Tukar Tiub |
- WARTAWAN YANG WAJIB DICONTOHI
- LIMA WATAK MELAYU
- SALUT UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI
- TELAH MASUK HARI KE 15
- TAMAROD DAN GERAKAN ANAK MUDA MESIR
- SIAPA DIA SUNNNI WAL RASUAH?
- KAJIAN UM BAWA BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA
- LIHAT DAN SENYUM PAGI INI
Posted: 24 Jul 2013 06:00 PM PDT BEBAS SATELAH DUA TAHUN DI PENJARA WARTAWANM MUDA DARI YEMEN kerana melaporkan kerja jahat amerika kerana melaporkan kerja jahat kerjaan yemen kerana membuat berita tepat dan betul abdulelah haider shaye telah dipenjara atas permintaan obama presiden amerika hari ini satelah 2 tahun dalam penjara wartawan muda ini telah dibebaskan salut untuk anak muda salut untuk yang berani ABDULELAH HAIDER SHAYE Abdulelah Haider Shaye, who exposed a US strike in Yemen that killed dozens of civilian women and children, is now reported freed by the country's authorities. He had been jailed after a personal phone call from Washington to Yemen's leadership. Shaye is thought to have came to the attention of Washington when he revealed that a US strike on the village of al-Majala in December of 2009 had allegedly killed over 40 civilians, including 14 women and 21 children, along with suspected militants. That attack had previously been billed as a Yemeni airstrike on an al-Qaeda training camp. He had until then been known for his ability to cultivate contacts with extremist groups like al-Qaeda in the Arabian Peninsula (AQAP), skills that according to The Guardian led to regular work reporting for Western media outlets such as ABC News and The New York Times. NOTA bila malaysia akan memunculkan wartawan saperti ini kenapa wartawan malaysia cukup pandai membodek kah kah kah --------- |
Posted: 24 Jul 2013 07:30 AM PDT MELAYU PELIK DI DUNIA Melayu adalah umat paling pelik di dunia. 1. Bila berbincang, semuanya nampak pandai dan pintar. Hasilnya diskusi, semuanya bodo berlapis2 dan semakin hampeh. 2. Melayu adalah bangsa yg boleh menyamar menjadi bangsa lain. Ada muka kepek mcm org perancis, ada muka afrika, ada mcm eee, ada mcm eskimo, ada mcm russia dan ada mcm2 muka bangsa ditempek di muka org melayu. (Petikan dr ceramah UAI) 3. Cakaplah apa hal masalah pun, tak pernah tak ada balasan jawapan dan cadangan yg banyak sampai x mampu nak buat. Langsung x pernah fokus dgn isu penyelesaian masalah. Kuat merapu sungguh. Lu ingat tak pasal cadangan2 masa nak hantar Si Muzafar ke ISS itu hari. Sampai nak test roti canai ngan kuey baulu pun ada.. 4. Bangsa jenis cakap lain buat lain. Kalo India, dia tipu sungguh2. Tapi melayu special skek, menipu pun tak, cakap benar pun tak. Dia tengah2. Gila babi punyer berpura2. 5. Pantang ada kesempatan dan peluang. Dgn Allah Taala pun dia selamba Ibrahim Ali jer buat pusingan U. Cakap on HIMPUNAN HIJAU BERTAMAROD Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/24/13 PETANG AHAD INI ----------- |
SALUT UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI Posted: 24 Jul 2013 06:30 AM PDT BERITA BAIK BARU MASUK anak muda edward snowden telah dibenarkan meninggalkan lapangan terbang moscow untuk masok ke dalam kota NOTA tukar tiub pernah ditahan dilapangan terbang yang sama sebelum di hantar pulang ke bangkok tapi... inio kesah lain Snowden may be granted entry to Russia Wednesday Russia's Immigration Service may grant entry permission to NSA whistleblower Edward Snowden, who has been stranded at a Moscow airport since last month. Snowden, who had been living in the transit zone of Sheremetyevo Airport since the day he arrived from Hong Kong on June 23, applied for temporary asylum in Russia last week. ---------- |
Posted: 24 Jul 2013 04:24 AM PDT PETANG INI JEREBU MELANGGAR LAGI masih tidak kelihatan jalan keluar dari serangan jerebu hidung gatal hidung berhingus sampai bila? RA TUHAN MESIR KUNO CUACA MENDUNG hari ini ra tuhan pertama manusia tidak kelihatan kemana menghilang? ditutup awan ditutup jerebu tapi bahang ra masih dirasai kuasanya masih di rasakan BERBUKA HARI INI orang belgium kata rien special tak ada apa istimewa buah manggis dan buah mangga masih banyak lagi BUAH KURMA DARI IRAN dengar cerita dalam fb ada kempen nak boikot buah kurma kerana banya buah ini datang dari iran nak boikot kerana negara iran ramai penganut islam shiah ha ha ha ha jangan buat silap majoriti penanam buah tamar di iran ialah warga sunni kah kah kah tapi bukan sunni wal rasuah saperti di malaysia kah kah kah NOTA bila nak kempen boikot mek dogal bila nak kempen boikot kentuki fried fak? |
TAMAROD DAN GERAKAN ANAK MUDA MESIR Posted: 23 Jul 2013 10:38 PM PDT TAMAROD GARIS POLITIK ANAK MUDA GARIS TEPAT JALAN RAYA MESIR - ILMU DARI PENGALAMAN Ketika tulisan ini digarap – dunia masih tidak tahu dimana bekas Presiden Morsi ditahan. Ketika tulisan ini digarap jumlah warga Mesir yang gugur semakin bertambah. Benterokan antara tentera dan penyokong Morsi terus berlaku. Ketika tulisan ini digarap hampir 12 bilion dolar - duit dari Saudi dan Negara Telok telah masuk ke Mesir. Hakikatnya, suasana politik Mesir masih belum reda dan mengenap. Apa yang semakin jelas ialah sokongan terhadap rejim militer Mesir telah datang mencurah-curah dari negara Arab terutama Saudi Arabia. Negara Arab konservatif ini melihat bahawa dengan jatuhnya Morsi mereka merasa diri mereka terselamat. Musim Bunga Arab yang bermula di Tunisia ini amat penting. Musim Bunga Arab telah membawa garis politik yang tepat – politik jalan raya. Wadah politik jalan raya ini telah merebak bukan sahaja di bumi Arab , malah sedang merebak ke seluruh dunia. Di Brazil kenaikkan tambang bas – 10 sen – telah menjemput puluhan ribu anak muda turun berdemo ke jalan raya. Kerajaan Brazil hampir runtuh. Maka Presiden Dilma Rousseff terpaksa membatalkan kenaikan tambang bas. Di Istanbul – taman bunga yang ingin dimusnahkan – telah mengoncangkan elit politik Turkey. Politik jalan raya anak muda Turkey telah mencemarkan imej PM Edorgan yang mahu mencalonkan dirinya sebagai calon Presiden. Rejim-rejim Arab dan rejim zalim diseluruh dunia termasuk di Malaysia mula sedar bahawa garis tepat – politik jalan raya - akan membawa merbahaya kepada kuasa dan harta kerkayan mereka. Musim Bunga Arab membuktikan keyakinan orang ramai kepada pilihanraya semakin terhakis. Pilihanraya dilihat semakin jelas sebagai satu penipuan terancang oleh elit politik untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara. Rata-rata di Dunia Ketiga anak muda semakin kerap turun ke jalan raya. Kenapa agaknya duit masuk berbilion dolar dari Saudi, Kuwait dan Qatar masuk ke Mesir ? Untuk menjawab soalan ini kita wajib memahami latar sejarah bumi Arab itu sendiri. Negara-negara Arab ini menetas dari percaturan dan kepentingan kuasa imperialis Barat. British, Itali dan Peranchis memiliki kepentingan ekonomi di bumi Arab. Empire Ottoman Turkey runtuh – secara resminya pada 24 Julai 1923. Keruntuhan Empire Ottoman ini adalah hukum dan syarat tamadun manusia. Satu empire walau pun gah dan kuat pasti runtuh juga akhirnya. British menyerang kuasa Ottoman dari Selatan dan dari Telok. Peranchis mengembangkan kuasa di Levant, Aljeria, Tunisia dan Moroko. Itali menjarah Libya. Dengan kejatuhan Empire Ottoman , British - kuasa imperialis yang terulung pada ketika itu mendapat 'permata ' paling berharga – Mesir. Saudi Arabia, Jordan, Iraq dan Negara Telok semuanya menetas dari tapak tangan Baginda Raja England sesudah runtuhnya Empire Ottoman. Kuasa imperial British memiliki kuasa mutlak diwilayah ini. Semua ini berlaku sebelum pecah Perang Dunia Kedua. Sesudah perang kuasa imperial British runtuh – sama saperti runtuhnya kuasa Ottoman. Sesudah selesai Perang Dunia Kedua muncul kuasa imperialis Amerika dan Blok Sosialis. Justeru kita dapat melihat sejarah Mesir sama saperti sejarah Malaysia dan negara-negara bekas tanah jajahan British. Kedatangan kuasa asing telah melahirkan semangat nasionalisma. Kesedaran anak tempatan ini telah melahirkan perlawanan yang hebat. Sama saperti di Tanah Melayu gerakan nasionalisma Mesir juga mempunyai garis kiri dan garis kanan. Di sebelah kiri – Parti Komunis, Parti Buruh dan Parti Sosialis. Di sebelah kanan ialah parti yang berpaksikan agama saperi Ikhwan Muslimin. Pada tahun 1952 – Revolusi Pertama berlaku di Mesir. Tentera telah merampas kuasa dan Raja Farouk telah dihalau dari Mersir. Kuasa British diambil alih dan Mesir menjadi Republik Arab Mesir. Kesampaian garis nasionalis progresif yang dibawa oleh Presiden Nasser ini telah manakutkan kuasa imperialis. Dalam suasana Perang Dingin Presiden Nasser telah mendapat sokongan ekonomi dan akhirnya senjata dari blok Blok Sosialis. Wujudnya Presiden Nasser ini bukan hanya menakut kuasa imperialis malah menjadikan Saudi Arabia dan Negara Telok takut. Suasana politik inilah yang telah memaksa Saudi untuk menyokong Ikhwan Muslimin dan parti kanan yang lain. Gerakan arus kanan Mesir mendapat sokongan moral dan meterial. Dari sini jugalah mencelahnya masuk ajen-ajen imperilis Barat dan CIA yang anti Nasser dan anti gerakan nasionalis progresif. Kuasa imperalis sedar bahawa negara Arab progresif akan muncul. Justeru kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki perhitungan dan strateji berjangka panjang. Sesudah Perang Dunia Kedua – Israel telah diwujudkan dibumi Arab pada tahun 1948. Entiti Zionis ini sebenarnya hanyalah pengkalan tentera yang cukup lengkap dengan Bom Atom. Telaga minyak dan telaga gas yang menjana ekonomi sistem kapitalis hari ini wajib dikawal rapi. Saudi Arabia dan Negara Telok pengeluar minyak dan gas wajib dlindungi dari dibantai oleh gerakan nasionalis Arab yang progresif. Disinilah peranan Zionis Israel. Sebagai pengakalan tentera Isreal secara tertutup dan terbuka telah membantu Saudi Arabia dan Negara-negara Telok dari diganggu gugat. Dari sini kita memahami jelas bahawa apa yang diperjuangan oleh Saudi bukan agama tetapi kepentingan ekonomi. Ekonomilah yang menjadi asas politik dunia Arab. Ekonomi jugalah yang menjadi asas politik dunia kita hari ini. Perebutan kuasa dimana sahaja dalam dunia ini adalah perebutan ekonomi. Agama itu hanya digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk mendapat sokongan dan meraih kuasa. Ini adalah asas realpolitik. Politik Arab, politik Islam, politik Melayu, politik Orang Barat, Orang Selatan semuanya berasaskan perebutan ekonomi. Ini adalah politik kontemperori dunia hari ini. Ketika Presiden Nasser mentabir Mesir - Saudi, British dan Amerika menyokong Ikhwan Muslimin. Sokongan ini untuk memastikan garis ekonomi Nasser yang progresif dapat dimandulkan. Garis politikal ekonomi Nasser mengancam kepentingan kaum pemodal Bristish, Peranchis dan kaum feudal tempatan. Contohnya ramai tuan tanah menjadi marah apabila Presiden Nasser mengagihkan tanah kepada kaum tami melalui reformasi dasar tanah pada tahun 1953. Malah pada tahun 1954 ada percubaan membunuh Presiden Naseer. Ikhwan Muslimin telah dituduh terlibat dalam kes ini. Pada tahun 1956 Presiden Nasser telah memilik negarakan Terusan Suez. Langkah ini menjadikan kuasa imperial naik minyak terhadap Naseer. Disinilah peranan Ikhwan yang terus mewujudkan rintangan demi rintangan dan cuba menghalang dasar pro rakyat Nasser. Tetapi Presiden Nasser amat popular. Walau pun wujud gerakan anti Naseer dari Ikhwan tetapi gerakan itu tidak pernah mendekati Tamarod 30 Jun 2013 dahulu. Satelah melihat latar sejarah ini maka marilah kita memahami keadaan Mesir sekarang. Apakah Saudi menyokong Musim Bunga Arab Mesir? Jawabnya: tidak. Malah Saudi Arabiah telah merayu kepada Obama agar memastikan Mubarak terus berkuasa. Apakah Saudi dan Negara Telok menyokong Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin ketika mereka berkuasa? Jawabnya: tidak. Lalu persoalan timbul - bukankah dizaman Nasser dahulu Saudi menjadi penyokong Ikhwan? Negara Telok juga memberi sokongan yang kukuh? Betul. Maka dari babak ini kita memahami apa itu realpolitik. Yang menjana realpolitik ialah ekonomi. Saudi sedar bahawa Musim Bunga Arab sedang membawa malapetaka terhadap kuasa dan harta kekayaan kaum feudal. Raja, Sheikh, Emir dan Shah di negara Arab tahu bahawa ombak Tamarod sedang mengampoh. Justeru rejim militer di Mesir wajib diperkukuhkan. Kita dapat melihat bagaimana kuasa imperial Anglo-Amerika pada awalnya memberi sokongan kepada Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin. Strateji kuasa imperial ialah untuk meredakan gerakan jalan raya. Hasilnya, dalam Revolusi Pertama 2011 - Morsi mendapat sokongan popular. Sokongan diajukan kepada Morsi dan Ikhawan untuk memastikan Mesir akan stabil dan rakyat akan mula bermain dengan politik Coca Cola atau Pepsi Cola. Rakyat Mesir ingin didorongkan untuk main 'pilihanraya'. Memilih Parti INI atau memilih Parti ITU. Inilah niat dan strateji berjangka panjang kuasa imperial yang membajak Revolusi Pertama. Tetapi anak-anak muda Mesir sedar bahawa revolusi mereka telah dibajak. Dari kesedaran inilah munculnya Tamarod. Kejayaan Tamrod dan Revolusi Kedua ini juga sedang menjemput ajen-ajen baru yang juga bercita-cita untuk membajak revolusi ini. Duit berbilion dolar dari Saudi Arabia dan Negara Telok itu – sekali imbas saperti sedekah bulan Ramadan. Jangan silap faham dolar itu bertujuan untuk memperkukuhkan rejim militer. Ini juga bertujuan untuk memastikan garis Tamarod untuk mendirikan Mesir yang berkebajikan, demokratik dan merdeka akan digagalkan sekali lagi. Obama yang mewakili kepentingan imperialis dan kaum pemodal antarabangsa telah menghantar Timbalan Setiausaha Negara William Burns ke Cairo. Ini bertujuan untuk untuk memastikan kepentingan Amerika dan Zionis Isreal tidak diganggu gugat oleh rejim tentera. Bantuan dana ekonmoi dan ketenteraan dari Amerika kepada Mesir akan diteruskan. Semua ini dilakukan oleh kuasa Anglo-Amerika untuk memandulkan dan memusnahkan garis politik Tamarod. Strateji kuasa imperialis ialah melayukan Musim Bunga Arab agar jangan merebak ke Saudi Arabia dan Negara Telok. Elit politik dan elit ekonomi merancang agar orang ramai – masyarakat dunia akan melihat bahawa politik jalan raya tidak menghasilkan apa-apa. Pada tahap ini , kuasa imperialis Anglo-Amerika mahu memastikan Saudi Arabia dan Negara Telok akan terus selamat. Telaga minyak dan telaga gas tidak akan jatuh ketangan anak muda Arab yang memiliki sifat dan falsafah Gamal Abdel Nasser Hussein. Ketika ini peranan Ikhwan Musliman dihentikan sementara. Jika Tamarod dan garis progresif a la Naseer berkembang kembali maka Ikhwan Muslimin akan dipinang kembali. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan oleh SUARA KEADILAN sesiapa yang ingin melanggar akhbar mingguan tanpa lesen ini sila hubungi 03-92-21-10-45 |
Posted: 23 Jul 2013 10:00 PM PDT PERNIAGAAN - JUAL AGAMA PENCERAHAN PEMBACA Tengok ni makin menjadi2 penjualan agama. Betul2 lawak seram. Lagi seram dan sedih, ramai melayu bangang caye benda camni dan beli http://i.imgur.com/Ixommfm.jpg http://i.imgur.com/RIXbSCA.jpg on TAMAROD BERMULA SEBELUM KE JALAN RAYA Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/23/13 ----------- |
Posted: 23 Jul 2013 09:30 PM PDT Pulau Pinang akan warta fatwa anti-Sunni Wal Rasuah SEBERANG JAYA 23 Julai- Walaupun fahaman dan penyokong Sunni Wal Rasuah di Pulau Pinang dikesan tidak membimbangkan kerana di bawah kerajaan Pakatan Rakyat tetapi negeri akan terus berkempen untuk memusnahkan gerombolan Sunni Wal Rasiuah dalam usaha untuk mendirikan Pulau Pinang yang berkebajikan.. Kempen anti-Sunni Wal Rasuah ini telah lama dilancarkan oleh kerajaan negeri tetapi penyelarasan dan pelaksanaannya tidak menyeluruh berikutan fahaman rasuah ini tidak wujud meluas di negeri ini. "Kita menyerahkan tindakan lanjut berkaitan pelaksanaan gerakan menentang gerombolan Sunni Wal Rasuah ini kepada Jabatan Mufti negeri kerana mereka lebih berkelayakan untuk menentukannya. "Adalah lebih baik kempen menentang Sunni Wal Rasuah ini dilaksanakan serentak di seluruh negara kerana memudahkan tindakan diambil dalam membanteras fahaman dan aktiviti rasuah itu secara bersepadu," katanya. - MELOYO ONLINE RADIO BANGSAR UTAMA AKAN MEMBUAT LIPUTAN LANGSUNG PETANG AHAD INI ----------- |
KAJIAN UM BAWA BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA Posted: 23 Jul 2013 09:11 PM PDT SENYUM MEMBAWA MAKNA gambar ini diambil satelah 3 bulan berlatih untuk senyum kah kah kah Muhyiddin lebih popular dari Najib, isterinya lagi popularKUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin telah mengatasi bosnya Najib Razak di dalam Umno."Malah isteri Muhyiddin Norainee lebih popular daripada Rosmah ," kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi. Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya. "Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat," kata sumber Umno itu lagi. Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak Daim Zainuddin dan Anak Lelaki Kutty. "Ada orang sangat besar mengingatkan Najib bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena, tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai presiden Umno kini di hujung tanduk," tambah sumber Umno. Beliau turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan menjatuhkan Najib. SATU JEMPUTAN PETANG AHAD INI DI MADRASAH TARBIAH KAMPONG BANDAR DALAM GOMBAK ----------- |
Posted: 23 Jul 2013 07:30 PM PDT BAHAGIAN AKHIR INI DI GAM DAHULU KINI MUNCUL KEMBALI SILA HAYATI kah kah kah ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan