Kami anak muda tekad untuk terus berjuang dengan sedaya upaya kami demi menyelamatkan satu satunya tanah air kita bersama , Malaysia. Namun kini kami memerlukan anda bersama semampu boleh.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Penyelaras SAMM





---------

SAHEH - FAKTA MEMBUKTIKAN

Posted: 25 Jul 2013 08:00 AM PDT





 GEMOK DAN MENTAL



Satu Peratus Rakyat Malaysia Hadapi Sakit MentalTerkini

KUALA LUMPUR Satu peratus daripada keseluruhan (28.3 juta) penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Hilmi Yahaya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit.... SATU PERATUS MENTAL... kah kah kah..

kah kah kah...16 JUTA GEMOK.... kah kah kah..

kah kah kah... SAHEH... MACAM ROSMAH.... kah kah kah..

kah kah kah...GEMOK DAN MENTAL.... kah kah kah



--------

LAWAN AJARAN SUNNI WAL RASUAH

Posted: 25 Jul 2013 07:00 AM PDT



KERETA INI SIAPA EMPUNYA?



Kerajaan Perlu Bertindak Tegas Halang Penyebaran ajaran Sunni Wal Rasuah Di IPT - Pemuda PAS
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mahu kerajaan bertindak tegas menghalang penyebaran ajaran Sunni Wal Rasuah, terutama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini.
Timbalan Ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, yang menyambut baik tindakan kerajaan menyiasat aktiviti  Sunni Wal Rasuah dalam aktiviti pembalakan  di Kelantan. Pembalakan melalui jalan rasuah ini  boleh merosakkan akidah dan boleh mencetuskan perbalahan besar kerana berebut ghanimah..
"Tindakan kerajaan menyiasat berapa harga sebuah mini cooper baru-bari ini adalah tepat. Tindakan ini berdasarkan kepada peruntukkan Syeksen 5, Akta Pertubuhan Anti-Rasuah 1966. Ianya  amat tepat pada masanya memandangkan mini cooper ini amat mahal dan sedang menimbulkan kekeliruan umat Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
SILA
DAFTAR SEKRANG

----------


SELAMAT BERBUKA PUASA

Posted: 25 Jul 2013 04:08 AM PDT




INGAT INGATAN ITU
kelmarin aku terbaca berita tentang edward snowden
dia akan dibenarkan meninggalkan ruang tamu
lapangan terbang moscow
dia akan masuk ke dalam kota

hari ini aku terbaca
berita edward snowden 
dia ambil keputusan
tidak akan meninggalkan ruang tamu itu

aku tahu rasanya
aku tahu rasanya menunggu suaka politik
debaran hati
debaran jantung
harapan dan mimpi mimpi

lalu aku teringat
satu ketika dahulu
aku juga pernah tersangkut disitu

imej imej itu datang kembali
imej imej segar mengingatkan aku
pada musim runtuk kota moscow
Add caption
salju tebal menimbuskan lapangan terbang
aku tidak tahu dimana aku
aku tidak tahu akan ke mana aku

lalu aku terkurung

setiip kali aku dilapangan terbang
setiap kali aku teringat
lapangan terbang bombay aku  ditahan
lapangan terbang gibraltar aku ditolak keluar

nah hidup ini satu perjalanan


HARI KE 16
jerebu sedang menyerang
cuaca redup dan bahang

ada rintik rintik
tapi tak jadi

selamat berbuka puasa


-----------

BURU SAMPAI TERSUNGKUR

Posted: 25 Jul 2013 03:23 AM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
pengerusi dan timbalan pengerusi
wajib diburu hingga tersungkur


CABARAN PENGERUSI & TIMBALAN PENGERUSI SPR:
JANGAN CUBA LARI DARI ISU KEGAGALAN SPR DI BAWAH TANGGUNGJAWAB MEREKA

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang kononnya mencabar saya mengulangi ucapan di dalam Dewan Rakyat dengan menyebut secara khusus nama mereka membayangkan bagaimana partisannya dan berat sebelahnya kedua-dua mereka ini. Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti "anak jantan", "menipu" dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik.

Saya telah ulang pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan amalan perolehan yang meragukan di luar dewan. Saya telah mempersoalkan peranan dan keterlibatan pimpinan SPR di dalam proses ini yang menghakis sepenuhnya keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan kebebasan SPR.

Sebagai pimpinan tertinggi SPR, kedua-dua mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada kesemua perkara ini – dari kegagalan dakwat kekal sehinggalah kepada perlantikan pembekal melalui rundingan terus yang membolot kontrak-kontrak pembekalan tetapi gagal melaksanakannya dengan baik.

Kenyataan di luar dewan yang telah saya buat adalah mencukupi untuk mereka mengambil tindakan undang-undang. Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar mencabar, "siapa lebih anak jantan" seperti yang dimainkan oleh kedua-dua mereka sekarang.

Isu sebenarnya adalah kegagalan kedua-dua mereka mengendalikan pilihanraya dengan adil, bebas dan telus. Ini dibuktikan dengan pelbagai laporan dan dakwaan terhadap mereka, terutamanya kegagalan pelaksanaan dakwat kekal. Apabila diselidiki, didapati bahawa kegagalan dakwat kekal itu berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain.

Sebagai pimpinan tertinggi SPR, mereka perlu bertanggungjawab di atas kegagalan ini.

Jika mereka benar-benar menjalankan tugas dengan baik, sudah tentu mereka boleh menjawab persoalan-persoalan berikut yang menurunkan lagi keyakinan rakyat terhadap SPR:

1.      Kenapa syarikat-syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihanraya SPR termasuk dakwat kekal?
2.      Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihanraya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? Apakah benar kedua-dua mereka lepas tangan sepenuhnya dalam hal ehwal pembekalan sedangkan ia adalah aspek paling utama pelaksanaan dakwat kekal yang diwar-warkan mereka?
3.      Apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak terlibat langsung di dalam sebarang perbincangan mengenai dakwat kekal, termasuk demonstrasi, kandungan kimia, kaedah pelaksanaan dan lain-lain?
4.      Semasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR menjawab pelbagai pertanyaan media mengenai dakwat kekal, apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak berbincang langsung mengenai perkara ini dengan pegawai-pegawai lain? Mustahil Pengerusi dan Timbalan Pengerusi menjawab media tanpa pengetahuan dan maklumat awal mengenai pelaksanaan dakwat kekal termasuklah hal ehwal logistiknya seperti pembekalan dan lain-lain?
5.      Kenapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR beriya-iya mahu melindungi dan menyembunyikan identiti pembekal dakwat kekal sedangkan pembekal ini telah merosakkan kredibiliti SPR di mata rakyat?

Tugas kedua-dua mereka adalah untuk menjawab perkara-perkara ini, bukannya berlagak dengan cabar-mencabar. Jika pendedahan saya itu salah, kenyataan saya di luar dewan sudah cukup untuk mereka mengambil tindakan undang-undang.

Namun, kedua-dua mereka kini bersembunyi di sebalik isu cabar-mencabar kerana tidak berani untuk menjawab kelima-lima soalan yang berlegar di fikiran rakyat kini. Hakikat bahawa mereka lebih lantang cabar mencabar dari membersihkan nama SPR dengan menjawab soalan-soalan ini membayangkan ada perkara yang tidak telus yang mahu disembunyikan.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan


SILA MENDAFTAR
SEKARANG


-----------

DIMANA BUKU TIPU PILIHAN RAYA - BOLEH DITEMUI

Posted: 25 Jul 2013 01:30 AM PDT




KITAB  BERTAMAROD



DIMANA BUKU 
TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA 
BOLEH DITEMUI


RANGKAIAN KEDAI BUKU BORDERS
Borders Garden
Borders The Curve
Borders Times
Borders Tropicana
Borders Queensbay

Kinokuniya Bookstores KLCC


RANGKAIAN KEDAI BUKU MPH
MPH-Bangi Gateway
MPH Taman Maluri
MPH Spring, Kuching
MPH Subang Parade
MPH Setia Alam
MPH Shah Alam
MPH Mid Valley
MPH Mahkota Parade, Melaka
MPH Online
MPH Jusco Seremban
MPH Gianta Stadium Shah Alam
MPH Johor Bahru City Square
MPH Alamanda Putrajaya
MPH Alpha Angle (Jusco)
MPH 1U2


Silverfishbooks Bangsar


RANGKAIAN KEDAI BUKU TIMES
Times The Bookshop (M) Sdn Bhd
Times Warisan Square, Kuching
Times SURIA, KK
Times Pavilion
Times Paragon, Penang
Times Hartamas
Times GIZA, Sunway
Times CITTA Mall
Times Bangsar Shopping Centre
Times 1Borneo, KK

---------

GUINNESS BOOK OF WORLD RECORDS

Posted: 24 Jul 2013 11:21 PM PDT



 APA JADI 
DENGAN 
KULUM BIA
MULUT BESAR 
KULOM DIA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

 woit.... INI JADI  GUINNESS  BOOK OF WORLD RECORD.... kah kah kah..

kah kah kah...BERTUNANG TIGA TAHUN.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK ENTOT ENTOT.... kah kah kah..

klah kah kah...INI LAH HASIL LATIHAN TENTERA DIPORT DICKSON.... kah kah kahj

NOTA
polis new york
masih mencari 
bakal menantu rosmah

polis paris pulak
sedang siasat 
bini rosmah
kah kah kah

NOTA
anak bini
bersan dan menantu
semua ada kes interpol
kah kah kah

---------


LAGI PENCERAHAN TENTANG MELAYU

Posted: 24 Jul 2013 10:00 PM PDT





 MAHARAJALELA


LAGI TENTANG MELAYU
sebabnya satu saja melayu2 yg bijak dan berani sama ada dipulaukan,dibuang negeri,dibunuh atau tidak diberi nama melayu lagi baca sejarah bhai..hang nadim,megat terawis,hang jebat,tun fatimah sipitung pun dalam buku sejarah katanya org asli.

datok maharajah lela pandak lam dikatakan x puas hati gundiknya dirampas birch yang baru sikit pulak raja ali haji klang,raja kecik negri sembilan,raja abdullah(perak) lama sikit..

kassim ahmad(u-turn) lepas dapat duit terjemah buku hang tuah. baru sikit lagi..raja petra(dah u-turn),sankaran pillai(juga u-turn)lepas dapat subsidi wheelchair,ibrahim ali(u-turn jugak)sbb nak selamat kerusi.tun haji anwar pun u-turn sekejap sblm kene pelempang baru tersedar dari lena yang panjang.

bonsai betul.kanon LIMA WATAK MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 7/25/13

----------

HEBOH HEBOH HEBOH

Posted: 24 Jul 2013 08:56 PM PDT







BURU MAT LANCAHOW INI
HINGGA TERSUNGKUR

DARI LIDAH PENGARANG 

mula mula kes anak tukar agama
kemudian kes bak ku teh halal
kemudian ke shiah

heboh
heboh
sengaja dibuat heboh


semua ini  dirancang dengan heboh
semua ini  bertujuan untuk memasang bendera salah

semua ini sengaja ditimbulkan
untuk memadamkan kemarahan orang ramai
terhadap penipuan pilihan raya

ini adalah stratiji media untuk mengalihkan
pandangan orang ramai terhadap isu  hakiki
orang ramai di dodoikan dengan kes bak ku teh
orang ramai di dodoikan dengan kes shiah
orang ramai di dodoikan dengan kes anak tukar agama

jadi orang ramai diharapkan akan terlupa
kesah dan ajenda pru13
yang dimenangi oleh united malays national organisation
dengan jalan tipu

orang ramai dialih pandangan untuk lupa
tentang kerja jahat spr

orang ramai dialih pandangan untuk lupa
majoriti rakyat malaysia telah mengundi pakatan rakyat
pakatan rakyat dapat 52% jumlah undi
lebih dari yang didapati oleh morsi di mesir
tapi pakatan rakyat tidak berjaya tubuh kerajaan

orang ramai dialih pandangan
untuk lupa kes bunuh altantuya
untuk lupa najib akan di bawa ke paris
untuk lupa deepak
untuk lupa p.i bala

TUKAR TIUB
tukar tiub akan terus menghasut
agar orang ramai akan terus benci
dengan united malays national organisation
akan terus menghasut
untuk anak muda bertamarod ke jalan raya





HASUT RAKYAT BENCI GEROMBOLAN

Posted: 24 Jul 2013 07:43 PM PDT








 LAYARI LAMAN HIMPUNAN HIJAU




Siasat buka puasa Suaram

KUALA LUMPUR 24 Julai - Pihak berkuasa, khususnya polis dan Jabatan Peguam Negara perlu menyiasat segera program berbuka puasa anjuran pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang berbaur fitnah serta hasutan baru-baru ini.

Anuar Shaari berkata, penganjuran program tersebut di bulan Ramadan dengan motif menghasut rakyat membenci kepimpinan negara adalah amat serius dan berbahaya kepada keharmonian Malaysia.

Menurut Anuar, jika siasatan dan pendakwaan tidak dapat dibuat, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa perkara itu tidak boleh dilakukan sedangkan fitnah dan hasutan oleh Suaram berterusan dan tidak pernah berhenti.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... MEMANG LAAA INI KERJA SUARAM.... kah kah kah..

kah kah kah...BUAT PROPAGANDA HASUT RAKYAT  BENCI KERAJAAN.... kah kah kah

kah kah kah...TAK KAN BARU INI SEDAR.... kh kah kah..

kah kah kah...DAPAT DUIT DARI SOROS.... UNTUK BUAT PROGRAM.... kah kah kah..

kah kah kah...BUAT LAPORAN POLIS DI PARIS.... kah kah kah..

kah kah kah...HASILNYA ....NAJIB TELAH DI DAKWA DI PARIS... kah kah kah...

woit... SEMUA INI RANCNGAN YAHUDI..kah kah kah....

kah kah kah...SEMUA INI KONSDPIRASI NAK JATUHKAN NAJIB...kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA INI RANCANGAN  SHIAH....kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA INI PROJEK  AMERIKA.... kah kah kah...

kah kah kah...  ITU PASAL SOROS BERI DUIT..... kah kah kah.....



PETANG AHAD INI

NOTA

tak caya ke
tanya anak lelaki kutty
dia kawan baik soros
kah kah kah



-----------

Tiada ulasan: