DUNIACACAMARBA |
- Sah RM500 untuk Semua Penjawat Awam Persekutuan Sempena dengan Aildilfitri
- Mungkinkah Indonesia Berpresidenkan Raja Dangdut?
- [PANAS] Konfirm BONUS Kakitangan Awam 1 Bulan Gaji
- Insiden Pelajar Bukan Islam SK Pristana Makan di Bilik Mandi, Apa Respons Pemimpin Islam?
- Lelaki Dibunuh & Diaibkan
- SK Pristana Diarah Pindah Tempat Makan, Timbalan Menteri Kecewa
- [Kemas Kini] Ibu Bapa Dakwa Bilik Persalinan dan Mandi SK Sri Pristana Ada 2 TANDAS
- [Gambar] Orang Kuat PIBG dan Guru Besar Berbuka Puasa di dalam Bilik Mandi dan Persalinan SK Sri Pristana
Sah RM500 untuk Semua Penjawat Awam Persekutuan Sempena dengan Aildilfitri Posted: 24 Jul 2013 05:20 AM PDT [SH] KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. P/s: Untuk rekod, Kerajaan Selangor mengumumkan bonus 1 bulan gaji untuk penjawat awam di negeri itu petang tadi. | ||||
Mungkinkah Indonesia Berpresidenkan Raja Dangdut? Posted: 24 Jul 2013 05:00 AM PDT [HM] Jakarta: Raja dangdut, Rhoma Irama semalam berkata, sokongan terhadap hasratnya untuk bertanding jawatan presiden pada pilihan raya tahun depan sudah mencapai tahap yang amat tinggi dan padu, menyebabkan dia tidak mungkin berpatah balik. Rhoma yang berkempen untuk Parti Persatuan Pembangunan (PPP) pada pilihan raya 2009, adalah antara tokoh yang ditimbang oleh sebuah lagi parti berlandaskan Islam, Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) untuk menjadi calonnya dalam pilihan raya presiden 2014. Rhoma berkata semalam, dengan sokongan pelbagai pihak, khususnya ulama, beliau menerima cabaran itu dan akan membuat persiapan untuk menyandang tugas berkenaan. "Apabila saya membuat persiapan untuk menjadi calon presiden, saya percaya terhadap kemampuan saya. Saya kinio berada dalam kedudukan yang tidak memungkinkan saya berundur kerana sokongan yang terlalu padu. Ini bukan lagi menjadi cadangan," kata Rhoma. PPP sebelum ini berkata, beberapa orang sudah menyuarakan hasrat untuk menjadi calon parti itu pada pilihan raya presiden kelak, termasuk Rhoma. Bagaimanapun, dalam kes Rhoma, anggota parti itu berpendapat, beliau masih belum layak menjadi calon. Setiausaha PPP, Hasrul Azwar berkata semalam, satu-satunya orang yang layak menjadi calon parti itu ketika ini ialah pengerusinya sendiri, Suryadharma Ali. - AFP | ||||
[PANAS] Konfirm BONUS Kakitangan Awam 1 Bulan Gaji Posted: 24 Jul 2013 12:14 AM PDT ..Maaf, Kerajaan Selangor, bukan Kerajaan Persekutuan [MK] Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini. "Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya. Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini. "Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya. "Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas Menteri Besar. | ||||
Insiden Pelajar Bukan Islam SK Pristana Makan di Bilik Mandi, Apa Respons Pemimpin Islam? Posted: 23 Jul 2013 11:30 PM PDT [TMI] Tokoh-tokoh Islam terkejut dengan langkah sebuah sekolah di Sungai Buloh yang mengarahkan murid bukan Islam untuk makan di bilik mandi bagi menjaga kesucian bulan Ramadan. Mereka mengatakan ia bukan cara sesuai untuk mendidik murid bukan Islam dalam menghormati Ramadan. "Sekalipun sekolah mahu mendidik murid menghormati umat Islam yang berpuasa, ia harus dilakukan dengan cara memberi nasihat, bukan tindakan sebegini. "Kalau insiden ini benar-benar berlaku, ia bukanlah sesuatu yang wajar," kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika dihubungi The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed juga bersetuju ia bukan cara untuk mendidik murid bukan Islam. Katanya, sekolah seharusnya menyediakan tempat lebih baik bagi murid bukan Islam jika kantin sedang diubah suai. "Sekolah seharusnya memilih tempat yang lebih baik seperti bilik darjah jika mahu mengasingkan pelajar Islam yang berpuasa dan bukan Islam. "Walaupun orang Islam berpuasa di bulan Ramadan ini, tidak wajarlah kalau diasingkan bukan Islam di tempat seperti bilik air. Mereka pun hilang selera untuk makan," katanya. Sekolah SK Seri Pristana heboh di media selepas laporan keluar murid bukan Muslim diarah makan di bilik mandi semasa waktu rehat pada bulan Ramadan. Gambar menunjukkan murid sedang makan di bilik mandi tersebar luas di Facebook. Setakat ini, pentadbiran sekolah belum mengeluarkan kenyataan tetapi Kementerian Pendidikan semalam mengarahkan sekolah itu menghenti perbuatan murid bukan Islam makan di bilik mandi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengarahkan Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu dan memberi amaran tindakan akan diambil jika benar. Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan mengatakan walaupun Ramadan merupakan bulan suci kepada umat Islam, tidak seharusnya menghalang bukan Muslim untuk makan di tempat awam. Setakat ini, satu laporan polis dibuat terhadap sekolah itu, semalam. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pula mengatakan: "Salah bagi sekolah untuk melakukan perkara ini di atas nama agama." Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata mereka yang bertanggungjawab harus meminta maaf kepada murid dan ibu bapa mereka. Bagaimanapun, beliau mengatakan guru besar mungkin tidak sedar perkara itu dan mungkin berlaku disebabkan oleh orang bawahannya. "Sesiapa sahaja yang membuat keputusan itu, salah. Tidak boleh diterima untuk memaksa murid makan di bilik mandi." Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Nasional, Datuk Mohd Ali Hassan menyifatkan tindakan sekolah itu 'tidak berperikemanusiaan'. Beliau menggesa Jabatan Pendidikan untuk menjalankan siasatan dan mengambil langkah sepatutnya agar insiden itu tidak merebak ke sekolah lain. – 24 Julai, 2013. | ||||
Posted: 23 Jul 2013 10:00 PM PDT [HM] Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan anggota badannya diikat dalam kedudukan berdiri di atas tangga sambil kemaluannya sengaja ditunjukkan di kawasan dusun 20 meter dari jalan utama di Kampung Padang Siding, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi, seorang pelajar yang tinggal berhampiran lokasi kejadian Muhammad Anas Khamis, 21, mendakwa diberitahu orang ramai mengenai penemuan mayat dalam keadaan mengaibkan. Difahamkan, mayat yang dibunuh dengan cara dilemaskan di dalam air itu sengaja diaibkan dalam keadaan sedemikian dipercayai bermotifkan dendam akibat perempuan. Muhammad Anas berkata, ketika itu dia berada di rumah sebelum orang yang lalu lalang di jalan utama memberitahu keluarganya mengenai penemuan mayat itu di lokasi kejadian yang juga dusun milik datuknya Abdullah Jusoh, 70. "Menurut mereka, pada mulanya sangkaan mereka ialah ia hanya patung diletakkan bagi menghalau binatang memakan buah-buahan di situ, namun sebaliknya ia adalah mayat lelaki yang diikat di tangga dengan mulut, tangan, kaki serta matanya juga diikat kain hitam. | ||||
SK Pristana Diarah Pindah Tempat Makan, Timbalan Menteri Kecewa Posted: 23 Jul 2013 08:02 PM PDT Sekolah Di Sungai Buloh Diarahkan Tukar Tempat Makan Segera [Bernama] KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, dekat sini ke tempat lebih bersih dan munasabah. Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata, menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara untuk para pelajar bukan beragama Islam pada bulan Ramadan adalah tidak sesuai sama sekali. "Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, Selasa. "Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed," tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan Selasa. Beliau mengulas dakwaan kononnya murid bukan Islam di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di tandas semasa Ramadan. Gambar yang tersebar di laman sosial memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja. Kamalanathan berkata: "Sekiranya pengusaha kantin tidak mahu beroperasi pada bulan Ramadan, pihak sekolah boleh melantik pengurusan kantin sementara. "Sekiranya kantin dalam proses baik pulih, mereka harus mencari lokasi yang sesuai di mana ada keperluan untuk sesebuah kantin seperti tempat yang bersih, ada tempat untuk mencuci tangan dan ada tempat duduk untuk makan dan minum." Sambil memohon maaf sekiranya apa yang berlaku mewujudkan perasaan tidak selesa dalam kalangan ibu bapa, timbalan menteri itu berharap kejadian seumpama itu tidak berulang. | ||||
[Kemas Kini] Ibu Bapa Dakwa Bilik Persalinan dan Mandi SK Sri Pristana Ada 2 TANDAS Posted: 23 Jul 2013 06:00 PM PDT Ibu Bapa Kesal dengan Tindakan Sekolah [Bernama] KUALA LUMPUR - Ibu bapa terkilan dengan tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh kerana didakwa menempatkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah itu pada bulan Ramadan. Celestina A/L Sokya, 40, dari Sarawak berkata beliau kesal dengan keputusan pihak sekolah itu dan tidak mahu lagi menghantar anaknya, Destiny Yeeling, 8, pelajar tahun dua untuk bersekolah di situ. "Sebelum ini anak saya kata dia makan di tandas, saya ingat dia bergurau. Tidak sangka wajah anak saya ada dalam gambar yang disiarkan dalam Facebook hari ini mengenai pelajar bukan Islam makan di tandas," katanya kepada pemberita ketika mengambil anak gadisnya pulang dari sekolah itu. Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja. Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah mengenai keadaan itu. Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas. "Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan," katanya. Ayahnya, James Subramanian, 45, seorang pengawal keselamatan Indah Water, berkata beliau susah hati apabila dengar berita mengenai anaknya makan dalam tandas. Seorang ibu, Jagteep Kaur, 34, berasa sangat sedih sebab dua anak lelakinya terpaksa makan di bilik persalinan itu iaitu Eekongkar Dilmarditl Singh, 9, dan Kuljeet Sing, 10, sejak seminggu lalu. Eekongkar Dilmarditl berkata beliau diminta untuk makan di bilik persalinan kerana kantin sekolah sedang dibaiki. "Saya sudah dua hari muntah-muntah dan diarahkan duduk situ kerana hujan. Kalau duduk di kantin nanti kotor," katanya. Sementara itu tinjauan Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada Guru Besar sekolah itu menemui jalan buntu apabila wartawan tidak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah. Menurut sumber Kementerian Pendidikan, sekolah itu mempunyai dua sesi persekolahan, 74 guru, dengan 1,373 pelajar, iaitu 696 lelaki dan 677 perempuan. Dua bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat seorang kerani hari ini terhadap guru besar sekolah itu. | ||||
Posted: 23 Jul 2013 04:44 PM PDT
Usaha "cover up" kes ini sedang giat dijalankan. Setakat ini, tiada permohonan maaf daripada pihak sekolah. Pada TM, kalau benarpun sebelum Ramadan kantin sekolah tidak dapat menampung jumlah pelajar, mengapa semasa Ramadan, pelajar masih perlu menggunakan bilik mandi dan persalinan? Jika dilihat pada gambar kantin di atas, jelas kantin itu boleh digunakan oleh beberapa orang pelajar bukan Islam. Tidak kelihatan pun kerja-kerja pengubahsuaian yang membahayakan pelajar. Lagi mengelirukan apabila pelbagai alasan berlainan diberikan untuk menjawab isu ini. Walaupun bilik mandi dan persalinan itu dibersihkan, diwangikan, namun tindakan itu tidak boleh mengubah persepsi ibu bapa bahawa bilik itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat makan. Sebagai bapa, TM berpegang pada prinsip bahawa bilik itu tidak sesuai dijadikan tempat makan dan tidak rela anak sendiri makan di bilik itu. Ini bukan soal politik, bukan soal rasis, tetapi soal tempat makan yang selesa dan yang sepatutnya. -DCM P/s: GB sekolah ini semakin popular, sila klik sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan