Roslan SMS Corner |
MPSJ mahu lulus lesen rumah urut jika ada permintaan? (31/7/13) Posted: 30 Jul 2013 07:14 PM PDT Saya sungguh terperanjat pagi ini apabila membaca laporan akhbar bahawa pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersedia mengeluarkan lesen-lesen rumah urut atau pusat kesihatan sekiranya terdapat permintaan. Kesediaan ini kononnya kerana kawasan perbandaran berkenaan semakin berkembang dan berkemungkinan memerlukan lebih banyak pusat-pusat seumpama ini atas dasar permintaan. Sekarang pun MPSJ telah memberi lesen kepada 211 pusat-pusat urut (itu di Subang Jaya sahaja bukan seluruh Selangor), tidak termasuk yang tidak berlesen dan beroperasi sesuka hati. Sebelum ini kalau kita perhatikan banyak pihak telah mengkritik kerajaan negeri Selangor kerana melalui PBT-PBT nya banyak meluluskan rumah-rumah urut seumpama ini. Apa masalahnya rumah-rumah urut ini? Rata-rata kecuali segelintir, pusat-pusat ini samada berlesen lebih-lebih lagi yang tidak berlesen sesungguh dan sebenarnya merupakan sarang-sarang makasiat. Refleksologi dan terapi muka kononnya menjadi hiasan luar tetapi hakikatnya pusat-pusat ini menjalankan aktiviti maksiat iaitu urut badan sehinggalah ke aktiviti seksual. Malah perkara ini diakui sendiri oleh EXCO Kerajaan Tempatan Selangor yang baru Teng Chang Khim sehingga beliau pernah menyebut akan mengkaji samada boleh diasingkan rumah-rumah urut ini agar yang untuk lelaki memberi khidmat kepada pelanggan lelaki dan wanita untuk wanita. Tujuannya: …..to overcome the problem of these outlets doubling as prostitution dens. (….bagi mengatasi masalah pusat-pusat ini menjadi sarang pelacuran) Dalam satu kenyataan lain Teng dilaporkan : Teng menegaskan sejak 2008 kerajaan negeri telah menetapkan dasar untuk tidak mengeluarkan lesen baru rumah urut dan dasar itu masih terpakai sehingga kini. "Tentang bab urut saya telah nyatakan bahawa dasar kita sejak 2008 kita tak keluarkan lesen yang baru. Itu dasar yang masih terpakai," katanya. Oleh itu apa rasionalnya tiba-tiba pihak MPSJ mahu pusing kebelakang dan menimbang-nimbang untuk meluluskan lebih banyak lesen aktiviti ini? (apa jadi dengan dasar kerajaan yang disebut Teng itu?) Barangkali MPSJ berpuas-hati bahawa kesemua 211 pusat urut yang dilesenkannya itu semuanya "putih" menjalankan aktiviti "bersih", apa kata sebuah badan bebas dibentuk untuk mengintip dan memberi laporan? Sepatutnya diperingkat ini suatu perubahan besar perlu diperkenalkan dalam semangat cadangan Teng Chang Khim itu agar pusat-pusat ini jika benar masih diperlukan, maka dipastikan benar-benar mejalankan aktiviti yang sihat dan bersih tanpa ada peluang untuk menyelinap menjadi sarang maksiat. Bukannya kita terus lulus tanpa had dan kajian. Saya musykil apa sumbangan ahli-ahli majlis dari PAS yang duduk di MPSJ dalam perkara ini? Jika dulu semasa zaman BN kita antara yang vokal menyerang isu ini sekarang kita duduk sebagai kerajaan adakah kita masih vocal atau duduk senyap mengizinkan perkara ini berlaku? Semoga sekuarng-kurangnya pimpinan PAS bangkit menjelaskan kenyataan terbaru pihak MPSJ ini. Jangan hampakan harapan tinggi para penyokong dan mereka yang bersimpati dengan kita. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan